Tuesday, 30 December 2014
Lembaran baru 2015
Monday, 17 November 2014
Sembang-sembang kak joy
Sekembali lagi kak joy disini setelah sekian lama tidak bersiaran. Hmmmm apa nak citer eh? banyak sangat dalam kepala hotak ni tapi tak tau mana satu nak citer. Rasanya dah hampir sebulan kot kak joy tak menulis. Sibuk? tak lah sibuk sangat, cuma mood nak menulis tu memang takda. Kenape ekkk? ada masa ketika tu, kak joy dah menaip separuh jalan dah, tetiba mood tu terus hilang . Apa lagi, terus delete macam orang takda hati perut!!hahaha...
Korang pun tahukan, kak joy memangla ada meniaga shawl sket. Bolehlah, demi mencari sesuap nasi. Disamping tu jugak, setiap perkara yang kak joy buat adalah disebabkan minat. kak joy suka benda yang cantik2 ni...muka tak lah cantik tapi sukakan benda yang cantik2...pahamkan?? korang pun suka kan tgk benda cantik2...orang pompuan cenggitu lah...
Semenjak kak joy berkecimpung dalam business ni, (amboiii ayat tak boleh blah!!) kak joy bukan nak pikir untung je tau tapi sebenarnya motivate diri kita untuk lebih kuat sebenarnya. Ni bukan kuat macam angkat berat tau, tapi kuat dari segi jiwa, rohani dan berhati kental...gitewwww
cuba la pikir, kalau orang cabar korang, korang marahkan...? siap seng2 tangan nak gaduh... tapi ni bukan, tak gaduh cuma cabar diri sendiri boleh buat ke tak? so itulah yang sebenar yang kak joy buat. nak berjaya macam orang lain, belum lagi kot. Skang ni masih merangkak...slow2 je kayuh...tak mau stress. Tapi kak joy hanya mampu menyebut Alhamdulillah....syukur sangat.
Kak joy percaya dengan rezeki yang Allah beri...tak kirala sikit ataupun banyak ia tetap rezeki. Hanya kita sahaja yang perlu menyebut syukur...sapa kata setiap barang atau produk yang kita jual tu memanjang untung...mesti adakalanya rugi sket..adakalanya langsung orang tak beli. Itu kak joy akui...Tapi kak joy percaya rezeki Allah tu amat luas. Esok lusa tu, terus ada orang nak shawl plak...Allahuakbar. Tapi kak joy cuba la mana yang mampu. Mana yang ada kekurangan akan kak joy cuba improve. Insyaallah...
Berniaga bukan perkara mudah...memang tak mudah...dan tidaklah susah untuk menjadi senang. Perkara yang paling penting usaha... itu je.
Ok, itu citer business la kan...jom kita citer lain plak..
Sejak dua menjak, kak joy terperasan ada perubahan pada diri kak joy. Itu pun setelah ditegor oleh mertua. Ada skali tu, kak joy request minta mak mertua buatkan asam pedas ikan sembilang. Bila sebut je, terus meleleh je air liur ni...bersungguhla orang tua ni masakkan. siap tambah lagi ikan mayong...adoiyaiiii meleleh la lagi...teringat2 sampai skang. Tetiba dia sebut " julia, mengandung ke? tiba2 je minta mama buat asam pedas. " eh...terus terkedu...tersedar kejap...dalam hati kata, takkan la kan...mustahil...nehi...kabi nehi...
Bukan tu je... mama joyah pun ada sebut, anak ko ni asik makan kaki je kejenye...aishhhhh ...siap mengeloh orang tua tu. siap tepuk2 kaki si Dani..hahaha...
Lagi satu, kak joy ni mudah penat... asik nak makan kambing je...dahla sedap...giler sedap... tu pun beli dari kawan...
