Thursday 24 December 2015

Penjelasan

Assalamualaikum semua,

Hari ni baru Ada masa nak menulis. Yelah , kak joy baru habis pantang. Sibuk dengan baby Dan anak2. 

Kak joy sebenarnya malas nak cerita insiden kak joy yang lepas cuma kak joy nak bagi sikit penjelasan pada yang ramai bertanya tentang kak joy. Ada juga muka kerut2 memikirkan sesuatu. Paham tu.... Takpa, kak joy boleh jelaskan tanpa ragu. Ramai pikir ketiadaan rahim dalam seseorang wanita tu akan jadi musnah segala kehidupannya. Rahim tu kan mahkota wanita. Soooo gerun la....

Orang tya, "hubungan Ko dgn suami mcm mana??? " itu pompuan tyalah... Klu laki yg tya??? Mgkin dia Tak tya, muka dia akan kerut2 Dan mungkin pikir lain dah tu.

Allah maha penyayang... Lagi Maha Mengasihani.... Alhamdulillah , doc Tak buang semua organ wanita kak joy.
Rahim sj buang, ovari Dan pangkal rahim masih ada. Dan kak joy masih boleh buat Pap smear, Dan jalani kehidupan mcm biasa. Tiada yg luar biasa Cuma kak joy xde period je. Tak boleh mengandung. Itu sahaja. Erti kata lain, subtotal hysterectomy. Boleh Google ya kalau rasa nak info lebih.

Kak joy kena jugak cerita semua ni utk elak cerita yg bukan2 atau juga salah paham.

Ada juga orang kata, kenapa X bersalin Colombia? Klu bersalin kat situ kompom X jadi mcm ni? Beginila kak joy cerita, ni semua perancangan Allah. Doc Colombia sendiri bagi hint utk bersalin kat GH. Klu kak joy bersalin jugak kat Colombia?? Tetiba berlaku bleeding?? Tak ke dia Mmg hantar jugak kat GH?? Depan mata kak joy sendiri, ambulance dr Colombia ramai bwk pesakit ke GH. Kecik hati kak joy bila ada kata2 yg mengatakan suami kak joy X pandai jaga bini. Takpa kak joy X marah pun. Biasalah, mgkin dia Tak paham dan Tak pernah rasa apa yang Kami rasa. Itu semua perancangan Allah. Dan dia lah sebaik2 perancang. 

Alhamdulillah, kak joy bersyukur Allah beri peluang untuk bernafas Dan menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. 

Oklah, Itu je. Next time kita citer Benda lain eh??

Thursday 10 December 2015

Proses pemulihan

Assalamualaikum semua,

Ramai rakan2 whatsapp Dan PM kak joy menanyakan keadaan kak joy. Terima kasih kpd rakan2 yg ambil berat. 

Hmmmm kak joy masih dlm proses pemulihan. Struggling untuk sihat spt dulu. Ternyata ia bukan mudah. Emosi dan dalaman kak joy sedikit sebanyak terganggu. Trauma tu sudah pasti. Emosi tak menentu. Terkadang ok terkadang tak ok. Adakala rasa diri ni bukan julia yang dulu. Eh... Kenapa pikir macam ni? Dalam pantang Benda macam ni la nak kena jaga. Alhamdulillah , mak ayah masih bersama memberi semangat. Suami balik keje, Kerap tanya " Syg mcm mana arini?" Kadang2 tu nak jawab serba salah sebab emosi ni mcm konfius. Kak joy tak banyak cakap, byk diam je. Trauma kak joy masih lekat dalam otak ni, payah nak buang. Nampak darah takut, nampak orang mengandung takut, nampak hospital takut.... Apa2 yang Ada kaitan dengan hospital mesti takut. Kak joy terus jadi lemah sebab semangat kak joy Tak kuat. Paham2 la bila semangat  dh lemah, syaitan suka sangat. Adakala, kak joy mengigil ketakutan, jantung berdebar sampai berpeluh2. Nak jalan pun dalam keadaan menggigil. Allahuakbar..... Tak sangka, banyak betul kesannya. 

Kak joy, kena lawan.... Tak boleh macam ni. Allah Ada.... Dia sentiasa Ada. Tidak putus mulut ni berzikir. Sambil berzikir, sambil panjatkan doa untuk segera pulih demi anak2 Dan keluarga. 

Hari tu pegi cek anak sebulan, doc tanya... Darah nifas Ada lagi? Kak joy jawab, dah lama takda doc. Sikit darah pun takda. Rahim Sy dah kena buang. Doc tu terkebil2 menunjukkan rasa kasihan pd kak joy. Kak joy diam aje sambil senyum. Lepas ni dapatlah Sy puasa sebulan Dan boleh ganti puasa yang lalu. Kak joy pikir positif je skang ni. Doc tu byk jugak bagi nasihat kat kak joy. Kak joy ingat lagi doc tu cakap, ini Bukan nasib pada puan. Puan adalah insan terpilih untuk diduga Dan yang pastinya, Ada hikmah disebaliknya. 

Keadaan kak joy Tak sama dgn orang yang biasa bersalin ceaser. Kak joy hilang byk darah 2.5liter. Digantikan dgn 9 pain darah. Badan lemah sampai tempat ceaser pun Tak rasa apa2. Tapi Takpe, kak joy kena kuat Demi anak2 yang masih perlukan kak joy. Aimin dah 5 kg dengan umur sebulan. Ya Allah, kak joy gagah kan jugak nk pangku utk susukan dia wlpn mak kak joy risau2 Sbb baby berat. 

Korang semua jangan risau, kak joy dlm proses pemulihan Dan Mengharapkan kesihatan yang baik nanti. Insyaallah, doakan kak joy ya. 

P/s: kak joy nak baca balik blog Hal tumpah darah tu kak joy takut padahal kak joy yg tulis tu. Hehehehe....

Bye

Tuesday 24 November 2015

Tumpah darah: Bahagian 2

Assalamualaikum semua,

Kak joy macam biasa. Masih diatas katil hospital. Kak joy nak maklum bahawa kisah kak joy bukan untuk mencari salah. Tidak sama sekali. Apa yang kak joy cuba sampaikan hanyalah pengalaman dan sekadar berkongsi kesedihan sahaja. 

Cuma sekali sekala orang atasan perlulah tengok beberapa kelemahan dalam memastikan keselamatan patient. Apa2 pun kak joy ucap terima kasih pada mereka juga sebab selamatkan nyawa kak joy. 

Kita manusia biasa. Tak pernah lari Dari membuat kesilapan. Tak mau citer pasal orang, cukup cerita pasal diri kak joy. Disaat kak joy mengucap 2 kalimah syahadah. Kak joy teringat saat itu adalah hari jumaat. Ya Allahhhhhh, mata kabur2 melihat air mata suami berlinang. Mulut ni masih sempat berkata, "Syg jagalah anak2 kita, ibu dah Tak mampu lagi " suami hanya mengusap tenang dahi kak joy sambil menitik air mata dia. Doc cakap muka kak joy dah macam kertas dah takda darah. Ya Allahhhhh, kalau Aku takda, bagaimana anak2 Aku? Bagaimana dengan ibubapa ku yg masih hidup? Adik2 Aku? Saudara mara Aku? Kawan2 ku?

Setelah berlaku insiden Itu, barulah kita sedar yang sebenarnya ramai orang sayangkan kita. Tak perlu kita pikir yang bukan2 samada org ni suka kita atau tidak. Benci kita ke Tak? Tak perlu.... Semua Ada naluri semulajadi kasih Dan sayang sesama manusia. Jadi pikirkan yang positif demi perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik Dan terbaik. 

Kata2 Dari kak joy utk suami,

I rasa banyak kali I kucup tangan u Dan peluk u bila I buat salah. Selepas buat salah, minta ampun.  Tapi I buat salah lagi. Buat u terasa hati. Tapi  u tak pernah marah atau tunjuk rasa dendam. Esok, I mintak Maaf Dan buat lagi salah. U Tak pernah sekali pun naik tangan mahupun menengking. Adakala u nampak macam dah immune dengan perangai I. Disaat i diambang maut, u tetap disisi I. Tetap Sabar menanti i. Syg, besar sungguh dosa I pada u. Maaf Dan Ampun. Allah ambil segalanya. Disitu insaf kita datang.
I tidak sesempurna wanita lain tapi I perlukan sokongan u utk I lebih kuat. Maafkan I sayang.

Monday 23 November 2015

Tumpah darah

Assalamualaikum semua, 

Ramai yang nantikan khabar berita dari kak joy. Kak joy masih di hospital menanti untuk discharge. Rindu pada anak-anak tak terkata. 

