Showing posts with label raya 2013. Show all posts
Showing posts with label raya 2013. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Raya pertama ku 2013

Salam semua, tibalah masanya joyah nak update entry raya untuk tahun 2013. Baru arini joyah ada masa nak update. Tiada masa yang sesuai. Asik draft je, publishnye idak lagi. Raya kali ni, lebih dalam kesederhanaan. Tiada lebih dan tiada kurang. Baju tambahan raya pun takda ya. Cuma 2 pasang saja. kadang-kadang barang keperluan yang dibeli bukannya untuk dipakai tahun ni, itu semua untuk tahun depan. Itu dia, berjimat tak beragak...

Raya pertama, kami bermaaf maafan dirumah mertua joyah. Inilah keluarga kecil kami tapi riuhnya tak hengat. Joyahkan menantu, kena la cover sikit kegilaan joyah ni..so mmg control habis....rumah joyah dan mertua, dekat la sangat....5 minit drive kau... senang kan?? tak yah nak gaduh-gaduh mana nak balik raya dulu.

Inilah kami, yang sebelah joyah tu adik ipar joyah..hensemkan? hey dia single mingle ok...


Dan ini pula keluarga kecil kami, setakat ni semua hero, joyah je heroin. belum ada niat nak tambah, mungkin...itu je kot. fuh ayat sungguh klise.
ok seterusnya, masih lagi sesi bermaaf maafan..., joyah dan hubby pohon maaf pada ayahda dan bonda joyah. Sebenarnya, joyah la paling banyak dosa dengan mama joyah. Biasalah adakalanya setiap manusia tu, banyak buat silap. "Mama, yah minta ampun ya....sob..sob...yah banyak buat silap ngan mama". dush...terus nangis tak berenti, nak cakap lagi pun tak boleh sebab air mata tak henti-henti keluar. 

Baju kami sama design tapi lain plak warnanya.

Time ni si ameer plak pohon maaf walopun dia tak tau ape-ape...ibu ayah sentiasa maafkan Ameer. I love u son..eh, time ni Dani takda, buat taik mata katanya. heee tido, penat la tu.


Kemain lagi..time ni baru lepas maaf. ni tengah manja-manja la ni. jangan jeles ok...

oh, saat ini, gila joyah sudah datang...ini lah joyah sebenar. kami 3 beradik sahaja, tiada lelaki...sebab tu perangai kami semua pun macam ada kasar sketkan..tapi kami loving uollsss.

saje je letak gambar ni, ini kain batik bibik. pinjam jap nak gendong budak baik ni,..ok tak joyah jadi bibik. bibik ni mahal ok...RM8000 tu tak cukup untuk bayar tau...perasan lagi....

ok, itu sahaja....buat kali ini...boleh tahan penatnya menaip...okbaiiii

Friday, 9 August 2013

Persiapan hari raya 2013

Salam semua, arini barula ada masa nak update blog.  Ini cerita sebelum raya tau. 2 hari sebelum raya, Joyah masih shopping lagi tapi semuanya barang keperluan peribadi joyah.  Alhamdulilah keperluan suami dan anak2 time tu telah diuruskan. Tahun ni kami sambut agak sederhana.  Tiada lebih tiada kurang.   Insyaallah semua cukup. Omak eh pulak yang tak brapa nak lengkap lagi. Petang tu, selesai je bertugas di program mantai NS, terus pecut pi salon rambut buat treatment kat salon rambut jasko. Itu je tempat yang puas hati...

Buat treatment kulit kepala. Biasalah lepas je bersalin, rambut banyak gugur.
Selesai je, joyah pun laju laju balik rumah sebab malam tu acara kemuncak mantai.Time tu agak sibukla sket. Program habis pun tepat kul 12mlm. MB pun dah balik.

Malam tu siap siap gantung baju raya kami...tapi belum gosok lagi. Nak raya tu baru nak gosok. Dasar ibu pemalas. Bukan malas tapi tak menang tangan nak uruskan anak2. Itu la, serba sedikit persiapan kami sekeluarga.  Yang kecik kecik tu tak yahlah citer ya. ok baiiii...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...