Showing posts with label Ameer Zaffran. Show all posts
Showing posts with label Ameer Zaffran. Show all posts

Saturday, 21 February 2015

Umbilical hernia

Assalamualaikum semua,

Hari ni ada free sikit nak menaip. Selalunya sibuk je memanjang. Tak sempat nak pikir apa. Hampir seminggu jugak kak joy bercuti demi menjaga anak yang sakit. Oklah, kak joy cerita sikit tentang sejarah anak kak joy yang sulong ni. Sejak dia lahir 2 minggu gitu, dia dah kena hernia. Dia ada 2 hernia di pangkal paha dan pusat. Orang tua2 kata angin pasang. Selalunya hernia ni berlaku pada budak lelaki je. Tapi budak pompuan pun ada yang kena cuma percent tu agak rendah. Anak kak joy kena umbilical hernia (pusat) dan inguinal hernia (pangkal peha). Hernia di pangkal peha tu memang sakit. Tak boleh lasak sangat, bila benda tu timbul je budak boleh senak. So, ameer buat operation time umur dia setahun lebih gitu. Alhamdulillah dah baik. Tapi doc taknak buat operation yang pusat tu sebab doc nak bagi masa untuk pulih naturally. Tapi malangnya, last month jumpa doc, dia kata kena operate jugak. Memang takda tanda2 utk pulih. So, doc dah pilih tarikh utk buat operation ameer. Sepanjang tu, kak joy resah jugak pasal ameer ni. Dia ni kan suka minum susu, dah besar pun masih nak menyusu. Takut dia tak tahan kena puasa. Tp Alhamdulillah, kak joy tak sangka dia ni kuat sangat.


                         
Anak paling manja, Ameer la. Anak sulong memang manja. sikit2 nak ibu.


                    
Time ni bagi dia makan kenyang2 sebelum kena puasa tgh malam nanti.

Petang tu, doc dah panggil ameer tu cucuk jarum kat tangan supaya senang nak masuk air nanti. So kak joy pun pi la skali nak masuk bilik khas. Ameer time tu dah mula takut sambil panggil 'ibu...ibu...'. Kak joy pun cuba je relaxkan dia tapi dalam masa yang sama kak joy psiko dia jugak agar dia dgr kata. Tiba2, sorang nurse ni, suh kak joy keluar. Siap cakap 'ini prosedur kami ya... ibubapa tak boleh masuk.' Eh dah kenapa ko ni? hati kak joy berkata. Doc tak cakap apa2 pun td. so kak joy pun akur je lah keluar, berdiri depan pintu yang ditutup. siap kunci kata ko!!! time tu dengar lah ameer menjerit macam orang gila...sebab kak joy tak pernah dengar ameer nangis sampai macam tu sekali. Dulu, time doc cari vein ameer, relax je dia. tak nangis macam tu. Setelah setengah jam, ameer pun keluar teresak2 dgn tangan penuh kapas. Doc tak berjaya cari veins dia. Ok beginilah, kak joy nak bagi pandangan kak joy sikit pasal prosedur korang tu.
Sebenarnya, kak joy pun tak suka sentuh prosedur hospital atau etika seorang nurse. Mungkin nurse tu ikut buku ke hapa...aku mmg tak tau. Or mungkin dia tak yakin dengan diri dia sendiri kuatir aku komplen dia cara dia handle anak aku. Itu pun aku memang tak tahu. Cuma disini kak joy hanya pikir nak mudahkan doc agar senang dia nak cucuk tangan ameer. Kak joy orang paling terer dalam restrain anak disamping mengunakan psikologi ni. Kalau anak tu jenis tak independent dan sentiasa mahu ibubapa disamping mereka, sila lah benarkan ibubapa ni bagi sokongan pada anak mereka agar mudah korang semua nak cucuk ke...ke nak tonggeng ke apa ke...aku terima je. So takdalah korang terpaksa musnahkan veins anak aku sehingga 8 kali. Time pukul 10mlm gitu doc panggil lagi, nak try cucuk lagi. So aku pun redha je lah, nak dok luar. Malas nak dengar nurse bangang tu memekak. Eh tetiba plak doc tu cakap aku boleh masuk...dah apahal?? kata tadi prosedur sangat...so ni ape citer? so now, aku pun masuk. Ameer pun terus berenti nangis bila nampak ibu dia. Time tu ameer betul2 behave. Diam dan biarkan doc tu cari veins dia. Dia tetap nangis tapi tak la kuat sangat. Dia tak gerak hanya diam saja minta ibu dia cium dia. Malangnya, doc tak berjaya jugak sebab salur darah ameer dah rosak. So, they leave it to pakar bius. Kalau awal2 ko panggil aku, mesti keje ko dah senang kot. taklah rosak salur darah anak aku. Malam tu ameer tak masuk air pun...cuma kena tenangkan ameer agar dia tak lapar. Malam tu kak joy kejutkan dia minum air masak, agar dia tak hilang air dalam badan.