Jap, nak lap air mata. ........... Sedih sangat hati ni sebab nak mulakan cerita tak tau di mana. Kak joy cuba pendekkan cerita agar korang semua senang faham. Korang pun tahu kak joy bersalin di HTJ. Semuanya ok. Dah bertungku Dan berurut semuanya ok. Nurse dari klinik kesihatan hari2 datang cek perut kak joy. Katanya rahim dah kecut. Mmg kak joy perasan perut dah kempis. ( muka bangga waktu tu)

Tiba hari berpantang yang ke 12, kak joy nak pi tandas nak kencing. Tiba2 darah keluar tak henti2 sampai kak joy menggigil dalam bilik air. Keluar darah beku besar tapak tangan. Banyak sangat, kalau timbang boleh capai 5 kg.

Suami dah panik, bawak ke chinese maternity tapi jangkaan kak joy sangat tepat. Diorg tak berani handle Kes kak joy. Terus suami pecut pi GH. Dalam kereta kak joy dah collapse tak sedar diri. Diorg trus masukkan kak joy ke red alert.
Dah selesai semua, kak joy masuk ward. Diorg masukkan 2 pint darah. Rasa ok dah. Darah dah tak keluar sgt dah. 

Lepas tu doc decide buat suction utk buang blood clot. Masuk je bilik OT, terus buat. Jangkaan kak joy meleset termasuk doc bedah tu jugak. Bleeding terlalu banyak. Kak joy boleh nampak darah mencurah macam air terjun. Ya Allahhhhhh, apa dugaan ku Kali ni.... Doc dapat stop dengan masukkan balon. Tapiiiiiii jangkaan semakin meleset. Terlalu meleset. Balon tu terkeluar Dan darah keluar macam air sungai. Allahuakbar..... 

Semua doc cemas, masing2 guna kepakaran diorang  nak selamat kan kak joy. Diorang suruh kak joy berdoa.kak joy sempat mengucap beberapa kali. Ya Allah berilah Aku peluang kedua utk membesarkan anak2 ku. Suami kak joy disisi kak joy dan menangis dia melihat kak joy yang separa sedar. 

Kak joy di masukkan ke bilik OT sekali lagi utk major operation. Akhirnyaa, doc berjaya selamat kan dengan Izin Allah. Doc terpaksa buang rahim kak joy Demi selamatkan kak joy. Sekejap...... Sebak dada ni...... Sekejap ...... Lap air mata....

Kak joy tak ada rahsia. Sekadar ingin berkongsi pengalaman Dan kesedihan. Kak joy anggap semua ni ujian dariNya. Jadi jangan sia2 kan peluang kedua ini.

Cuma ramai cakap suh buat report ttg HTJ atas kecuaian dia tak bersihkan blood clot. Mungkin juga selaput uri. Doc pun no komen. Tp kak joy pikir dari sudut lain yang lebih positif. Diorg juga bertungkus lumus selamatkan nyawa kak joy. Alhamdulillah kak joy selamat. 

Tapi Klu Ada org atasan HTJ baca kak joy punye blog, cuba la buat perubahan seperti : 

- Tambah kakitangan seperti nurse. ( Kesian nurse terkocoh2 nak sambut baby). Time tu ramai nk beranak, ramai plak nak ceaser. So bayangkan, sempat ke nurse nak buang blood clot tu sedangkan orang yg nak beranak tu dah menanti di luar.

- pejabat, bilik Dan Servis tip top cuma upgrade sket. 

- housemen???? Hmmmmm no komen
( dik profesion ni Bukan setakat perlu dipandang tinggi dgn gaji yg besar tapi keikhlasan Ko menolong pesakit) kak joy tengok, doc pakar, MO ni la yg tak tdo2 melayan patient. 

Kak joy taknak komen banyak ia sekadar pandangan Dan pendapat. Apa yang berlaku pada kak joy, adalah hikmah Dan dah tertulis. Itu adalah bahagian kak joy. Sebagai orang Islam, kita percaya pada ketentuannya. Jangan sesekali lupa pada Pencipta. 

Kak joy skng masih dalam pemantauan. Huhuhu. Doakan kak joy terus sihat ya. 

Ok tangan dah kebas, Nnt sambung.

Tuesday 17 November 2015

Berpantang anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Eh terajin plak kak joy menulis hari ni. Ni pun baru lap peluh melayan abg2 yang semakin melasak. Hadoiiiii pitam ibu ko tau. Kang nak menyusu baby Aimin plak. Yang ni pun boleh tahan, kuat betul menyusu. Ada masa tu ditarik2 nenen ibu dia. Kok boleh cabut, dah lama ibu jahit kat bantal. Nenen la puas2. Hehehehe

Kali ni berpantang di rumah Seremban. Kaedah berpantang sama je macam dulu  kali ni lebih berdisiplin dan takda ngelat. Hehehe. Tapi ada benda kak joy buat sendiri. Pakai bengkung ke, apa ke memang sendiri. Mandi baby mak kak joy. Masak pun mak jugak. Alhamdulillah sebab masih ada mak. "Terima kasih mama, buat semua ni utk Yah" 

Produk berpantang macam biasa lah, Nona roguy. Anak pertama Dan kedua pakai tanamera. Bolehlah Cuma takda jamu Nak di makan. Tu yang kak joy tambah phytonatal Nona roguy. Pantang kali ni sepenuhnya Nona roguy sebab setakat ni, ini lah yang terbaik. Nak bagi kencang dalam dan luar inilah dia. Kang komplen plak husband kite. Orang laki ni paham2la, kalau Ada kurang dalam diri kita, kemain komplen. Dia yang lagi banyak kekurangan tak pulak kaum hawa ni komplen ye tak?? Redha je kan???? Sorrylah, kak joy memang outspoken sket bab2 ni. Habis la kalau laki Aku baca ni. Hahahaha

Anak2 kak joy termasuk la yang ketiga ni, tak sah kalau tak kena kuning. Tapi tak la sampai kena phototherapy. Time pregnant yang ketiga ni, semua makanan sunnah kak joy tibai. Ikhtiar nak elak kuning. Tapi kena jugak. Biasalah, kuning ni normal. Cuma tinggi atau rendah je nak kena pantau. So baby aimin dalam pemantauan. Harap kurang la kuning pada hari2 yang seterusnya. Kak joy try mandikan anak dengan air rendaman agar2. Bacaan kuning drop byk jugak. Agar2 kan sejuk. Dan yang paling penting, breastfeed anak. Selagi boleh breastfeed cubala sedaya upaya. Memangla penat sket tapi hasilnya memberangsangkan. Anak cepat baik kuning, rahim cepat kecut, berat badan mudah susut. Package tuuuu....

Masa berpantang ni, kak joy just enjoy being a mother of 3 sons. Yes menduga tapi anak2 ni la yang beri kegembiraan buat family kak joy. Disamping tu jugak, kak joy memang syok melayan memori cinta suraya. Hari minggu gegarvaganza. Itu je lah penghibur buat kak joy sepanjang duduk kat rumah ni. Yang lain2, takda apa. Cuma pantang ni, kuat makan. Hehehe

Oklah, sok2 kak joy sambung lagi eh.

Sunday 15 November 2015

Pengalaman bersalin anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Ada masa ni, sempatlah kak joy menaip sikit. Mesti korang nak tahukan apa rasa kak joy bersalin anak ketiga. Ternyata ianya berbeza. Bukan juga seperti dijangka.

Usia kandungan waktu tu 38 minggu 5 hari. Pagi tu cek Colombia, so far air ketuban ok lagi. Tp doc intan dah pesan, harap2 kak joy bersalin segera sebab baby time tu dah 3.3kg. Alamak aiiii. Godang plak baby ni. So klu tunggu sampai 40 minggu, Baby jadi 4kg. Terus kak joy gelabah sekejap. Time tu mulut ni asyik berdoa je agar cepatla bersalin. Balik rumah, terus rehat.  Badan memang dah tak berapa larat. Nak jalan apatah lagi. Terasa sarat sangat. Jalan pun dah terbongkok2. Ada masa tu, rasa2 jugak kat bawah tu. Macam ada benda berat Nak jatuh. 

Malam tu, lepas solat maghrib. Dah rasa macam senggugut tapi malas nak layan sebab sebelum tu pernah gak rasa macam tu. Rasa nak ke bawah betul. Tup2 terus rasa nak terkucil. Pi toilet perasan tanda darah kat pantiliner. Ayoyo.... Nak beranak dah ke Aku ni? Beritau husband, dia macam gamam.  Apsal gamam? Dia cakap entah, betul ke u nak beranak ni? Dia plak macam Tak percaya. Kak joy pun cakap, apa2 hal kita ke hospital dulu.

