Thursday 14 February 2013

Evitaperoni di JPO, Johor

Jap....nak letup-letup tangan biar kembang sikit jari jemari ni. Biasalah, selesai je buat kerja-kerja rumah, kenala luruskan semula otot-otot dan tulang-tulang yang hampir reput nih. Reput??? baru umur 30 an beb! akak tak nak kena penyakit tulang....hehehe. Suka sangat ya.....

Today, saya nak sambung balik story kami sewaktu bercuti di Johor tempoh hari. Seperti yang dijanjikan oleh husband, kami ke JPO ( Johor Premium Outlet). Ini bukan pertama kali kami ke JPO, mungkin ketiga kali kot. tapi waktu tu, mood nak shopping takda sebab kepenatan selepas balik dari Singapore. Tapi kali ni semangat tu lain sikit.. hangat je jiwa ni nak bershopping. bukan sehangat asmara okkkk...

Sewaktu kami ke JPO, sememangnya ramai gila orang bershopping kat sana. tak kira la, cina ke...india ke...melayu semestinya ramai..tu pun termasuk Singaporean. Elok sangat la tu, orang kita bershopping ke singapore...orang dia shopping ke johor...that's life kan???

Tanpa membuang masa, saya terus bawa anak-anak ke Evitaperoni dulu. This brand sangat menjadi kegilaan saya sejak universiti lagi. Disebabkan harga yang sangat mahal terpaksa kumpul duit untuk beberapa bulan. lupa pulak, kalau yang belum tahu tu, this brand jual getah rambut, scarves, head band, sepit rambut, sikat...banyaknya...



tangkapan saya
 Pengalaman saya menggunakan produk ni adalah sangat berbaloi sebab ia bertahan selama 10 tahun...percaya tak?? kenapa 10 tahun?? sebab ikat rambut tu dah hilang...kalau jumpa balik mesti tahan sampai sekarang. Penjagaannya tak susah cuma basuh dengan sabun je. celup..celup..


Headband, selesa di pakai dengan harga RM70 lepas 30% diskaun

Scrunchies yang kat belakang tu RM42 lepas 30% diskaun.

 Sebenarnya korang boleh pakai benda ni pelbagai cara. sengetkan headband agar tampak lebih menarik.Tapi saya ni kan mak orang,nak bergaya lebih-lebih pun memang tak dapat la...mana yang sempat la kan. Produk ni bukan nak promote suruh beli cuma nak share bahawa produk ni berbaloi kalau kita jaga dengan elok. Saya kena tunggu 5 years lagila, baru boleh membeli lagi barang ni. yang lain pakai aja getah RM2.

siap ada beg poncot lagi.sukaaaaaa


cantik dan berbaloiiii

Apa lagi tunggu? jom shopping!
 

JB pilihan kami

Pada cuti raya cina yang lalu, kami sekeluarga ke JB untuk bercuti. Itu pun keputusan last minit sebab pada awalnya, kami bercadang hanya nak duduk dirumah saja. Tapi entah kenapa, mood holiday tu tetiba datang dan terus cakap kat husband " jom ke JB?", apalagi tanpa berpikir, keesokan harinya terus kami anak beranak berkemas. Excited bukan main, si bujang sorang ni dah tak sabar sampai merajuk nak keluar rumah.

mengengek tak sudah
Selesai je berkemas, terus gerak tanpa henti sebab dah tak sabar nk jumpa adik dan ipar kat sane. Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jua ke destinasi. Sampai sana pun dah petang, kami cadang nk ke Aeon Tebrau. nak shop-shop ape yang patut. So, sempatla cek abang ni membeli wallet baru. mana taknya, wallet hadiah kahwin dulu dah rabak. dah 3 tahun uuuuu, mana tak rabakkan..tu apa maknanya? duit terlebih atau lebih kad cosway? hahahaha...so, ini la wallet barunya...bagi saya berbaloi, alah membeli menang memakai.

Dari Massimmo Dutti ke Braun Buffel

Selesai je membeli, perut memasing dah lapar sesangat. Drop la sekejap ke satu restoren ni..apa namanya ye? haaa, black canyon. konsep lebih kepada fusion food. makanan sedap, kira tekak ni bolehla nk menelan kan! so, kalau korang sempat ke Aeon Tebrau, singgahla ke restoren ni. Memang sedap! ceh, promo tak berbayar.