                     
Pity boy... Ibu tak kesah apa orang cakap, ibu tahu ameer kuat. Ibu tak pernah putus doa.

Keesokan paginya, ameer dah masuk bilik bedah. So, tunggu jelah makluman dari doc.....

.....................................................................................................................................

menunggu dan masih menunggu dan akhirnya selesai.

                     
Ameer terus dipindahkan ke ward biasa. Alhamdulillah selesai semua. Time ni dia masih mamai.

                    
Akhirnya, dikaki jua la ia berjaya. Rupa2nya, banyak kali jugak pakar bius tu cucuk cari veins, tak dapat jugak sebab kebanyakan salur darah dah rosak. kaki sebelah pun tak berjaya jugak. Nasib baiklah kaki yang last ni, berjaya. Syukur sangat!!!

                    
Alhamdulillah dah boleh main...kuat betul anak ibu.

                   
 Sembab anak ibu...tapi tetap senyum... ameer dapat keluar petang tu jugak...syukur

 
Dah gembira boleh main lepas 2 hari operation. Yang si kecik tu, memang tak pikir apa pun...tahu nak main je.

 
Ajak dia ngopi ...happy je dia cuma selera makan tu agak kurang...sian ameer.

                   

                   

Alhamdulillah semuanya selesai berkat doa kalian semua. syukur sangat. Kepada kawan2 yang mungkin ada masalah macam anak kak joy ni, Ikut je cakap doc...kalau perlu operate, operate je lah. Itu jalan yang terbaik. Kalu boleh operate time baby lagi, cepat baik.

kak joy jugak pernah berubat tradisional tapi masih tak baik. Macam2 buat dah... Operate je cara terakhir kak joy.

Semua nurse dan doc baik je, cuma sorang nurse ni je aku aim..... kalau tengok gaya mmg bossy gile. Ape2pun belajar la dari kesilapan...

bye semua. wassalam


Thursday, 18 September 2014

Anak joyah baiklah!

Assalamualakum,

Korang tahu kan joyah ada 2 hero yang begitu lasak dan suka mengusik orang? Adakalanya, menguji jugak kesabaran. Tapi nak kata apa, budak2 kan? Marah macam mana pun dia tetap didalam dunia dia. Kita mak pak ni didunia yang.......(krik..krik..krik..) entahlah tak tau nak cakap apa sebab orang dewasa punya life memang kadang2 tu complicated. Right?

Bila diorang melasak, yes joyah pasti penat. Tapi bila perhatikan tingkah laku diorang pastinya menggelikan hati. Yang si adik ni ....wow!! sangat energetic. Suka explore everything..kadang2 tu dia suka sangat tunjal kepala abang dia. Yang dak Ameer ni, bantai menangis...hmmmm...joyah kata " kenapa tak lawan dengan adik?" (ibu dia kong ajo sbb hasut anak suh bergaduh). Yang si Ameer jawab,"ameer sayang adik...sambil tu dok nangis lagi. Alhamdulillah anak2 ibu ni baik rupanya. Joyah test je tadi nak tengok akal dia samada dia sayang adik dia ke tak?

