Tuesday 28 October 2014

Instant Shawl by JustAdorable

Assalamualaikum,

Amboi dah lama kak joyah tak mengelap sawang2 dalam blog ni. Iya, itu joyah mengaku...bukan takda masa nak update cuma malas tu lebih menguasai diri. Perangai syaiton betul! hahahaha

Sesiapa yang dah follow kak joyah, mereka dah sedia maklum yang joyah ni sudah berkecimpung dalam industri tudung menudung. Ala....baru nak mula dan banyak benda nak kena belajar. Jadi gunakanlah ilmu yang ada time ko belajar dulu ya? jangan sia2 kan...Insyaallah.

Mana datangnya niat ni? niat sudah lama, nak mula tu je macam takut. Macam2 pikir. Tapi tak boleh pikir2 dah, kena mula jugak atas hasil usaha sendiri.

Joyah mulakan dengan shawl biasa dan seterusnya instant shawl. Tapi ramai pulak nak lagi senang, nak sarung terus nak rasa cantik dan terbabom. Iya betul...tapi kak joyah suka bagi korang challenge, sekali skala belajarla belit2 ni. Nak rasa cantik...perlu ada usaha ok...sekarang ni kita tak boleh tunggu diri kita, "eh, cantiknya aku...tetiba plak ko cantikkan?" kita kena paksa diri kita cantik bukan tiba2 magis terus jadi cantik. Tapi ramai dah orang jual pelbagai shawl...pelbagai material dan pelbagai design. So, pilihan ditangan korang. Pilih jelah...nak murah..nak mahal...

Tudung joyah yang adorable sangat ni memang joyah cari tailor sendiri...material kain pun ko carilah sendiri. Barulah boleh challenge diri. Betul tak? Joyah kadang2 siap mengadap tailor tu menjahit dan rupanya susah jugak nak menjahit kelim2 bagai ni. Joyah memang tak gigih, silap2 joyah dah lempar mesin jahit tu dalam longkang. Hahaha.. dasar perangai syaiton ko ni yahhh.


Oklah jangan banyak cerita, joyah letak dulu 2 design ni walhal ada lagi design yang joyah ada. Itu kemudian punya cerita.


Instant shawl ~ Printed
Material: kualiti chiffon
1.8m x 0.7m
RM50 exclude postage
Whatsapp/sms ~ 012-3049715



Cara pemakaian:
1. Sarungkan saja
2. Pinkan kalau longgar
3. Lebihan kain dinaikkan ketas untuk disematkan dengan pin
4. Cocok je pin tu, jangan tercocok kepala sudah
5. Tadaaaaa....eh tercomel plak.


Joyah minta maaf kalau gambar joyah ni macam serabut jekan? tapi ni baru permulaan memang ada perancangan yang seterusnya.. Tunggu tauuuuu

Joyah si penjual tudung

Wednesday 15 October 2014

Tiada Mood...

Assalamualaikum,

Sejak akhir2 ni joyah semakin menjadi malas....malas nak update blog. Ntah tak tau nak citer apa dah...kalau nak bergosip, pssstttttttt meh datang dekat sikit. Bisik2 nak? Kalau cakap kuat2 dosa...bisik2 tak kot sebab orang tak dengar...hahaha...dasar sangat tuh!!

Kak yah rasa semakin lesu je badan ni. Mungkin letih travel kot...akhir2 ni joyah kerap berulang seremban-jempol. Hoiii penat sangat tu wei... tu pun anak2 joyah kena sakit kulit. Diorang ni kulit sensetif dan kering. Tak boleh sangat pakai bodywash yang pelik2...bila dah kering, mudah la kena jangkitan kuman. Tapi anak2 joyah memang dalam pemantauan pakar kulit, kiranya dah lama tak ngadap muka pakar tu. Bila anak dah teruk barulah ko nak ngadap doc pakar tu...hah! kena sound setepek je dengan dia. Joyah nak citer sketla, pakar kulit ni bukan senang nak jumpa...kalau kerajaan diorg akan buat rotation dengan daerah2 lain. Jadinya, joyah terpaksa gi pakar private je. Sekali jumpa janganla ko bawak 100 je dalam poket ko...kurang2 standby la 500. Ya Allah...Tuhan je yang tau betapa mahalnya ubat2 ni. Tapi alhamdulillah cepat budak2 ni baik. Sebab tu lah joyah kena cari duit sampingan...jual tudung la....jual kopi la...eh macam2 la....Tebalkan muka cari customers. Ikutkan kan hati petang2 pukul 6 joyah nak jual goreng pisang depan quaters tau..Taraf hidup kita semakin tinggi dah...so kena lah berjimat dan berbelanja la dengan bijak.

