Wednesday 30 July 2014

Teaser raya 2014

Assalamualaikum,
Amboiii bukan main lagi ko joyah ya. Nak ber teaser2 bagaikan? Saje je kasi gempak sebab joyah nak cite light2 je kat entry ni. Detail entry sok2 la ya... kali ni raya pertama kami di rumah mertua joyah. Tak jauh pun belakang rumah je...Petang tu kami dh balik Johor. Tanah tumpah air ku... kalau orang kata negeri joyah, negeri lanun pun joyah tak kesah pun...pokok dek Kau la...hahaha. Yang penting banyak negeri dah joyah dibesarkan...dari selatan ke utara. .. ke timur plak... Pastu ke seremban...Kiranya joyah ni bolehlah ikut slang org utara, pahang,  nogori. ..jowo?  Sitik-sitik je...

Oklah sebelum terlambat joyah dan keluarga ingin mohon ampun dan maaf sekiranya ada telanjur kata dalam berbicara samada sedar atau pun tidak. Harap diampunkan.  Kami juga mengucapkan selamat menyambut hari raya aidifitri pada semua readers yang sudi membaca blog joyah yg tak seberapa ni. Saja suka2 hilang tensen katanya.

Kami sekeluarga juga agak sederhana tahun ni dimana kami memang rancang awal2 lagi nak pakai baju nikah kami. Alhamdulilah muat...lega #sambiltanganmengangkatsyukur.  Cuma kami tambah baju anak2 aje agar dapat sedondon.  Tak menahan,  kecik2 korang dh custom made baju ya...
Next cerita, entry akan dtg la ya....

Okbaiiii

Thursday 24 July 2014

Hero-hero Joyah

Assalamualaikum,

Eh dah lama joyah tak cerita pasal perkembangan hero-hero joyah kan? Anak-anak joyah skang semakin melasak dan "baik-baik" belaka. Biasalah anak lelaki, kalau tak lasak tak sah..Tapi yang seronoknya, diorang semua dah semakin membesar dan mulut begitu 'ceriwis' bila berkata-kata. Dani plak, aduiiiii ...........karakter dia sangat berbeza dengan abangnya. Aktif sangat dan sangat manja...kalau joyah kata "dani!! ibu babab kang, nak?" dia terus tarik rambut joyah..takpun, dia pukul bontot joyah. Hahahaha... nasib baik montot nak, ibu banyak lemak kat situ, so tak rasa sakit pun...korang pijak2 pun ibu redha ok...


Hah, ni la kerja depa hari-hari....pantang ibu dia baring je, dia hempapnya sungguh2. Senak perut ibu nak...

Hah, kan dah kena peluk dengan ibu...besar dah anak bujang kami ni...

Hah si buntal yang belang-belang tu pun nak join sama...dia bukan boleh bagi can, habis dia kuda-kudanya ibu dia.

Time ni joyah plak tak berapa nak sihat, tapi apakan daya...layankan aje perangai anak-anak.


Bila menjelang malam je, diorang ni kurang sikit melasak.. katanya nak baca buku. Tapi memang perasan sejak-sejak ni asik buka buku je...kadang-kadang buku yang sama. Alhamdulillah, Ameer dah katam beberapa buku yang dia baca..pandai anak ibu. Tapi kan, lepas berapa minit tu dia akan cakap " penatla ibu..ameer nak rehat jap" bukan main lagi.. macam la awak tu nak amik SPM. Nnt dah tingkatan 5 jangan malas2 baca buku ok. Mana taknya, time joyah study dulu, joyah memang mengandungkan budak-budak ni.. time tu pening buat statistik dan accounting. Nanti besar, ibu harap anak-anak ibu pandai macam ayah ya? ibu? tak pandai ke? pandai jugak...tapi ayah lagi pandai dari ibu. Ikutlah sikit2 perangai ayah ya...



Bila tengok gambar ni.. joyah happy sangat.

Kalau tengok Ameer, macam dah tembam sket sebab sejak-sejak ni dia kuat makan..dulu kurus je sebab milih makan. Dani plak, taram je.. semua benda masuk mulut...tak kesah orang langsung..

ok lah tu je nak citer hari ni... ok baiiii

Wednesday 23 July 2014

Alhamdulillah...-Nuffnang

Assalamualaikum,

Joyah sangat terkejut sebab sejak dari semalam 5 CPUV dari Nuffnang masuk...Apakah ini mimpi? ape-apepun joyah bersyukur dan anggap ia sebagai rezeki bulan ramadan. Tak pernah pun dapat serentak sekali 5 CPUV. selalunya satu je...pastu lama tak dapat... Malas nak printscreen sebab joyah ni memang malas. Ape apepun, Terima kasih Nuffnang!