Barang husband dah beli...makan pun sudah...sendawa pun sampai 3 kali dah...saya punya barang tak beli lagi?? macam mana?? nak shopping jugak! ayat tak menahan, husband pun cakap "esok kita pi JPO ya?" wahhh terus senyummmm meleret...nak cerita yang seterusnya? kena tunggu esokla ya, jari jemari manis ni dah lenguh. tengah malam nak menetek anak pulak..good nite semua!



Wednesday 13 February 2013

Bukan mudah menjadi blogger

Alhamdulillah, syukur dapat menulis lagi. saya baru saja selesai menguruskan anak-anak. Akhirnya mereka dah diulit mimpi. harap mimpi indahlah...kalau mengigau payah jugak.

Sebenarnya saya baru saja belajar menulis blog ni.kenape nak menulis dalam blog? itu lah persoalan yang sering bermain di fikiran.sebab nak 'glamour'? nak famous?. kalau itu sebabnya baik tak perlu menulis sebab bukan senang tau. Bagi saya menulis bermula dari minat kita dan ingin berkongsi pelbagai perkara bersama pembaca atau kawan-kawan kita. Apa yang nak dikongsikan tu? kalau kita baca blogger orang memang macam-macam. cerita pasal masakanla...kecantikan la...pasal anak-anak la... memang syok bila baca. Bagi saya, memang menenangkan.

Bagi saya, bukan perkara mudah untuk menulis sesuatu cerita  yang boleh menarik pembaca.sesetengah tu memang syok sendiri. kadang kala terasa diri ini pun macam syok sendiri. tapi tak ksahla kan sebab saya pun masih baru dan masih belajar. Saya mula menulis sejak awal tahun 2011 kot. memang tak ingat tapi ia hanya sekadar suka-suka. sekarang ni barula nak giat menulis sebab banyak masa lapang sepanjang bercuti 3 bulan ni. Orang lepas bersalin dapat pula cuti 3 bulan mmg syok habisla...ini la masanya untuk saya berkongsi pengalaman yang tak seberapa bersama pembaca dan kawan-kawan.

Menjadi penulis ni perlu meluangkan masa yang lebih dan perlu bekerja keras untuk memastikan cerita tersusun dan menarik. Itu adalah tips yang diberikan oleh blogger sorang ni tapi orang macam saya memang takda masa,tambahan pula bila dah mula kerja nanti. Time kerja, sememangnya sibuk dengan binatang kesayangan diluar sana. lembu, kambing dan ayam menanti dan sangat memerlukan servis saya. Tapi bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih..betul tak?

lagi satu, dugaan juga bila kita tak berapa mahir tentang IT.buta IT la katakan..sebab tu memang agak slow nak update blog. tambahan pula guna ipad...macam hampehhhhh...menciiiii. apa-apa pun ini la permulaan saya yang penuh cabaran.

gaya berfikir...tak menahan

khidmat ku diperlukan sewaktu berpantang

Salam semua, kembali lagi setelah beberapa hari tak update blog. Saya sibuk menguruskan anak-anak yang masih kecil dan agak lasak. Bermacam kerenah nk dilayan. macam mana pun saya puas menjadi seorg ibu kepada 2 orang anak saya yang sangat comel.

Selepas melahirkan anak kedua pada 12/12/12  (peh! tarikh keramat), macam biasalah kan setiap ibu mesti melaui proses berpantang selama 44 hari. sebelum bersalin memang nak tanamkan semangat untuk berpantang betul-betul kali ni. tp akhirnya, perancangan saya tidak kesampaian. aduhaiiiii...selepas je 2 minggu berpantang, badan semakin sihat dan hampir pulih.kiranya bolehlah nak mandikan anak.bila dah anak 2 ni, tak semua benda nak diharapkan mak yang jaga. kena jugaklah berdikari untuk jaga diri sendiri dan suami. kiranya memasak semua tu settle la. tp mama tetap jaga saya seperti biasa orang berpantang walaupun tak sepenuhnya macam orang lain.kira untungla siapa yang menjalani proses pantang tu hanya duduk saja dan menyusu anak. tapi kali ni, sakit-sakit badan memang dah takda dan tak sama seperti anak pertama dulu.mana taknya, supplement yang perlu diambil tak pernah diendahnya.alhamdulillah syukur sangat badan sihat sebab banyak ambil supplement Shaklee kali ni.tak sangka kan? dengan izin allah saya sihat sedia kala.