Husband tanya, nak pi Colombia atau HTJ? Kak joy cakap better HTJ sebab doc intan dah bagi hint suh bersalin HTJ due to case AFI kurang. So ape2 hal Colombia akan refer HTJ. Hmmmmm, gitu plak kan? Takpe, kak joy memang buat check up 2 tempat. Senang nanti.. Kak joy nak merasa tempat bersalin baru diorang di HTJ. Orang kata dah selesa.

Terus pegi ke HTJ , Dewan bersalin. Macam biasalah, nama pun kerajaan. Kena ikut step la kan. Ramai gak orang nak beranak time tu. Cuma kak joy perasan byk kes, diorg dh contraction time kandungan tu 5 bulan. Seram jugak kak joy tengok. Macam2 Hal.

Sampai turn kak joy, doc sorang ni cek bukaan. Dia kata dah 4cm. Wahh cepat bukak? Doc sorg lg cek plak dia kata 2 cm. oiiiii yg mana satu ni? Diorg pun main jolok2 suka hati mak diorang. Masing2 nak tunjuk pandai. Ko ingat den ni patung??? Ni yg tak bagusnya bila ramai sangat tangan. Start dari situ, kak joy dah mula rasa sakit. Dulu bukaan 4cm, boleh gelak2. Tak rasa apa. Ni baru 2cm dh mula rasa sakit. Tu semua sebab Kes jolok2 punya hal. Malam tu, kak joy dh masuk ward. Alhamdulillah, dapat masuk ward selesa tapi husband tetap tak boleh teman. Huhuhu. Malam tu, dh rasa2 contraction dah tapi tak kuat sangat. Kerap jugak setiap 10 min. Sempatla malam tu lelap kan mata. Esok pagi cek bukaan lagi, still 2cm?? Hadoiiii, hidung ni dah kempas kempis tahan sakit. Doc terus masuk ubat kat bawah kasi bukak cepat. Ayoyo.... Klu dah masuk ubat Ni Habislah kak joy. Induced memang sakit. Tak lama tu kak joy dah sakit kuat sangat dah. Contraction kerap sangat. Bukaan dh 4cm. Boleh dah masuk labor room. Tiba masa nak masuk, nurse suh tahan dulu. Labor room penuh. Hadoiiiiii. Den dah berguling2 ni nak beranak. Time tu kak joy dah berdoa agar segala dipermudahkan. Alhamdulillah, Ada labor room kosong. Tu pun sebab patient tu kena keluar dulu sebab dia tak serius sangat nak beranak. Hahahaahaha. 

Naik atas katil je, hmmmmm semakin pantas plak hidung ni kembang kuncup nak beranak. Cek bukaan masih belum lagi. Hadoiiii cepatlahhhhh, after diorg pecah kan air ketuban, baru lah bukaan tu cepat... Time tu masih melayan perasaan. Tangan laki habis den lipat2. Tak tau la apa dia rasa time tu. Mata dah merah2 dah den nengok. 

Tetiba, pakar sampai nak cek bukaan. Ok u dah boleh teran. Rasa nk berak je teran. Apa lagi, dah bagi green light den toran la. Hoiiiiiii sekali teran terasa mata hitam Ni kat atas tinggal mata putih je. Dua kali teran, Alhamdulillah syukur terasa baby dah keluar. Tak dengar apa2 dah Cuma dengar baby nangis je.
Husband terus azankan. 

Setiap anak yang kak joy lahir kan sangatla beza. Sakit tetap sakit. Tipula cakap Tak sakit. Kita hamba Allah hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Alhamdulillah, Allah permudahkan Setiap doa kak joy. 

Sekarang ni kak joy dah ada 3 boy. Terima menantu perempuan ajalah nanti. 
Nak beranak lagi??? Nanti lah...... Rehat dulu. Hehehehe

Oklah Nnt kak joy sambung lagi.

Wassalam.

Sunday 11 October 2015

Penampilan berubah

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sehingga hari ini, kak joy dan baby sihat cuma dah sarat ni memang tak larat la kalau nak kemana-mana. Ikut hati nak berjalan sesaja tapi kudrat ni tak mengizinkan. Dah berpantang nanti memang kena dok rumah jelahkan. Pandai-pandai kak joy la untuk menikmati percutian bersama anak-anak selama 3 bulan. 

Kak joy perasan, preggy kali ni memang menduga. Alahan memang teruk gila. Kadang-kadang tu, ada sket saki baki sehingga kini. Dan bila baby terlalu aktif masa tu la asik nak terkucil je. Hari tu, terbersin sket dah terkucil dalam seluar. huhu.... Nasib baik kejadian tu kat rumah, kalau time meeting ko terkucil?? memang jadi bahan kawan2 la gamaknya.

Penampilan kak joy sememangnya berubah. Dulu bukan main ko bershawl. Lilit sana lilit sini... skang jangan harap. Cari tudung sarung je skang ni. Lately ni memang jahanam duit kak joy sebab gomar beli Bokitta. Rasanya tudung ni la paling selesa buat kak joy. Tak perlu gosok.

Lagi satu, kak joy memang tak suka berhias. Nak jaga muka apatah lagi. Pi keje pakai day cream je. then colet aje dengan lipgloss. Kalau kak joy make up pun, atas sebab tertentu. Ada majlis atau meeting. Tu pun rasa loya je bila pakai bedak. Cuma kak joy bersyukur dengan kekurangan itu, Allah bagi kelebihan sikit pada kak joy. Setiap kali kali preggy, kulit muka dan badan lebih cerah dan jerawat payah nak naik. Memang seronok. Mgkin faktor hormon agaknya. Tapi lepas bersalin, mgkin jerawat akan naik. Siap la ko. 

Dari segi pakaian pun sama, takda mood nak beli baju preggy yang cantik-cantik. Beli yang tangkap muat je. Asal sedap mata memandang, beli je lah. Malas nak pikir apa dah. Barangan baby pun, beli last minit. Beli mana yang patut je sebab abg2 punya barang masih boleh pakai. Cuma skang kena pikir nak beli stroller baru. Stroller pun bukannya murah2. Riban ribun woiiiiii.... taknak beli tapi macam kena beli. Ni semua untuk safety anak. Haishhhhhh

Berat badan kak joy skang, 74kg. Fuhhhh dok pikir boleh ke berat badan ni turun dengan jayanya. Apa2 pun redha je lah. Yang penting badan sihat, baby pun sihat.




Bersama  dengan anak-anak adalah saat paling indah. Biar penat tapi hati happy melayan kerenah anak2.

Dua-dua ni jantung hati ibu. Makin lasak dan makin panjang akal. Bertabah la wahai ibuuuuuu.


Tak mampu lagi nak berhias. muka versi pucat ala zombie. hmmmmm

oklah bye....


Thursday 8 October 2015

Cara mendapat kehidupan yang lebih tenang

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sehingga kini kak joy sihat Dan hanya menanti saat2 melahirkan baby je. Tak sabar tauuuuu. Lepas ni sesi berpantang pulak. Harap semuanya berjalan dengan baik. Husband kak joy, dh ready tu. Siap dah kemas baju2 binik dia dan baby. Segala mak nenek brg baby disumbatnya dalam beg. Takpe dia yang angkat beg tu Bukan kak joy.

Kak joy nak berkongsi sedikit macam mana kita nak dapatkan kehidupan yang lebih tenang dan aman. Hamboiiiii kemain statement kak joy. Nak jadi ustazah ke??? Hehehe tak la saja ingin berkongsi.

Salah satu caranya kita perlu ubah adalah diri kita sendiri. Orang kata kita perlu muhasabah diri kita dengan melihat diri kita sendiri sebelum kita menilai orang. Manusia kan macam tu, suka sangat menilai orang tapi diri sendiri pun tak betul. Rasa perfect sangat awak tu kan??? Contoh; "dia tu bukannya pandai jaga laki dia, masak pun x pandai". Orang yg bercakap tu plak tak sedar yang dia tu hanya pandai masak telur rebus je. Entah2 kopek telur pun tak tau. Hah gitulah contoh yang paling dekat Dan senang nak paham kannnn.

So ko rasa tenang ke org yang bercakap macam tu? Klu dia rasa tenang dengan ckp macam tu tak tau la kak joy. Tapi kita kena kurangkan bercakap. Cakap mana yang perlu sahaja. Itu pun dah membantu sebenarnya. Ini pun kak joy sedang amalkan. Kadang2 dah syok borak bukan main terbabas2 cakapnya. So not good ok.