Mungkin semua ni hanya perasaan je kot...ataupun perasaan mak2 kak joy. klu ada rezki Alhamdulillah...tapi bukanla skang perancangannya...bagila can kak joy bernafas dulu... trauma beranak pun belum hilang...
Oklah korang, setakat ni je kot. ada masa kak joy tulis lagi ya.
IKLAN KEJAP!
Kak joy ada jual instant shawl tau...ada 6 plain colour yang boleh korang pilih...sila tengok model hingus ni.
Colour yang masih ada: 1. Black beauty
2. Light blue
3. Mint green
4. Dusty Pink
5. Dusty purple
6. Peachy Pink
BLACK BEAUTY |
DUSTY PURPLE |
DUSTY BROWN -SOLD OUT |
PEACHY PINK DESCRIPTION: MATERIAL: HIGH GRADE CHIFFON DESIGN: INSTANT SHAWL PRICE: RM46 EXCLUDE POSTAGE SILA WHATSAPP KAK JOY 0123049715 |
Tuesday, 28 October 2014
Instant Shawl by JustAdorable
Amboi dah lama kak joyah tak mengelap sawang2 dalam blog ni. Iya, itu joyah mengaku...bukan takda masa nak update cuma malas tu lebih menguasai diri. Perangai syaiton betul! hahahaha
Sesiapa yang dah follow kak joyah, mereka dah sedia maklum yang joyah ni sudah berkecimpung dalam industri tudung menudung. Ala....baru nak mula dan banyak benda nak kena belajar. Jadi gunakanlah ilmu yang ada time ko belajar dulu ya? jangan sia2 kan...Insyaallah.
Mana datangnya niat ni? niat sudah lama, nak mula tu je macam takut. Macam2 pikir. Tapi tak boleh pikir2 dah, kena mula jugak atas hasil usaha sendiri.
Joyah mulakan dengan shawl biasa dan seterusnya instant shawl. Tapi ramai pulak nak lagi senang, nak sarung terus nak rasa cantik dan terbabom. Iya betul...tapi kak joyah suka bagi korang challenge, sekali skala belajarla belit2 ni. Nak rasa cantik...perlu ada usaha ok...sekarang ni kita tak boleh tunggu diri kita, "eh, cantiknya aku...tetiba plak ko cantikkan?" kita kena paksa diri kita cantik bukan tiba2 magis terus jadi cantik. Tapi ramai dah orang jual pelbagai shawl...pelbagai material dan pelbagai design. So, pilihan ditangan korang. Pilih jelah...nak murah..nak mahal...
Tudung joyah yang adorable sangat ni memang joyah cari tailor sendiri...material kain pun ko carilah sendiri. Barulah boleh challenge diri. Betul tak? Joyah kadang2 siap mengadap tailor tu menjahit dan rupanya susah jugak nak menjahit kelim2 bagai ni. Joyah memang tak gigih, silap2 joyah dah lempar mesin jahit tu dalam longkang. Hahaha.. dasar perangai syaiton ko ni yahhh.
Oklah jangan banyak cerita, joyah letak dulu 2 design ni walhal ada lagi design yang joyah ada. Itu kemudian punya cerita.
Wednesday, 15 October 2014
Tiada Mood...
Sejak akhir2 ni joyah semakin menjadi malas....malas nak update blog. Ntah tak tau nak citer apa dah...kalau nak bergosip, pssstttttttt meh datang dekat sikit. Bisik2 nak? Kalau cakap kuat2 dosa...bisik2 tak kot sebab orang tak dengar...hahaha...dasar sangat tuh!!