Hmmmm...bila anak2 dah besar ni teringin pulak nak menambah tapi ....entahlah....speechless gila. Life quite tough now...challenging...(mengejar cita2 yang belum sampai) ~ masih separuh jalan...

Nak cerita apa yang joyah pikir skang memang agak sukar sebab, semuanya bercampur baur...

Takpelah, cuba korang tengok anak2 joyah yang baikkkk sangat ni... Ni gambar yang lepas time kami holiday bersama.


hah, ada la tu yang nak dibuat!

cubaan membuka safety box... cubalah nak oiiiii...

Hah! apa lagi tu?

anak joyah baiklah!!

sesi bergumpal sudah bermula...sapa la menang ni..?

hmmmm...apa2 ajalah nak...ibu tengok je ni,,


ok...ibu tau korang happy sebenarnya...ok baiii

semakin cerdik anak ibu yang ni...manja, lasak, suka mencuba dan berani

abang pun manja, kuat tantrum, mudah takut, pemalu, energetic sangat!

so itu saja lah buat hari ni...daaaaaa








Thursday, 24 July 2014

Hero-hero Joyah

Assalamualaikum,

Eh dah lama joyah tak cerita pasal perkembangan hero-hero joyah kan? Anak-anak joyah skang semakin melasak dan "baik-baik" belaka. Biasalah anak lelaki, kalau tak lasak tak sah..Tapi yang seronoknya, diorang semua dah semakin membesar dan mulut begitu 'ceriwis' bila berkata-kata. Dani plak, aduiiiii ...........karakter dia sangat berbeza dengan abangnya. Aktif sangat dan sangat manja...kalau joyah kata "dani!! ibu babab kang, nak?" dia terus tarik rambut joyah..takpun, dia pukul bontot joyah. Hahahaha... nasib baik montot nak, ibu banyak lemak kat situ, so tak rasa sakit pun...korang pijak2 pun ibu redha ok...


Hah, ni la kerja depa hari-hari....pantang ibu dia baring je, dia hempapnya sungguh2. Senak perut ibu nak...

Hah, kan dah kena peluk dengan ibu...besar dah anak bujang kami ni...

Hah si buntal yang belang-belang tu pun nak join sama...dia bukan boleh bagi can, habis dia kuda-kudanya ibu dia.

Time ni joyah plak tak berapa nak sihat, tapi apakan daya...layankan aje perangai anak-anak.


Bila menjelang malam je, diorang ni kurang sikit melasak.. katanya nak baca buku. Tapi memang perasan sejak-sejak ni asik buka buku je...kadang-kadang buku yang sama. Alhamdulillah, Ameer dah katam beberapa buku yang dia baca..pandai anak ibu. Tapi kan, lepas berapa minit tu dia akan cakap " penatla ibu..ameer nak rehat jap" bukan main lagi.. macam la awak tu nak amik SPM. Nnt dah tingkatan 5 jangan malas2 baca buku ok. Mana taknya, time joyah study dulu, joyah memang mengandungkan budak-budak ni.. time tu pening buat statistik dan accounting. Nanti besar, ibu harap anak-anak ibu pandai macam ayah ya? ibu? tak pandai ke? pandai jugak...tapi ayah lagi pandai dari ibu. Ikutlah sikit2 perangai ayah ya...



Bila tengok gambar ni.. joyah happy sangat.

Kalau tengok Ameer, macam dah tembam sket sebab sejak-sejak ni dia kuat makan..dulu kurus je sebab milih makan. Dani plak, taram je.. semua benda masuk mulut...tak kesah orang langsung..

ok lah tu je nak citer hari ni... ok baiiii

Wednesday, 25 December 2013

Gaya hidup Anakku Ameer Zaffran

Salam semua,

Arini joyah selemooo, meleleh je hingus ni tak sudah. Habis tisu penuh dengan hingus. Ni gara2 kena jangkit dengan anak2 joyah la ni. Diorg dah baik, joyah pulak yang kena hadap ni...

