Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts
Showing posts with label aktiviti hujung minggu. Show all posts

Thursday, 18 September 2014

Anak joyah baiklah!

Assalamualakum,

Korang tahu kan joyah ada 2 hero yang begitu lasak dan suka mengusik orang? Adakalanya, menguji jugak kesabaran. Tapi nak kata apa, budak2 kan? Marah macam mana pun dia tetap didalam dunia dia. Kita mak pak ni didunia yang.......(krik..krik..krik..) entahlah tak tau nak cakap apa sebab orang dewasa punya life memang kadang2 tu complicated. Right?

Bila diorang melasak, yes joyah pasti penat. Tapi bila perhatikan tingkah laku diorang pastinya menggelikan hati. Yang si adik ni ....wow!! sangat energetic. Suka explore everything..kadang2 tu dia suka sangat tunjal kepala abang dia. Yang dak Ameer ni, bantai menangis...hmmmm...joyah kata " kenapa tak lawan dengan adik?" (ibu dia kong ajo sbb hasut anak suh bergaduh). Yang si Ameer jawab,"ameer sayang adik...sambil tu dok nangis lagi. Alhamdulillah anak2 ibu ni baik rupanya. Joyah test je tadi nak tengok akal dia samada dia sayang adik dia ke tak?

Hmmmm...bila anak2 dah besar ni teringin pulak nak menambah tapi ....entahlah....speechless gila. Life quite tough now...challenging...(mengejar cita2 yang belum sampai) ~ masih separuh jalan...

Nak cerita apa yang joyah pikir skang memang agak sukar sebab, semuanya bercampur baur...

Takpelah, cuba korang tengok anak2 joyah yang baikkkk sangat ni... Ni gambar yang lepas time kami holiday bersama.


hah, ada la tu yang nak dibuat!

cubaan membuka safety box... cubalah nak oiiiii...

Hah! apa lagi tu?

anak joyah baiklah!!

sesi bergumpal sudah bermula...sapa la menang ni..?

hmmmm...apa2 ajalah nak...ibu tengok je ni,,


ok...ibu tau korang happy sebenarnya...ok baiii

semakin cerdik anak ibu yang ni...manja, lasak, suka mencuba dan berani

abang pun manja, kuat tantrum, mudah takut, pemalu, energetic sangat!

so itu saja lah buat hari ni...daaaaaa








Thursday, 7 November 2013

Luangkan masa untuk bersama

Assalamualaikum semua,

Sejak joyah beranak dua ni, masa untuk diri sendiri agak terhad. Sure la tak sama macam mula-mula kawin dulu. Alhamdulillah kami dikurniakan anak-anak yang sihat dan cergas. Tapi kadang-kadang tu joyah hampir terlupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Begitu jugala dengan suami... dia memang memanjang sibuk kan. Itu memang tak boleh dinafikan.

Adakalanya joyah terpikir, masa untuk joyah dan suami memang agak terhad sampai lupa untuk mengembalikan bibit cinta macam dulu-dulu. Keadaan tu memang la terasa sangat sebab bila laki bini dah balik rumah, masing-masing dah ada peranan sendiri. Masing-masing menguruskan anak dan layan kerenah anak-anak. Bukan tu ja, baru nak borak dengan husband....si buntal (dani) dah sebuk-sebuk gigit badan ibu dia. Sakit ok...walaupun budak ni tarak gigi. Yang si ameer ni plak cakap " Ayah, mana milk ameer?", "Ayah, tot ameer gatai arrrr!!" nak suh ayah dia garu punggung dia la tu. So, itulah serba sedikit keadaan kami sekeluarga. Rasanya orang lain pun macam tu jugak. Balik rumah terus layan kerenah anak-anak. Ye tak??

Bila dah jadi macam tu, kami laki bini ni cubala cari masa walaupun dalam masa 4 jam diberi untuk berdating. So, gunala sebaiknya masa itu. Time tu kami decide nak ke KLCC je. Itu je jalan paling mudah dan kurang jam. Ikut lorong SMART je. Kami cadang nak hi-tea je bersama. so dapatla borak panjang sket dengan husband.

Sampai je KLCC, kami terus decide nak cari tempat tuk mengopi(ngeteh). So, singgah la kat Chinoz, KLCC ni. 
Eh, nak juga snap satu gambar dengan abg sayang ni...kakak dan adik...ahhhh tak suka lah!! 

Memandangkan Hi-tea je, kami makan pun yang ringan-ringan je. Nak makan yang berat2 kang, macam awal sangat pulak.