Kak yah rasa semakin lesu je badan ni. Mungkin letih travel kot...akhir2 ni joyah kerap berulang seremban-jempol. Hoiii penat sangat tu wei... tu pun anak2 joyah kena sakit kulit. Diorang ni kulit sensetif dan kering. Tak boleh sangat pakai bodywash yang pelik2...bila dah kering, mudah la kena jangkitan kuman. Tapi anak2 joyah memang dalam pemantauan pakar kulit, kiranya dah lama tak ngadap muka pakar tu. Bila anak dah teruk barulah ko nak ngadap doc pakar tu...hah! kena sound setepek je dengan dia. Joyah nak citer sketla, pakar kulit ni bukan senang nak jumpa...kalau kerajaan diorg akan buat rotation dengan daerah2 lain. Jadinya, joyah terpaksa gi pakar private je. Sekali jumpa janganla ko bawak 100 je dalam poket ko...kurang2 standby la 500. Ya Allah...Tuhan je yang tau betapa mahalnya ubat2 ni. Tapi alhamdulillah cepat budak2 ni baik. Sebab tu lah joyah kena cari duit sampingan...jual tudung la....jual kopi la...eh macam2 la....Tebalkan muka cari customers. Ikutkan kan hati petang2 pukul 6 joyah nak jual goreng pisang depan quaters tau..Taraf hidup kita semakin tinggi dah...so kena lah berjimat dan berbelanja la dengan bijak.
Disamping itu juga, otak ni banyak berpikir. Pikir masa depan pun ya jugak.. Carta perbatuan dah buat tapi realitinya tak sama plak dengan cartanya, alamatnya lambat lagilah produk aku ni nak siap. Hmmmmmm... produk main2 je...
Tuesday, 7 October 2014
Good stress ~ stress yang baik
Tarik nafas kejap.....ahhhhhh lega. Malam ni barulah boleh bernafas sikit. Kalau tak dari pagi sampai la ke petang nafas ni rasa tak cukup je. Mana taknya! macam2 benda nak dikejarkan. Kejap nak kesana...kejap nk ke situ...haiyooooo! Tapi kalau dipikir2 balik ia adalah stress yang baik. Kenapa joyah cakap macam tu? sebabnya ia adalah stress dimana ko akan dapat hasilnya setelah ko berhempas pulas menguruskannya. Kalau stress yang tak bagus tu, lebih kurang macam putus cinta la...
Macam pagi tadi, joyah keluar ke ladang kejap, ambil sampel darah ayam. Biasalah...dah itu kerja kitaorang....apa kan daya joyah...demi memantap skill amik darah ayam la katakan.
Monday, 29 September 2014
Baru 32!
Umur joyah baru 32 tahun ni...tak lah tua sangat kan. Boleh lagi ni kalau nak menambah. Tambah ape? tambah la apa yang boleh tambah...hahaha
27 September 1982 adalah hari lahir joyah. Lahir di Hospital Sultanah Aminah , JB. Sehingga kini hospital itu masih berdinding merah...tak pernah kuning...tak pernah biru....ia tetap merah dan masih legend.
Mesti korang nak tanyakan, kemana la kak yah ni nak celebrate birthday dia...Betul tak? Sebenarnya kak yah nak ceritakan sikitla pasal sambut menyambut ni. Bagi kak yah, ia tetap sama tiada yang bezanya. Hari istimewa ke atau tidak keadaannya tetap sama. Kenapa kak yah kata begitu? suami kak yah ni bukan lah orang yang romantik...bukannya suka buat surprise pun...nak bagi bunga? hehehe...pernah jugakla dapat tapi itu pun dia britau.
"yunk, i nak kuar kejap, nak beli bunga sempena birthday you.
" Eh dah kenapa laki aku ni, itu pun nak kena beritau ka?
Jangan harap la nak mimpikan, orang buat prank dan tiba2 ko terkejut "amagad! tak suka la korang ni...suka tau buat prank2 ni..luruh jantung!" Oh jangan ko mimpi ko akan terima kezutan begitu. Tak pun jangan ko berangan, apa laki nak kasi sempena birthday esoknya. Silap2 dia lupa... OH dia memang lupa pun birthday anje dia ni. Semua orang macam muka 50 sen je, tak tau pun hari tu hari birthday kak yah tau. Tanpa pikir lagi, joyah cakap,
"Korang semua ni, tak ingat ke birthday ibu hari ni?"