Disamping itu juga, otak ni banyak berpikir. Pikir masa depan pun ya jugak.. Carta perbatuan dah buat tapi realitinya tak sama plak dengan cartanya, alamatnya lambat lagilah produk aku ni nak siap. Hmmmmmm... produk main2 je...

ber OOTD dulu...pastu nak selesaikan apa yang patut. Disangkakan hari tu jugak boleh selesai, tapi masih ada jugak tertinggal..haduiiii....wat a fishhhhhh!!

OK la bai...

Tuesday 7 October 2014

Good stress ~ stress yang baik

Assalamualaikum,

Tarik nafas kejap.....ahhhhhh lega. Malam ni barulah boleh bernafas sikit. Kalau tak dari pagi sampai la ke petang nafas ni rasa tak cukup je. Mana taknya! macam2 benda nak dikejarkan. Kejap nak kesana...kejap nk ke situ...haiyooooo! Tapi kalau dipikir2 balik ia adalah stress yang baik. Kenapa joyah cakap macam tu? sebabnya ia adalah stress dimana ko akan dapat hasilnya setelah ko berhempas pulas menguruskannya. Kalau stress yang tak bagus tu, lebih kurang macam putus cinta la...

Macam pagi tadi, joyah keluar ke ladang kejap, ambil sampel darah ayam. Biasalah...dah itu kerja kitaorang....apa kan daya joyah...demi memantap skill amik darah ayam la katakan.

Berootd sebelum ke opis... sebelum tu, jom kita belajar tentang warna..Ok sila pandang depan dan baca.


Sampel cloaka ayam. kiranya amik sampel kat bontot ayam.

sampel darah pulak

mata tak nampak urat, kena la guna deria rasa.

haaaa...baru dapat darah. ko ingat senang nak amik darah ayam ni? kalau ko jenis tak sabar, memang dah mati ayam ni ko kejekan. Tapi...satu ekor ayam, memang dah mati pun...hahaha...ampunkan kami penunggu gua!

Selesai je amik darah, joyah ke gemas, meeting puspanita pulak. Agak kerap jugakla joyah ke gemas sejak akhir2 ni.. Ni semua sebab kerana event yang kami akan anjurkan jumaat ni. Ohhh berdebar sangat wei.. sebabnya ini adalah big event untuk kami. Lagi 2 hari weiiii... selagi tak selesai event ni, hati joyah pun tak senang. Pengisian event tu pun dah buat joyah nervous tak tentu arah. Itu tak kira lagi menahan rasa sakit joyah ni. nak duduk sakit...nak bangun pun sakit... nak jumpa pakar tulang pun tak menyempat lagi tau. Banyak betul dugaan dan cabaran buat joyah kali ni. Tapi joyah tak kesah, joyah tetap harung sebab ia akan buat kita lebih baik dan lebih matang. Betul tak? Joyah pun dah mula jauhkan diri dari pikir yang negatif je. Memang tak bagus pun... nak pikir yang positif je. Kalau kita pikir apa yang orang pikir pasal kita, memang tak kemana la kita. Duduk la ko kat cerok almari tu? Betul tak?

Itu hal puspanita la kan... balik rumah pun dah pukul 6.30pm. Kang nak masak lagi...solat...gedebak...gedebuk...dah pukul 10pm. Apa nak buat? tido? hoiii skang ni jangan ko harap nak tido pukul 10 tu. Seperti yang dijanjikan joyah kena jawab wassap orang yang nak order tudung pulak. Ko ni memang cari pasal la joyah...ko tak reti penat ke? memang la penat tapi atas sebab minat, joyah tak boleh buat apa. Joyah nak pandang ke depan je...tak nak lagi pandang tepi atau ke kanan. Lagi kita tunggu, selagi tu la tak dak apa la kita nak capai. Tapi sekali skala jeling jugak kebelakang demi mengingatkan kita ini siapa? asal kita... joyah baru je mula nak jual shawl. Ala meniaga main2 je? main2 ke? hahaha... joyah minta maaf la sebab tak brapa nak buat promosi jual2 tudung ni. Mungkin belum masanya lagi. Konon2 buat macam teaser. Hahahaha... perasan retis gitu la. Orang lain dah beribu ribu dah untung jual tudung. Joyah baru nak mula. Takpa la,ia hanya sekadar minat dan sukakan kualiti dan syok sendiri. Lagipun ia tudung custom made bukan amik secara bulk dari pemborong. Kiranya ko beli kain sendiri...ko design...pastu hantar tailor.. Itu la serba sedikit tentang aktiviti joyah. Dah tak tau nak citer apa sebenarnya. 

Oklah.. nanti ada kelapangan joyah update lagi eh? biasalah, iklan nuffnang semakin masyuk pulak kali ni. Kena la rajin menulis jugak. Dapat beberapa sen pun dah syukur alhamdulillah.

#JustAdorable soon. Follow my IG for more updates





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...