Monday 29 September 2014

Baru 32!

Assalamualakum,

Umur joyah baru 32 tahun ni...tak lah tua sangat kan. Boleh lagi ni kalau nak menambah. Tambah ape? tambah la apa yang boleh tambah...hahaha

27 September 1982 adalah hari lahir joyah. Lahir di Hospital Sultanah Aminah , JB. Sehingga kini hospital itu masih berdinding merah...tak pernah kuning...tak pernah biru....ia tetap merah dan masih legend.

Mesti korang nak tanyakan, kemana la kak yah ni nak celebrate birthday dia...Betul tak? Sebenarnya kak yah nak ceritakan sikitla pasal sambut menyambut ni. Bagi kak yah, ia tetap sama tiada yang bezanya. Hari istimewa ke atau tidak keadaannya tetap sama. Kenapa kak yah kata begitu? suami kak yah ni bukan lah orang yang romantik...bukannya suka buat surprise pun...nak bagi bunga? hehehe...pernah jugakla dapat tapi itu pun dia britau.

 "yunk, i nak kuar kejap, nak beli bunga sempena birthday you.

" Eh dah kenapa laki aku ni, itu pun nak kena beritau ka?

Jangan harap la nak mimpikan, orang buat prank dan tiba2 ko terkejut "amagad! tak suka la korang ni...suka tau buat prank2 ni..luruh jantung!" Oh jangan ko mimpi ko akan terima kezutan begitu. Tak pun jangan ko berangan, apa laki nak kasi sempena birthday esoknya. Silap2 dia lupa... OH dia memang lupa pun birthday anje dia ni. Semua orang macam muka 50 sen je, tak tau pun hari tu hari birthday kak yah tau. Tanpa pikir lagi, joyah cakap,

 "Korang semua ni, tak ingat ke birthday ibu hari ni?"

 Tetiba ayah eh menjawab,

 "eh haah la, birthday ibu... Happy birthday Ibu...." Itu je?? kad ? anything? takda eh?

Then, semua senyap. anak2 joyah tak tau apa la kan...yang dia tau dia yang terima hadiah bukannya joyah. Tapi joyah tak kisah pun, joyah tetap rasa bahagia, (sungguh klise jawapan itu)

Tapi kan...tapi kan... walaupun husband joyah tak romantik tapi dia ni suka sangat beritau apa dia nak buat...dia pi mana ke..buat ape ke...kiranya takda surprise la. Apa2 benda dia mesti britau dan bawak bincang. Siap tanya nak celebrate birthday ni kat mana? ala yunk oiii please la kezutan la sket...nak kena britau jugak ke? hahaha...Ala salah joyah jugak...cerewet sangat. Kang bila dia buat kezutan, mula la tak berkenan la apala...so joyah tau dia buat semua tu sebab nak buat kita happy.

Hari tu, lepas pi umah ong kawin, kami terus shoot ke Damansara...chap..chap chus laki aku bila drive. Terus sampai ke the Curve. Tu je la tempat yang joyah suka pegi dan sampai satu tahap dah boring sebab tempat yang sama ja. Tapi tak kesahlah...Dalam fikiran joyah, joyah nak terjah Harvey Norman, nak cari vacum. Vacum kat rumah dah rosak. Kiranya kalau sedut habuk tu,
ibarat ko letak serbuk black pepper kat tangan dan ko sedut pakai hidung... begitulah vacum joyah berfungsi. hahaha..

selfie jap 

Dah selesai pi majlis ong kawin, kita terus ke damansara. Nasib sempat tukar baju.

Dah sampai tu, terus ke Harvey Norman beli vacum paling murah dan paling kuat suction dia. Dah jumpa barang, pergi hardware plak.. joyah tak tau kenapalah joyah suka nau pi ACE hardware ni, semua benda ada...Joyah ni senang, tak suka beli benda yang takda guna. Birthday joyah, laki bawak pi hardware...yuhuuuuuu....akak suke....itu pun joyah dah happy ok. Dah beli barang keperluan, kita makan la...