Tuesday 22 July 2014

Misi Bantuan Hari Raya Puspanita Gemas

Assalamualaikum,

Pada beberapa hari yang lepas Puspanita Gemas telah menjalankan Program Bantuan dan duit Raya untuk golongan yang memerlukan. Kali ni focus kami lebih kepada Ibu tunggal, OKU dan warga emas.

Joyah dan AJK sama-sama berjanji nak berkumpul di Pejabat Daerah Kecil Gemas jam 9 pagi. Joyah macam biasa la bergerak dari Jempol. Selalunya sampai gemas boleh makan masa selama 45minit. Tapi kalau orang yang drive macam joyah ni, idak la sampai 45 minit. Ia boleh jadi 30 min atau 20 min. Bergantung kepada traffik. hahaha... Jangan contohi joyah sebab i'm a good driver...hahaha

Sampai-sampai je kat parking, dah nampak van PDKG yang cantik yang dipenuhi dengan barang-barang keperluan.

Hari raya, puspanita, gemas
Tu dia, habak maiiii...barang-barang keperluan yang nak disalurkan

..............................................................................................................................................
Bila semua dah berkumpul, tak nak buang masa lagi. Maka terkedek-kedek la kami masuk dalam van. Masing-masing kecoh... "eh, ko dok depan..., aku dok belakang... eh tak payah, punggung aku lebar dok depan...hah, ko kecik, dok ko kat belakang... " eh takda sape ke nak dok atas enjin?? hahaha...macam-macam...biasalah orang pompuan gitu la, tak riuh tak sah... itu yang syok... 


Ok, jom kita bergambar...Sebelah kanan joyah, Puan Zaiton. Penaung Puspanita Gemas. Orang kuat ni...best sangat bagi joyah sebab dia sangatlah sporting, mesra, tak sombong, ramah, down to earth....thanks puan ya sebab turut serta bersama kami. Yang sebelah lagi tu, Orang kuat joyah la, SU joyah paling dedikasi, cekap dan selalu je ingatkan joyah ni kalau ada apa-apa program. "Puan jangan lupa ya, program bla..bla..." Puan ada program bla..bla..." hah dia la orangnya. Yang belakang tu plak paling comel, Kak Hasnah ajk joyah paling aktif...paling riuh...paling ramah... joyah suka dia ni sebab dia penglipurlara kami. Hah yang nampak mata tu plak dah tentu Timbalan joyah, Puan  Maznah... Joyah suka dia ni sebab profesional, rajin dan banyak idea kata ko...Biasalah kamikan darah jawa jerman...hahaha... hebatttt!

Tanpa buang masa, kami terus ke destinasi. Melawat ke rumah acik ni..


Sodih la acik ni...nangis dia bila kitaorang datang. kitaorang memang selalu datang umah acik tiap tahun... joyah pun sedih sebab anak-anak tak peduli ibubapa diorang. Suami acik ni accident pulak..terkejut jugak joyah sebab tahun lepas dia sihat. duduk la mereka berdua dalam rumah saling jaga menjaga...sayunya..

Jom kita ke rumah seterusnya... 

bergambar lagi....weeewittt... timbalan ku yang semakin kurus...cayalah...berhasilkan?

Jom kita tengok gambar lagi...
Bantuan kepada warga OKU..


................................................................................................................................................


Kami dah sedia ke rumah yang seterusnya...ayunya

Pakcik ni sakit, darah naik terlalu tinggi..terus kena strok. Allahuakbar...kawan-kawan yang umur 30 keatas dah kena selalu buat check up tau. kadang-kadang pembunuh senyap ni memang ada kalau kita tak pantau dari awal. Sama-sama kita doakan untuk pakcik ni..


..............................................................................................................................................................

Sian acik ni...Acik ni plak hidup dia sebatang kara. Tiada langsung adik beradik apatah lagi suami sebab acik ni tak kawin lagi. Mata acik ni pun tak nampak dah... Tapi rumah dia bersih...hebatnya Allah kurniakan keistimewaan pada beliau. Badan masih sihat cuma tak nampak je.

..................................................................................................................................................
Banyak lagi rumah ni...apahal joyah muka masam je ni? panas terik sikit time tu...hehehe

Situasi yang sama juga seperti pakcik yang gambar diatas. Moga beliau juga cepat sembuh..