Lagi satu, kurangkan tido. Korang kuat tido tak? Asalkan nampak tilam je Ko cepat je nak membuta. Tak kira la pagi ke... Tengahari ke mesti nak membuta. Kak joy memang jenis payah nak tido siang. Kecuali demam atau sakit. Time kak joy tido hanya waktu malam sahaja. Kita okla tu kan. Tak tau kenapa, kdg2 tu nak gak Nap sekejap Tapi tak mau plak mata ni katup. Orang yang banyak tido Ni boleh mengundang pelbagai penyakit. So macam mana nak hidup tenang kan??

Perkara ni lagi penting, kurangkan makan. Ni kak joy tengok selera makan ko kusssssss semangat. Tak tertelan air liur kak joy melihatnya. Kadang2 terpikir jugak, boleh ke dia habis? Tapi dia makan memang habis. Asal boleh sumbat, dia sumbat jugak. Katanya belum kenyang lagi. Hah lepas tu, terus tido. Indahnya hidup macam tu. Tapi kena ingat, semua tu mengundang penyakit datang. So skang ni, kena kurangkan amaun makan Tapi kena makan ikut waktu. Jangan skip makan eh nanti sakit lain plak yang datang. 

Satu lagi, kena selalu bersujud kepadaNya. Dia lah sebaik2 perancang Dan kita hanya berserah. Sentiasalah berdoa untuk diri Dan keluarga kita. Banyakkan juga mengamalkan ayat2 Dari Al-Quran. Contoh, bismillah lima. Korang Google je. Ada tu, insyaallah. 

Rasanya itu je, yang mampu kak joy kongsi. Oklah jumpa lagi. 




Tuesday 29 September 2015

Air ketuban kurang


Assalamualaikum,

Maafla, kak joy lama sangat tak bersiaran. Lately ni, kak joy mudah penat. Semua benda tak larat. Tambah pulak, budak2 minta dukung je. Si Dani dah 15kg. Ko mampu dukung budak lasak tu?? hadoiiiii patah pinggang ibu ko nakkkk.....nampak je kurus tapi berat la haiiiiiiii. 

Lagi satu, kak joy mudah sangat stress. Mudah tersentuh. Time mengandung je kak joy cepat sentap. time "kosong", ko cakap apepun kak joy gelak je.

Iye.... kak joy kerap stress. Bila tahu air ketuban borderline je, lagilah stress. tak mau stress tp terstress plak. Time anak pertama, berlaku jugak insiden air ketuban kurang ni, tapi time tu dah 38 minggu. So, takdelah acik stress sangat. Induce...terus baby keluar.

Tapi anak ke 3 ni, banyak sungguh dugaan kak joy. Tapi kak joy tahu semuanya perancangan dariNya. Dia lebih tahu. Sepanjang preggy ni, buku pink tu cantik je. takda tulisan merah. Kencing manis takda...HB ok...berat turun naik je (biasalakannn), Blood pressure very good. Cuma tup..tup...nak masuk 8 bulan ni, air ketuban plak yang kurang. hadoiiiiii. kesian gak kat baby. Nak gerak pun susah sbb cushion dia dah kurang.

Perkara paling kak joy takut, bila baby tak gerak je. So far, gerakan dia memang kerap sampai ibu dia pening nak muntah. Tendangan dia kali ni agak kuat, klu kuat lagi mau tembus perut kak joy ni. Hahahaha...

Gelak....gelak jugak. Hati didalam Tuhan saja yang tahu. Risau sangat....Doakanlah kak joy mudah bersalin dan mudah dalam apa jua pun.

Orang kata "banyakkan rehat". Tapi ibu yang anak dua ni, nak rehat macam mana?? nak layan hero2 lagi...bapaknya lagi. Bapaknya yg paling penting. tak layan kang beralih arah pulak....eh...tak..takkk...acik gurau je. Tahu awak baik. Suami kak joyla, orang yang paling banyak membantu kak joy sepanjang preggy ni. Dialah yang mandikan anak...dialah yang basuh baju...dialah yang sidai kain...dialah yang akan jadi zombie utk anak2 dia....Dia la yang mengemas....cuma tang masak je dia surrender. Kak joy jelah yang masak dan lipat kain. Yang selebihnya dia buat. 

Ada satu masa tu, dia mengeluh jugak. Siap cakap, anak ketiga last ye sayanggg.....eh??patutnya ibu ni la yang cakap gitukan?? hhehe...dia dah penat jaga anak la tu. Ingatkan dia kesiankan kita, rupanya dia penat...hehehe...wokeyyyyy

Sekarang ni, kak joy berehat je. Ramai orang tanya pasal shawl kak joy. Diorang ingat kak joy tak jual dah. Kita jual tau cuma mood nk promo takda, Insyaallah lepas bersalin akan kembali normal. Sape nak tanya pasal shawl, whatsapp je....

Oklah...nanti kita borak lagi eh.

Monday 7 September 2015

Macam mana? kenapa?

Assalamualaikum,

hmmmm....macam mana nak tulis? nak taip? sebab nak tulis apa pun tak tau. Tapi hati ni ni rasa nak tulis tapi rasa macam tak patut....eiiiiiiiii geram....

Entahlah...rasa macam tak adil je dia buat macam ni. Tapi kak joy redha....

Takpelah satu hari nanti....

kita tengok je nanti....

ahhhhhh tak suka lah pikir macam ni....

Takpelah.....

sob...sob....meleleh plak air mata ni.....

kenapa ada orang suka buat ibu mengandung sedih....?

kenapa ek?

Tapi kak joy cuba kuat la...tak mo sedih nanti baby pun sedih....


ok la bye....


Ibu yang sedih terasa dianiaya....

Tuesday 25 August 2015

Selamat ke?

Assalamualaikum semua,

Korang!!!!!! kak joy nak tanya ni? Selamat lagi ke Malaysia ni? Aman lagi ke?

Haishhhhhh, tak tau nak kata apa skang ni. Setiap kali kak joy buka FB ke...paper ke... berita ke....semuanya cerita yang berkaitan keselamatan orang awam. kes culik budak la....Ini satu lagi benda yang kak joy sangat takut. Kak joy tak tahulah kalu kak joy ni orang yang asik fobia atau selalu hidup dalam ketakutan. Mana taknya, hari2 kita selalu dengar tentang kes-kes macam ni. Korang takut tak??

Kak joy nak jugala tengok anak-anak kak joy bebas bergerak, bermain dan berlari di tempat yang sepatutnya mereka main. Setiap kali keluar rumah mesti benda buruk kak joy pikir. Sampai budak-budak ni stress dengan kak joy sebab terlalu limitkan pergerakan diorang. "Ameer!!! Don't!!" "Dani!!! Please!!!," sambil tuding jari bermaksud jangan. Then, diorang ni terus macam takda mood sebab ibu diorang ni terlalu takut. Bila pikir balik, kesiannya anak-anak aku. Niat nak bagi diorang happy tapiiiiiii terlalu sangat berjaga2.

Pergi mana2, kak joy akan pegang tangan diorang. Tak moh bagi lepas sampai Dani naik rimas. Dipulas2nya tangan agar ibu dia lepaskan tangan dia. "ibu, lepas lah....adik nak lari ni...nak main kejar2." Adoi dalam shopping complex ko nak main kejar2 ya. Memang ibu ko ni susah nak izinkan dari berlaku apa2 nanti. SO? nampak tak perangai ibu yang terlalu protective sampai anak-anak ni naik rimas. Ye, Ibu tahu, ibu tak patut buat macam tu. Suami kak joy pun kadang-kadang tak berapa setuju jugak dengan teknik kak joy yang terlalu over menjaga anak-anak. "syg......anak-anak kita ni lelaki...biarla diorang main.". Kak joy pun cakap," boleh main but not here!!!" ini shopping complex, kalau hilang nanti macam mana??" anak kita kecik lagi....SO? we just decide, budak-budak ni main kat playground je. Itu pun tengok jugak, semua tempat kena tengok. keliling kita ada sapa?? semua tak boleh pikir positif dah sekarang ni... Look!! Bila rasa tak selamat, mula lah kita terlupa. Interest anak ni kita abaikan. Kesian sangat diorang. Kak joy bukan macam ni sebenarnya, tapi bila dah banyak sangat berlaku kat negara kita ni, i feel scared.

Jadi, kak joy cuba la sikit2 merangka aktiviti anak-anak dalam bentuk lain. kak joy banyak buat silap... Sikit-sikit beli toys...umpan diorang dengan barang mainan so, biar diorg main kat rumah. Sangat salah tindakan kak joy ni. I spoiled them. Now, kak joy dah tak beli toys untuk diorang. kak joy nampak, diorang suka buku dan puzzle. Dani lebih suka buku tapi mesti ada dinasour dan ameer, suka benda yang boleh dia build something. Ameer suka puzzle dan lego. So, kak joy biarkan aje diorang nak buat apa. Cuma kak joy masih tak boleh sangat nak lepas-lepas macam tu ja. Sebenarnya, kak joy jarang bawak diorang pegi shopping complex  tau. kalau bawak pun, kami pi minum2,makan...then terus balik. Takda lagi nak merewang2 bagai. Kalau beli barang keperluan anak-anak ke...barang dapur ke...laki bini ni je yang pegi, cepat, pantas dan balik pun cepat. So jimat masa kat situ. Atau pun, Kak joy dok rumah, husband kak joy je yang shopping.