Tempat ni nampak macam best tapi semuanya macam makanan kesihatan. Setiap kali joyah kesini, joyah selalu mengharapkan makanan lain dari yang lain. Tapi kali ni macam makanan dia terlebih sihat...tapi bolehlah...ku taram aje.

Dan ini lah food joyah... Grilled lamb. Takda garam...jus takda gula.... takda tambah air masak atau pun ais. siap kau!!!

Ini je la yang dapat joyah rasa kemanisan creme caramel. Yang ni memang sedap, Langsung takda bau hanyir telur...yummmm

Dah takda apa dah sebenarnya, but i am very happy dikelilingi dengan orang2 yang concern pada joyah. Syukur alhamdulillah...lepas ni nak tumpu pada idaman dan impian joyah plak. Rasanya reveal bulan 11 agaknya. Insyaallah.. biar lambat tapi hasilnya puas hati. Joyah buat semua ni pun sebab joyah minat dan sukakan yang cantik2. Insyaallah akan update soon.






Tuesday 23 September 2014

Lately..

Assalamualakum,


Korang pernah tak rasa, ada masa ketika tu korang rasa nak duduk sorang2 dalam umah? lepas tu baring whole day takda buat ape2. Makan pun, makan ape yang ada dalam rumah..kiranya kalau ada kuih tat ke...biskut ke...itu dah kira cukupla untuk ko makan satu hari dalam umah sorang2. pastu duduk je kat sofa sambil tekan remote. Tekan2 remote pun dok ulang citer yang sama...tekan channel 104, Adam dan Hawa. pastu dalam hati korang cakap "dah berapa kali ulang ni, skrip pun boleh hafal." Lantas ko pun tukar ke channel 135, eh...citer yang sama... tak ke macam #$%^*....kira dah tak tau nak tengok citer apa kan...#astroponing

Tapi apa sebenarnya yang joyah nak sampaikan ni? tiada motif ...just lately ni rasa macam sedih je...kadang2 tu rasa bersemangat...sedih pun pasal ape? tiada motif... tengok citer cinta pun nangis...citer kelakar pun ko boleh nangis? ko dah kenape? memang la nangiskan....sebab ketawa terbahak2 sampai keluar air mata... kira nangis jugak tu..

Lately ni jugak, joyah tido awal...tak macam dulu pukul 1pagi baru lelap. Faktor umur agaknya..

Lately ni jugak, asik nak makan sayur je...nasi makan jugak...paling kerap makan cheese...hmmmmm

Lately ni jugak, joyah suka sangat berjoget terkinja2 macam monyet pastu anak-anak bantai tergelak. lantas terdengar suatu suara, "ibu ko, mula la tu...sawan dia dah datang" Joyah apa lagi, jeling panjang bukan main...

Lately ni jugak, joyah tak suka berhias..selekeh je. nak make up tu rasanya hanya secalit lipbalm yang warnanya entah macam ada atau takda. Lipbalm tu pun entah berapa punya kurun tak pakai. Itu pun perasan macam natural beauty la konon tapi muka penuh jerawat pasir yang payah nak hilang...parut jerawat tak usah cakap...

Lately ni jugak, kalau pakai tudung tak kira shawl atau bawal mesti guna 1 kerongsang je. Gaya bertudung, memang takda. Main ikat2 adalah... nak tutorial tudung? nangis korang tengok. Silap2 korang terus berpantang 44 hari dari tengok apa2 jua video dalam youtube.

Lately ni jugak, terasa diri ni macam businesswoman...hahaha...tak menahan. tak salahkan kalu kita berangan dulu. Insyaallah dengan izinNya.

Memang banyak "lately" sekarang ni...adakah mungkin lepas ni ada istilah "lastly?" i oso donno...

Ok la baiiii



Thursday 18 September 2014

Anak joyah baiklah!