Isteri kepada pakcik tadi... senyum dia. 
......................................................................................................................................................
Ini remaja OKU.. dah besar dah adik ni.. tahun lepas tengok dia kecik lagi...Remaja ni kena demam panas pada umur 8 bulan. kesiankan... kalau kami datangkan, dia mesti buat gaya lompat-lompat sambil goyang-goyangkan tangan. Itu tanda dia gembira la tu...Tapi kalau suruh dia bergambar dengan orang pompuan, tak nak plak dia... malu la tu....

Ini Ibu remaja OKU tadi...

Ado lagi rumah nak poei ni... kemain lagi kak senah tu...penat ke kak? sabar eh...kang kita buka la air kelapa.. hik..hik
.................................................................................................................................................................
Abg ni lumpuh lama dah... 24 tahun wei...sabar sungguh abg ni... Moga Allah sentiasa permudahkan segala urusan abg.

Apahal plak dengan si joyah ni... muka cemek je. candid gambar ni dan tiada apa-apa makna ya.

ok seterusnya

Abg ni lumpuh akibat kemalangan... sama-samalah kita doa agar dipermudahkan urusan beliau.

Dan terakhir, ibu kepada remaja OKU. Beliau dari peserta E-kasih. Tak dapat nak amik gambar anak dia sebab anak dia tengah tido. so kami tak nak ganggu..

Akhirnya selesailah program kami pada hari itu... nampak betul puan maznah kepenatan... cuaca pun panas sangat..

Nak tengok gambar lagi? nah... joyah bagi buat tatapan korang... ni semua aktiviti bebas kami selepas program...

SU dan bendahari kami yang rajin dan cukup dedikasi.. love u!

Kak Jani, biro sukan kami...hah amik kak rambutan tu...tarak hal punya!!

riang sungguh di hari raya!!!

Jolok jgn tak jolok kak...

Alhamdulillah, selesai akhirnya program kami.. Diharap program sebegini dapat dibuat lagi pada tahun yang seterusnya. Insyallah, panjang umur kita jumpa lagi ya... Amin.

P/S: Tahniah kepada semua AJK Puspanita Gemas atas kerjasama yang uollss bagi.. love u sooo much.







Wednesday 16 July 2014

Kemaskan kening anda

Assalamualaikum,

Semalam joyah cerita pasal tudungkan? jom la kita cerita pasal kemaskan kening. Mungkin disini ada orang setuju dengan joyah dan ada juga yang sebaliknya. Tapi terpulangla pada pandangan masing-masing. Joyah memang suka kemaskan kening joyah biar nampak lebih tersusun je kening tu. Kening joyah memang dah terbentuk cuma ada lebihan bawah kening tu menjadikan ia lebih serabut. Dulu joyah just pergi kedai salon india untuk buat threading. Cara dia hanya pakai benang je. Diorang je yang tau guna benang-benang ni. Tapi kelemahannya, ada sakit sikitla...dan kening tu akan jadi nipis macam pompuan &*^%(. Oh joyah berapa kali pesan kat orang tu jangan nipis sangat, tapi tetap berlaku perkara yang sama. Lepas tu joyah dah malas nak buat kat kedai, buat la sendiri kat rumah pakai alat yang selalu korang cabut bulu ketiak tu. hahaha.. Bolehlah kan..cuma tak kemas sangatla. Akhirnya joyah cuba la kat Benefit Eyebrow ni.. Wah teruja jugakla sebab dia pakai wax. Sebenarnya ini kisah 2 bulan sebelum puasa. Baru skang ko nak cerita ya joyah. Laptop rosak maaa...nk kena ganti baru. ni masih tengah survey lagi. Beli yang murah je, janji dapat menaip. Baru-baru ni joyah pi lagi kemaskan kening, tapi mungkin nasib tak berapa baik, tersiatlah kulit muka sekali (bahagian yang ada misai pulak). Mungkin salah joyah jugak sebab joyah tak mention kulit joyah ni sensetip dan nipis. Sebab dulunya joyah guna servis diorang ni takda apa-apa pun. Puas hati la...that's why malas nak mention apa-apa kat dia. Bila pikir-pikir balik, joyah dah tukar skincare joyah, sebab sebelum ni muka mula naik jerawatkan. Entahlah, baru ni tahu joyah kena resdung teruk sangat. tu yang trus luka jadinya. Tapi nasib baik kulit dan beransur pulih. Alhamdulilah. Jom lah tengok sesi cabut mencabut ni...


