Showing posts with label Ameer Daniel. Show all posts
Showing posts with label Ameer Daniel. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

Dani akan jadi abg ngah

Assalamualaikum semua,

    Kak joy rasa terpanggil nak cerita pasal anak kedua kak joy ni. Sejak kak joy preggy anak ke 3 ni, mulalah teringat time Dani baby lagi. Rindu sangat waktu dia kecik. Pejam celik, tahun ni Dani dah 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Bila kak joy belek-belek gambar dia masa baby, Ya Allah, comelnya si Dani ni. Macam nak cubit-cubit je. Sekarang jangan harap kak joy dapat cubit dia, dia akan tunjuk penumbuk atau pedang sakti dia untuk lawan balik ibu dia. heheheh... Dani ni, tak banyak ragam, senang sangat jaga dia. Time nak susu je, dia merengek. biasalahkan......Bila dah besar panjang ni, budak ni susah nak berhenti cakap. bising....membebel....kadang-kadang tu kuat jugak dia makan. Dia ni pemakan orangnya. Dia juga, dah pandai cakap. Jangan la cakap sembarangan depan dia, sok-sok dia akan cakap balik apa yang kita cakap. Dani ni, kak joy nampak dia lebih berdikari kalau nak dibandingkan dengan abang dia. Silap-silap, dua orang ni masuk tadika, kompom adik yang jaga abang.

comel je Dani time ni...babab kang!!


My little elephant



Yang ni hero kak joy, rajin tolong kak joy uruskan anak-anak. Kalau weekend mesti dia rajin tolong. Time kerja, kita paham, dia kerja. Balik pun dah penat.



Ni lah budak tu, ni gambar lama ni, gambar baru dalam phone lain. Malas nak upload. Dia sangat cargas orangnya...suka joget-joget macam mak dia jugak. 

Tak lama lagi, Dani akan jadi abang ngah. Tolong ibu salin pampers adik tau...tolong pok-pok adik tidur. hehehe.... Nanti dah ada baby, kena jadi abang yang baik. Eh rasa sedih plak, rasa nak peluk diorang kuat-kuat skang ni. Macam mana sekalipun ibu tetapi sayang korang berdua. 


Thursday, 18 September 2014

Anak joyah baiklah!

Assalamualakum,

Korang tahu kan joyah ada 2 hero yang begitu lasak dan suka mengusik orang? Adakalanya, menguji jugak kesabaran. Tapi nak kata apa, budak2 kan? Marah macam mana pun dia tetap didalam dunia dia. Kita mak pak ni didunia yang.......(krik..krik..krik..) entahlah tak tau nak cakap apa sebab orang dewasa punya life memang kadang2 tu complicated. Right?

Bila diorang melasak, yes joyah pasti penat. Tapi bila perhatikan tingkah laku diorang pastinya menggelikan hati. Yang si adik ni ....wow!! sangat energetic. Suka explore everything..kadang2 tu dia suka sangat tunjal kepala abang dia. Yang dak Ameer ni, bantai menangis...hmmmm...joyah kata " kenapa tak lawan dengan adik?" (ibu dia kong ajo sbb hasut anak suh bergaduh). Yang si Ameer jawab,"ameer sayang adik...sambil tu dok nangis lagi. Alhamdulillah anak2 ibu ni baik rupanya. Joyah test je tadi nak tengok akal dia samada dia sayang adik dia ke tak?

Hmmmm...bila anak2 dah besar ni teringin pulak nak menambah tapi ....entahlah....speechless gila. Life quite tough now...challenging...(mengejar cita2 yang belum sampai) ~ masih separuh jalan...

Nak cerita apa yang joyah pikir skang memang agak sukar sebab, semuanya bercampur baur...

Takpelah, cuba korang tengok anak2 joyah yang baikkkk sangat ni... Ni gambar yang lepas time kami holiday bersama.


hah, ada la tu yang nak dibuat!

cubaan membuka safety box... cubalah nak oiiiii...

Hah! apa lagi tu?

anak joyah baiklah!!

sesi bergumpal sudah bermula...sapa la menang ni..?

hmmmm...apa2 ajalah nak...ibu tengok je ni,,


ok...ibu tau korang happy sebenarnya...ok baiii

semakin cerdik anak ibu yang ni...manja, lasak, suka mencuba dan berani

abang pun manja, kuat tantrum, mudah takut, pemalu, energetic sangat!

so itu saja lah buat hari ni...daaaaaa








Thursday, 24 July 2014

Hero-hero Joyah

Assalamualaikum,

Eh dah lama joyah tak cerita pasal perkembangan hero-hero joyah kan? Anak-anak joyah skang semakin melasak dan "baik-baik" belaka. Biasalah anak lelaki, kalau tak lasak tak sah..Tapi yang seronoknya, diorang semua dah semakin membesar dan mulut begitu 'ceriwis' bila berkata-kata. Dani plak, aduiiiii ...........karakter dia sangat berbeza dengan abangnya. Aktif sangat dan sangat manja...kalau joyah kata "dani!! ibu babab kang, nak?" dia terus tarik rambut joyah..takpun, dia pukul bontot joyah. Hahahaha... nasib baik montot nak, ibu banyak lemak kat situ, so tak rasa sakit pun...korang pijak2 pun ibu redha ok...


