Thursday, 19 September 2024

Umur berubah , cara penulisan pun berubah

 Assalamualaikum

Tiba-tiba terdetik nak buka blog lama kjoy. Bila terbaca semua posting, nak tergelak pulak. "Apalah yang aku tulis ni..merepek je cerita". Kadang diri sendiri baca pun meluat. Habis semua benda Kjoy nak share dulu.

Ternyata perubahan umur main peranan. Semakin meningkat umur kita, cara kita berpikir dan bercakap pun berbeza. Dulu Kjoy share semua benda. Tapi sekarang malas nak share. Kadang bukan taknak tapi takda keinginan nak buat content semua. Social Media tempat kita sharing semua benda tapi sekarang kjoy dah jarang update. Tetiba nak menulis pulak. Mungkin menulis ni rasa lebih puas meluah dan lebih real dalam kita nak sharing sesuatu.

Korang suka tak kjoy menulis?? tolong komen blog kjoy ni ya. Kjoy pun nak edit sikit blog kjoy ni jadi lebih menarik. Aku sendiri tengok pun sendu.

.

.

.

.

.

Tolong komen sikit, nak kjoy menulis tak tentang kjoy?

Wednesday, 6 April 2016

Makeup cara kak joy


Assalamualaikum semua,

Alhamdullillah, tengah ada masa ni, kak joy nak update sikit aktiviti terkini kak joy. Amboiiiii, terkini sangat. Dah lama kak joy tanam niat nak belajar makeup ni. Akhirnya tercapai jugak. Asalnya, adik bongsu kak joy la yang beria nk belajar semua ni. Dia pun mengajak kak joy skali dan terus terjebak. bahahahahaha.... dahla membuyung budak tu, beria nau2 nak belajar. Pergi dah la tak bawa buku. Cikgu tu ajar bukannye nak tulis. Katanya, otak dia boleh simpan. ok fineeee. kak joy dah tua sebab tu tulis dalam buku. Bila ujian praktikal, sibuk tanya kak joy, lepas ni letak ape ye??? pastu2 apa eh?? hek elehhhhh kata otak boleh simpan?? bahahahha. Akak ko yang tua ni jugak ko tanya. lain kali bawa buku. Bayar ratusan ringgit, ilmu kena simpan. Korang!!!! makeup bukannya senang seperti yang disangka. Huishhhh payah wei ....kena rajin buat homework dan kena kreatif. Dapat basic Advance to Pro dah ok dah. Cuma nak makeup orang tu, kadang2 hasil tak sama. Ia semua bergantung pada jenis kulit orang tu...kening orang tu....itu semua kena pikir. 

Insyallah dalam masa terdekat ni kak joy masuk kelas makeup lagi untuk dapatkan sijil. Nak belajar betul2. Yuran bayar mahal2 kena guna sebaik mungkin. Buat duit betul orang yang dah pakar makeup ni. Kak joy teringin nak ajar orang tapi not now, biar penuh ilmu dulu baru bleh cerita kan???

Ada masa kak joy buat practice kat rumah. Tu pun tengok keadaan dan suasana anak2. Orang nak makeup, dio pun nak makeup...risau bila anak laki sibuk nak make up... hahahah

Korang!!! kak joy nak cerita sikit pasal harga makeup servis kak joy ni. Kak joy cuma minta, jangan la korang request harga makeup below 100 atau below 50. Takda la dik...payah kak joy nak kira2 nanti. Bukan apa produk yang kak joy pakai memang boleh tahan juga harganya. Bukan cakap nak menunjuk, tapi kak joy kena beritau jugak. Kak joy tak suka nak tunjuk2 produk yang kak joy pakai tapi bila orang tanya kenapa price mahal ? sebab jenis brand yang kak joy guna. Tapi price yang kak joy kenakan kira paling murah dah, sebab kak joy tahu kak joy newbie. kalau MUA lain, tak dapat dik oi. MUA yang profesional, diorang minta 700 at least. Tak tipu sebab kak joy pernah guna servis diorg.