Ni dia tengah cek kening dulu...nak tengok angle katanya..

Pejamla mata sampai tak sudah untuk beri tanda bahawa saya dah ready!!

Hah, dia bagi rasa dulu wax tu, OK atau tidak..Rasa just suam-suam kuku jer.



Tonyoh lagi kat tangan kasi puas hati


Hah...ready dia mula nak cabut dah tu.
eh..opocot...tergezut mak nak...eh tak sakit pun...better dari buat threading lagi.

Taraaaaa... dah siap. Suka sangat sebab tak nipis pun...nampak lebih kemaskan..
Joyah boleh bagi empat bintanggggggg!!!

Ini gambar aktiviti sebelum kulit tersiat tau...sesi yang tersiat tu malas nak review sebab dah pulih cuma pedihla 2 ke 3 hari...Itulah nak cantik kena rasa sakitnya dulu...

Okbaiiii

Tuesday 15 July 2014

Gaya tudung versi joooooo joyah!


Assalamualaikum,
Jomlah kita main tengok-tengok. Kalau suka tengok, tengoklah sampai bawa ke tido. Kalau meluat tengok muka joyah ni, korang terus click cancel...jangan tengok-tengok lagi. Kadang-kadang joyah sendiri pun meluat tengok muka joyah. hahaha... biasalah tu ada kala orang suka...ada kala orang menyampah. Tapi joyah ni degil suka buat orang menyampah tengok joyah. hahaha..tak kesahlah kannn. Joyah buat semua ni sebab nak sharing je betapa seronok dan senangnya pakai tudung. Dulu sebelum joyah bertudung, cuba-cuba juga pakai tp mula lah rasa rimas, hilang panduan, takda baju yang sesuai nak pakai. Dah macam biskut. kejap pakai..kejap tak... bertambahlah orang meluat tengok joyah ni. Tapi since dah banyak jenis fesyen bertutup ni, joyah dah senang. Banyak betul baju yang selesa, tak berlengas... sejuk je bila pakai. Dan akhirnya terus lah begini. Harap ia berkekalan. Tak mau lagi ada perasan berbolak-balik.. takut sangat akan itu. Ok jom lah nengok orang tak sedar diri kat bawah ni dok suka berselfie:

hehehe...pomps ni dah suka sangat pakai bawal juma. Selesa sangat..sejuk je rasa...murah pun murah..bukan murah sikit murah banyakkkkk. Jimat duit laki aku. tapi kalau dah beli berhelai-helai..eh tak kesama tu?? hehehe

Ini pun sama aidijuma jugak..cantikkan? eh tudungnya lah..


Hah yang ni agak renyah sket nak pakai tapi berbaloi.. joyah beli kat fleurmalaysia. Kain ni jenis satin silk. Yang payah sket tu kena dry cleaning la plak...huhuhu

Ni pun sama aidijuma jugak tapi pakai style shawl ...ni pun murah jugak...tapi cantik kan colour dia.

Tudung ni plak lain sket, gaya siti nurhaliza. Walaupun muka tak macam tok ti, asalkan tudung sama kira dah cukup bangga dah.. hahaha.. suka pakai sebab tak perlu gosok. Kalau opismate joyah nampak ni mesti dia cakap "wei, ko tak gosok eh tudung ko?" Ni semua kata-kata dari orang laki la... kuat sangat nak mengusik orang. cettttt

Dan yang terakhir, tudung ni paling legend... joyah rembat dari mama joyah. Banyak sebenarnya koleksi dia jenis ni. Penuh satu almari...pilih la mana nak pilih...Joyah suka sangat selendang jenis ni sebab ia macam flawless je...lembut je...senang sangat nk pakai...ko nak lempar je ke belakang lebihan tudung pun dah terasa cukup ayu dah...hahah...best..best memang best sebab tudung rembat.

Oklah itu je untuk arini...

okbaii

Thursday 10 July 2014

MEREKA Dimata Kita #PrayforGaza

Assalamualaikum,

Allahuakbar...tiba-tiba rasa sayu je nak menaip ni. Hmmmm entahlah hati ni rasa marah...geram...sedih...rasa nak teriak je.. Tapi bagaimana pula dengan hati dan perasaan MEREKA? siapa mereka tu? Merekalah umat islam di Palestin yang sedang berdepan dengan kezaliman Israel LAKNATULLAH!! Allah... rasa tidak sanggup untuk Joyah melihat lagi gambar-gambar yang di 'share' dalam FB. Kalau tertengok pun laju je joyah scroll ke bawah.

