Tuesday 24 November 2015

Tumpah darah: Bahagian 2

Assalamualaikum semua,

Kak joy macam biasa. Masih diatas katil hospital. Kak joy nak maklum bahawa kisah kak joy bukan untuk mencari salah. Tidak sama sekali. Apa yang kak joy cuba sampaikan hanyalah pengalaman dan sekadar berkongsi kesedihan sahaja. 

Cuma sekali sekala orang atasan perlulah tengok beberapa kelemahan dalam memastikan keselamatan patient. Apa2 pun kak joy ucap terima kasih pada mereka juga sebab selamatkan nyawa kak joy. 

Kita manusia biasa. Tak pernah lari Dari membuat kesilapan. Tak mau citer pasal orang, cukup cerita pasal diri kak joy. Disaat kak joy mengucap 2 kalimah syahadah. Kak joy teringat saat itu adalah hari jumaat. Ya Allahhhhhh, mata kabur2 melihat air mata suami berlinang. Mulut ni masih sempat berkata, "Syg jagalah anak2 kita, ibu dah Tak mampu lagi " suami hanya mengusap tenang dahi kak joy sambil menitik air mata dia. Doc cakap muka kak joy dah macam kertas dah takda darah. Ya Allahhhhh, kalau Aku takda, bagaimana anak2 Aku? Bagaimana dengan ibubapa ku yg masih hidup? Adik2 Aku? Saudara mara Aku? Kawan2 ku?

Setelah berlaku insiden Itu, barulah kita sedar yang sebenarnya ramai orang sayangkan kita. Tak perlu kita pikir yang bukan2 samada org ni suka kita atau tidak. Benci kita ke Tak? Tak perlu.... Semua Ada naluri semulajadi kasih Dan sayang sesama manusia. Jadi pikirkan yang positif demi perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik Dan terbaik. 

Kata2 Dari kak joy utk suami,

I rasa banyak kali I kucup tangan u Dan peluk u bila I buat salah. Selepas buat salah, minta ampun.  Tapi I buat salah lagi. Buat u terasa hati. Tapi  u tak pernah marah atau tunjuk rasa dendam. Esok, I mintak Maaf Dan buat lagi salah. U Tak pernah sekali pun naik tangan mahupun menengking. Adakala u nampak macam dah immune dengan perangai I. Disaat i diambang maut, u tetap disisi I. Tetap Sabar menanti i. Syg, besar sungguh dosa I pada u. Maaf Dan Ampun. Allah ambil segalanya. Disitu insaf kita datang.
I tidak sesempurna wanita lain tapi I perlukan sokongan u utk I lebih kuat. Maafkan I sayang.

Monday 23 November 2015

Tumpah darah

Assalamualaikum semua, 

Ramai yang nantikan khabar berita dari kak joy. Kak joy masih di hospital menanti untuk discharge. Rindu pada anak-anak tak terkata. 

Jap, nak lap air mata. ........... Sedih sangat hati ni sebab nak mulakan cerita tak tau di mana. Kak joy cuba pendekkan cerita agar korang semua senang faham. Korang pun tahu kak joy bersalin di HTJ. Semuanya ok. Dah bertungku Dan berurut semuanya ok. Nurse dari klinik kesihatan hari2 datang cek perut kak joy. Katanya rahim dah kecut. Mmg kak joy perasan perut dah kempis. ( muka bangga waktu tu)

Tiba hari berpantang yang ke 12, kak joy nak pi tandas nak kencing. Tiba2 darah keluar tak henti2 sampai kak joy menggigil dalam bilik air. Keluar darah beku besar tapak tangan. Banyak sangat, kalau timbang boleh capai 5 kg.

Suami dah panik, bawak ke chinese maternity tapi jangkaan kak joy sangat tepat. Diorg tak berani handle Kes kak joy. Terus suami pecut pi GH. Dalam kereta kak joy dah collapse tak sedar diri. Diorg trus masukkan kak joy ke red alert.
Dah selesai semua, kak joy masuk ward. Diorg masukkan 2 pint darah. Rasa ok dah. Darah dah tak keluar sgt dah. 