Arini ni kita citer pasal gaya hidup nak?? gaya hidup anak2 kecil. Gaya hidup orang dewasa lagila macam2. Dan joyah rasa kehidupan orang dewasa ni lagi complicated kot. Seronok kalo jadi budak2 ni, cuma zaman kita dah berlalu.

Anak joyah yang sulung ni, semakin membesar. tahun depan dah 3 tahun. cepatnya masa berlalu. rasa macam baru lepas kawin plak...hahaha...sungguh klise....klise sungguh...hahahaha. Perangai budak ni sekarang semakin menjadi2, kadang2 penawar hati joyah...kadang tu jugak peluka hati joyah...biasalah budak2 kan. ade je ragam dia nak buat.

#throwback. gambar time joyah belum bertudung lagi. Tgk budak yg depan tu kemain lagi..pun nak jugak.omak eh, langsung tak boleh pakai.


Budak umur cenggini memang semua benda nak diikutnya..Kita yang dewasa ni kena la jaga tingkah laku sket. konola sopan sket warighhhh...baru boto ikutan eh.

Anak joyah yang sulung ni suka memasak tau...kalau joyah ke dapur, dia pun nak ke dapur. Setakat mengacau tu harusla kan, tkan tiba2 plak si ameer ni pandai goreng ikan plak kan. memang pengsan la ibu dia ni kang.


Tukang kacau dodol bolehla kan....jadilah. ibu dah la takda anak dara kat umah.





Ameer ni penakut sket bila potong rambut..tak taula apa yg dia takut sangat. tapi skang macam ada berani sket la. kena bagi upah dulu, baru muka ada sinyummmm...

bagi lolipop baru jalan....

Lagi satu dia suka bergambar ...nak jadi model la tuuuu


Yang ni terlebih jadi pomps...jgn ya wahai anakku.
budak ni jugak pemilih makan...nak yang mee je...dia juga pengemar spaggetti. Suka la tu...



Budak ni jugak pelawak kot...nak jadi Nabil katanya; habihla...

Time ni dia, tgh sakit sempat lg buat pe' el...ish..ish...

Itu jelah serba sedikit tentang anak joyah yang satu ni...nnt kita citer pasal adik dia pulak. Yang tu Budak paling lasak nak habaq hang...kussss semangat.

ok bai..











Saturday, 23 March 2013

I love u son

Mlm ni nk sambut beday ameer Zaffran. ..sgt teruja wlpn sambutan utknya biasa2 saja...ibu doakan anak ibu sihat selalu dan cerdik pandai...syg anak ibu.

Tuesday, 19 March 2013

Persediaan menyambut hari lahir Ameer zaffran

Bulan mac ni, genapla Ameer Zaffran 2 tahun. Preparation kali ni agak kelam kabut sikit sebab ayah si ameer ni memanjang sibuk.so, terpaksalah kami ni ikut time ayah si ameer ..cadangnya this Saturday. Itu jelah time yg sesuai.
Dulu masa birthday ameer setahun..rainbow cake je la jd pilihan hati.tp kali ni tak tau...any idea anyone? Ada sesapa yang pandai buat decoration cake upin ipin? Tp cakenya nk yang sedap dan mantop...
Birthday present dh beli. Kali ni mmg tak belikan dia mainan sebab hobi dia skang ipad je.. Itulah penemannya...kami hanya hadiah buku sahaja dengan menggunakan baucar buku. Hebat tak? Thanks PM. We love uuuuuu....

Tuesday, 31 January 2012

Budak botak tp bijak orgnya.

Tgk wajah dia tuuuu..... Menyengih je.

wow!!!!! i'm really satisfied!!!

Satisfied??? yup it's true...u wanna know what it is?? its something about work and i can distribute all my knowledge and experience to my staff...i'm happy working with them and they eager to learn...