Kalau aktiviti bersama family, kami akan decide awal-awal nak pergi mana? tempat yang macam mana? Tapi dengan syarat, layan la anak-anak macam mana yang diorang nak...So, time tu jangan la si ibu atau si bapa sibuk nak beli baju la ...make up la...nak pi fitting room la....NO...tak boleh.. Anak-anak ni suruh ko kejar dia...ko kejar la...anak-anak ni suh ko jadi itik, jadi la itik...anak-anak ni sibuk suh tangkap kumbang, ko tangkap la. layan la dia secukupnya walaupun ko memang penat. Penat tahap kaki dah ketaq. Hang tau Dak?? Tapi sekurang2nya, diorang still ada chance diorang nak buat apa. Kak joy tak taula cara kak joy ni betul atau salah. But i do my best to make them happy. Itu je.
Mungkin anak kak joy belum bersekolah, sebab tu terlalu risau. Dah sekolah nanti...lain plakkan? Kak joy harap sangat bila diorang dah betul-betul sekolah nanti, diorang bijak uruskan aktiviti diorang. Ibubapa sekarang, tak macam dulu....mak kak joy dulu, dia biar je...belajar ke...tak belajar ke...tak di herankan. eh!! jadi orang jugakkan?? hahaha



Skang ibubapa nak yang terbaik...masing-masing berkejar nak dapatkan straight A. Anak-anak releks je, Mak pak yang nebes terlebih. Nak deny....tapi itu lah hakikat yang sebenarnya yang kita tak boleh lari. 

Ini pendapat dan amalan yang kak joy buat. Mungkin ada yang tak berapa setuju apa yang kak joy cuba lakukan. But, ibubapa ni lebih tahu karakter anak masing-masing. Jadi, didiklah dan bentuklah ikut acuan yang kita mahukan. Perkara baik...cuba terapkan mengikut kesesuaian anak dan slowly.

Satu je yang kak joy pegang, Ibubapa perlu sentiasa berdoa dan teruskan berdoa untuk kesejahteraan anak. Berserah pada Allah. Kita manusia hanya mampu ikhtiar dan berusaha. selainnya, Dia Maha Mengetahui.




Monday 24 August 2015

Sabar kunci utama

Assalamualaikum semua,

Lamanya Kak joy tak menulis. Memang lama sangat. Kak joy tak sibuk cuma takda mood nak cerita apa. Banyak nak story sebenarnya cuma tangan je malas nak menaip. Lately ni, banyak betul benda berlaku dalam family kak joy. Tapi tak dapatla kak joy nak kongsikan pada korang semua. hehehe
Tapiiiii....

Apa yang perlu kak joy nak highlightkan disini ialah SABAR adalah kunci utama Kebahagiaan. Sifat sabar ni memang perlu ada dalam diri seseorang tu. Kalau tak sabar, macam-macam jadinya kang. Ni semua nak elakkan diri dari benda yang tak sepatutnya berlaku.

Hari tu, hilang satu gigi pun kena sabar. Seksa mak takda gigi. Gigi geraham plak tu. 
 
Orang ni la paling banyak sabar dengan kak joy. Orang mengandung ni, emosi dia tak tentu. kadang2 tu ok...kadang tu tiba2 jadi garang.hahahaha.... preggy kali ni memang mencabar sebab badan mudah penat. Tak boleh berdiri lama la...padahal dulu2 ok je. Berjalan terlalu lama pun tak boleh. Berjalan sikit , lepas tu cari kerusi untuk duduk. Bila badan terlalu penat, janganla ada orang cari pasal. huhuhu...


Time ni, muka dan badan dah mengembang. Ramai kata preggy kali ni perut kecik je. tak gemuk pun...Lepas puasa, nahhh!!! amik ko!!! sekali dia bagi semua orang terkejut, "aikkk hari tu jumpa, kecik je...ni dah naik mendadak." Nama pun dah mengandung, haruslah perut tu makin mengembang kan.....hik..hik

Ini lah keluarga kecil kak joy. Bila dah nak masuk 3 anak ni, mulalah pikir nak uruskan anak2. Dah cakap siap2 kat husband, kali ni kena jaga anak sama2. Tak boleh ngelat sebab kita sama2 kerja dan sama2 buat anak. So kenala ada timbang rasa dan tolong menolong. heeeeeheee

Time  ni tengah tunggu check up kat Colombia. Oiiiiii berejam jugak kak joy tunggu turn walaupun pagi buta pukul 7 kak joy dah daftar. Bersabar je lah. Doc favourite kak joy, Dr Intan. Tu yang sanggup tunggu tu walaupun lama. Entah kenape, sejak akhir2 ni ramai plak orang nak doc Intan ni. Mungkin sebab dia pompuan, so senang la kan.... Orang sebelah tu kena la ikut,nak tengok muka baby katanya. Dah scan dah.....jantina baby pun dah tau. Syukur Alhamdulillah. Semuanya sihat. Moga Allah permudahkan segalanya untuk kak joy.

Cuak nak beranak....
Cuak nak teran.....
Dah lupa macam mana rasa contraction, tu yang takut tu.
Doakan kak joy ya.




Thursday 2 July 2015

Apa salah budak tu?

Assalamualaikum semua,

Hish... Sejak-sejak ni kerap betul cerita budak kena dera. Apa salah budak tu? Rasa tak sanggup pulak nk scroll FB tengok kesan budak kena dera. Hmmmm apa la nak jadi dengan orang- orang skang. Makin ramai orang jiwa kacau dan panas baran. Tiada sikit pun rasa sifat kasih sayang pada budak tu. Ikutkan hati, rasa nak lanyak je mak tiri budak tu. Ibarat yokozuna menghempas perut betina tu sampai terkeluar najis. Hambek ko!!!! Eeeeiiiiii geram. Aku yang tak berapa sihat ni, terus rasa sihat bila amarah aku ni naik.

Sebenarnya, kak joy pernah lah cakap kat husband, kalau kak joy takda suatu masa nanti, anak2 ni jaga lah elok2. Ini sahaja la harta yang kak joy ada. Kak joy tahu, suatu ketika lelaki kawin jugak bila kita dah takda. Cuma kak joy minta, besarkan la anak2 ni sampai masuk universiti. Time tu diorang dah pandai berdikari sendiri. Kak joy tak kesah sangat sebab anak2 kak joy semuanya lelaki. Lepas tu, ayah ko nak kawin lagi terpulangla kat dia. Jangan tahu nak berbini tapi jaga anak tak tahu. Anak kecik lagi dibiarkan anak tu pada mak tiri diorang. Kalau betul mak tiri diorang tu ada sifat kasih ok lah. Ni jenis yang suka sepak terajang ni mcm mana? Kak joy memang agak emosi kalau tentang hal2 dera ni. Kadang2 tu sampai terbawak mimpi. Sedar dari mimpi terus tumbuk muka Laki Aku. Pisat2 muka dia. Kesian sebab dia tak bersalah. Hahahaha.

Anak- anak perlu dibelai, perlu di peluk Dan perlu di pujuk. Bukan tempat untuk ko lepaskan geram. Ko benci mak kandung dia, ko belasah anaknya pulak. Eh dah kenapa? Kalau Aku la.... Mau jadi sundal bolong. Malam2 Aku sentap jantung ko bagi makan anjing. Eiiiiii geram plak aku rasa. Korang tak geram? Geram kan?( sambil hempas2 bantal)

Bila buka channel tv3 berita pukul 8, Laki Aku mula lah takut2 sebab bini dia akan  membebel bila tgk cerita budak kena dera tu. Kang sikit2 aku tempiaskan kat Laki aku. Hahahaha. Kesian dia.

Kita ni dah besar panjang. Dah jadi mak pak dah. Fikiran kena tenang. Adakala kita stress bila anak buat perangai. Time tu cepat2 la istigfar dan bawak bersabar. Kak joy ni memang garang dengan anak2 Tp xde la asik nak melibas anak je. Sekali skali tu kena la cubit sket biar dia rasa apa yang dia buat tu salah.

Oklah, setakat ni jelah celoteh kak joy. Puasa la katakan. Ok bye!