Assalamualakum,

Korang tahu kan joyah ada 2 hero yang begitu lasak dan suka mengusik orang? Adakalanya, menguji jugak kesabaran. Tapi nak kata apa, budak2 kan? Marah macam mana pun dia tetap didalam dunia dia. Kita mak pak ni didunia yang.......(krik..krik..krik..) entahlah tak tau nak cakap apa sebab orang dewasa punya life memang kadang2 tu complicated. Right?

Bila diorang melasak, yes joyah pasti penat. Tapi bila perhatikan tingkah laku diorang pastinya menggelikan hati. Yang si adik ni ....wow!! sangat energetic. Suka explore everything..kadang2 tu dia suka sangat tunjal kepala abang dia. Yang dak Ameer ni, bantai menangis...hmmmm...joyah kata " kenapa tak lawan dengan adik?" (ibu dia kong ajo sbb hasut anak suh bergaduh). Yang si Ameer jawab,"ameer sayang adik...sambil tu dok nangis lagi. Alhamdulillah anak2 ibu ni baik rupanya. Joyah test je tadi nak tengok akal dia samada dia sayang adik dia ke tak?

Hmmmm...bila anak2 dah besar ni teringin pulak nak menambah tapi ....entahlah....speechless gila. Life quite tough now...challenging...(mengejar cita2 yang belum sampai) ~ masih separuh jalan...

Nak cerita apa yang joyah pikir skang memang agak sukar sebab, semuanya bercampur baur...

Takpelah, cuba korang tengok anak2 joyah yang baikkkk sangat ni... Ni gambar yang lepas time kami holiday bersama.


hah, ada la tu yang nak dibuat!

cubaan membuka safety box... cubalah nak oiiiii...

Hah! apa lagi tu?

anak joyah baiklah!!

sesi bergumpal sudah bermula...sapa la menang ni..?

hmmmm...apa2 ajalah nak...ibu tengok je ni,,


ok...ibu tau korang happy sebenarnya...ok baiii

semakin cerdik anak ibu yang ni...manja, lasak, suka mencuba dan berani

abang pun manja, kuat tantrum, mudah takut, pemalu, energetic sangat!

so itu saja lah buat hari ni...daaaaaa








Giveaway September by Karya Mahirah

Assalamualaikum
[Sila Tekan Banner Diatas Untuk Join]


GA September by Karya Mahirah dianjurkan oleh Karya Mahirah dan di sponsor oleh:

Wednesday 17 September 2014

Tak Sabar

Assalamualaikum, 
Ya Allah... rasa macam tak sabar nak balik tau. Tau2 jelah kan skng joyah jauh dari family atas tugas. Huhuhu...

Dah la hari pertama kat hotel kena kacau dgn hantu...hahaha... seram mak nok. ..

Hari kedua, ajak akak zablina...terus dia x ganggu dah. Nyaman je tdo.

Dan seterusnya,  hari ni kami nak balik dah. Hey, update blog ni pakai hp tau. Gigih gila nk update. Time ni pun tgh tunggu menteri pertanian datang buat perasmian.  'Baikkkkkk punye...."

Dalam kepala hotak joyah ni , tgh dok pikir kain chiffon yg meletop2 tu kat umah. Sabar na... Tangan joyah x sabar nk gunting dan nak jahit..

Eh byk lagi nk pikir sebenarnya,  Moga segalanya dipermudahkan.

Kami berempat ... Adam ko jgn nk suka sgt eh...Nnt akak britau abang man. Jannah sangat ko ni....lofa nampak sado lah. ..hahahaha
Gigih memerah keringat. ..wassap sapa tu lofa? Hahaha

Oklah...Harap kami dapat balik arini. #matakelip2

Tuesday 16 September 2014

Lonely night

Bila lonely,
Otak mula ber fikir. ...
Ber fikir entah apa yg difikir. ...
Bila difikir - fikir, aku terus berzikir
Hanya padaMu Ya Allah...aku berzikir
Aku tidak mahu lg berfikir sebagai mana orang memikir.
Aku penat...penat memikirkan kerenah manusia...
Tapi jangan biarkan aku penat memikirkan Mu...aku perlukan Mu....jangan jauh dariku. ..aku amat perlukan Mu... jangan sesekali tinggal kan ku....