Lepas tu doc decide buat suction utk buang blood clot. Masuk je bilik OT, terus buat. Jangkaan kak joy meleset termasuk doc bedah tu jugak. Bleeding terlalu banyak. Kak joy boleh nampak darah mencurah macam air terjun. Ya Allahhhhhh, apa dugaan ku Kali ni.... Doc dapat stop dengan masukkan balon. Tapiiiiiii jangkaan semakin meleset. Terlalu meleset. Balon tu terkeluar Dan darah keluar macam air sungai. Allahuakbar..... 

Semua doc cemas, masing2 guna kepakaran diorang  nak selamat kan kak joy. Diorang suruh kak joy berdoa.kak joy sempat mengucap beberapa kali. Ya Allah berilah Aku peluang kedua utk membesarkan anak2 ku. Suami kak joy disisi kak joy dan menangis dia melihat kak joy yang separa sedar. 

Kak joy di masukkan ke bilik OT sekali lagi utk major operation. Akhirnyaa, doc berjaya selamat kan dengan Izin Allah. Doc terpaksa buang rahim kak joy Demi selamatkan kak joy. Sekejap...... Sebak dada ni...... Sekejap ...... Lap air mata....

Kak joy tak ada rahsia. Sekadar ingin berkongsi pengalaman Dan kesedihan. Kak joy anggap semua ni ujian dariNya. Jadi jangan sia2 kan peluang kedua ini.

Cuma ramai cakap suh buat report ttg HTJ atas kecuaian dia tak bersihkan blood clot. Mungkin juga selaput uri. Doc pun no komen. Tp kak joy pikir dari sudut lain yang lebih positif. Diorg juga bertungkus lumus selamatkan nyawa kak joy. Alhamdulillah kak joy selamat. 

Tapi Klu Ada org atasan HTJ baca kak joy punye blog, cuba la buat perubahan seperti : 

- Tambah kakitangan seperti nurse. ( Kesian nurse terkocoh2 nak sambut baby). Time tu ramai nk beranak, ramai plak nak ceaser. So bayangkan, sempat ke nurse nak buang blood clot tu sedangkan orang yg nak beranak tu dah menanti di luar.

- pejabat, bilik Dan Servis tip top cuma upgrade sket. 

- housemen???? Hmmmmm no komen
( dik profesion ni Bukan setakat perlu dipandang tinggi dgn gaji yg besar tapi keikhlasan Ko menolong pesakit) kak joy tengok, doc pakar, MO ni la yg tak tdo2 melayan patient. 

Kak joy taknak komen banyak ia sekadar pandangan Dan pendapat. Apa yang berlaku pada kak joy, adalah hikmah Dan dah tertulis. Itu adalah bahagian kak joy. Sebagai orang Islam, kita percaya pada ketentuannya. Jangan sesekali lupa pada Pencipta. 

Kak joy skng masih dalam pemantauan. Huhuhu. Doakan kak joy terus sihat ya. 

Ok tangan dah kebas, Nnt sambung.

Tuesday 17 November 2015

Berpantang anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Eh terajin plak kak joy menulis hari ni. Ni pun baru lap peluh melayan abg2 yang semakin melasak. Hadoiiiii pitam ibu ko tau. Kang nak menyusu baby Aimin plak. Yang ni pun boleh tahan, kuat betul menyusu. Ada masa tu ditarik2 nenen ibu dia. Kok boleh cabut, dah lama ibu jahit kat bantal. Nenen la puas2. Hehehehe