Tuesday 23 June 2015

Puasa

Assalamualaikum semua,
Puasa tak korang? Kak joy Alhamdulillah masih berpuasa walaupun kadang2 tu kesihatan tu tak mengizinkan. Masalah kak joy dari awal pregnancy hingga kini, kak joy tak boleh berdiri lama atau berjalan terlalu lama. Badan kak joy terus menggigil berpeluh2 pastu rasa nak pitam. Itu yang banyak membataskan pergerakan kak joy kalau nak kemana-mana. 

Masa berbuka pula, tak berapa selera. Makan kuih je. Lepas solat, baru la makan kuih atau minum nestum. Husband pesan, kalau tak larat tak perlu puasa. Selagi takda apa2, kak joy puasa jugak. Puasa kali ni, Alhamdulillah tak lapar dan dahaga cuma mudah penat je. 

Persiapan raya korang macam mana? Kak joy belum apa2 pun. Rancangan baju nk pakai sekeluarga pun memang takda. Mungkin tahun ni warna warni. Hehehe. Tahun ni agak besederhana sahaja. Kak joy pun bukan sihat sangat. Husband pun nak simple-simple je. Mungkin beli keperluan anak-anak. Budak2 skang dah pandai dan untung sebab mak ayah diorg ni bekerja. Nampak je iklan dalam TV terus mintak kita belikan. Demand plak tu. Mintak baju melayu upin ipin. Baru 4 tahun lebih dah demand. Hehehehe. Tu belum lagi sekolah menengah. 

Husband kak joy, memang suka manjakan anak-anak walaupun bapak dia garang. Melawan je, libas dengan rotan. Hahaha. Tapi anak-anak tetap cari dia. 

Bulan puasa ni teringin betul nak minum kopi. Tapi takut, kot2 HB jadi rendah. HB pun paras2 hidung je. Setakat ni, diorg kata ibu mengandung boleh minum mineral coffee. Belum beli lagi tp rasa nak cuba sebab mudah penat kan.... Ok lah, setakat ni je story kak joy. Nanti tunggu lah kak joy update lagi. Tu pun ntah bila ye tak??? Dadada

Thursday 21 May 2015

Persediaan sewaktu hamil

Assalamualaikum,
Mentang-mentangla kak joy preggy sekarang ni, excited pulak nak kongsi-kongsi story. Bila dah hamil anak ketiga ni memang rasa lain. Rasa macam back to basic. Itu kak joy la, orang lain kak joy tak tahu. Masalah alahan tu, memang tak dinafikan teruk jugak tapi oklah masih boleh bertahan.

Persediaan kali ni, agak proper jugak banding yang lepas. Dapat tahu hamil, terus buat buku pink kat klinik kesihatan. Kak joy buat check up dua tempat. Hospital Colombia dan kerajaan. Dulu pun sama, Cuma nk buat buku pink tu lambat je. Tak kesah pun. Kali ni memang kesah. Bukan main teruja kan?? 

Sekarang ni masih dalam dilema samada nk bersalin colombia atau kerajaan. Masa Dani haritu, sempat Colombia sebab time tu, dh buka 2cm. Tu yang terus masuk labour room. Tapi Kali ni, nk try hospital besar TTJ. Katanya hospital dah baru. Cantik. Hehehe. Mana2 la, janji sempat beranak.

Kak joy sekarang pentingkan supplement. Dah anak ketiga ni baru nk makan shaklee. Amalkan makanan sunnah. Sebelum ni makan iberet je. Yg lain2 makan jugak la kurma Tp ikut mana sempat. Yang ni, nak tak nak kena makan jugak. Paksa diri sebab ketua pengawas ada(Suami). Dia dh pesan untuk jaga kesihatan awal mengandung ni. Nampak lain kan? Dulu dia tak kesah, sekarang ni dia terlebih kesah. 

Buat masa ni HB ok, menten je. Tak taulah kalau akan datang kan? Harap semua ok Dan berterusan. Selera makan makin memuncak walaupun masih ada pening Dan mabuk tu. 

Persediaan sangat kan??? Paling best higoat yg ada kurma dan madu ni. Sedap sangat. Hari2 wajib minum. Kalau tak meroyan. Hahahaha. Ok lah Setakat ni je celoteh kak joy. Jumpa lagi.

Wednesday 6 May 2015

Dani akan jadi abg ngah

Assalamualaikum semua,

    Kak joy rasa terpanggil nak cerita pasal anak kedua kak joy ni. Sejak kak joy preggy anak ke 3 ni, mulalah teringat time Dani baby lagi. Rindu sangat waktu dia kecik. Pejam celik, tahun ni Dani dah 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Bila kak joy belek-belek gambar dia masa baby, Ya Allah, comelnya si Dani ni. Macam nak cubit-cubit je. Sekarang jangan harap kak joy dapat cubit dia, dia akan tunjuk penumbuk atau pedang sakti dia untuk lawan balik ibu dia. heheheh... Dani ni, tak banyak ragam, senang sangat jaga dia. Time nak susu je, dia merengek. biasalahkan......Bila dah besar panjang ni, budak ni susah nak berhenti cakap. bising....membebel....kadang-kadang tu kuat jugak dia makan. Dia ni pemakan orangnya. Dia juga, dah pandai cakap. Jangan la cakap sembarangan depan dia, sok-sok dia akan cakap balik apa yang kita cakap. Dani ni, kak joy nampak dia lebih berdikari kalau nak dibandingkan dengan abang dia. Silap-silap, dua orang ni masuk tadika, kompom adik yang jaga abang.

comel je Dani time ni...babab kang!!


My little elephant



Yang ni hero kak joy, rajin tolong kak joy uruskan anak-anak. Kalau weekend mesti dia rajin tolong. Time kerja, kita paham, dia kerja. Balik pun dah penat.



Ni lah budak tu, ni gambar lama ni, gambar baru dalam phone lain. Malas nak upload. Dia sangat cargas orangnya...suka joget-joget macam mak dia jugak. 

Tak lama lagi, Dani akan jadi abang ngah. Tolong ibu salin pampers adik tau...tolong pok-pok adik tidur. hehehe.... Nanti dah ada baby, kena jadi abang yang baik. Eh rasa sedih plak, rasa nak peluk diorang kuat-kuat skang ni. Macam mana sekalipun ibu tetapi sayang korang berdua. 


Tuesday 28 April 2015

Preggy untuk kali ke 3

Assalamualaikum semua,

Ya Allah, lamanya tak menulis. Lama juga tak merepek. Sebenarnya, banyak benda kak joy nak kongsi cerita cuma tak tau nak cerita apa. Rasanya, kak joy hanya dapat cerita yang terkini saja la ya. Lately ni, kak joy lama tak update instagram atau FB. Selalunya, muka kak joy je yang kacau timeline korang kan? hehehehe.

Pregnant kali ni, sangat mencabar buat kak joy. Muntah pening tak usah cakap. Badan lemah langsung tak boleh buat apa. Kalau sebelum ni, memang ada muntah pening tapi tidak lah seteruk ini. Husband pun cakap benda yang sama juga. Dia siap beza2 kan anak2 dia yang dulu macam mana dengan baby dalam perut ni. Nak buat macam mana, setiap kehamilan tu bukannya sama rentaknya. Semuanya beza. Kak joy terima dengan hati yang redha.. Disinilah agaknya Allah nak berikan kita pahala yang besar.

Sepanjang kak joy preggy ni, kak joy bersyukur sangat yang suami kak joy ni banyak membantu. Dari segala urusan anak ke urusan rumah, semuanya dia buat. Tu tak kira lagi melayan kerenah isteri dia nak itu ...nak ini. Dia memang seorang yang sabar. Siap tanya, "bila la, proses mabuk u ni nak hilang ya???" kak joy jawab " mungkin sampai bulan ke 5 yunkkkk" muka husband terus terkulat2 sambil cakap "hadoiiiiiii, osah ponek jago omak ehhhhh". hahahaha... nasib la kan...

Dulu kak joy la yang rajin masak breakfast untuk dia...dia minta je, kak joy turutkan... Dinner pun sama. Skang ??? takda.... sebab kak joy tak boleh masuk dapur. Nak muntah...Nak pengsan pun ada. It sounds macam mengada ngada kan?? biarlah orang nak kata apa, tapi itu lah hakikatnya. That's why, kak joy banyak balik rumah mak, minta dia masakkan. Siap masak banyak2 dan bekukan untuk makan seminggu. Bawa balik jempol, panaskan je.

Hari tu. siap kena demam panas lagi. Menggigil macam orang kena denggi. Badan sakit sampai ke tulang rasanya. Cek suhu, 39.8. 2 hari kak joy kena demam panas bercampur dengan cirit biritnya lagi. Hadoiiiiiiii.... Kak joy risaukan baby, kesian dia. mak dia demam, anak mesti demam kan? tapi bila pi scan, baby melompat keriangan macam takda apa2. Doc cakap, baby u sihat...jangan risau. Alhamdulillah....

