Showing posts with label ombak rindu...with my 'haris'. Show all posts
Showing posts with label ombak rindu...with my 'haris'. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

Cara paling senang minta bantuan suami.

Assalamualaikum,

Pssttttt... husband korang rajin tak tolong korang buat kerja rumah? ada tak? ada tak? eh takkan tak tolong? Mestilah adakan... tapi nak menunggu diorang tolong mesti kena tunggu 1 jam kan?? tak pun dia akan cakap "jap yunk...nak habiskan game dulu." Laki joyah ni dia punya hobi suka main game. Tak kesahlah game kat tablet ke...PC ke.. hape ke... janji game. Dia sanggup eh beli note 8.0 semata nak main game tau. Bukan sebab tujuan ilmiah tapi game semata. Kehulu kehilir dia bawak benda alah tu. So kalau sape2 nak ajak dia main golf korang rentikanlah.. Silap2 dia bawak tablet sekali main golf. Yelah nyambil2 nunggu orang pukul bola. Itu pun joyah percaya akan berlaku...Ishhh jahat aku ngumpat laki sendiri ... Astagfirullah al azim...

Akhir2 ni kita dok sibuk tengok World Cup kan? hah...main game pun boleh nyambil2 tengok bola kan? eh sakit hati plak joyah nengoknya.. Dari kita sakit hati baik kita buat sesuatu supaya hati kita tak sakit. hahaha..

Cadangnya, joyah nak basuh langsir . Yelah sejak lahirkan si Dani tak pernah la joyah basuh.. rasanya dah bertimbun habuk kat langsiur itu. So joyah mintalah tolong husband joyah bukakkan langsir. Pastu takkan nak biar sliding tu bogel kan? kena lah ganti langsir yang bersih.. so dari situ lah joyah minta tolong dia masuk pin cucuk tu kat langsir... nyambil2 tu tengoklah dia world cup. Pepagi buta ko, tukar langsir...

Cekal sungguh orang itu menyucuk. Sonang yo tu...

muka ada sinyummmm..Ikhlas ke tak laki aku tolong ni? hehe

Nyambil2 tu, bleh tengok world cup kan?? tak susah duduk je dan tangan saja yang berjalan.

Itulah serba sedikit, rutin joyah dan husband. Alhamdulillah, Dapat suami yang boleh bantu joyah.. tak minta semua, dapat sikit2 pun jadilah. Sebenarnya selalu je dia tolong joyah, buat apa2 pun bersama. 

Lelaki sekarang tak macam lelaki dulu, dah pandai berdikari. Dan dari sini jugaklah kita sebagai isteri jangan asik ambil kesempatan atas kebaikan suami tau! nanti awak terus jadi malas...bila dah malas, mula la si orang itu ehem..ehem...  So. kena la buat sama2 dan tanggungjawab sebagai isteri janganlah lupa...Betulkan?? kalau tak betul , korang kena jugak angguk kepala satu kali.

ok baiiii



Tuesday, 29 April 2014

Besok hari ape?




Assalamulaikum,

Esok Anniversary kami...perkahwinan kami masih baru , panjang perjalanannya lagi. Moga hubungan kami suami isteri kekal hingga ke Jannah... itulah doa yang tidak pernah putus setiap kali solat. Ya, joyah tahu, dugaan ada je dimana-mana tapi kita tak mampu mengubah apa-apa kecuali diriNya. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa demi kebahagiaan pasangan masing-masing.

Meh joyah nak citer sikit pasal orang sebelah joyah ni, he's really humble person, cakap bila perlu sahaja. tapi itu tak bermaksud dia tu tak tau ape2... hey! he's brilliant in mind..joyah? brilliant in talking but mind kadang2 lembab jugak..hahaha...ape2 ajelah joyah...

Sebenarnya , he change me  alot....dia ajar joyah bersabar, sebabnya dia seorg yang sabar. Rasanya takda orang laki kot yang bleh sabar dengan joyah ni. silap2 kena penampor..hahaha...tapi bila dia mengamuk, eh tiba2 plak joyah bleh jadi sabor. ye tak??

Joyah anggap husband joyah ni kawan paling rapat dengan joyah. apa2pun citer dengan dia..dia jugak teman joyah pi shopping...ikutkan je rentak binik dia nak kemana... 

Ape2pun, thank you very much  for everything...love u.


Thursday, 7 November 2013

Luangkan masa untuk bersama

Assalamualaikum semua,

Sejak joyah beranak dua ni, masa untuk diri sendiri agak terhad. Sure la tak sama macam mula-mula kawin dulu. Alhamdulillah kami dikurniakan anak-anak yang sihat dan cergas. Tapi kadang-kadang tu joyah hampir terlupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Begitu jugala dengan suami... dia memang memanjang sibuk kan. Itu memang tak boleh dinafikan.

Adakalanya joyah terpikir, masa untuk joyah dan suami memang agak terhad sampai lupa untuk mengembalikan bibit cinta macam dulu-dulu. Keadaan tu memang la terasa sangat sebab bila laki bini dah balik rumah, masing-masing dah ada peranan sendiri. Masing-masing menguruskan anak dan layan kerenah anak-anak. Bukan tu ja, baru nak borak dengan husband....si buntal (dani) dah sebuk-sebuk gigit badan ibu dia. Sakit ok...walaupun budak ni tarak gigi. Yang si ameer ni plak cakap " Ayah, mana milk ameer?", "Ayah, tot ameer gatai arrrr!!" nak suh ayah dia garu punggung dia la tu. So, itulah serba sedikit keadaan kami sekeluarga. Rasanya orang lain pun macam tu jugak. Balik rumah terus layan kerenah anak-anak. Ye tak??