Kali ni berpantang di rumah Seremban. Kaedah berpantang sama je macam dulu  kali ni lebih berdisiplin dan takda ngelat. Hehehe. Tapi ada benda kak joy buat sendiri. Pakai bengkung ke, apa ke memang sendiri. Mandi baby mak kak joy. Masak pun mak jugak. Alhamdulillah sebab masih ada mak. "Terima kasih mama, buat semua ni utk Yah" 

Produk berpantang macam biasa lah, Nona roguy. Anak pertama Dan kedua pakai tanamera. Bolehlah Cuma takda jamu Nak di makan. Tu yang kak joy tambah phytonatal Nona roguy. Pantang kali ni sepenuhnya Nona roguy sebab setakat ni, ini lah yang terbaik. Nak bagi kencang dalam dan luar inilah dia. Kang komplen plak husband kite. Orang laki ni paham2la, kalau Ada kurang dalam diri kita, kemain komplen. Dia yang lagi banyak kekurangan tak pulak kaum hawa ni komplen ye tak?? Redha je kan???? Sorrylah, kak joy memang outspoken sket bab2 ni. Habis la kalau laki Aku baca ni. Hahahaha

Anak2 kak joy termasuk la yang ketiga ni, tak sah kalau tak kena kuning. Tapi tak la sampai kena phototherapy. Time pregnant yang ketiga ni, semua makanan sunnah kak joy tibai. Ikhtiar nak elak kuning. Tapi kena jugak. Biasalah, kuning ni normal. Cuma tinggi atau rendah je nak kena pantau. So baby aimin dalam pemantauan. Harap kurang la kuning pada hari2 yang seterusnya. Kak joy try mandikan anak dengan air rendaman agar2. Bacaan kuning drop byk jugak. Agar2 kan sejuk. Dan yang paling penting, breastfeed anak. Selagi boleh breastfeed cubala sedaya upaya. Memangla penat sket tapi hasilnya memberangsangkan. Anak cepat baik kuning, rahim cepat kecut, berat badan mudah susut. Package tuuuu....

Masa berpantang ni, kak joy just enjoy being a mother of 3 sons. Yes menduga tapi anak2 ni la yang beri kegembiraan buat family kak joy. Disamping tu jugak, kak joy memang syok melayan memori cinta suraya. Hari minggu gegarvaganza. Itu je lah penghibur buat kak joy sepanjang duduk kat rumah ni. Yang lain2, takda apa. Cuma pantang ni, kuat makan. Hehehe

Oklah, sok2 kak joy sambung lagi eh.

Sunday 15 November 2015

Pengalaman bersalin anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Ada masa ni, sempatlah kak joy menaip sikit. Mesti korang nak tahukan apa rasa kak joy bersalin anak ketiga. Ternyata ianya berbeza. Bukan juga seperti dijangka.

Usia kandungan waktu tu 38 minggu 5 hari. Pagi tu cek Colombia, so far air ketuban ok lagi. Tp doc intan dah pesan, harap2 kak joy bersalin segera sebab baby time tu dah 3.3kg. Alamak aiiii. Godang plak baby ni. So klu tunggu sampai 40 minggu, Baby jadi 4kg. Terus kak joy gelabah sekejap. Time tu mulut ni asyik berdoa je agar cepatla bersalin. Balik rumah, terus rehat.  Badan memang dah tak berapa larat. Nak jalan apatah lagi. Terasa sarat sangat. Jalan pun dah terbongkok2. Ada masa tu, rasa2 jugak kat bawah tu. Macam ada benda berat Nak jatuh. 

Malam tu, lepas solat maghrib. Dah rasa macam senggugut tapi malas nak layan sebab sebelum tu pernah gak rasa macam tu. Rasa nak ke bawah betul. Tup2 terus rasa nak terkucil. Pi toilet perasan tanda darah kat pantiliner. Ayoyo.... Nak beranak dah ke Aku ni? Beritau husband, dia macam gamam.  Apsal gamam? Dia cakap entah, betul ke u nak beranak ni? Dia plak macam Tak percaya. Kak joy pun cakap, apa2 hal kita ke hospital dulu.