~Dalam bilik sorg2. ...its just a lonely night!

Sunday 14 September 2014

Impian manusia tidak sama denganNya

Assalamualakum,

Hari ni macam pelik je kan? Impian manusia tidak sama denganNya? Ya, itu joyah setuju memang takkan sama.. Kita punya impian macam2 tapi adakah Allah kabulkan setiap impian kita tu? dan bila Allah tak kabulkan, kita terus putus asa dan menganggap diri kita sentiasa tidak bernasib baik. Betul tak? tapi kita pernah terpikir tak, Allah yang akan tentukan setiap perjalanan hidup kita kearah yang lebih baik.

Joyah banyak impian dan angan2...tapi nak kecapi setiap benda tu punyala payah dan kadang2 tu tak dapat lansung. Kalau dapat pun lambat je...itu sebab kita selalu cakap "hmmmm ni semua hikmah dari Allahkan?" Tapi kesannya kita akan nampak kemudiannya...

Joyah harap sangat, impian joyah kali ini dipermudahkan dan moga ia permulaan yang baik buat joyah dan keluarga. Tak dapatla joyah nak cerita impian joyah kat sini sebab joyah sedang work on it.. so i will update soon. Insyaallah...

Pernah tak impian korang boleh berubah2? itulah yang sedang berlaku dalam diri joyah skang ni...semuanya dengan izinNya.

Terlalu besar kuasanya hingga kita tidak mampu menangkis.

Ape2pun impian tetap impian...berusahalah kita untuk mengejar cita2...semuanya dengan izinNya. Insyaallah...

"JustAdorable"

Thursday 4 September 2014

Tetap sayang ia.....~ rumah

Assalamualaikum,

Dah lama sebenarnya joyah tanam niat nak menanam pokok-pokok yang cantik-cantik kat luar rumah. Walaupun rumah ni bukan rumah sebenar joyah tapi joyah tetap sayang iaaaaaa..... tak tau kenapa, tapi apa yang joyah boleh katakan, kawasan rumah joyah ni sangatlah nyaman kalau keluar pagi-pagi dan mgeteh petang-petang.

Tapi....

 Macam2 tragedi sebenarnya dah berlaku sejak joyah duduk rumah ni. Sampai satu tahap joyah dah give up, tak nak dok lagi rumah tu...terlalu tertekan. Sorry joyah tak dapat nak citer apa yang berlaku cukup la pada siapa yang dah tahu. Setelah setahun lebih perkara itu berlalu, maka peristiwa itu turut lenyap dari ingatan joyah. Malah joyah taknak ingat2 lagi.

Tapi....

Sekarang ni dah lain, wujud satu perasaan yang tak boleh joyah gambarkan bahawa setiap kali joyah balik rumah, mesti rasa tenang je...sejuk dan nyaman...hinggakan tak perlu pasang ekon pun. Walaupun kat sini banyak kelawar berak...cicak berak...sampai hari2 aku sumpah cicak tu hinggakan dia pun main jeling2 je. Mengucap joyah tawuuuu #urutdada. Cicak kat sini bukan macam cicak biasa tau, lebih kurang macam cicak tokek..tak guna betul punye cicak...hahaha

Tapi...

Tak kesahlah, macam mana keadaan rumah tu pun...joyah tetap sayang ia.....sayang jugak,,,tak kira...
Bila semua dah ok, boleh lah joyah tanam2 pokok kat depan rumah ni. Dulu korang tengok umah ni, macam rumah tak berpenghuni...macam rumah hantu...hahaha...tapi tak sebenarnya...rumah ni rumah baik...nyaman...rugi sape tak duduk...sape pernah duduk rumah ni, dia tahulah apa rasanya...