Hah, cubala tengok en. abg tu dah pegang perut. lapar ker?? dia kalau dah makan, apa borak memang takda la. Mulut tak berenti mengunyah. Joyah jugala yang pok..pek..pok...pek..last2 dia yang makan part joyah plak.

Sambil-sambil makan tu, borakla sikit-sikit pasal keje...pasal anak-anak...pasal masa depan la....apa la... eh macam2 la citernya. Kongsila sket beberapa citer kan... kadang-kadang tu husband joyah lebih kepada menasihat bini dia ni. Kiranya nak kata dating tak jugak la kan. Rupanya dia guna masa ni untuk brainwash joyah ni. hahahaha... kasihan joyah...

Dah habis borak tu...terus tengok jam...eh, ini kena balik ni. Masa ada 4 jam je. Kang lewat plak balik.

So, balikla sepasang suami isteri ni menemui anak-anak mereka.

Tapi macam mana pun keadaan, setiap insan tu perlu cari masa untuk diri sendiri. tak kesahla berapa jam yang kita ada asalkan dapatla kita lepaskan stress tu. alhamdulilah...Allah sentiasa permudahkan umatnya.

mode: nak tidolahhhh

Sunday, 18 August 2013

Apabila joyah menjahit manik...

Jahit manik bukannya sinonim buat joyah...tapi disebabkan raya tahun ni upah jahit manik semakin mahal. Memangla mahal! Ko ingat senang ke nak buat manik ni? Ohhh joyah dah mula buat, terasa azab tau...dah lama sket tu baru laju. Manik yang joyah buat ni herot berot jadinya...baru blajala katakan...Disebabkan dengan itu, joyah pun berhasrat tahun depan, baju kurung dan baju melayu kena buat sendiri.  Itu cabaran joyah untuk kali ni.

Cabaran joyah kali ni buat baju kurung dan jahit manik tanpa pegi kelas menjahit.  Ikut buku yang harganya rm17. Gitu......entah boleh ke tak, tak tau la joyah...moga suami joyah bagila semangat kat joyah ni.

Ada ketikanya, kita kena gigih buat sesuatu benda tu demi orang tersayang. Dan pada masa yang sama, berjimat adalah penting. Joyah berkenan sungguh dengan rakan joyah, ilmiah namanya.  Joyah panggil amy ja. Tabik spring betul dengan dia.  Dah la pandai  memasak, menjahit pun pandai...hey, she's wanita berkarier ok...so, tak salah kalau kita mencontohi perkara yang boleh beri manfaat pada kita.

Apa lagi? Ini malam sambung jahit lagi...tunggu sikecik semua tidooooo.....

Monday, 1 July 2013

Joyah ketagih!

Ohhhh tak menahan statement ko joyah!! ko ketagih apenye?? jangan salah faham yer... joyah skang ketagih makan sushi. Tak kira sushi mana pun, joyah taram sajer. Kenapa joyah jadi gini sebab dulu tak macam gini..tuuppp tuppp terus jadi ketagih sampai takdak limit. Joyah ni pengemar makanan Jepun tapi taklah ketagih sangat. Kiranya dalam 1 tahun tu adalah 3 kali makan sushi. Tapi kali ni, dalam 1 bulan 3 kali joyah makan...ohhh masalah ko ni joyah....

 Joyah rasakan, ini adalah penangan sewaktu joyah preggy anak kedua. Waktu tu joyah teringin sangat nak makan sushi yang mentah-mentah tu. Disebabkan tak bagus untuk anak, joyah tahan la tak makan sampai joyah bersalin. tapi sebelum tu joyah adalah jamah sikit sushi tu tapi tak dapat jugak la nak makan ikan mentah...sehingga skang ni anak joyah meleleh je air liur dia...sian anak ibu.

Sejak dari itu, ketagih joyah semakin menjadi jadi sampai husband joyah naik rimas dengan selera joyah. Mana taknya, setiap kali pi jalan atau shopping mesti ending dengan sushi king..itu je yang adoooo kat JJ lagipun masih halal lagi. kalu tempat lain wallahhuaklam...kalau kat The Curve Sakae Sushi. Setahu joyah situ tempat favourite makan-makan Lisa Surihani.. dia pun penggila sushi jugak. lagi dasyat kot dari joyah...

Husband joyah bukanla penggemar sushi tapi tabik spring dengan dia sebab mana-mana dia pegi dia mudah menerima dan merasa makanan pelik-pelik ni...korang campakla dia kat mana, joyah pasti dia mudah menyesuaikan diri. Bravo ucuk acin joyahh!!