Tetiba ayah eh menjawab,
"eh haah la, birthday ibu... Happy birthday Ibu...." Itu je?? kad ? anything? takda eh?
Then, semua senyap. anak2 joyah tak tau apa la kan...yang dia tau dia yang terima hadiah bukannya joyah. Tapi joyah tak kisah pun, joyah tetap rasa bahagia, (sungguh klise jawapan itu)
Tapi kan...tapi kan... walaupun husband joyah tak romantik tapi dia ni suka sangat beritau apa dia nak buat...dia pi mana ke..buat ape ke...kiranya takda surprise la. Apa2 benda dia mesti britau dan bawak bincang. Siap tanya nak celebrate birthday ni kat mana? ala yunk oiii please la kezutan la sket...nak kena britau jugak ke? hahaha...Ala salah joyah jugak...cerewet sangat. Kang bila dia buat kezutan, mula la tak berkenan la apala...so joyah tau dia buat semua tu sebab nak buat kita happy.
Hari tu, lepas pi umah ong kawin, kami terus shoot ke Damansara...chap..chap chus laki aku bila drive. Terus sampai ke the Curve. Tu je la tempat yang joyah suka pegi dan sampai satu tahap dah boring sebab tempat yang sama ja. Tapi tak kesahlah...Dalam fikiran joyah, joyah nak terjah Harvey Norman, nak cari vacum. Vacum kat rumah dah rosak. Kiranya kalau sedut habuk tu,
ibarat ko letak serbuk black pepper kat tangan dan ko sedut pakai hidung... begitulah vacum joyah berfungsi. hahaha..
Tuesday, 23 September 2014
Lately..
Korang pernah tak rasa, ada masa ketika tu korang rasa nak duduk sorang2 dalam umah? lepas tu baring whole day takda buat ape2. Makan pun, makan ape yang ada dalam rumah..kiranya kalau ada kuih tat ke...biskut ke...itu dah kira cukupla untuk ko makan satu hari dalam umah sorang2. pastu duduk je kat sofa sambil tekan remote. Tekan2 remote pun dok ulang citer yang sama...tekan channel 104, Adam dan Hawa. pastu dalam hati korang cakap "dah berapa kali ulang ni, skrip pun boleh hafal." Lantas ko pun tukar ke channel 135, eh...citer yang sama... tak ke macam #$%^*....kira dah tak tau nak tengok citer apa kan...#astroponing
Tapi apa sebenarnya yang joyah nak sampaikan ni? tiada motif ...just lately ni rasa macam sedih je...kadang2 tu rasa bersemangat...sedih pun pasal ape? tiada motif... tengok citer cinta pun nangis...citer kelakar pun ko boleh nangis? ko dah kenape? memang la nangiskan....sebab ketawa terbahak2 sampai keluar air mata... kira nangis jugak tu..
Lately ni jugak, joyah tido awal...tak macam dulu pukul 1pagi baru lelap. Faktor umur agaknya..
Lately ni jugak, asik nak makan sayur je...nasi makan jugak...paling kerap makan cheese...hmmmmm
Lately ni jugak, joyah suka sangat berjoget terkinja2 macam monyet pastu anak-anak bantai tergelak. lantas terdengar suatu suara, "ibu ko, mula la tu...sawan dia dah datang" Joyah apa lagi, jeling panjang bukan main...
Lately ni jugak, joyah tak suka berhias..selekeh je. nak make up tu rasanya hanya secalit lipbalm yang warnanya entah macam ada atau takda. Lipbalm tu pun entah berapa punya kurun tak pakai. Itu pun perasan macam natural beauty la konon tapi muka penuh jerawat pasir yang payah nak hilang...parut jerawat tak usah cakap...
