Sunday 17 April 2016

Mascara Terbaik (Duoya)

Assalamualaikum semua,

Siapa sini suka pakai mascara??? pakai tebal-tebal suka tak? Kalau tanya kak joy , orang pertama angkat tangan. Kak joy suka main makeup-makeup tapi kalau pergi office tidaklah sampai pakai bedak tebal-tebal siap pakai falsies lagi. BIG NO for me. Kak joy ni dah la dealing dengan ternakan, mau pengsan la depa tengok kak joy. Buang tebiat katanya!!!!

Tapiiiii bila ada Mascara Duoya ala-ala bulu mata Che' Ta ni terus kak joy macam WOW!! Tak perlu pakai Falsies kot untuk nampak besar mata tu. Paling penting 'Wudhu Friendly". Korang mesti pikirkan macam mana nak solat bila pakai mascara?? nak kena bawa makeup remover la pulak baru boleh hilang kan??? kalau tak hitam mata ko macam panda sesat. Kadang-kadang tu terpaksa buang saja niat nak pakai mascara untuk keluar. Betul tak?? Macam mana nak cantik??? Kali ni, korang dah takda masalah dah. Mascara ni pakai banyak mana pun tak timbul masalah malah korang nampak lagi cun dari sebelumnya. Mascara ni basuh dengan air je, terus tanggal. Suka sangat pakai mascara ni. Itu sebab kak joy kata ia adalah mascara terbaik buat kak joy.

Abaikan kening serabut tu. Pandang je kat mascara tu.


Ni pakai sikit je, kalau pakai banyak lagi ni lagiiiii antek.


Mana nak beli mascara ni? Senang je. Sesiapa ada IG/Instagram boleh search : makeup_blues
FB: Diandra Blues. Harga mascara ni RM55 je. Apa lagi?? pergi terus tengok atau cuci mata barang-barang makeup diorang. Yang Pasti Original!!!





Wednesday 6 April 2016

Makeup cara kak joy


Assalamualaikum semua,

Alhamdullillah, tengah ada masa ni, kak joy nak update sikit aktiviti terkini kak joy. Amboiiiii, terkini sangat. Dah lama kak joy tanam niat nak belajar makeup ni. Akhirnya tercapai jugak. Asalnya, adik bongsu kak joy la yang beria nk belajar semua ni. Dia pun mengajak kak joy skali dan terus terjebak. bahahahahaha.... dahla membuyung budak tu, beria nau2 nak belajar. Pergi dah la tak bawa buku. Cikgu tu ajar bukannye nak tulis. Katanya, otak dia boleh simpan. ok fineeee. kak joy dah tua sebab tu tulis dalam buku. Bila ujian praktikal, sibuk tanya kak joy, lepas ni letak ape ye??? pastu2 apa eh?? hek elehhhhh kata otak boleh simpan?? bahahahha. Akak ko yang tua ni jugak ko tanya. lain kali bawa buku. Bayar ratusan ringgit, ilmu kena simpan. Korang!!!! makeup bukannya senang seperti yang disangka. Huishhhh payah wei ....kena rajin buat homework dan kena kreatif. Dapat basic Advance to Pro dah ok dah. Cuma nak makeup orang tu, kadang2 hasil tak sama. Ia semua bergantung pada jenis kulit orang tu...kening orang tu....itu semua kena pikir. 

Insyallah dalam masa terdekat ni kak joy masuk kelas makeup lagi untuk dapatkan sijil. Nak belajar betul2. Yuran bayar mahal2 kena guna sebaik mungkin. Buat duit betul orang yang dah pakar makeup ni. Kak joy teringin nak ajar orang tapi not now, biar penuh ilmu dulu baru bleh cerita kan???

Ada masa kak joy buat practice kat rumah. Tu pun tengok keadaan dan suasana anak2. Orang nak makeup, dio pun nak makeup...risau bila anak laki sibuk nak make up... hahahah

Korang!!! kak joy nak cerita sikit pasal harga makeup servis kak joy ni. Kak joy cuma minta, jangan la korang request harga makeup below 100 atau below 50. Takda la dik...payah kak joy nak kira2 nanti. Bukan apa produk yang kak joy pakai memang boleh tahan juga harganya. Bukan cakap nak menunjuk, tapi kak joy kena beritau jugak. Kak joy tak suka nak tunjuk2 produk yang kak joy pakai tapi bila orang tanya kenapa price mahal ? sebab jenis brand yang kak joy guna. Tapi price yang kak joy kenakan kira paling murah dah, sebab kak joy tahu kak joy newbie. kalau MUA lain, tak dapat dik oi. MUA yang profesional, diorang minta 700 at least. Tak tipu sebab kak joy pernah guna servis diorg.