kak joy nak kongsikan pengalaman kak joy dengan sorg customer ni. Dia whatsapp kak joy. Macam2 plak permintaan dia. kak joy pun layan je lah. ada satu ayat tu dia beritau, dia nak make up simple2 je. Tak nak tebal2. Ok kak joy layan lagi...lepas tu dia nak budget dalam RM20. Allahhhhh, kak joy diam jap. Kak joy cakap , kak joy tak buat servis RM20 ni dik. Dik apa yang adik tengok dalam gambar tu memang nampak natural dan simple tapi sebenarnya bukan simple yang disangka. Susah sebenarnya nak makeup sesorang untuk nampak natural menggunakan foundation dan nak dapatkan blending yang betul. Kalau tak betul blending dia, bukan nampak natural tapi nampak macam badut. Eyeshadow pun kena blend dgn betul. Kang nampak macam panda. Kak joy makeup nmpk macam natural tapi coverage tu penting utk tutup noda dik. Klu jenis yg berjerawat batu tu, lagi kena byk coverage dik. Maaf kak joy terpaksa kena paham kan korang. Kak joy buat bisnes untuk cari makan. Kak joy paham semua orang nk cantik, nk cantik kena guna produk yang betul2 dapat membantu kita utk jadi cantik. Macam mana la kak joy nak makeup RM20 kalau minta gaya makeup tu macam Uqasha/Ayda jebat?? hadoiii tepuk dahi kak joy. Takkkk, kak joy tak marah cuma beritau je. kak joy bukan pilih bulu , langsung tak. Kak joy tahu, kak joy masih newbie dan masih belajar lagi tapi itulah hakikatnya. kak joy kenakan price yang affordable sangat. Kalau tak nak kak joy makeup, insyallah kak joy akan buat kelas makeup dan grooming skali. Rate insyallah very affordable. Pastu korang dh boleh make up sendiri. Itu impian kak joy nak buat studio sendiri dalam rumah. Nak buat tempat photoshoot. wahhhhhh berangan sangat...tengah usahakan.



Ni, acah-acah letak mascara....hahahaha


Ni plak acah-acah pakai lens. Aduiiii payah betul bila pakai lens ni. kejap-kejap berkedip mata. sekali ni je lah kak joy pakai.

makeup ni nampak simple tau tapiiiiii bila buat makeup tak simple. Ni pun baru acah-acah je ni.



Sisi tepi....dibalik langsir.


Adik kak joy merangkap model sementara. 

Kawan kak joy Ila jadi sedia jadi model

Before and after

Nak sangat muka macam mirafilzah. Eh tak sama pun??hehehe

Inilah dia makeup cara kak joy. Biar kita berguru dengan ramai sifu makeup tapi buat la sesuatu tu dari hati kita sendiri. Minat membantu kita untuk lebih mendalami dunia makeup. Buat la makeup ikut cara sendiri dan jangan la terikut-ikut cara MUA lain sebab tak semua muka orang dapat hasil yang sama. Matlamat kita untuk tambahkan kemanisan muka itu sendiri.

ok sayang



Monday, 28 March 2016

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum semua,

Ya Allah, lamanya kak joy tak menaip. Sejak kes kak joy dulu terus kak joy terus stop kejap menaip. Alhamdulillah.....semuanya berjalan dengan baik. Kesihatan kak joy pun dah semakin pulih walaupun belum cukup kuat lagi.

Kak joy bersyukur atas ujian yang Allah beri... Setiap ujianNya, banyak hikmahnya. Kalau tak jadi insiden sebelum ni, kak joy tidak sekuat sekarang. Sekarang kak joy tiada pilihan selain terus kuat membesarkan anak-anak. Ada ketika tu, lama jugak kak joy tenung muka aimin. Macam2 pikir dan macam2 perasaan. Mengalir jugak airmata kak joy. Ada ketika tu, kak joy mudah rasa takut....rasa trauma dan lemah semangat. Bukan dibuat2 tapi ia datang dengan sendirinya. Agak sukar bergelut dengan emosi dan perasaan. Perasaan tu datang tiba2 dan menggangu fikiran kita. Tiba2 jadi mudah marah...panik tak tentu pasal....takut yang bukan2. Ya Allah, Dia uji kak joy lagi... Kak joy tiada solution, hanya mampu angkat tangan dan berdoa agar setiap urusan kak joy dipermudahkan. Nangis la puas2 depanNya. Orang lain tak boleh bantu. Dia sahaja yang boleh bantu kita. Orang lepas bersalin perlu banyakkan berzikir..berzikir selagi ingat, selagi mampu. Itu sahaja kekuatan yang kak joy ada.