Hari tu joyah dah ready nak tanam...alah...pokok2 biasa je...nama pokok joyah tak tau, tapi adalah pokok jasmine joyah beli...tapi tak wangi...kang orang takut plak datang rumah joyah, tetiba bau wangi...hahaha...

Nila pokok jasmine ..habis kete suzuki den...demi mu pokok!

Ni pun aku tak tau apa namanya...yang joyah tau, pokok yang senang nak jaga dan tak perlu siram sangat...#joyahdasarpemalas

Beli sekali pokok bunga macam ni...pun tak tau apa namanya jugak...yang joyah tau bunga dia pagi2 akan kembang...jadilah janji lawa. pun senang jaga jugak...matahari banyak pun dah ok ni...sesuaila sebab jempol ni panas.

Yang dalam mangkuk tu, makanan kucing...bukan baja ye kak senah oiii...kucing joyah ni ngengada...suh makan ni dia taknak ...bantai mengiau je kejenye...nak sardin la tu... bolayan...ko tangkap cicak dulu baru joyah bagi sardin..

Proses menanam sudah bermula... gigih tak akak ni?? haha poyo je ni..

konon2...letih....eh memang letih ni weiiii....nak bercucuk tanam pun nak pakai suar zumba...apehal???

Ko jangan main2 dengan ini budak...besar tak cangkul joyah? hahahaha...

dah selesai....
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
.
SELFIE!!!


Terima kasih abg sayang...walaupun sekejap je tolong tapi tenaga awak sangat amazing!!

Malam2...lepak kat livingroom...kadang tu...memang kat sini jugak tempat tido joyah...hahaha...

Oklah baiiiiiii......~salam jumaat



Tuesday 2 September 2014

Ayda Jebat ke?

Assalamualaikum,

Orang kata muka joyah macam dia eh?? eh yeke? eh...terperasan sekejap...tak kesah la korang cakap joyah perasan ke ....perah santan ke.... tu pun sebab ada beberapa blogger komen blog joyah.. Dalam hati kata, "eh...muka sama eh??"....bila tanya laki, laki jawab...."hishhhh jauh sangat tu syg nak perasan...x sama lah!... hahahah... joyah taknak cakap lelebih nnt orang kata joyah ni orang tua tak sedar diri...huhuhu
.
.
.
.
.
.
ok joyah try satu gambar ni... sila komen...




Komenlah....hehehe....

Dah lama tak pakai ~ shawl hitam


Assalamualaikum,
Hmmmm dah lama sangat rasanya joyah tak pakai tudung yang berwarna hitam. Entah tak tau kenapa. Mungkin sebab joyah dah jumpa tudung yang paling senang nak pakai kot. Awal2 dulu nak pakai tudung, mesti pilih warna yang paling senang nak matching dengan baju. Tapi sekarang semuanya berubah. Warna pun dah tak matching...cacamarba...kadang2 tu capai tudung mana yang sempat je. Takpun rembat tudung orang...biasalah tu. Itu kan hobi joyah, rembat merembat barang orang. hahahaha...

Tapi....
Bila satu Malaysia kena bertafakur sempena kembalinya jenazah MH17, Joyah terus je lah pakai tudung warna hitam sebab itu je yang joyah ada instead of nak cari baju warna yang hambar2. Kebetulan pulak time tu, ada Majlis Openhouse PDKG dan Puspanita Gemas, so kenala pakai attire yang sesuai.

senget benget tudung joyah...( muka macam nak telan orang, dah kenapa ko joyah?). Time ni nampak la kemas sikit....dah habis je majlis terus jadi.......?

macam ni....


Selepas solat asar, dh mula malas nk pakai tudung betul2...macam ni je lah!


korang nak tengok sorang ni pakai tudung lagi cute dari joyah tau....nak tau tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaa!

Dia adalah anak lelaki joyah tapi suka sangat nak ikut apa yang ibu dia buat...hmmm jangan lebih2 ya nakkkk spening kepala ayah ko nanti....

ok lah baiiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...