Masa berpantang, saya dipanggil oleh setiausahaku (Puspanita Gemas) untuk buat mesyuarat agung dengan segera sebab ada beberapa perkara perlu diusul ke peringkat atasan untuk dibincangkan. jadinye terkocoh- kocoh la saya nak buat persediaan walaupun hakikatnya bukan saya yang buat. Just duduk, chair je meeting. kiranya dalam pantanglah nak pi meeting ke Gemas. memang dasyat tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilunaskan. kalau tak memang kena sembur dengan husband.

sebelum nak bermeeting, mestilah buat persediaan diri. Takkan nk pakai pilis dan rambut bertoncet plakkan?? so saya sempatla ke salon rambut dan buatla ape yang patut. Dalam masa yang sama grab je baju yang agak2 longgar agar tak nampakla lemak-lemak yang tersembol tu. sebenarnya agak segan bile dalam berpantang, kita ni melaram macam orang tak berpantang. kalau orang tua-tua dah bising sampai bingit telinga ni.but my mama really understanding,dia memahami walaupun kadang-kadang dia ada jugak membebel."Julia, letak minyak kat badan tu..biar panas..." itupn jarangla nak buat..angguk-angguk jelah tanda setuju.


Baju lama tapi kira oklah, warnanya ikut warna puspanita

rambut dah siap


Selesai je meeting, sempatla melaram kat bilik ofis husband, kiranya macam boss boss la kan...perasan betul...berangan takpe, jangan kekwat sudah.


siap posing dengan gaya menulis...perasan lagi aku ni..

so, moral of the story kenala pantang betul-betul selagi diri anda tidak diperlukan oleh mana-mana pihak.Saya terpaksa dan terpaksa memenuhi tanggungjawab yang telah diberikan.apakan daya....Alhamdulillah tiada bentan, balik je rumah trus cari kain batik dan getah toncet.

Kelegaan akhirnya.


Hampir seminggu menjaga anak2 tanpa bantuan sesape. Husband Mcm biasa kerja yang tiada kesudahan tambahan pula dgn bantuan kewangan 1 Malaysia ni...selagi x selesai, mmg lambatla dia balik. So aku Dan anak2 je  yang tinggal Dan jagala diri masing2.hahaha... Pengalaman menjaga since seminggu yang sudah sgt huru hara...mana taknye, yg sorg ni melolong nk digendong aje...yang si abg pulak beyakkk...bukannye ble tgu lama2, mmg terbaraila yak-yak dia. Klu nk cerita panjang lebar apa yg berlaku mmg xde kesudahannye.

Mlm td, si adik Daniel, senang sket tdo...kiranya dapatla nk luruskan kaki yg dh kembang ni...nk melaram dengan baju baru pn x sempat...muka pn mcm tak siap...kiranya x sempatla nk berhias bagai. Agak2 bilala agaknye utk treat diri ini...pi spa ke...scrub ke....hmmmmmm....

Pagi ni uruskan anak2 sgt teratur dan setakat ni xde masalah. Mana taknye, dh training selama seminggu dan akhirnya aku berjaya menumpaskan anak yg payah nk tido ni...kejenye main aje...habis pinggan mangkuk ditelangkup kat muka adik dia. Hahaha...yg si adik,muka Mcm xde ape2 je..nangis pn tidak...suka pn tidak....blurr je bile mangkuk tu letak kt muka dia... Hah tgk si abg long yg akhirnya selamat diulit mimpi tanpa menggunakan ape2 tools pn.heeee..tp sofa ni jgk yg dia suka tido.tak ksahla nak, janji ok tido...ptg2 sket baru bgn ye.


adik beradik tido sesama...