Korang pun tahu, kak joy dah menceburi bidang2 makeup ni. Tiada tujuan lain kerana ia sekadar minat. Dari minat tu la kak joy cadang nak buat makeup service. Kak joy masih newbie, belum pakar. Tengah cari masa sesuai untuk belajar makeup lagi untuk dapat sijil. Skang kak joy tengah sibuk nak cari model yang boleh follow kak joy untuk kelas nanti. Sukar nak cari sebab kak joy perlukan komitmen dia. Sedia untuk tadah muka.  Kalau dapat yang bujang lagi bagus. Lagi satu dia pun minat tentang makeup2 ni. Ni kira nak cari model yang tak berbayar. hehehe....dah expert nanti kak joy akan cari model yang berbayar. Senang kan?? nak gak cari kawan2 untuk model kak joy tp masing2 ada komitmen keluarga . Payahnye.

Sekarang ni kak joy nak buat apa yang kak joy minat. Gunalah masa yang kita ada ni untuk buat perkara yang boleh gembirakan hati kita. Jangan habiskan masa kita dengan menangis...merintih dan bersedih sebab ia tak beri apa2 kesan yang positif pun pada kita.

eh tak tau nak cerita apa dah...nanti sambung la ya,,


Thursday, 24 December 2015

Penjelasan

Assalamualaikum semua,

Hari ni baru Ada masa nak menulis. Yelah , kak joy baru habis pantang. Sibuk dengan baby Dan anak2. 

Kak joy sebenarnya malas nak cerita insiden kak joy yang lepas cuma kak joy nak bagi sikit penjelasan pada yang ramai bertanya tentang kak joy. Ada juga muka kerut2 memikirkan sesuatu. Paham tu.... Takpa, kak joy boleh jelaskan tanpa ragu. Ramai pikir ketiadaan rahim dalam seseorang wanita tu akan jadi musnah segala kehidupannya. Rahim tu kan mahkota wanita. Soooo gerun la....

Orang tya, "hubungan Ko dgn suami mcm mana??? " itu pompuan tyalah... Klu laki yg tya??? Mgkin dia Tak tya, muka dia akan kerut2 Dan mungkin pikir lain dah tu.

Allah maha penyayang... Lagi Maha Mengasihani.... Alhamdulillah , doc Tak buang semua organ wanita kak joy.
Rahim sj buang, ovari Dan pangkal rahim masih ada. Dan kak joy masih boleh buat Pap smear, Dan jalani kehidupan mcm biasa. Tiada yg luar biasa Cuma kak joy xde period je. Tak boleh mengandung. Itu sahaja. Erti kata lain, subtotal hysterectomy. Boleh Google ya kalau rasa nak info lebih.

Kak joy kena jugak cerita semua ni utk elak cerita yg bukan2 atau juga salah paham.

Ada juga orang kata, kenapa X bersalin Colombia? Klu bersalin kat situ kompom X jadi mcm ni? Beginila kak joy cerita, ni semua perancangan Allah. Doc Colombia sendiri bagi hint utk bersalin kat GH. Klu kak joy bersalin jugak kat Colombia?? Tetiba berlaku bleeding?? Tak ke dia Mmg hantar jugak kat GH?? Depan mata kak joy sendiri, ambulance dr Colombia ramai bwk pesakit ke GH. Kecik hati kak joy bila ada kata2 yg mengatakan suami kak joy X pandai jaga bini. Takpa kak joy X marah pun. Biasalah, mgkin dia Tak paham dan Tak pernah rasa apa yang Kami rasa. Itu semua perancangan Allah. Dan dia lah sebaik2 perancang. 

Alhamdulillah, kak joy bersyukur Allah beri peluang untuk bernafas Dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. 

Oklah, Itu je. Next time kita citer Benda lain eh??

Thursday, 10 December 2015

Proses pemulihan

Assalamualaikum semua,

Ramai rakan2 whatsapp Dan PM kak joy menanyakan keadaan kak joy. Terima kasih kpd rakan2 yg ambil berat. 