Kalo korang nak tahu husband joyah penggemar makan western..tak sangkakan?? paling favourite, Medium well steak...dia sanggup makan kalo daging tu RM100. Huishhh idak la teman...sayang duit teman. kalo joyah, baik joyah tambah charm untuk gelang Pandora joyah. Husband joyah bukan makan selalu steak-steak ni..1tahun adalah 2 kali. itupun tengok kewangan...hik..hik...pasal ni next entry la yer. lebih detail sket...

oh ini namanya ikan bonita, agak hanyir sket...tapi taram jugakkk

 
Peneman setia joyah



Sunday, 28 April 2013

Lebihan makanan jangan dibuang

Korang pernah tak makan satu benda tu mesti tak habis? Mesti pernah kan! Joyah kalau tak habis makan,  mesti husband joyah jadi mangsa. Tu sebab badan dia skang cute jewwww...

Hari sabtu yang lalu joyah masak pasta meatballs untuk lunch. . Bile selesai je makan, ada pulak lebih meatballs.  Masing2 tolak sesama sendiri. .." syg, u makan la ni. Sikit je tinggal nih. Husband pun kata " hadoiiii tak bleh dah yang...nak meletop dah perut ni. Wahaaaaa....so, makanya joyah simpan sajok dalam esbok. ( peti ais)

Sok tu, joyah cadang nak wat pizza je..kebetulan cheese and pizza base pun ada...taram saje la labu.  Joyah sebenarnya tak bleh nak makan makanan yang berasaskan tomato sangat sebabnya joyah menyusukan anak. Si dani ni cirit birit if joyah makan benda yang berasid.

So this is it! Pizza joyah...dari awal hingga akhir. Bila tengok anak dan pak melantak, senang hati joyah...tidak lagi berlaku pembaziran.

Joyah pinky

Tuesday, 9 April 2013

Berfikir sejenak....

Bile joyah duduk sorang sorang mesti fikiran tu melayang je...fikirkan apa? Joyah ni kalau berfikir mmg takda benda yang spesifik, semuanya berterabur. Kadang kadang fikirkan anak anak....kadang kadang jugak fikirkan kerja....dan paling last pasal diri sendiri. ..
Rasanya semuanya dah cukup buat masa ni dan kehidupan kekeluargaan sentiasa dalam kesederhanaan. Itu yang joyah inginkan. Tapi adakalanya setiap perkara yg kita hajatkan pasti ada dugaannya...tp seperti biasa, joyah kena cool...tk boleh gabra gabra tak tentu hala.
Joyah juga amat bersyukur sebab joyah ada suami yang sgt supportive. ..Alhamdulilah syukur sgt...
Tetiba joyah feeling plak pagi ni...biasalah jiwa rockers mesti ada terselit sket jiwangnya...haaaaahaaaaa

Ada masa dan ketika,  kita perlu ambil masa untuk muhasabahkan diri...perbetulkan diri. Kadang kadang joyah ni ada sifat defensive sikit..sikap tu mmg kena buang.
Joyah juga harap kehidupan korang juga baik dan sekali sekala toleh la ke belakang untuk pastikan kita masih berpijak di bumi yg nyata. ..

Apa apa pn joyah nk berpolitik kejap....I love PM.....nak pilihanraya ni...undila dengan bijak ok...tetiba bersemangat plak.

Gambar kat bawah ni joyah baru bangun tido...muka pun bengkak bengkak lagi...gigi pn harum baunya...heeeee

Dari joyah pinky

Saturday, 23 March 2013

Masa tidak cukup untuk update blog

Sekarang jam 4pagi tanggal 24hb mac...apa ko buat Julia tengah tengah malam buta ni? Ini la masanya nk update blog sebab waktu siang hari sibuk mengejar anak. Malam plak, pok pok anak kasi tidur. Bilalah nk ada masa sesuai?  Selalunya update pun dah jarang pakai laptop.mana yang sempat la...sebab tu note 2 menjadi pilihan mama julia. Walaupun nk update tak boleh nak panjang panjang, at least dapat la mengarang sesuatu cerita. Kira ok la tu daripada takda langsung.
Motif letak semua gambar ni nak menunjukkan bahawa betapa selekeh dan serabutnya menguruskan anak anak yang sedang membesar. Apapun hati ni begitu puas sebab dapat jaga anak depan mata.. Saya berharap anak anak saya sentiasa dilindungi Allah dan berilah ku kekuatan bagi menjaga seluruh keluarga ku...Amin

Dari
My pinky note 11

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...