Pemakanan kali ni, kak joy lebih teliti. kurma, kismis, jus delima memang wajib ambil. Lain2 tu, macam biasa lah, supplement tambahan baby. Yang selebihnya, berdoa dan berserah pada Allah.
Bila anak nak masuk tiga, ni rasa lain sangat. Macam rasa baru preggy kali pertama. Serius lain....tak tau nak cakap apa...

Kak joy harap preggy kali ni, dipermudahkan dan menambah lagi sinar bahagia pada keluarga kami. Insyaallah.

Monday 2 March 2015

Aku benci 'KO"

Assalamualaikum semua,

Amboiii korang, bukan main cepat klik post kak joy ya. Yelah nak tau sape la yang kak joy benci kan?? Kak joy memang dah lama aim je...bukan setakat benci...menyampah...rasa nak sepak je dengan jari jemari kak joy yang bertaik lembu ni. Walaupun penyepak kak joy ni ala2 lembut tapi tahi lembu ni belum tentu boleh hilang. Tapi......bila dah benci, kak joy layan jugakkan?? ishhhh tiada pendirian betul kak joy ni...kejap benci...kejap suka...kejap rasa nak gigit....

"Apa ni kak joy??? cepatlah cerita?", kucing luar rumah berkata. Ok2, sebenarnya kak joy tak benci pun sesapa, saja bagi gempak. Kak joy benci 'lemak' yang hadir kat diri kak joy ni. Lemak ni tak datang sendirinya, kak joy yang cari pasal. Kak joy ni memang suka explore tempat makan...explore makanan baru dan suka benda2 baru. Tapi malangnya, kak joy tiada kebolehan untuk menjadikan blog kak joy ni sebagai makan2 blog. Kak joy just anggap blog ni sebagai luahan hati...berkongsi dan apa2 ajalah yang kak joy rasa nk cerita. Disaat umur yang makin meningkat, maka semakin tinggi tahap kemalasan yang ada pada diri kak joy. So, dengan itu kak joy bebas apa nak buat. Kak joy pun tak risau pasal rating blog ke...follower ke...sapa nak baca blog kak joy boleh la baca. Taknak baca pun takpa sebab kak joy pun bukannya artis. Kak joy hanya insan biasa yang hari2 akan bau busuk...bau kambing...lembu...dan seangatan dengannya. hahaha

Kak joy ni pemakan sebenarnya, dalam masa yang sama ko nak diet bagai...ko akan merana kak joy hoiiiiii!!! rasakan!!! Disebabkan itu, kak joy makan apa yang kak joy rasa nak makan. The good things about me, kak joy bukan jenis makan banyak. Cuma suka makan berulang2. Itu memang dari kecik lagi habit kak joy. Kak joy pun bukan pandai masak...memang tak pandai. Tapi kak joy ni suka masak masakan yang jenis ringkas. Cuba korang suruh kak joy masak rendang? dengan sekilat sahaja kak joy lari mencari kucing kak joy, dengan pura2 jadi orang yang sayangkan kucing. hahahaha... kak joy bersyukur dapat shuben yang jenis makan tak cerewet. Dia makan apa saja, dia pun suka jenis makanan ringkas juga. Sebab tu Allah temukan kami berdua yang comot ni yang perasan couple paling comel, walhal sendu sangatttt. waaahaaaaa

                     benci
                          Kak joy ni time selekeh dia datang camni ngomannye....bluekkkk


                     
Hah, nin dia. Paling sedap masuk mulut, tapi bila dah masuk, ko menyesal dan menyalahkan anak ko yang suka makan benda2 macam nikan?? siap cakap, 'budak2 ni makan tak habis, ibu jugak yang kena habiskan, hah bak sini ibu makan...membazir je...' hah tu dia, salahkan anak, tapi masuk mulut...sampai juling2 mata ko menikmati kelazatan french toast ni...buat penat je ko buat squat macam orang gila. Esok nak pi keje, jalan kangkang2 sebab sakit peha...huhuhu...


                      
Eh anak sapa ni?? hehehehe....budak baru nak sihat... anak2 kak joy steady je, ikut je mana mak pak dia nak pi...cuba ajak pi school?? melalak!!!

                      
Ada orang tu request nak makan pancake konon...hah ni memang bancuh sendiri...tak mau beli yang dah siap, tak kena tekak. kita kan tekak melayoooo....hehehe


                     
kudap2 je....buah tin memang sedap tapi mahalllll.....Giant pilah murahhhhhh

                      

                      
 Wrap tekak melayooooo....habis jugakkkk!!! lemak bertambah...huhu

 Bila rasa bersalah, terus ko makan oats kan?? kak joy memang hari2 makan oats. Tak                          banyak pun, sikit pun jadilah. Serap kolestrol....

      
  
     Mangkuk bunga2, hadiah kawin dulu....hehhehe....


Oklah korang, kak joy nak tengok suamiku encik sotong....byeeee

Saturday 21 February 2015

Umbilical hernia

Assalamualaikum semua,

Hari ni ada free sikit nak menaip. Selalunya sibuk je memanjang. Tak sempat nak pikir apa. Hampir seminggu jugak kak joy bercuti demi menjaga anak yang sakit. Oklah, kak joy cerita sikit tentang sejarah anak kak joy yang sulong ni. Sejak dia lahir 2 minggu gitu, dia dah kena hernia. Dia ada 2 hernia di pangkal paha dan pusat. Orang tua2 kata angin pasang. Selalunya hernia ni berlaku pada budak lelaki je. Tapi budak pompuan pun ada yang kena cuma percent tu agak rendah. Anak kak joy kena umbilical hernia (pusat) dan inguinal hernia (pangkal peha). Hernia di pangkal peha tu memang sakit. Tak boleh lasak sangat, bila benda tu timbul je budak boleh senak. So, ameer buat operation time umur dia setahun lebih gitu. Alhamdulillah dah baik. Tapi doc taknak buat operation yang pusat tu sebab doc nak bagi masa untuk pulih naturally. Tapi malangnya, last month jumpa doc, dia kata kena operate jugak. Memang takda tanda2 utk pulih. So, doc dah pilih tarikh utk buat operation ameer. Sepanjang tu, kak joy resah jugak pasal ameer ni. Dia ni kan suka minum susu, dah besar pun masih nak menyusu. Takut dia tak tahan kena puasa. Tp Alhamdulillah, kak joy tak sangka dia ni kuat sangat.


                         
Anak paling manja, Ameer la. Anak sulong memang manja. sikit2 nak ibu.


                    
Time ni bagi dia makan kenyang2 sebelum kena puasa tgh malam nanti.

Petang tu, doc dah panggil ameer tu cucuk jarum kat tangan supaya senang nak masuk air nanti. So kak joy pun pi la skali nak masuk bilik khas. Ameer time tu dah mula takut sambil panggil 'ibu...ibu...'. Kak joy pun cuba je relaxkan dia tapi dalam masa yang sama kak joy psiko dia jugak agar dia dgr kata. Tiba2, sorang nurse ni, suh kak joy keluar. Siap cakap 'ini prosedur kami ya... ibubapa tak boleh masuk.' Eh dah kenapa ko ni? hati kak joy berkata. Doc tak cakap apa2 pun td. so kak joy pun akur je lah keluar, berdiri depan pintu yang ditutup. siap kunci kata ko!!! time tu dengar lah ameer menjerit macam orang gila...sebab kak joy tak pernah dengar ameer nangis sampai macam tu sekali. Dulu, time doc cari vein ameer, relax je dia. tak nangis macam tu. Setelah setengah jam, ameer pun keluar teresak2 dgn tangan penuh kapas. Doc tak berjaya cari veins dia. Ok beginilah, kak joy nak bagi pandangan kak joy sikit pasal prosedur korang tu.
Sebenarnya, kak joy pun tak suka sentuh prosedur hospital atau etika seorang nurse. Mungkin nurse tu ikut buku ke hapa...aku mmg tak tau. Or mungkin dia tak yakin dengan diri dia sendiri kuatir aku komplen dia cara dia handle anak aku. Itu pun aku memang tak tahu. Cuma disini kak joy hanya pikir nak mudahkan doc agar senang dia nak cucuk tangan ameer. Kak joy orang paling terer dalam restrain anak disamping mengunakan psikologi ni. Kalau anak tu jenis tak independent dan sentiasa mahu ibubapa disamping mereka, sila lah benarkan ibubapa ni bagi sokongan pada anak mereka agar mudah korang semua nak cucuk ke...ke nak tonggeng ke apa ke...aku terima je. So takdalah korang terpaksa musnahkan veins anak aku sehingga 8 kali. Time pukul 10mlm gitu doc panggil lagi, nak try cucuk lagi. So aku pun redha je lah, nak dok luar. Malas nak dengar nurse bangang tu memekak. Eh tetiba plak doc tu cakap aku boleh masuk...dah apahal?? kata tadi prosedur sangat...so ni ape citer? so now, aku pun masuk. Ameer pun terus berenti nangis bila nampak ibu dia. Time tu ameer betul2 behave. Diam dan biarkan doc tu cari veins dia. Dia tetap nangis tapi tak la kuat sangat. Dia tak gerak hanya diam saja minta ibu dia cium dia. Malangnya, doc tak berjaya jugak sebab salur darah ameer dah rosak. So, they leave it to pakar bius. Kalau awal2 ko panggil aku, mesti keje ko dah senang kot. taklah rosak salur darah anak aku. Malam tu ameer tak masuk air pun...cuma kena tenangkan ameer agar dia tak lapar. Malam tu kak joy kejutkan dia minum air masak, agar dia tak hilang air dalam badan.