Hmmmm kak joy masih dlm proses pemulihan. Struggling untuk sihat spt dulu. Ternyata ia bukan mudah. Emosi dan dalaman kak joy sedikit sebanyak terganggu. Trauma tu sudah pasti. Emosi tak menentu. Terkadang ok terkadang tak ok. Adakala rasa diri ni bukan julia yang dulu. Eh... Kenapa pikir macam ni? Dalam pantang Benda macam ni la nak kena jaga. Alhamdulillah , mak ayah masih bersama memberi semangat. Suami balik keje, Kerap tanya " Syg mcm mana arini?" Kadang2 tu nak jawab serba salah sebab emosi ni mcm konfius. Kak joy tak banyak cakap, byk diam je. Trauma kak joy masih lekat dalam otak ni, payah nak buang. Nampak darah takut, nampak orang mengandung takut, nampak hospital takut.... Apa2 yang Ada kaitan dengan hospital mesti takut. Kak joy terus jadi lemah sebab semangat kak joy Tak kuat. Paham2 la bila semangat  dh lemah, syaitan suka sangat. Adakala, kak joy mengigil ketakutan, jantung berdebar sampai berpeluh2. Nak jalan pun dalam keadaan menggigil. Allahuakbar..... Tak sangka, banyak betul kesannya. 

Kak joy, kena lawan.... Tak boleh macam ni. Allah Ada.... Dia sentiasa Ada. Tidak putus mulut ni berzikir. Sambil berzikir, sambil panjatkan doa untuk segera pulih demi anak2 Dan keluarga. 

Hari tu pegi cek anak sebulan, doc tanya... Darah nifas Ada lagi? Kak joy jawab, dah lama takda doc. Sikit darah pun takda. Rahim Sy dah kena buang. Doc tu terkebil2 menunjukkan rasa kasihan pd kak joy. Kak joy diam aje sambil senyum. Lepas ni dapatlah Sy puasa sebulan Dan boleh ganti puasa yang lalu. Kak joy pikir positif je skang ni. Doc tu byk jugak bagi nasihat kat kak joy. Kak joy ingat lagi doc tu cakap, ini Bukan nasib pada puan. Puan adalah insan terpilih untuk diduga Dan yang pastinya, Ada hikmah disebaliknya. 

Keadaan kak joy Tak sama dgn orang yang biasa bersalin ceaser. Kak joy hilang byk darah 2.5liter. Digantikan dgn 9 pain darah. Badan lemah sampai tempat ceaser pun Tak rasa apa2. Tapi Takpe, kak joy kena kuat Demi anak2 yang masih perlukan kak joy. Aimin dah 5 kg dengan umur sebulan. Ya Allah, kak joy gagah kan jugak nk pangku utk susukan dia wlpn mak kak joy risau2 Sbb baby berat. 

Korang semua jangan risau, kak joy dlm proses pemulihan Dan Mengharapkan kesihatan yang baik nanti. Insyaallah, doakan kak joy ya. 

P/s: kak joy nak baca balik blog Hal tumpah darah tu kak joy takut padahal kak joy yg tulis tu. Hehehehe....

Bye

Tuesday, 24 November 2015

Tumpah darah: Bahagian 2

Assalamualaikum semua,

Kak joy macam biasa. Masih diatas katil hospital. Kak joy nak maklum bahawa kisah kak joy bukan untuk mencari salah. Tidak sama sekali. Apa yang kak joy cuba sampaikan hanyalah pengalaman dan sekadar berkongsi kesedihan sahaja. 

Cuma sekali sekala orang atasan perlulah tengok beberapa kelemahan dalam memastikan keselamatan patient. Apa2 pun kak joy ucap terima kasih pada mereka juga sebab selamatkan nyawa kak joy. 

Kita manusia biasa. Tak pernah lari Dari membuat kesilapan. Tak mau citer pasal orang, cukup cerita pasal diri kak joy. Disaat kak joy mengucap 2 kalimah syahadah. Kak joy teringat saat itu adalah hari jumaat. Ya Allahhhhhh, mata kabur2 melihat air mata suami berlinang. Mulut ni masih sempat berkata, "Syg jagalah anak2 kita, ibu dah Tak mampu lagi " suami hanya mengusap tenang dahi kak joy sambil menitik air mata dia. Doc cakap muka kak joy dah macam kertas dah takda darah. Ya Allahhhhh, kalau Aku takda, bagaimana anak2 Aku? Bagaimana dengan ibubapa ku yg masih hidup? Adik2 Aku? Saudara mara Aku? Kawan2 ku?