The most important things,they like enjoying work and make it more fun...well thats it for today...next story will come out ...just wait k??? love uolsss...

Tuesday, 24 January 2012

Tampa Ameer disisi.agak sedeyyyyyyy....

Huh...agak x biasa bila tanpa Ameer disisi...tp apakan data keadaan terpaksa atas urusan Dan tanggungjawab kerja yang Blum selesai...skang ni having dinner dgn husband without is knit comel tu..sememangnya gi mana2 pun mmg igt anak...well,I'm going to Jempol tomorrow ...just wish me luck ya!!

Sunday, 10 July 2011

Ameer Zaffran putera hatiku...

Kembali aku utk menulis ttg kuarga baruku...mmmm rs seronok tak terhingga dlm hati ni bile nk mengarang sesuatu trutama skali mengenai putera yg bernama Ameer Zaffran...hmmm seronok sgt..sgt bile ameer muncul dlm hidupku dan suami...ckup utk aku brasa lengkap dgn punye kuarga yg begitu bahagia.
Terlalu byk utk ku coretkan dlm blog ku yg msh 'muda' ini...tak tergambar rsnye....sekarang Ameer hampir 4 bulan...sewaktu aku pergi bkerja, aku mghantar Ameer ke rumah pengasuh..betapa hebatnye naluri seorg ibu dan anak bahawa kami sukar utk berjauhan...1 hari aku tidak bersama Ameer, aku mudah resah..risau...tiada tumpuan utk bkerja (klu kerja hbs lambat sampai 7pm)..itulah istimewa yg Allah berikan kepada kita.

Monday, 14 March 2011

Final Exam BBA

Hmmmm...bermula dengan ayat mengeluh bila bercakap pasal futher study...mmg dh mula dh...skang ni aku dh sem 3.time ni jgkla my baby will pops out!! Inila cabaran yg perlu aku tempuhi sbb pelbagai perkara aku perlu buat dlm satu masa.kadangkala aku dh mula give up...tp lama kelamaan aku mula kuat tanpa disedari,wujud satu perasaan ' ahhh lantakla apa nk jadi pun...inilah jalan yg aku pilih utk aku majukan diri".tiada yg mustahil melainkan aku berusaha bersungguh2...

Disaat ini jugala aku perlu menjaga kandungan aku agar tak berapa stress dgn subjek yg aku ambil..sememangnya aku akui ia btul2 stress.ku tabahkan hati dan cb gembirakan hati dengan menonton Raja lawak di astro prima...johan dan zizan btul2 buat aku tgelak bsar...suami aku layan aje dgn kerenah aku ni..sungguh pun aku tau dia agak sbuk sejak2 akhir ni..

mlm ni aku kenalah buat assignment yg aku tertangguh..kena settlekan segera sblm aku bersalin..manala tau tetiba plak baby ni nk keluar...saat ni la yg aku nntikan...aku berharap agar aku dh habiskn dgn jayanya utuk sem ni...hmmmmm....

36 minggu dah...

hmmmm, dah 36 minggu kandunganku...mcm-mcm perasaan yg aku alami.kadang2 takut...kadang happy..al maklumlah 1st pregnancy....ini adalah pengalaman aku yg pertama yg boleh dikongsi bersama.Mgkin kalo dibandingkan dgn org lain yg pernah mengandung,ia bukan lg satu pengalamn yg baru..atau perkara yg perlu diceritakan..tp bg diri aku,ia adalh pengalaman yg indah yg tak pernah aku rasakn..time ni la baru terpikir bagamana ibu kita mengandungkan kita. Mujur ada suami yg begitu penyayang yang sentiasa berada disisi sewaktu aku perlukan dia...dia adalh insan yg tak pernah merungut wlpn aku tau aku ni mmg 'stock' yg mengada2...minta itu..dan ini....dia sediakan apa saja yg aku nk tanpa perasaan merungut malah sentiasa memberi ketenangan kpd ku...syukur alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...