Bila dah jadi macam tu, kami laki bini ni cubala cari masa walaupun dalam masa 4 jam diberi untuk berdating. So, gunala sebaiknya masa itu. Time tu kami decide nak ke KLCC je. Itu je jalan paling mudah dan kurang jam. Ikut lorong SMART je. Kami cadang nak hi-tea je bersama. so dapatla borak panjang sket dengan husband.

Sampai je KLCC, kami terus decide nak cari tempat tuk mengopi(ngeteh). So, singgah la kat Chinoz, KLCC ni. 
Eh, nak juga snap satu gambar dengan abg sayang ni...kakak dan adik...ahhhh tak suka lah!! 

Memandangkan Hi-tea je, kami makan pun yang ringan-ringan je. Nak makan yang berat2 kang, macam awal sangat pulak.

Hah, cubala tengok en. abg tu dah pegang perut. lapar ker?? dia kalau dah makan, apa borak memang takda la. Mulut tak berenti mengunyah. Joyah jugala yang pok..pek..pok...pek..last2 dia yang makan part joyah plak.

Sambil-sambil makan tu, borakla sikit-sikit pasal keje...pasal anak-anak...pasal masa depan la....apa la... eh macam2 la citernya. Kongsila sket beberapa citer kan... kadang-kadang tu husband joyah lebih kepada menasihat bini dia ni. Kiranya nak kata dating tak jugak la kan. Rupanya dia guna masa ni untuk brainwash joyah ni. hahahaha... kasihan joyah...

Dah habis borak tu...terus tengok jam...eh, ini kena balik ni. Masa ada 4 jam je. Kang lewat plak balik.

So, balikla sepasang suami isteri ni menemui anak-anak mereka.

Tapi macam mana pun keadaan, setiap insan tu perlu cari masa untuk diri sendiri. tak kesahla berapa jam yang kita ada asalkan dapatla kita lepaskan stress tu. alhamdulilah...Allah sentiasa permudahkan umatnya.

mode: nak tidolahhhh

Friday, 16 August 2013

Selamat Hari lahir sayangku

Selamat Hari Lahir sayangku.....moga sayang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa success dalam kerjaya. Itu lah ucapan yang simple buat suami joyah, tapi ia bukan sebarang simple u know... 

Walaupun time cinton2 dulu, dapat jugak hadiah ya....dah kawin ni dapat jugak cuba bezala sket....kami sekeluarga sukakan kesederhanaan. Yang penting ingat mengingati.  Kali ni kek takda sebab kami dah mula kurangkan makan yang manis manis..umur dah meningkat kenala jaga kesihatan. Seram joyah nok...macam macam penyakit skang ni.

Kalau dengan joyah ni, ntahla kurang romantik agaknya...nak beli kad birthday pun tak ingat. Last last pinjam ameer punya papan tulis ni tuk wish. Jadilah kan...janji ingat.

'Happy birthday syg'. Nak tulis panjang lagi tapi tak muat. Hehehe....

Apa apa pun, tengahari ni joyah masak nasi ayam...dah lama tak masak...

Jom kita.

Wednesday, 29 May 2013

Hasil survey: diala orangnya

Ok siapa orangnya?  Husband joyah la sape lagi? Banyak banyak entry yang joyah buat dalam blog. Cerita pasal husband joyah la paling rating tinggi. Kenape ekkkk??

Please korang tolong jawab untuk joyah. ..lepas ni joyah dah malas nak citer pasal joyah lagi...

More story coming up...is all about himmmm.

Saturday, 25 May 2013

kasih dan jasa ayah jangan dilupa.... (buat tatapan pada 2 hero ku bila besar nanti)

Tetiba je tajuk ni kan? Joyah sebenarnya nak berkongsi cerita dengan uollllssss. ..kita selalu dengar jangan derhaka dengan ibu, jangan sedihkan hati ibu..bapa?korang ingat tak? Yang korang tau minta duit je kat ayahkan? "Ayah nak duit. Nak beli pensel...", ayah nak duit, nak beli buku sekolah". Lalu si ayah pun cepat cepat seluk kocek bagi duit...korang mesti pikir ayah ni tak berapa nak amik berat hal hal remeh korangkan? Yang selalu kesah ibu kita...heeeee

Kenapa tetiba joyah citer pasal ni? Begini, petang tadi husband joyah bantu joyah mandikan anak anak...ini la masanya dia nak mandikan anaknya sebab hari biasa dia takda can nak buat semua tu.. kali ni dia mandikan dani plak ..


Si dani ni kalau orang buka baju dia, dia dah tau dah yang dia akan di mandikan ..menyengih je tak habis habis...kebetulan budak ni yak yak plak, memang sedang elokla terus mandi je.


Tudia! Kalau dah ayah dia yang mandikan memang berejam la dalam bilik air tu...kalau dengan ibu ko takda can la ko nak dok dalam baldi tu...hahaha. ..
Selesai je mandi apa lagi sesi make up le...

Hah...sesi ni memang payah sket sebab dani sangat lasak...kang mulala dia berguling guling sampai menjerit jerit si ibu nak betulkan position budak bertuah ni...

Moral of the story, kasih ayah pada  anaknya tidak berbelah bagi...selain mencari rezeki, hal sebegini pn ayah ambil berat. .untuk anak anak ibu...dah besar nanti korang tatap la blog ibu yang tak seberapa ni dan lihat ayah korang tengah buat ape ni..

Kalau kecik hati ngan ayah atas kata katanya, pikirla kebaikan yang beliau buat tuk korang waktu korang kecil dulu. ..

Thanks sayang,...


Thursday, 26 January 2012

Teringat time honeymoon dulu2....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...