Bila kita semua berbuka puasa, pernah tak terpikir bagaimana pula Mereka disana? kita disini dok memikir apa lah nak masak untuk buka puasa... siap cakap sorang-sorang "arini nak buka apa ya? semalam dah makan nasi ayam, arini kita makan nasi arablah" Tapi Mereka? mereka masih menangisi anak yang sudah pergi, ibubapa yang hilang dari pandangan....berteriak minta bantuan....

"Ibu mana? Ayah mana? adik? diorang semua mana?"
Mereka dah tiada sayang........
Tinggallah si anak ini sebatang kara....Allah... terbayang-bayang joyah kalau Ameer Zaffran yang tanya ibu mana...Ayah mana....tsk..tsk...

Kalau kita lihat balik gambar bapa mendukung anak yang telah tiada, tiada lagi titisan air mata dari mereka. Seolah-olah mereka sudah bersedia. Bersedia menghadapi segala ketentuan ini...Allah...

Betapa bersyukurnya kita duduk di Bumi Malaysia ini..dilimpahi pelbagai nikmat dan rezeki.. tapi masih ada yang tidak pernah mensyukuri malah meminta-minta...tak cukup ini...tak cukup itu... Bila ada masalah, nak larilah negara ni...negara itu...Allah.....

Kalau kita tengok  kehidupan mereka di Palestin, keluar saja dari rahim si ibu, telinga mereka dah dengar bunyi bom...dah dengar orang teriak...dengar orang merintih kesakitan...Allahuakbar, betapa besarnya dugaan mereka...tak tertanggung rasanya kalau joyah ditempat mereka.

Kita disini, celik-celik je dah pegang ipad...dah pegang smartfone...(situasi anak joyahla ni), untungnya la korang sekarang...(tengah pikir macam mana nak didik anak-anak ni supaya sentiasa bersyukur walaupun zaman dah moden sekarang ni)

Anak joyah si Ameer ni memang memilih makan...kalau makanan tu dia dah makan, dia susah sikit nak makan benda yang sama. Ugut la macam mana pun, dia tetap tak nak.. "No ibu", siap tunjuk-tunjuk tangan mengatakan taknak la tu. Bila joyah tunjuk je gambar adik Firdaus tu , terus dia takut. siap cakap " siannya ibu, kenapa ni? joyah pun jawab " dia tak makan nakk...sian dia...ibu dia tak kasi dia makan. Kalau ameer tak makan badan ameer akan kurus macam ni...nak tak?. Tanpa tanya lagi terus dia nganga mulut ...Alhamdulillah...

Jom sama-sama kita berdoa untuk rakyat Palestin di Gaza dan teruslah berdoa untuk mereka...Hanya Allah saja yang tentukan balasan kepada Israel laknat ini...Joyah percaya, kebangkitan Islam akan berlaku tak lama lagi...

Sunday 6 July 2014

Renungan Di Bulan Ramadan

Assalamualaikun,

Sudah hampir seminggu lebih kita berpuasakan? Syukur alhamdulillah sebab kita masih mampu menunaikan kewajipan kita sebagai umat islam. Tapi sedang kita menjalani ibadah puasa ini, kita tidak ketinggalan mendengar berita sedih. Bulan ini jugalah bulan yang ramai orang yang telah meninggalkan kita. Allahuakbar... sedih dan sayu. Ada yang tinggalkan kita disebabkan sakit...ada juga sebab kemalangan... ada juga disebabkan didera. Allahuakbar.....Allah Maha Besar.. Setiap yang berlaku hanya Allah saja yang tahu. Alhamdulillah mereka pergi pada bulan yang cukup mulia. Allahuakbar...

Kenapa joyah tulis begini hari ni? entah mungkin ia sekadar luahan hati joyah. Rasa sayu sangat... tambah pula semalam dengar tentang kematian arwah anak kepada linda rafar. Allahuakbar... Hati ibu mana yang tidak sedih bila anak yang kita sayang, meninggalkan kita. Tapi itu sudah janji Allah pada kita bahawa Mati itu PASTI! cuma bila? Hanya Allah saja yang tahu...