                     
Pity boy... Ibu tak kesah apa orang cakap, ibu tahu ameer kuat. Ibu tak pernah putus doa.

Keesokan paginya, ameer dah masuk bilik bedah. So, tunggu jelah makluman dari doc.....

.....................................................................................................................................

menunggu dan masih menunggu dan akhirnya selesai.

                     
Ameer terus dipindahkan ke ward biasa. Alhamdulillah selesai semua. Time ni dia masih mamai.

                    
Akhirnya, dikaki jua la ia berjaya. Rupa2nya, banyak kali jugak pakar bius tu cucuk cari veins, tak dapat jugak sebab kebanyakan salur darah dah rosak. kaki sebelah pun tak berjaya jugak. Nasib baiklah kaki yang last ni, berjaya. Syukur sangat!!!

                    
Alhamdulillah dah boleh main...kuat betul anak ibu.

                   
 Sembab anak ibu...tapi tetap senyum... ameer dapat keluar petang tu jugak...syukur

 
Dah gembira boleh main lepas 2 hari operation. Yang si kecik tu, memang tak pikir apa pun...tahu nak main je.

 
Ajak dia ngopi ...happy je dia cuma selera makan tu agak kurang...sian ameer.

                   

                   

Alhamdulillah semuanya selesai berkat doa kalian semua. syukur sangat. Kepada kawan2 yang mungkin ada masalah macam anak kak joy ni, Ikut je cakap doc...kalau perlu operate, operate je lah. Itu jalan yang terbaik. Kalu boleh operate time baby lagi, cepat baik.

kak joy jugak pernah berubat tradisional tapi masih tak baik. Macam2 buat dah... Operate je cara terakhir kak joy.

Semua nurse dan doc baik je, cuma sorang nurse ni je aku aim..... kalau tengok gaya mmg bossy gile. Ape2pun belajar la dari kesilapan...

bye semua. wassalam


Monday 9 February 2015

kehidupan yang simple dan bermakna


Assalamualaikum semua,

Kak joy tahu, korang ada gak belek blog kak joy kan??? belek2 mengharapkan apa la cerita terbaru kak joy. Bila buka blog je, masih cerita yang sama. Tak update pun... korang pun paham kan, kak joy ni kalau nak update memang ikut suka hati mak kandung kak joy...hahaha... nak update kena ada mood. Takda story takpe lagi, mood tu main peranan. Kak joy ni memanjang takda mood je. Mood menulis takda la sayang....payah betul nak tune balik untuk menulis. kak joy pun bukannya pandai menulis , menulis pun ikut rasa hati je. Teringin jugak nak menulis hantar kat karangkraf. Kalau dah beberapa kali asik kena reject je, ko tau la apa maksudnyakan? hahaha... menangis editor karangkraf tu baca penulisan ko. Dia nangis sebab cerita sedih atau nangis sebab bahasa berterabur. hahaha

Kak joy ni orangnya mudah je. Kalau boleh jadi mudah, kak joy mudahkan. Tapi janganla dengan ayat 'mudah' tu korang ambil sambil lewa. kak joy juga tak suka, benda yang simple di berat2kan. Bertambah berat la hidup ko. Yang penting solution tu. Setiap orang ada juga kelemahannya, tapi dengan kelemahan yang ada tu, pandai2 la korang cari solution.  Biasala tukan....

Kak joy macam ni la skang.....relax je... berniaga tetap macam biasa. Semuanya biasa2 aje. Kak joy pun tak suka rushing nak buat sesuatu. kalau rushing sangat memang tak jadi apa kang. Korang pun tahu, kak joy pun berkerja dengan Gomen. So, kena seimbang la. Tapi memang kepantangan kak joy bila kaunter gomen pun ko guna untuk berniaga produk ko. Dah kenapa? kalau jual online, online je la wei. Ni customer datang nak buat permit, ko bantai jual produk ko kat kaunter. Dah kenapa? Berniaga tidak salah tapi biarlah kena tempatnya. Bila bos suruh ko buat report, boleh ko cakap takda masa? Please jangan tunjuk desperate sangat eh...(eh emo pulak minah ni) kak joy tak emo, cuma cakap untuk diri sendiri sebenarnya. I'm not pointing anybody. Don't get me wrong. 
Berniaga ni bagus, suka dengar kawan2 yang buka bisnes ni berjaya. Tapi kak joy ni, lama lagi nak berjaya. Mengesot lagi yunkk...

  


Aktiviti kak joy hujung minggu, biasa ja. Banyak habiskan masa bersama anak2. Tambahan pulak, budak2 ni semakin besar. Makin cerdik...mulut pun makin ceriwis....(bahasa jawa kot). Nak tambah anak lagi macam malas, malas nak bangun tgh malam...malas nak buat susu...semuanya dah malas. Tapi kalu dah shuben wish, kita ni turutkan aja. hahahha...

 
    main depan rumah je....



The new me, simple dan bermakna buat kak joy....hitam dan putih dengan  muka pucat lesi,,,,hahaha... Itu je lah yang terkini tentang diri kak joy....dadadadada

Sunday 18 January 2015

Faktor usia

Assalamualaikum semua,

Kalau nak diceritakan faktor usia ni, memang macam2. Lupa?rambut uban?kuat membebel?cerewet?meroyan? semua ada dalam kategori faktor usia. Korang jangan risau tak masuk soalan ni dalam PT3. Kang kompom budak2 ni gagal lagi. 

Kak joy pun tergolong dalam kategori diatas. Paling terserlah LUPA dan RAMBUT UBAN. Rasanya ciri2 ni kronik kot. Penyakit lupa ni kak joy jangka disebabkan proses peneranan baby sewaktu kak joy lahirkan si Dani. Mungkin banyak urat2 putus. Putus celah mana kak joy tak dapat kenalpasti. Mungkin juga ia andaian orang sahaja. Tapi itu lah perkara yang amat jelas sekali. Bila dah lupa, kak joy pun banyak tulis benda2 penting dalam diary...tak diary pun, kak joy tulis dalam fone. Tapi kalau dah lupa letak diary dan fone? acaner tu? Siap salahkan anak atas alasan anak suka main fone. Itu jelah alasan yang munasabah dipakai untuk meyakinkan si suami mempercayainya. hahaha... Malangnya, si suami tidak semudah itu, utk ditipu. Dia sememangnya kenal dengan perangai isterinya. huhuhu...kak joy rasa, solutionnya kena makan examo la nampaknya. kemam je...kalau lupa jugak tak tau lah.

Uban? skang ni tengah rancak tumbuh...kalau tambah baja taik ayam dan hujan yang mencukupi memang cepat je tumbuh. Tambah plak ada orang suka harvest uban2 yang matang ni, memang senangla keje kak joy. Tapi kak joy redha je dengan pertumbuhan uban yang semakin mengganas ni, umur pun bukan makin muda. makin tua adalah. so kak joy redha je dengan ketentuan Ilahi.

Kak joy plak skang ni dalam proses berpikir. Pikir macam mana nak hafal sifir 2 hingga 12. hehehe... ni semua urusan ekonomi dan matematik la. hmmm... dah la ada penyakit lupa. Kena pulak hafal sifir. choiiii!!

sorry korang,sejak2 ni kak joy banyak merapu dan adakalanya buat lawak, sendiri yang gelak. Anak2 kak joy dah paham dah semua ni...ibu dia buat gile2...muka senget2 pun diaorang tak gelak. Bantai kaku dan terkesima melihat ibunya buat lawak dan gelak sendiri... 

ok. dah habis cerita... bye

                    



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...