Showing posts with label hijab. Show all posts
Showing posts with label hijab. Show all posts

Tuesday, 2 September 2014

Dah lama tak pakai ~ shawl hitam


Assalamualaikum,
Hmmmm dah lama sangat rasanya joyah tak pakai tudung yang berwarna hitam. Entah tak tau kenapa. Mungkin sebab joyah dah jumpa tudung yang paling senang nak pakai kot. Awal2 dulu nak pakai tudung, mesti pilih warna yang paling senang nak matching dengan baju. Tapi sekarang semuanya berubah. Warna pun dah tak matching...cacamarba...kadang2 tu capai tudung mana yang sempat je. Takpun rembat tudung orang...biasalah tu. Itu kan hobi joyah, rembat merembat barang orang. hahahaha...

Tapi....
Bila satu Malaysia kena bertafakur sempena kembalinya jenazah MH17, Joyah terus je lah pakai tudung warna hitam sebab itu je yang joyah ada instead of nak cari baju warna yang hambar2. Kebetulan pulak time tu, ada Majlis Openhouse PDKG dan Puspanita Gemas, so kenala pakai attire yang sesuai.

senget benget tudung joyah...( muka macam nak telan orang, dah kenapa ko joyah?). Time ni nampak la kemas sikit....dah habis je majlis terus jadi.......?

macam ni....


Selepas solat asar, dh mula malas nk pakai tudung betul2...macam ni je lah!


korang nak tengok sorang ni pakai tudung lagi cute dari joyah tau....nak tau tak?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaaaaa!

Dia adalah anak lelaki joyah tapi suka sangat nak ikut apa yang ibu dia buat...hmmm jangan lebih2 ya nakkkk spening kepala ayah ko nanti....

ok lah baiiii

Tuesday, 15 July 2014

Gaya tudung versi joooooo joyah!


Assalamualaikum,
Jomlah kita main tengok-tengok. Kalau suka tengok, tengoklah sampai bawa ke tido. Kalau meluat tengok muka joyah ni, korang terus click cancel...jangan tengok-tengok lagi. Kadang-kadang joyah sendiri pun meluat tengok muka joyah. hahaha... biasalah tu ada kala orang suka...ada kala orang menyampah. Tapi joyah ni degil suka buat orang menyampah tengok joyah. hahaha..tak kesahlah kannn. Joyah buat semua ni sebab nak sharing je betapa seronok dan senangnya pakai tudung. Dulu sebelum joyah bertudung, cuba-cuba juga pakai tp mula lah rasa rimas, hilang panduan, takda baju yang sesuai nak pakai. Dah macam biskut. kejap pakai..kejap tak... bertambahlah orang meluat tengok joyah ni. Tapi since dah banyak jenis fesyen bertutup ni, joyah dah senang. Banyak betul baju yang selesa, tak berlengas... sejuk je bila pakai. Dan akhirnya terus lah begini. Harap ia berkekalan. Tak mau lagi ada perasan berbolak-balik.. takut sangat akan itu. Ok jom lah nengok orang tak sedar diri kat bawah ni dok suka berselfie:

hehehe...pomps ni dah suka sangat pakai bawal juma. Selesa sangat..sejuk je rasa...murah pun murah..bukan murah sikit murah banyakkkkk. Jimat duit laki aku. tapi kalau dah beli berhelai-helai..eh tak kesama tu?? hehehe

Ini pun sama aidijuma jugak..cantikkan? eh tudungnya lah..


Hah yang ni agak renyah sket nak pakai tapi berbaloi.. joyah beli kat fleurmalaysia. Kain ni jenis satin silk. Yang payah sket tu kena dry cleaning la plak...huhuhu

Ni pun sama aidijuma jugak tapi pakai style shawl ...ni pun murah jugak...tapi cantik kan colour dia.

Tudung ni plak lain sket, gaya siti nurhaliza. Walaupun muka tak macam tok ti, asalkan tudung sama kira dah cukup bangga dah.. hahaha.. suka pakai sebab tak perlu gosok. Kalau opismate joyah nampak ni mesti dia cakap "wei, ko tak gosok eh tudung ko?" Ni semua kata-kata dari orang laki la... kuat sangat nak mengusik orang. cettttt

Dan yang terakhir, tudung ni paling legend... joyah rembat dari mama joyah. Banyak sebenarnya koleksi dia jenis ni. Penuh satu almari...pilih la mana nak pilih...Joyah suka sangat selendang jenis ni sebab ia macam flawless je...lembut je...senang sangat nk pakai...ko nak lempar je ke belakang lebihan tudung pun dah terasa cukup ayu dah...hahah...best..best memang best sebab tudung rembat.

Oklah itu je untuk arini...

okbaii

Tuesday, 30 July 2013

Feeling..wink...wink...

Hah joyah nk ber feeling la pulak....dah lama tak feeling. Joyah ni ada masa memang suka berangan. Tapi bukan berangan yang bukan bukan ya...haip shadap youuuu....! Joyah berangan kosong la ...

Joyah skang tengah practicing hijab hijab begini. Cantik, selesa dan tak mahal. Yang ni joyah sebat mama joyah punye. Pergh sangatla selesa. Ni semua keje adik adik joyah la ni. Diorang suka me round cari tempat jual tudung yang jenis gini. kalau tak salah, diorang beli kat taipan senawang. Rene's butik. Kalo korang berminat, pi la cekadaut. Banyak sangat tudung cantik gini.
Insyaallah, dengan izin Allah joyah kekal begini. Skang masih lagi proses cuba mencuba.

Ok baiiii

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...