Tuesday 5 February 2013

Penampilan dulu dan skang

Hah...maii...maiii...cek nk habaq maiiii...keluar slang perlis i...i bukan org perlis tau tp pernah dok perlis time kecik2 dulu. kiranye dalam 3 thn gitu..bile nk pindah pahang, puasla nk mengubah longat dr perlis ke pahang...hahaha....i asal org johor...nk suh i msk laksa johor jgn harap la...pemalas katenye!!

ni nak cite sket psal penampilan ku yg ntah ape2 ntah..tp mmg agk beza sket time muda-muda dulu dan sampai la niiii..dr segi rambut mmg suka sgt ubah dari merah, purple, blonde...oppss belum lg..hahahaha...itu semua zaman kegemilangan i pd tahun awal 2003 hingga 2007 kot..tp skang akak dh agak berumur tak bleh la lg buat rerambut gitu lg...pengsan laki aku... anyway my husband sgt la sporting dan sgt updated sketla...kiranye openla bile bini dia nk melawa sket..bukan ape,org laki ni suka tgk benda yg lawa2...klu muka akak ni mcm mak enon, mmg memanjang komplen jelah kan...tp i suka laki yg berterus terang...tak suka, ckp je tak suka..klu suka...senyummm meleret. that's my husband...love u...acecehhhhhhh...

nak tunjuk sket gamba doluuuu-doluuuu tp gambar ni time tahun 2010 kot, aku pn dah lupa.tp time ni color2 rambut tak buat dah sebab takde masa nk melawa. mana taknye asik mengadap binatang je..ahahaha. asik tergelak je akak ni kan?? kelasss ko jahhhh


Time ni suka ikat je rambut sbb rambut byk rosak

Ni dia rambut ombak rindu...hahaha
time majlis Puspanita Kebangsaan
Yang td tu gambar zaman tok naduk...gambar skng ni tak tau la zaman ape lg. tp msh ingin mengekalkan color2 rambut but kali ni nk color manje2 gitew...but my husband really like it.hahaha...janji dia suka, org lain tak suka ade aku ksah??? ye dak?? i ni cool je, dalam hidup kita ni ade org suka dan ade yang tak suka..bg akak, mmg tak ksah sgt.benda baik...serap dlm otak... tak baikkk??? lariiiiiiiii
terkini

new me



Gambar yang terkini ni mmg belum mandi lg... tak sempat nk amik gambo yg kemas...takpe yg penting  korg tak baukan??
 Okla, need to stop for a while...my kids semua dah bangun...kang sebok la nak berblog skali...

Monday 4 February 2013

Mesy Agung Puspanita 2013

Salam semua... Muncul balik utk update blog yg masih baru ni but today I nk kongsi sket tentang program yang I hadir smlm...even msh dlam bercuti bersalin tp kehadiran I amat diperlukan demi menjalankan tanggungjawab dan amanah...agak lama jgk I x bersosial sepanjang pregnancy tempoh hari...Segala aktiviti yg dirancang agk lambat nk dilaksanakn sbb kesihatan time tu x mengizinkan. So, lepas je pantang...tempoh recovery pn dh selesai..badan pun semakin sihat berbanding  dulu...alhamdulillah..... Byk jgk I amik supplement Kali ni...Demi nak cargassss...

Semalam sempatla menghadiri mesyuarat agung puspanita kat bangunan NCWO..bangunan yg digunakan bagi persatuan wanita2 ni...Nama penuh x igt tp igt lagi dulu2....Wanita dari NCWO mmg kelasssss....group koir diorg...perghhhhhh...mmg best..average umur 50 keatas...hebat kan...

Keadaan mesy agung smlm,biasa aje dong....tp yg paling syok dpt jumpa kawan2 yg dh lama x jumpa....siap peluk2 cium lg...wlpn umur ku jauh bezanya dr diorg tp kenala pandai bwk diri kan???? Kat sini I nak share sket gambar yg I amik...

Bersama org kuat saya, Puan hasnah salah sorg AJK di Gemas


Bersama wife -wife DO



 
Cantikkan uniform kitaorg? Kali ni sgt cantik banding dulu...Mcm pale sgt warna dia...yg ni...agak semangat sket warna , baru serlah keayuan Dan kekuatan Wanita.....acecececehhhhh...ok setakat ni je Penulisan ku....anak kat sebelah dh kenyit2 mata dh...bangunla tuuuuuu.....nnt sambung balik ye. Dadadada.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...