kak joy nak kongsikan pengalaman kak joy dengan sorg customer ni. Dia whatsapp kak joy. Macam2 plak permintaan dia. kak joy pun layan je lah. ada satu ayat tu dia beritau, dia nak make up simple2 je. Tak nak tebal2. Ok kak joy layan lagi...lepas tu dia nak budget dalam RM20. Allahhhhh, kak joy diam jap. Kak joy cakap , kak joy tak buat servis RM20 ni dik. Dik apa yang adik tengok dalam gambar tu memang nampak natural dan simple tapi sebenarnya bukan simple yang disangka. Susah sebenarnya nak makeup sesorang untuk nampak natural menggunakan foundation dan nak dapatkan blending yang betul. Kalau tak betul blending dia, bukan nampak natural tapi nampak macam badut. Eyeshadow pun kena blend dgn betul. Kang nampak macam panda. Kak joy makeup nmpk macam natural tapi coverage tu penting utk tutup noda dik. Klu jenis yg berjerawat batu tu, lagi kena byk coverage dik. Maaf kak joy terpaksa kena paham kan korang. Kak joy buat bisnes untuk cari makan. Kak joy paham semua orang nk cantik, nk cantik kena guna produk yang betul2 dapat membantu kita utk jadi cantik. Macam mana la kak joy nak makeup RM20 kalau minta gaya makeup tu macam Uqasha/Ayda jebat?? hadoiii tepuk dahi kak joy. Takkkk, kak joy tak marah cuma beritau je. kak joy bukan pilih bulu , langsung tak. Kak joy tahu, kak joy masih newbie dan masih belajar lagi tapi itulah hakikatnya. kak joy kenakan price yang affordable sangat. Kalau tak nak kak joy makeup, insyallah kak joy akan buat kelas makeup dan grooming skali. Rate insyallah very affordable. Pastu korang dh boleh make up sendiri. Itu impian kak joy nak buat studio sendiri dalam rumah. Nak buat tempat photoshoot. wahhhhhh berangan sangat...tengah usahakan.



Ni, acah-acah letak mascara....hahahaha


Ni plak acah-acah pakai lens. Aduiiii payah betul bila pakai lens ni. kejap-kejap berkedip mata. sekali ni je lah kak joy pakai.

makeup ni nampak simple tau tapiiiiii bila buat makeup tak simple. Ni pun baru acah-acah je ni.



Sisi tepi....dibalik langsir.


Adik kak joy merangkap model sementara. 

Kawan kak joy Ila jadi sedia jadi model

Before and after

Nak sangat muka macam mirafilzah. Eh tak sama pun??hehehe

Inilah dia makeup cara kak joy. Biar kita berguru dengan ramai sifu makeup tapi buat la sesuatu tu dari hati kita sendiri. Minat membantu kita untuk lebih mendalami dunia makeup. Buat la makeup ikut cara sendiri dan jangan la terikut-ikut cara MUA lain sebab tak semua muka orang dapat hasil yang sama. Matlamat kita untuk tambahkan kemanisan muka itu sendiri.

ok sayang



Monday 28 March 2016

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum semua,

Ya Allah, lamanya kak joy tak menaip. Sejak kes kak joy dulu terus kak joy terus stop kejap menaip. Alhamdulillah.....semuanya berjalan dengan baik. Kesihatan kak joy pun dah semakin pulih walaupun belum cukup kuat lagi.

Kak joy bersyukur atas ujian yang Allah beri... Setiap ujianNya, banyak hikmahnya. Kalau tak jadi insiden sebelum ni, kak joy tidak sekuat sekarang. Sekarang kak joy tiada pilihan selain terus kuat membesarkan anak-anak. Ada ketika tu, lama jugak kak joy tenung muka aimin. Macam2 pikir dan macam2 perasaan. Mengalir jugak airmata kak joy. Ada ketika tu, kak joy mudah rasa takut....rasa trauma dan lemah semangat. Bukan dibuat2 tapi ia datang dengan sendirinya. Agak sukar bergelut dengan emosi dan perasaan. Perasaan tu datang tiba2 dan menggangu fikiran kita. Tiba2 jadi mudah marah...panik tak tentu pasal....takut yang bukan2. Ya Allah, Dia uji kak joy lagi... Kak joy tiada solution, hanya mampu angkat tangan dan berdoa agar setiap urusan kak joy dipermudahkan. Nangis la puas2 depanNya. Orang lain tak boleh bantu. Dia sahaja yang boleh bantu kita. Orang lepas bersalin perlu banyakkan berzikir..berzikir selagi ingat, selagi mampu. Itu sahaja kekuatan yang kak joy ada.

Korang pun tahu, kak joy dah menceburi bidang2 makeup ni. Tiada tujuan lain kerana ia sekadar minat. Dari minat tu la kak joy cadang nak buat makeup service. Kak joy masih newbie, belum pakar. Tengah cari masa sesuai untuk belajar makeup lagi untuk dapat sijil. Skang kak joy tengah sibuk nak cari model yang boleh follow kak joy untuk kelas nanti. Sukar nak cari sebab kak joy perlukan komitmen dia. Sedia untuk tadah muka.  Kalau dapat yang bujang lagi bagus. Lagi satu dia pun minat tentang makeup2 ni. Ni kira nak cari model yang tak berbayar. hehehe....dah expert nanti kak joy akan cari model yang berbayar. Senang kan?? nak gak cari kawan2 untuk model kak joy tp masing2 ada komitmen keluarga . Payahnye.

Sekarang ni kak joy nak buat apa yang kak joy minat. Gunalah masa yang kita ada ni untuk buat perkara yang boleh gembirakan hati kita. Jangan habiskan masa kita dengan menangis...merintih dan bersedih sebab ia tak beri apa2 kesan yang positif pun pada kita.

eh tak tau nak cerita apa dah...nanti sambung la ya,,


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...