Lately ni jugak, kalau pakai tudung tak kira shawl atau bawal mesti guna 1 kerongsang je. Gaya bertudung, memang takda. Main ikat2 adalah... nak tutorial tudung? nangis korang tengok. Silap2 korang terus berpantang 44 hari dari tengok apa2 jua video dalam youtube.
Lately ni jugak, terasa diri ni macam businesswoman...hahaha...tak menahan. tak salahkan kalu kita berangan dulu. Insyaallah dengan izinNya.
Memang banyak "lately" sekarang ni...adakah mungkin lepas ni ada istilah "lastly?" i oso donno...
Ok la baiiii
Thursday, 18 September 2014
Anak joyah baiklah!
Korang tahu kan joyah ada 2 hero yang begitu lasak dan suka mengusik orang? Adakalanya, menguji jugak kesabaran. Tapi nak kata apa, budak2 kan? Marah macam mana pun dia tetap didalam dunia dia. Kita mak pak ni didunia yang.......(krik..krik..krik..) entahlah tak tau nak cakap apa sebab orang dewasa punya life memang kadang2 tu complicated. Right?
Bila diorang melasak, yes joyah pasti penat. Tapi bila perhatikan tingkah laku diorang pastinya menggelikan hati. Yang si adik ni ....wow!! sangat energetic. Suka explore everything..kadang2 tu dia suka sangat tunjal kepala abang dia. Yang dak Ameer ni, bantai menangis...hmmmm...joyah kata " kenapa tak lawan dengan adik?" (ibu dia kong ajo sbb hasut anak suh bergaduh). Yang si Ameer jawab,"ameer sayang adik...sambil tu dok nangis lagi. Alhamdulillah anak2 ibu ni baik rupanya. Joyah test je tadi nak tengok akal dia samada dia sayang adik dia ke tak?
Hmmmm...bila anak2 dah besar ni teringin pulak nak menambah tapi ....entahlah....speechless gila. Life quite tough now...challenging...(mengejar cita2 yang belum sampai) ~ masih separuh jalan...
Nak cerita apa yang joyah pikir skang memang agak sukar sebab, semuanya bercampur baur...
Takpelah, cuba korang tengok anak2 joyah yang baikkkk sangat ni... Ni gambar yang lepas time kami holiday bersama.
Giveaway September by Karya Mahirah
Wednesday, 17 September 2014
Tak Sabar
Assalamualaikum,
Ya Allah... rasa macam tak sabar nak balik tau. Tau2 jelah kan skng joyah jauh dari family atas tugas. Huhuhu...
Dah la hari pertama kat hotel kena kacau dgn hantu...hahaha... seram mak nok. ..
Hari kedua, ajak akak zablina...terus dia x ganggu dah. Nyaman je tdo.
Dan seterusnya, hari ni kami nak balik dah. Hey, update blog ni pakai hp tau. Gigih gila nk update. Time ni pun tgh tunggu menteri pertanian datang buat perasmian. 'Baikkkkkk punye...."
Dalam kepala hotak joyah ni , tgh dok pikir kain chiffon yg meletop2 tu kat umah. Sabar na... Tangan joyah x sabar nk gunting dan nak jahit..
Eh byk lagi nk pikir sebenarnya, Moga segalanya dipermudahkan.
Tuesday, 16 September 2014
Lonely night
Bila lonely,
Otak mula ber fikir. ...
Ber fikir entah apa yg difikir. ...
Bila difikir - fikir, aku terus berzikir
Hanya padaMu Ya Allah...aku berzikir
Aku tidak mahu lg berfikir sebagai mana orang memikir.
Aku penat...penat memikirkan kerenah manusia...
Tapi jangan biarkan aku penat memikirkan Mu...aku perlukan Mu....jangan jauh dariku. ..aku amat perlukan Mu... jangan sesekali tinggal kan ku....
~Dalam bilik sorg2. ...its just a lonely night!