Hah, ni la kerja depa hari-hari....pantang ibu dia baring je, dia hempapnya sungguh2. Senak perut ibu nak...

Hah, kan dah kena peluk dengan ibu...besar dah anak bujang kami ni...

Hah si buntal yang belang-belang tu pun nak join sama...dia bukan boleh bagi can, habis dia kuda-kudanya ibu dia.

Time ni joyah plak tak berapa nak sihat, tapi apakan daya...layankan aje perangai anak-anak.


Bila menjelang malam je, diorang ni kurang sikit melasak.. katanya nak baca buku. Tapi memang perasan sejak-sejak ni asik buka buku je...kadang-kadang buku yang sama. Alhamdulillah, Ameer dah katam beberapa buku yang dia baca..pandai anak ibu. Tapi kan, lepas berapa minit tu dia akan cakap " penatla ibu..ameer nak rehat jap" bukan main lagi.. macam la awak tu nak amik SPM. Nnt dah tingkatan 5 jangan malas2 baca buku ok. Mana taknya, time joyah study dulu, joyah memang mengandungkan budak-budak ni.. time tu pening buat statistik dan accounting. Nanti besar, ibu harap anak-anak ibu pandai macam ayah ya? ibu? tak pandai ke? pandai jugak...tapi ayah lagi pandai dari ibu. Ikutlah sikit2 perangai ayah ya...



Bila tengok gambar ni.. joyah happy sangat.

Kalau tengok Ameer, macam dah tembam sket sebab sejak-sejak ni dia kuat makan..dulu kurus je sebab milih makan. Dani plak, taram je.. semua benda masuk mulut...tak kesah orang langsung..

ok lah tu je nak citer hari ni... ok baiiii

Thursday, 11 July 2013

Dani ohhhhhhh Dani



 Sejak Dani umur 4 bulan, anak kedua joyah ni dah mula menampakkan kulit-kulit kering. Pada awalnya idakla seriusnye...tapi lama-lama terus jadi macam kudis gitu. ohhh kesian anak ibu..di pendekkan cerita, joyah dah pakai macam-macam produk dari natural remedies hingga tahap produk mandian dan sapuan yang boleh mencecah RM200 - 300. lepas tu joyah pun tak tahan tengok keadaan anak joyah ni. Joyah pun decide pi Klinik Pakar Kulit di Taman AST, Seremban. Ohhh Doc pakar ni sangat bagus. Consultation dia mesti 20min minimum. Joyah dah ke tempat beliau ada dalam 4 kali untuk treatment kulit Dani ni. Ini lah ubat Dani yang terkini. Setiap kali pegi klinik mesti kena standby duit dalam 300. kalau dah 4 kali treatment?...huishhhh...tapi joyah tak kesah demi anak joyah dan suami sanggup buat apa saja demi anak-anak.
 
Hah inilah ubat dani, sapuan pertama pakai Nivea lotion. Doc sarankan pakai produk ni sbb lebih moist kulit baby kalau nak dibanding dengan brand lain. pastu sapuan 2 dan seterusnya sapuan ke 3. Walaupun dia mahal gila babeng tapi kesan dia sangat memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah...

Kudis akibat kulit kering...hampir pulih....


 
Wah....saya dan sihat. tapi tiap-tiap hari kena sapu ubat...
 
Begitulah kisahnya si Dani anak joyah bertuah ni...buat setakat ni joyah terpaksa lupakan hasrat joyah untuk sementara waktu ni untuk membeli apa yang joyah inginkan...tapi yang joyah pasti lepas raya joyah nak shopping sakan. orang shopping sebelum rayakan?? tapi joyah terbalik. joyah suka buat lepas raya. preparation raya kali ni dah selesai. takda apa lagi untuk dibeli sebab semua dah cukup. Tinggal nak beraya je...shiokkkknya...





Monday, 13 May 2013

Wahai Ameer Daniel

Eh arini kita citer pasal Dani plak..bleh ke idok? Memandangkan dani pun dah 5 bulan,  kita citer sketla perkembangan anak joyah yang bulat nih.

Skang dani dah pandai meniarap. Itu pun bukan main lagi lasak. Nak pakai baju pun payoh..keje dia skang menyengih je..orang marah pun sengih je tak sudah sudah. .. but I love his smile. .

Alhamdulilah sehingga kini dani belum ada tanda tanda demam. Manala tau nak berubah bulan la katakan. Syukur pada Mu Ya Allah...ibu doa yang baik baik je untuk anak ibu nih. Joyah masih ikut nasihat paed kurangkan bawa baby ke public.  Joyah memang amalkan tu..9month barulah berani nak bawa bercuti jauh jauh.

Lagi satu, kalau dah nampak tanda tanda selsema terus refer paed untuk dapatkan rawatan. Please jangan ambil mudah pada mak dan pak ya, sebab kalau dibiarkan ia akan jadi bronchitis. Itu serba sedikit info dari joyah. Nak lebih penerangan just Google je..

Dani plak dah mula minum susu soya (isomil) ni sebabnya dia kena alahan kulit. Susu badan tetap diteruskan..asik lapar je budak bertuah ni. Harap dah mula makan nanti jangan milih makan ya...

Ok la..nanti joyah hapdet lagi ya...daaaaaa

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...