Thursday 14 February 2013

Evitaperoni di JPO, Johor

Jap....nak letup-letup tangan biar kembang sikit jari jemari ni. Biasalah, selesai je buat kerja-kerja rumah, kenala luruskan semula otot-otot dan tulang-tulang yang hampir reput nih. Reput??? baru umur 30 an beb! akak tak nak kena penyakit tulang....hehehe. Suka sangat ya.....

Today, saya nak sambung balik story kami sewaktu bercuti di Johor tempoh hari. Seperti yang dijanjikan oleh husband, kami ke JPO ( Johor Premium Outlet). Ini bukan pertama kali kami ke JPO, mungkin ketiga kali kot. tapi waktu tu, mood nak shopping takda sebab kepenatan selepas balik dari Singapore. Tapi kali ni semangat tu lain sikit.. hangat je jiwa ni nak bershopping. bukan sehangat asmara okkkk...

Sewaktu kami ke JPO, sememangnya ramai gila orang bershopping kat sana. tak kira la, cina ke...india ke...melayu semestinya ramai..tu pun termasuk Singaporean. Elok sangat la tu, orang kita bershopping ke singapore...orang dia shopping ke johor...that's life kan???

Tanpa membuang masa, saya terus bawa anak-anak ke Evitaperoni dulu. This brand sangat menjadi kegilaan saya sejak universiti lagi. Disebabkan harga yang sangat mahal terpaksa kumpul duit untuk beberapa bulan. lupa pulak, kalau yang belum tahu tu, this brand jual getah rambut, scarves, head band, sepit rambut, sikat...banyaknya...



tangkapan saya
 Pengalaman saya menggunakan produk ni adalah sangat berbaloi sebab ia bertahan selama 10 tahun...percaya tak?? kenapa 10 tahun?? sebab ikat rambut tu dah hilang...kalau jumpa balik mesti tahan sampai sekarang. Penjagaannya tak susah cuma basuh dengan sabun je. celup..celup..


Headband, selesa di pakai dengan harga RM70 lepas 30% diskaun

Scrunchies yang kat belakang tu RM42 lepas 30% diskaun.

 Sebenarnya korang boleh pakai benda ni pelbagai cara. sengetkan headband agar tampak lebih menarik.Tapi saya ni kan mak orang,nak bergaya lebih-lebih pun memang tak dapat la...mana yang sempat la kan. Produk ni bukan nak promote suruh beli cuma nak share bahawa produk ni berbaloi kalau kita jaga dengan elok. Saya kena tunggu 5 years lagila, baru boleh membeli lagi barang ni. yang lain pakai aja getah RM2.

siap ada beg poncot lagi.sukaaaaaa


cantik dan berbaloiiii

Apa lagi tunggu? jom shopping!
 

1 comment:

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...