Sunday, 14 September 2014
Impian manusia tidak sama denganNya
Hari ni macam pelik je kan? Impian manusia tidak sama denganNya? Ya, itu joyah setuju memang takkan sama.. Kita punya impian macam2 tapi adakah Allah kabulkan setiap impian kita tu? dan bila Allah tak kabulkan, kita terus putus asa dan menganggap diri kita sentiasa tidak bernasib baik. Betul tak? tapi kita pernah terpikir tak, Allah yang akan tentukan setiap perjalanan hidup kita kearah yang lebih baik.
Joyah banyak impian dan angan2...tapi nak kecapi setiap benda tu punyala payah dan kadang2 tu tak dapat lansung. Kalau dapat pun lambat je...itu sebab kita selalu cakap "hmmmm ni semua hikmah dari Allahkan?" Tapi kesannya kita akan nampak kemudiannya...
Joyah harap sangat, impian joyah kali ini dipermudahkan dan moga ia permulaan yang baik buat joyah dan keluarga. Tak dapatla joyah nak cerita impian joyah kat sini sebab joyah sedang work on it.. so i will update soon. Insyaallah...
Pernah tak impian korang boleh berubah2? itulah yang sedang berlaku dalam diri joyah skang ni...semuanya dengan izinNya.
Terlalu besar kuasanya hingga kita tidak mampu menangkis.
Ape2pun impian tetap impian...berusahalah kita untuk mengejar cita2...semuanya dengan izinNya. Insyaallah...
"JustAdorable"
Thursday, 4 September 2014
Tetap sayang ia.....~ rumah
Tuesday, 2 September 2014
Ayda Jebat ke?
Dah lama tak pakai ~ shawl hitam
korang nak tengok sorang ni pakai tudung lagi cute dari joyah tau....nak tau tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaa!
Dia adalah anak lelaki joyah tapi suka sangat nak ikut apa yang ibu dia buat...hmmm jangan lebih2 ya nakkkk spening kepala ayah ko nanti....
ok lah baiiii
Wednesday, 27 August 2014
Kufur Nikmat ~ Tanyalah Ustaz
Dulu tak pernah kesah pun program ni tapi sejak orang tua selalunya je buka, terpaksalah jugak tengok. Siap cakap dalam hati,
"boring betul tengok program ni...rasa nak tukar je..." tangan ni terus tekan remote ke channel lain.
Tetiba mama joyah menjerit,
" Eh Yah! aku potong tangan ko tu nanti...orang pagi2 ni nak dengar ceramah, ko sibuk nak tengok nyanyi2. dah kenape??
Joyah pun terkejut babun bila ketua kumpulan sudah bising...
"Ma, terkejut orang tau...orang saje je nak tukar channel lain nak tengok apa program, nanti orang tukar channel tadi balik..
Mama joyah pun jawab balik taknak kalah wei....
" Elok tengok ni, dengar ustaz ni cakap.. apa dia cakap semua betul... kita ni selalu sangat leka..leka tengok bola la...(itu laki aku), tengok kartun laaa...(eh, anak2 aku pun kena?). Kita kena dengar semua ni, boleh perbetulkan diri.
"baik ma...."
Sejak dari itu, joyah mula la tengok sehingga sampai satu masa tu syok pulak dengar ustaz ni cakap..
Cuma joyah nak share la sket beberapa intipati dalam ceramah beliau pagi tadi berkaitan kufur nikmat.
Ada satu ayat tu ustaz ada sebut,
"kalau kita nampak orang dalam kesusahan, kita bantulah. Dalam masa yang sama kita minta orang tu doakan kesejahteraan kita. Tapi itu dia dalam kesusahan. Tapi kalau dia dah senang belum tentu dia bersyukur dengan apa yang ada...
Tapi....
"Kalau kita nampak orang kaya, dia pula seorang yang pemurah dan rendah diri... kita ni cepat2 la minta air penawar darinya insyaallah apa jua Allah permudahkan segala urusan kita. Betapa mulianya orang begini... Agak sukar sebenarnya nak jumpa orang macam ni.
