Tuesday 30 December 2014

Lembaran baru 2015

Assalamualaikum semua,

Maaf la sebab dah lama kak joy tak menulis. Kadang2 tu nk menulis takda mood plak. Kalau ada mood pun sekejap sangat. Dah taip separuh jalan, tiba2 takda mood. Itu dah payah kalau  penyakit moody tu datang.

Otak banyak pikir lately. Macam2 pikiornyer. Mengalahkan YB u know? Hahaha. Kak joy sibuk pikir lembaran yang baru untuk tahun akan datang. Macam2 perancangan especially business kecik kak joy ni. Masih mengesot Dan belum lagi merangkak. Tapi insyallah, kak joy tak nak putus  semangat walau badai melanda. Tiada Benda yang mudah dalam dunia ni. Semuanya susah. Itu kak joy la. Orang lain mungkin mudah, sebabnya kak joy Dari kecik sampai la besar, belum pernah rasa terus senanggggg je. Nak dapat sesuatu mesti kena usaha Dan harungla susah dulu. Korang pernah jual goreng pisang tepi jalan? Korang pernah jual nasi lemak kat sekolah? Jual aiskrim 20 sen?itu semua kak joy dah harung. Duit goreng pisang tu la duit tambahan kak joy untuk masuk university.

Kak joy pernah duduk 4 negeri. Johor, perlis, pahang Dan skang negeri sembilan. Setakat cakap loghat setiap negeri tu kak joy bolehla berckp. Tu yang syok tu. Setiap negeri tu ada kenangannya.

Kak joy Harap lembaran tahun 2015 akan lebih baik Dan lebihhhh baik. Banyak sangat kejadian telah berlaku tahun ini. Hanya Allah saja Maha mengetahui. Setiap yang berlaku adalah hikmah. Ada kebaikan disebalik ujian Itu. Kak joy percaya ttg Itu. Kita manusia hanya bijak merancang Tapi Dia? Lebih Dari yang kita sangka. 

Oklah, itu je kot yang mampu kak joy tulis. Insyallah, tahun depan kak joy keluarkan warna2 baru. Buat masa Ni, kak joy melayan customer yang nak buat custom made shawl. Biasala ada yg nk pendek sket. Ada yang nak lace la.. Macam2 la. Nantikan warna baru untuk tahun depan ya. Insyallah 

 Saje je kak joy Letak gambar budak Ni sebab dia kuat makan skang ni. Heheheh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...