Setelah berlaku insiden Itu, barulah kita sedar yang sebenarnya ramai orang sayangkan kita. Tak perlu kita pikir yang bukan2 samada org ni suka kita atau tidak. Benci kita ke Tak? Tak perlu.... Semua Ada naluri semulajadi kasih Dan sayang sesama manusia. Jadi pikirkan yang positif demi perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik Dan terbaik. 

Kata2 Dari kak joy utk suami,

I rasa banyak kali I kucup tangan u Dan peluk u bila I buat salah. Selepas buat salah, minta ampun.  Tapi I buat salah lagi. Buat u terasa hati. Tapi  u tak pernah marah atau tunjuk rasa dendam. Esok, I mintak Maaf Dan buat lagi salah. U Tak pernah sekali pun naik tangan mahupun menengking. Adakala u nampak macam dah immune dengan perangai I. Disaat i diambang maut, u tetap disisi I. Tetap Sabar menanti i. Syg, besar sungguh dosa I pada u. Maaf Dan Ampun. Allah ambil segalanya. Disitu insaf kita datang.
I tidak sesempurna wanita lain tapi I perlukan sokongan u utk I lebih kuat. Maafkan I sayang.

Monday, 23 November 2015

Tumpah darah

Assalamualaikum semua, 

Ramai yang nantikan khabar berita dari kak joy. Kak joy masih di hospital menanti untuk discharge. Rindu pada anak-anak tak terkata. 

Jap, nak lap air mata. ........... Sedih sangat hati ni sebab nak mulakan cerita tak tau di mana. Kak joy cuba pendekkan cerita agar korang semua senang faham. Korang pun tahu kak joy bersalin di HTJ. Semuanya ok. Dah bertungku Dan berurut semuanya ok. Nurse dari klinik kesihatan hari2 datang cek perut kak joy. Katanya rahim dah kecut. Mmg kak joy perasan perut dah kempis. ( muka bangga waktu tu)

Tiba hari berpantang yang ke 12, kak joy nak pi tandas nak kencing. Tiba2 darah keluar tak henti2 sampai kak joy menggigil dalam bilik air. Keluar darah beku besar tapak tangan. Banyak sangat, kalau timbang boleh capai 5 kg.

Suami dah panik, bawak ke chinese maternity tapi jangkaan kak joy sangat tepat. Diorg tak berani handle Kes kak joy. Terus suami pecut pi GH. Dalam kereta kak joy dah collapse tak sedar diri. Diorg trus masukkan kak joy ke red alert.
Dah selesai semua, kak joy masuk ward. Diorg masukkan 2 pint darah. Rasa ok dah. Darah dah tak keluar sgt dah. 

Lepas tu doc decide buat suction utk buang blood clot. Masuk je bilik OT, terus buat. Jangkaan kak joy meleset termasuk doc bedah tu jugak. Bleeding terlalu banyak. Kak joy boleh nampak darah mencurah macam air terjun. Ya Allahhhhhh, apa dugaan ku Kali ni.... Doc dapat stop dengan masukkan balon. Tapiiiiiii jangkaan semakin meleset. Terlalu meleset. Balon tu terkeluar Dan darah keluar macam air sungai. Allahuakbar..... 

Semua doc cemas, masing2 guna kepakaran diorang  nak selamat kan kak joy. Diorang suruh kak joy berdoa.kak joy sempat mengucap beberapa kali. Ya Allah berilah Aku peluang kedua utk membesarkan anak2 ku. Suami kak joy disisi kak joy dan menangis dia melihat kak joy yang separa sedar. 

Kak joy di masukkan ke bilik OT sekali lagi utk major operation. Akhirnyaa, doc berjaya selamat kan dengan Izin Allah. Doc terpaksa buang rahim kak joy Demi selamatkan kak joy. Sekejap...... Sebak dada ni...... Sekejap ...... Lap air mata....

Kak joy tak ada rahsia. Sekadar ingin berkongsi pengalaman Dan kesedihan. Kak joy anggap semua ni ujian dariNya. Jadi jangan sia2 kan peluang kedua ini.

Cuma ramai cakap suh buat report ttg HTJ atas kecuaian dia tak bersihkan blood clot. Mungkin juga selaput uri. Doc pun no komen. Tp kak joy pikir dari sudut lain yang lebih positif. Diorg juga bertungkus lumus selamatkan nyawa kak joy. Alhamdulillah kak joy selamat. 