~ disitu Allah suruh kita sentiasa bersyukur pada apa yang ada.
Ada sesetengah orang tu, berkerut je muka. Muka macam ada masalah... bila jumpa orang je, muka dah risau... bila kita ajak je pi kedai makan... dia pun resah je... {dia risau, sebab kuartir orang minta duit dia...takut duit dia habis...duit dia tak cukup....} sebab tu Allah pesan suruh kita sentiasa bersedekah...bersyukur...jadi hati kita pun sentiasa senang dan tenang.
~kalau kita rasa susah hati, sedekahlah sedikit pada orang yang perlukan bantuan kita...tak semestinya dalam bentuk kewangan. Sedekah tenaga dan kudrat kita ni pun dah cukup sebenarnya. Cuba anda buat... Masyaallah! punyalah tenang setenangnya.. Joyah nak kongsi kan beberapa dugaan yang terbesar dalam keluarga joyah tapi akhirnya kami semua sangat bahagia dan tenang je. Nanti joyah kongsikan sedikit walaupun tak semua joyah boleh kongsikan.
Last sekali, joyah nak tanya, " Dalam bank ada RM10, tapi hati tu rasa cukup je..dan satu lagi bank ada berjuta2 duit tapi hati tak pernah rasa cukup. Mana korang pilih??
Oklah...setakat ini saja dari joyah. Ok bai...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sunday, 24 August 2014
Kesan bacaan Al-Fatihah setiap masa di TV3
Sejak kejadian MH17 di Ukraine, TV3 kerap buat bacaan Al-Fatihah. Tak kira la lepas iklan ke..sebelum iklan ke..tapi memang kerapla kan.. Dan joyah perasan ia lebih kerap bacaannya dibuat sewaktu pulangnya jenazah. Alhamdulillah...
Sebenarnya joyah mohon sangat bacaan Al-Fatihah ini dibuat sentiasa dan tidak perlulah hanya waktu2 tertentu. Kesannya amatla baik sebab anak joyah si Ameer dah pandai baca fatihah. Setiap kali keluar je kat TV dia mesti dan boleh sebut ayat-ayat tu walaupun kadang2 tu ada certain2 ayat tu disebut tak betul. Tapi joyah syukur sangat dia dah mula belajar dan ikut. Adik dia Dani pun sama... ikut je alunan bacaan tu walaupun tak pandai sebut ayat-ayatnya.
Kesannya juga bukan pada anak2 je..tapi pada joyah. Kita ni manusia tak perfect, balik dari kerja je mesti bukak cerita favourite... leka je kadang2... ntah apa la yang nak dihebohkan.. kadang2 tu buat apa2 pun takda nak baca al-fatihah kan? tapi bila balik je keje buka TV3 tak kesahla apa program pun mesti ada bacaan tu. So disamping tulah kita boleh baca sambil buat keje ke...memasak ke...
Mohon sangat TV3 teruskan bacaan ni. Takyah la tunggu hari sedih ke...orang meninggal ke baru nak baca fatihah.. teruskan lah bacaan ni. Jadikan sebagai amalan kita seharian.
Joyah tahu, channel oasis dan hijrah pun memang buat program khas islamik dan juga bacaan al-quran. Tapi percayala tak semua bukakan? kadang2 korang nampak je channel tu, korang cepat2 tekan channel lain kan? paling tidak pun korang tengok cerita Tanah Kubur pastu tukar HBO..betul tak? hah betul sebab joyah pun sama la macam tu..
Macam mana pun pandangan orang, apa yang berlaku pada negara kita adalah dugaan yang terbesar. Joyah percaya ada hikmah disebaliknya.
Ok baiii
Thursday, 21 August 2014
IKEA
Tapi..... husband joyah suka yang ini...