Assalamualakum,
Korang pernah tak rasa, ada masa ketika tu korang rasa nak duduk sorang2 dalam umah? lepas tu baring whole day takda buat ape2. Makan pun, makan ape yang ada dalam rumah..kiranya kalau ada kuih tat ke...biskut ke...itu dah kira cukupla untuk ko makan satu hari dalam umah sorang2. pastu duduk je kat sofa sambil tekan remote. Tekan2 remote pun dok ulang citer yang sama...tekan channel 104, Adam dan Hawa. pastu dalam hati korang cakap "dah berapa kali ulang ni, skrip pun boleh hafal." Lantas ko pun tukar ke channel 135, eh...citer yang sama... tak ke macam #$%^*....kira dah tak tau nak tengok citer apa kan...#astroponing
Tapi apa sebenarnya yang joyah nak sampaikan ni? tiada motif ...just lately ni rasa macam sedih je...kadang2 tu rasa bersemangat...sedih pun pasal ape? tiada motif... tengok citer cinta pun nangis...citer kelakar pun ko boleh nangis? ko dah kenape? memang la nangiskan....sebab ketawa terbahak2 sampai keluar air mata... kira nangis jugak tu..
Lately ni jugak, joyah tido awal...tak macam dulu pukul 1pagi baru lelap. Faktor umur agaknya..
Lately ni jugak, asik nak makan sayur je...nasi makan jugak...paling kerap makan cheese...hmmmmm
Lately ni jugak, joyah suka sangat berjoget terkinja2 macam monyet pastu anak-anak bantai tergelak. lantas terdengar suatu suara, "ibu ko, mula la tu...sawan dia dah datang" Joyah apa lagi, jeling panjang bukan main...
Lately ni jugak, joyah tak suka berhias..selekeh je. nak make up tu rasanya hanya secalit lipbalm yang warnanya entah macam ada atau takda. Lipbalm tu pun entah berapa punya kurun tak pakai. Itu pun perasan macam natural beauty la konon tapi muka penuh jerawat pasir yang payah nak hilang...parut jerawat tak usah cakap...
Lately ni jugak, kalau pakai tudung tak kira shawl atau bawal mesti guna 1 kerongsang je. Gaya bertudung, memang takda. Main ikat2 adalah... nak tutorial tudung? nangis korang tengok. Silap2 korang terus berpantang 44 hari dari tengok apa2 jua video dalam youtube.
Lately ni jugak, terasa diri ni macam businesswoman...hahaha...tak menahan. tak salahkan kalu kita berangan dulu. Insyaallah dengan izinNya.
Memang banyak "lately" sekarang ni...adakah mungkin lepas ni ada istilah "lastly?" i oso donno...
Ok la baiiii
Showing posts with label wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita. Show all posts
Tuesday, 23 September 2014
Wednesday, 31 July 2013
Program penyampaian bantuan hari raya dari Puspanita Gemas Part 1
"Salam puan, jgn lupa program esok penyampaian sumbangan raya kul 9pg berkumpul di pdkg esok ajk nk pakai bju seragam pspnta.." kata SU Puspanita Gemas. Itulah kata kata dari SU joyah. Setiausaha joyah ni sangat cekap. Memang layakla jawatan beliau ni dikekalkan. Takda dia, memang huru hara la persatuan. So esoknya joyah ada program yang disebutkan tadi. Keesokan harinya, joyah pun sampai opis hubby. Masing masing masih menunggu Kehadiran rakan rakan yang lain. Bila semua dah complete, apa lagi ! Sesi bergambauuu la kami.
Kemain lagi, memasing posing sopan. Yang berbaju pink tu tahan napas uolssss....Ngeeeee
Lepas je sesi bergambau,Rombongan cek kiah pun bermula.
Kami terus ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Jelai 4). Kat situ ada kanak kanak dan dewasa yang kurang upaya.
Memasing tak sabar nak jumpa budak budak istimewa ni. Macam macam bantuan kami salurkan contoh beras, minyak dan juga bahan dapur. Termasukla jugak duit raya diorang.
Penyampaian di mulakan...macam macam gelagat budak budak ni. Gelihati di buatnya.
Itulah serba sedikit aktiviti kami di bulan ramadan kali ni.
Apa yang joyah boleh buat gambaran, mereka yang istimewa ni perlukan perhatian dari masyarakat. Wang bukan ukuran. Sepanjang joyah kat sana, ia benar benar mengusik hati joyah yang cembeng ni. Entry part 2 akan muncul nanti. Tgu.....
Subscribe to:
Posts (Atom)