Sambil-sambil kita duduk tak buat apa-apa, marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah kepada orang yang telah meninggalkan kita. Dan jangan lupa juga pada ibubapa, anak-anak, suami dan isteri yang masih hidup. Itu juga penting. Joyah nak bagi contoh sedikit, kadang-kadang kita selalu mengeluh, "kenapalah anak aku ni nakal sangat? cakap sikit jawabnya berpatah-patah perkataan keluar." Ya kita bukan manusia sempurna, ada masa ketika kita jadi marah-marah dan tak mampu nak kawal perasaan. Yalah badan penat.. letih plak lagi. Jadi disinilah kita kena selalu bersedekah Al-Fatihah pada anak-anak. Biar terbuka hati anak-anak. Begitu juga pada suami/isteri, sedekahkan lah Al-Fatihah pada pasangan masing-masing dituruti dengan niat dan doa. Insyaallah... Kalau nak nak lembutkan hati pasangan tak perlulah nak berbomoh bagai... Ayat-ayat dari Al-Quran sudah cukup membantu kita.

Joyah nak kongsi lagi pada semua, Joyah ni sangat defensive. Orangnya keras macam batu.. tapi kalo suami tegur terus boleh diamkan? dia pun tak penah marah-marah kalo tegur. Tegor macam biasa tapi terus rasa sejuk je hati. Joyah ni pun kuat juga merajuknya, merajuk yang mengharapkan suami tu pujukla kan.. dia memang pujuk tapi gaya macho. hahaha...Tapi dia pernah cakap "i ni selalu je doa agar u tu sentiasa lembut hati...buka je pintu hati luas-luas." Mungkin sebab tu jugalah kot joyah ni tak macam dulu.Alhamdulillah...

Itu saja dari joyah...

Selamat Berpuasa

Ok baiiii

Tuesday 1 July 2014

Cara paling senang minta bantuan suami.

Assalamualaikum,

Pssttttt... husband korang rajin tak tolong korang buat kerja rumah? ada tak? ada tak? eh takkan tak tolong? Mestilah adakan... tapi nak menunggu diorang tolong mesti kena tunggu 1 jam kan?? tak pun dia akan cakap "jap yunk...nak habiskan game dulu." Laki joyah ni dia punya hobi suka main game. Tak kesahlah game kat tablet ke...PC ke.. hape ke... janji game. Dia sanggup eh beli note 8.0 semata nak main game tau. Bukan sebab tujuan ilmiah tapi game semata. Kehulu kehilir dia bawak benda alah tu. So kalau sape2 nak ajak dia main golf korang rentikanlah.. Silap2 dia bawak tablet sekali main golf. Yelah nyambil2 nunggu orang pukul bola. Itu pun joyah percaya akan berlaku...Ishhh jahat aku ngumpat laki sendiri ... Astagfirullah al azim...

Akhir2 ni kita dok sibuk tengok World Cup kan? hah...main game pun boleh nyambil2 tengok bola kan? eh sakit hati plak joyah nengoknya.. Dari kita sakit hati baik kita buat sesuatu supaya hati kita tak sakit. hahaha..

Cadangnya, joyah nak basuh langsir . Yelah sejak lahirkan si Dani tak pernah la joyah basuh.. rasanya dah bertimbun habuk kat langsiur itu. So joyah mintalah tolong husband joyah bukakkan langsir. Pastu takkan nak biar sliding tu bogel kan? kena lah ganti langsir yang bersih.. so dari situ lah joyah minta tolong dia masuk pin cucuk tu kat langsir... nyambil2 tu tengoklah dia world cup. Pepagi buta ko, tukar langsir...

Cekal sungguh orang itu menyucuk. Sonang yo tu...

muka ada sinyummmm..Ikhlas ke tak laki aku tolong ni? hehe

Nyambil2 tu, bleh tengok world cup kan?? tak susah duduk je dan tangan saja yang berjalan.

Itulah serba sedikit, rutin joyah dan husband. Alhamdulillah, Dapat suami yang boleh bantu joyah.. tak minta semua, dapat sikit2 pun jadilah. Sebenarnya selalu je dia tolong joyah, buat apa2 pun bersama. 

Lelaki sekarang tak macam lelaki dulu, dah pandai berdikari. Dan dari sini jugaklah kita sebagai isteri jangan asik ambil kesempatan atas kebaikan suami tau! nanti awak terus jadi malas...bila dah malas, mula la si orang itu ehem..ehem...  So. kena la buat sama2 dan tanggungjawab sebagai isteri janganlah lupa...Betulkan?? kalau tak betul , korang kena jugak angguk kepala satu kali.

ok baiiii



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...