Tapi Klu Ada org atasan HTJ baca kak joy punye blog, cuba la buat perubahan seperti : 

- Tambah kakitangan seperti nurse. ( Kesian nurse terkocoh2 nak sambut baby). Time tu ramai nk beranak, ramai plak nak ceaser. So bayangkan, sempat ke nurse nak buang blood clot tu sedangkan orang yg nak beranak tu dah menanti di luar.

- pejabat, bilik Dan Servis tip top cuma upgrade sket. 

- housemen???? Hmmmmm no komen
( dik profesion ni Bukan setakat perlu dipandang tinggi dgn gaji yg besar tapi keikhlasan Ko menolong pesakit) kak joy tengok, doc pakar, MO ni la yg tak tdo2 melayan patient. 

Kak joy taknak komen banyak ia sekadar pandangan Dan pendapat. Apa yang berlaku pada kak joy, adalah hikmah Dan dah tertulis. Itu adalah bahagian kak joy. Sebagai orang Islam, kita percaya pada ketentuannya. Jangan sesekali lupa pada Pencipta. 

Kak joy skng masih dalam pemantauan. Huhuhu. Doakan kak joy terus sihat ya. 

Ok tangan dah kebas, Nnt sambung.

Tuesday, 17 November 2015

Berpantang anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Eh terajin plak kak joy menulis hari ni. Ni pun baru lap peluh melayan abg2 yang semakin melasak. Hadoiiiii pitam ibu ko tau. Kang nak menyusu baby Aimin plak. Yang ni pun boleh tahan, kuat betul menyusu. Ada masa tu ditarik2 nenen ibu dia. Kok boleh cabut, dah lama ibu jahit kat bantal. Nenen la puas2. Hehehehe

Kali ni berpantang di rumah Seremban. Kaedah berpantang sama je macam dulu  kali ni lebih berdisiplin dan takda ngelat. Hehehe. Tapi ada benda kak joy buat sendiri. Pakai bengkung ke, apa ke memang sendiri. Mandi baby mak kak joy. Masak pun mak jugak. Alhamdulillah sebab masih ada mak. "Terima kasih mama, buat semua ni utk Yah" 

Produk berpantang macam biasa lah, Nona roguy. Anak pertama Dan kedua pakai tanamera. Bolehlah Cuma takda jamu Nak di makan. Tu yang kak joy tambah phytonatal Nona roguy. Pantang kali ni sepenuhnya Nona roguy sebab setakat ni, ini lah yang terbaik. Nak bagi kencang dalam dan luar inilah dia. Kang komplen plak husband kite. Orang laki ni paham2la, kalau Ada kurang dalam diri kita, kemain komplen. Dia yang lagi banyak kekurangan tak pulak kaum hawa ni komplen ye tak?? Redha je kan???? Sorrylah, kak joy memang outspoken sket bab2 ni. Habis la kalau laki Aku baca ni. Hahahaha

Anak2 kak joy termasuk la yang ketiga ni, tak sah kalau tak kena kuning. Tapi tak la sampai kena phototherapy. Time pregnant yang ketiga ni, semua makanan sunnah kak joy tibai. Ikhtiar nak elak kuning. Tapi kena jugak. Biasalah, kuning ni normal. Cuma tinggi atau rendah je nak kena pantau. So baby aimin dalam pemantauan. Harap kurang la kuning pada hari2 yang seterusnya. Kak joy try mandikan anak dengan air rendaman agar2. Bacaan kuning drop byk jugak. Agar2 kan sejuk. Dan yang paling penting, breastfeed anak. Selagi boleh breastfeed cubala sedaya upaya. Memangla penat sket tapi hasilnya memberangsangkan. Anak cepat baik kuning, rahim cepat kecut, berat badan mudah susut. Package tuuuu....

Masa berpantang ni, kak joy just enjoy being a mother of 3 sons. Yes menduga tapi anak2 ni la yang beri kegembiraan buat family kak joy. Disamping tu jugak, kak joy memang syok melayan memori cinta suraya. Hari minggu gegarvaganza. Itu je lah penghibur buat kak joy sepanjang duduk kat rumah ni. Yang lain2, takda apa. Cuma pantang ni, kuat makan. Hehehe

Oklah, sok2 kak joy sambung lagi eh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...