Thursday 7 November 2013

Luangkan masa untuk bersama

Assalamualaikum semua,

Sejak joyah beranak dua ni, masa untuk diri sendiri agak terhad. Sure la tak sama macam mula-mula kawin dulu. Alhamdulillah kami dikurniakan anak-anak yang sihat dan cergas. Tapi kadang-kadang tu joyah hampir terlupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Begitu jugala dengan suami... dia memang memanjang sibuk kan. Itu memang tak boleh dinafikan.

Adakalanya joyah terpikir, masa untuk joyah dan suami memang agak terhad sampai lupa untuk mengembalikan bibit cinta macam dulu-dulu. Keadaan tu memang la terasa sangat sebab bila laki bini dah balik rumah, masing-masing dah ada peranan sendiri. Masing-masing menguruskan anak dan layan kerenah anak-anak. Bukan tu ja, baru nak borak dengan husband....si buntal (dani) dah sebuk-sebuk gigit badan ibu dia. Sakit ok...walaupun budak ni tarak gigi. Yang si ameer ni plak cakap " Ayah, mana milk ameer?", "Ayah, tot ameer gatai arrrr!!" nak suh ayah dia garu punggung dia la tu. So, itulah serba sedikit keadaan kami sekeluarga. Rasanya orang lain pun macam tu jugak. Balik rumah terus layan kerenah anak-anak. Ye tak??

Bila dah jadi macam tu, kami laki bini ni cubala cari masa walaupun dalam masa 4 jam diberi untuk berdating. So, gunala sebaiknya masa itu. Time tu kami decide nak ke KLCC je. Itu je jalan paling mudah dan kurang jam. Ikut lorong SMART je. Kami cadang nak hi-tea je bersama. so dapatla borak panjang sket dengan husband.

Sampai je KLCC, kami terus decide nak cari tempat tuk mengopi(ngeteh). So, singgah la kat Chinoz, KLCC ni. 
Eh, nak juga snap satu gambar dengan abg sayang ni...kakak dan adik...ahhhh tak suka lah!! 

Memandangkan Hi-tea je, kami makan pun yang ringan-ringan je. Nak makan yang berat2 kang, macam awal sangat pulak.

Hah, cubala tengok en. abg tu dah pegang perut. lapar ker?? dia kalau dah makan, apa borak memang takda la. Mulut tak berenti mengunyah. Joyah jugala yang pok..pek..pok...pek..last2 dia yang makan part joyah plak.

Sambil-sambil makan tu, borakla sikit-sikit pasal keje...pasal anak-anak...pasal masa depan la....apa la... eh macam2 la citernya. Kongsila sket beberapa citer kan... kadang-kadang tu husband joyah lebih kepada menasihat bini dia ni. Kiranya nak kata dating tak jugak la kan. Rupanya dia guna masa ni untuk brainwash joyah ni. hahahaha... kasihan joyah...

Dah habis borak tu...terus tengok jam...eh, ini kena balik ni. Masa ada 4 jam je. Kang lewat plak balik.

So, balikla sepasang suami isteri ni menemui anak-anak mereka.

Tapi macam mana pun keadaan, setiap insan tu perlu cari masa untuk diri sendiri. tak kesahla berapa jam yang kita ada asalkan dapatla kita lepaskan stress tu. alhamdulilah...Allah sentiasa permudahkan umatnya.

mode: nak tidolahhhh

Tuesday 5 November 2013

Hi-tea Puspanita N9 @ Klana resort N9

Assalamualaikum semua,

Bulan lepas, joyah ada attend hi-tea dari puspanita N9. Dalam kesibukan yang teramat, joyah cuba juga la luangkan masa untuk hadir majlis ni. Rasanya joyah memang dikalangan pengerusi yang tak berapa aktif, tiada fungsi kot untuk N9 ni. Almaklumla, joyah ni bekerja tambahan plak kerja-kerja persatuan selalunya buat hari kerja juga. Huish dengar dek Datin ni matilah joyah.hahahha..

Jom posing dulu sebelum gerak ke Klana. Sorang je joyah, lgpun dah biasa sorang2 sejak bujang lg.

Sampai je Klana, terus cari dewan. Nasib baik dah ada orang time tu. tapi pengerusi lain belum sampai lagi. mana taknya, joyah datang awal la jugak.. 
Joyah nak cerita sket, majlis hi-tea ni adalah bertujuan untuk meraikan pengerusi yang berpindah dan berpencen mengikut suami. Jadi kami sama-sama sepakatla nak meraikan diorang.

Inilah suasananya, orang pun tak ramai lagi..hah kang jap lagi ramai la tu.

Tapi majlis ni ada detik mencemaskan untuk joyah. Semua pengerusi kena sumbangkan lagu sebab ada karaoke nanti.. mak aihhhh tak biasa betul la nyanyi2 ni. Eh sungguh klise ayat itu, sapa yang dah tau tu diam-diam aje yer..hahaha. Sebenarnya joyah memang ada nyanyi cuma malasla nk masuk kan gambar. korang semua boleh follow instagram @juliadorable untuk lihat apa aktiviti joyah seharian. Pergh macam retis, tak menahan. Kasi can la kat joyah ni.

Sepatutnya, joyah perlu snap keadaan dan situasi di majlis tu, macam2 benda kelakar patut dicerita. Disebabkan bateri handfong pun dah kong, lupakan jelah niat itu. so? itu je setakat ni...nanti joyah hapdate lagi ok. 

mode: joyah yang pemalas




Honeymoon @Avillion PD

Assalamualaikum semua,
Eh ada mood pulak nak update blog. Mana taknya, ada orang tolong overhaul blog joyah sebenarnya.  Thanks @amymraz sbb bantu akak ni. Akak kan buta IT sket.

Kali ni, joyah nak story pasal honeymoon joyah. Dah lama dah kejadian ni, baru skng nak update kata ko....nak update ni kena ada mood baru boleh. Klu tak segala cerita akan menjadi hambar.

Asalnya, kitaorg dah lama plan benda ni... cuma cari masa yg sesuai. Husband joyah memang nak ajak tempat yang jauh sket, so boleh la dok lama sket kat hotel. Tapi joyah tak mampu semua tu sbb anak2 joyah perlukan ibunya. Tak sampai hati rasanya nak tinggal kan diorang lama. Bincang punye bincang, kitaorg decide kat avillion PD je.

Kitaorg check in pun dah lambat. Habis keje kul 5pm terus ke PD. Sampai2 je terus tengok pantai diorang. Bolehla. .janji rock...hahahaha. 

Pantai kocik...janji boleh. Teringat saat ini sewaktu joyah di Bali dulu. Tahun depan, baru ble pi lg.


Lapang sekejap dada tengok suasana begini. Dapatla rehat sekejap..jadila kan....

ini adalah gambar keesokan paginya, yang malam sebelum tu memang takder cerita ya.. cer tengok muka joyah tu, ada ceria tak??? hahahaha....

Time joyah dah mula berhijab, kalau nak dipikirkan nak berhijab ni memang dah lama cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Pelbagai juga halangan sebenarnya. Alhamdulillah, tercapai juga niat joyah akhirnya. Syukur sangat...

Eh...sampai hati tak letak gambar suami time ni, dia skang anti camera. Payah nak betul nak ambil gambar dia betul2. next time pulak ya.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...