Wednesday 4 June 2014

Tips berdepan dengan kawan yang suka mengata belakang atau suka perli

Assalamulaikum,

Arini joyah nak bagi tips sikit la.. Dulu joyah pernah bagi tip mencari kawankan? tapi kali ni lain sikit, tips ni adalah dari pengalaman joyah sendiri. Mungkin korang pernah mengalami perkara yang sama seperti mana joyah alami. Sape yang setuju, kira oklah... tak setuju pun takpe..tarak hal punye.

Situasi 1

Pernah tak korang alami situasi bila si A ni mengata korang hasil dari sumber maklumat si B. Pastu korang percayakan? kan? kan? esoknya pulak, korang pandang semacam je kat si A ni. Hati ni geram membuak-buak macam nak meletop bak gunung berapi krakatoa yang menunggu masa untuk meletus. ye tak? ye tak?. Si A ni plak, muka selamber je. Siap menyengih je nampak korangkan? Siap bertegor sapa, macam takda ape-ape? betul tak?? Tapi betul ke si A ni mengata korang?? ke si B ni memang sengaja nak laga-lagakan korang? hah...macam mana tu?? korang nak react macam mana??

Perkara yang harus anda buat:

1. Bila korang dapat tahu je sumber dari si B, korang jangan cakap ape-ape, atau menyambung cerita apa    yang si B ni nak sampaikan. Dengar je sampai habis.

2. Habis je si B cakap, korang cakap macam ni, " i see....hmmm biarlah dia". Tapi aku tau hati korang tak   sama seperti mana keluar dari mulut korangkan? geram tu masih ada. kadang-kadang tu terpikir, sampai       hati dia buat aku macam ni. Selama ni tak pernah terpikir pun.

3. Sekarang ni korang tak pasti lagi, betul ke si A ni mengata korang? Korang nak tanya si A? nasihat joyah JANGAN! itu lagi memburukkan keadaan. Kang tak pasal-pasal si B ni bergaduh plak dengan si A hasil dari mulut korang...hoiiii tak baik tu... so jadinya, betul atau tidak si A ni mengata korang, korang jangan amik pusing, dalam hati korang kena tanam satu sifat PEMAAF. Maafkan kepada si A dan si B. Jadi disitu, hati korang dah tenang. Dengan maaf jugakla, terhapusnya dendam. Joyah pernah dengar satu             orang ustaz ni cakap, selagi kita tak maafkan orang tak kirala dia pernah mengkhianati kita atau memfitnah     kita, pintu rezeki kita takkan terbuka. Tertutup je. Sebabnya?? masih ada dendam. Yang ni memang joyah     percaya sebab kita orang islam perlu berbuat baik sesama kita bukan membalas balik, makanya kita pun       di kalangan dia jugak yang suka mengata orang.

Kesimpulannya dari situasi 1 tadi, korang buat je baik dengan si A dan juga si B. Lagi satu jangan jadi kaki sampai menyampai ni. orang macam ni bahaya. so kalau ade orang macam ni disekeliling korang, jangan react ape2 pun. once korang dah respon dia pulak amik maklumat yang korang cakap td dan akan disampaikan ke si A pulak.. dia plak gomar menambah segala gula garamnye...so perang pun meletus. so jangan amik pusing.. So, buat je macam biasa dan tanamkan sifat pemaaf dalam diri kita. Jadikan ia sebagai habit.


Situasi 2

Macam mana nak berdepan dengan orang yang suka sarcastic ni? lebih jelas suka perli? maafla joyah ni klu orang perli2 ni mmg payah nak paham. Eloklah la tak paham nanti hati kita jugak yang sakit. Kalau kita tahu orang tu perli kita, kita senyum je... buat tak reti je. joyah ni jenis, lantaklah! apa jua ko nak cakap aku malas nak pikir. Baik pikir pasal anak-anak ke, nak masak apa untuk suami balik kerja nanti. ye tak? lagi bagus kan? Cuma kita jangan samakan teguran dan perli. Ia satu perkara yang berbeza. Kalau orang tu tego kearah kebaikan, ambil aja yang positif. kita ni manusia biasa dan banyak yang khilaf. Ada masa ketika tu tahap kesabaran joyah memang tiada limitnya, itu dah kira habis sabar dah tu. Dulu joyah mmg sembur semacam je tapi kali ni, kurang banyak dah.. istigfar je yang mampu. koman-koman pun minum air masak byk2. Dari hari ke sehari, manusia akan berubah. Samada ke arah kebaikan atau sebaliknya. kita ni manusia biasa yang asyik buat silap. Tapi kita masih ada Allah. Sentiasalah berdoa padanya agar segala urusan kita dipermudah dan diberkati. Insyaallah....


1 comment:

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...