Husband tanya, nak pi Colombia atau HTJ? Kak joy cakap better HTJ sebab doc intan dah bagi hint suh bersalin HTJ due to case AFI kurang. So ape2 hal Colombia akan refer HTJ. Hmmmmm, gitu plak kan? Takpe, kak joy memang buat check up 2 tempat. Senang nanti.. Kak joy nak merasa tempat bersalin baru diorang di HTJ. Orang kata dah selesa.

Terus pegi ke HTJ , Dewan bersalin. Macam biasalah, nama pun kerajaan. Kena ikut step la kan. Ramai gak orang nak beranak time tu. Cuma kak joy perasan byk kes, diorg dh contraction time kandungan tu 5 bulan. Seram jugak kak joy tengok. Macam2 Hal.

Sampai turn kak joy, doc sorang ni cek bukaan. Dia kata dah 4cm. Wahh cepat bukak? Doc sorg lg cek plak dia kata 2 cm. oiiiii yg mana satu ni? Diorg pun main jolok2 suka hati mak diorang. Masing2 nak tunjuk pandai. Ko ingat den ni patung??? Ni yg tak bagusnya bila ramai sangat tangan. Start dari situ, kak joy dah mula rasa sakit. Dulu bukaan 4cm, boleh gelak2. Tak rasa apa. Ni baru 2cm dh mula rasa sakit. Tu semua sebab Kes jolok2 punya hal. Malam tu, kak joy dh masuk ward. Alhamdulillah, dapat masuk ward selesa tapi husband tetap tak boleh teman. Huhuhu. Malam tu, dh rasa2 contraction dah tapi tak kuat sangat. Kerap jugak setiap 10 min. Sempatla malam tu lelap kan mata. Esok pagi cek bukaan lagi, still 2cm?? Hadoiiii, hidung ni dah kempas kempis tahan sakit. Doc terus masuk ubat kat bawah kasi bukak cepat. Ayoyo.... Klu dah masuk ubat Ni Habislah kak joy. Induced memang sakit. Tak lama tu kak joy dah sakit kuat sangat dah. Contraction kerap sangat. Bukaan dh 4cm. Boleh dah masuk labor room. Tiba masa nak masuk, nurse suh tahan dulu. Labor room penuh. Hadoiiiiii. Den dah berguling2 ni nak beranak. Time tu kak joy dah berdoa agar segala dipermudahkan. Alhamdulillah, Ada labor room kosong. Tu pun sebab patient tu kena keluar dulu sebab dia tak serius sangat nak beranak. Hahahaahaha. 

Naik atas katil je, hmmmmm semakin pantas plak hidung ni kembang kuncup nak beranak. Cek bukaan masih belum lagi. Hadoiiii cepatlahhhhh, after diorg pecah kan air ketuban, baru lah bukaan tu cepat... Time tu masih melayan perasaan. Tangan laki habis den lipat2. Tak tau la apa dia rasa time tu. Mata dah merah2 dah den nengok. 

Tetiba, pakar sampai nak cek bukaan. Ok u dah boleh teran. Rasa nk berak je teran. Apa lagi, dah bagi green light den toran la. Hoiiiiiii sekali teran terasa mata hitam Ni kat atas tinggal mata putih je. Dua kali teran, Alhamdulillah syukur terasa baby dah keluar. Tak dengar apa2 dah Cuma dengar baby nangis je.
Husband terus azankan. 

Setiap anak yang kak joy lahir kan sangatla beza. Sakit tetap sakit. Tipula cakap Tak sakit. Kita hamba Allah hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Alhamdulillah, Allah permudahkan Setiap doa kak joy. 

Sekarang ni kak joy dah ada 3 boy. Terima menantu perempuan ajalah nanti. 
Nak beranak lagi??? Nanti lah...... Rehat dulu. Hehehehe

Oklah Nnt kak joy sambung lagi.

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...