Friday 30 August 2013

Kurus masih lagi rasa gemuk?

Assalamualaikum,

Sorry semua, baru arini joyah sempat untuk mengarang. Sebelum ni joyah bz ya amat...al maklumlah joyah skang masih berulang lagi dari seremban ke jempol. Sememangnya tiada masa yang sesuai untuk apa apapun. Malam pun joyah dah hanyut diulit mimpi. Anak dah tido joyah pun lolap.

Disebabkan masa yang amat singkat dan dalam masa itu jugakla banyak benda nak di kejar. So termasuklah jadual aerobic joyah tergendala seketika. Joyah tahu ramai yang rindu joyah kat kelas tu...joyah pun rindu tau cuma bontot ni malas nak kesana kerana penat itu lebih menguasai diri. Tengok kak nanie dah bersemangat dengan kelas aerobik dia. Insyaallah lepas ni group puspanita jempol plak.

Kali ni joyah nak share sikit tentang pengurangan berat badan joyah yang agak byk. Oh makan pil kurus?  Tidak! Joyah tak penah amalkan itu. Alhamdulilah,  berkat bulan puasa yang lalu, joyah turun 7kg dari 67kg. So skang 60kg. Oh masih berat lg di situ. Tapi takpe joyah tidak stress.

2 minggu sebelum nak raya, joyah cuba ubah diet joyah dengan ambil herbalife.  Ramai cakap mahal... ya memang mahal. Tapi joyah tak ambil set yang banyak itu ya. Cukupla untuk teh dan shake saja. Untuk makluman korang, joyah ada masalah usus. Kiranya  sembelit la...kalau nak memerut tu kena tunggu la 5 hari. Oh sangat azab...tak baik kan simpan toksin lama2 dalam badan. So...joyah rasa semakin takut sebab dengan sembelit la kita boleh tahu bahawa ia merupakan petanda awal untuk jadi kanser. Eiiii seram mak hencikkk.
Sejak mengamalkan sehingga skang, Alhamdulilah badan joyah semakin energetic. ..tak mengah2 lagi nak buat kerja di lapangan. Oh sembelit tiada lagi...syukur.

Skang ni joyah belum timbang berat lagi, tak tau macam manala keadaan diri ini. Redhooo ajelah joyah ya.

Ramai kata joyah dah kurus... "eh, ju ko dah kurus sket". Eh yeke? Terima kasih ya.

Tapi korang yang dah kurus tu...cantik...body mengiurkan...dan bila orang kata , eh cantik ko skang, kurus lagi...". Please ya, cakap ' terima kasih,dan say syukur...jangan cakap " eh mana ada ? Ada lagi lemak...aku rasa gemuk sangat...oh jangan begitu,  people adore your body that's why diorang puji..

So, sayang diri anda dan mula la jaga diet ya. Kalau badan sihat, insyaallah kita dapat berikan yang terbaik untuk anak anak dan keluarga. Insyaallah. . .

P/s: no picture kali ni...saja je...renungan dihari jumaat.
Lagi satu, pengambilan herbalife bukan semata untuk kurus. Tapi kalau makan dah bergantang, herbalife tu pun tiada guna. Habis duit korang jelah.. so food intake kena jaga. Ok lah baiiii

Saturday 24 August 2013

Bawa RM50 untuk shopping sangat cukup!

Hohoho...arini joyah saje je nak share ngan korang pasal nak pi shopping ni. Orang pompuan kan suka shopping,  jadi boleh lah joyah berkongsi sket. Semuanya bergantung pada kita aja.

Korang cubala bawa RM 50 sahaja untuk pi mana2 mall. Target apa nak beli dengan duit banyak tu. Joyah target nak beli baju je. Tapi tak taula, ada ke baju yang harganya bawah RM50...kita hentam saja labu. Itu  KPI joyah!

Joyah senang je, pi Aeon jusco dekat ngan umah je pun. Masuk je terus pi bahagian orang pompuan. Belek punya belek...eh dah jumpa! Harga asal baju RM89 tak silap. Dapat diskaun jadi RM20 uolsssss...lap peluh jap...rasa macam nak cari lagi tapi pikir balik,  'aku hanya ada RM50 je, kang dah beli baju ni, tinggal 30. Ohhhhh stop ya joyah. Jangan membaziorrrr....

Biasalah, lepas shopping mesti nak makan2 kan...so, joyah tarak hal. Pi je food court diorang.. spend RM10 je untuk mamam. Tu pun dah kira banyak jugak tu. Haha...tu dia..

Oh joyah ada baki 20 lagi. Nak buat ape weiii? Isi minyak la uolsssss...dan terussss balik...

Hah ini la baju yang joyah beli...yang penting joyah selesa...

Korang pula bagaimana?

Segalanya tidak terkawal

Oh...2 3 hari...pemakanan joyah agak serabut sket... awal raya aritu, boleh kawal lagi cuma sejak2 ni payah weiiiii...

Ramai orang tanya, joyah diet ke? Haha...diet tu bukan tak makan langsung ya, diet tu lebih menjaga pemakanan yang lebih seimbang. Tapi lebih bagus kalau amik amount yang ala2 je. Jangan over nak makan lebih.

Jadual pemakanan,  joyah tetap amik nasi waktu tengahari je. Malam makan pisang je ko.. Sejak bila joyah jaga makan ni? Oh sejak joyah sedar yang badan joyah agak berat pastu nak jalan pun sakit lutut. Hah itu tandanya hampir obes. Alhamdulilah berkat bulan puasa,  joyah berjaya turunkan berat sebanyak 7 kg. Banyak kan? So, memang kena amalkan berpuasa baru dapat kurus.

Tapiiiiiii sejak2 ni, joyah tak dapat nak kawal sebab bulan ni, bulan open house ...so kena juga participate kan....anak plak suka makan tak habis, so joyah la tukang habiskan..sayang bila tengok makanan buang gitu je.

Skang ni slow2 amik tune balik macam dulu. . Mudah mudahan Allah permudahkan. ..insyaallah. ..

Thursday 22 August 2013

Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Wednesday 21 August 2013

Nak juga Big Eyes

Bila mata menjadi besar, mata tu akan jadi cantik ke? Joyah suka tengok kalau ada gadis yang pakai lens yang big eyes ni. Nampak cantik je. Tapi tak semua orang yang pakai lens macam ni sesuai dengan kita. Ikut jugak diameter lebar lens tu. Kalau jenis sepet ya amat, dah macam ju on la mata kita tu. Seram nok...

Nak jugak kan? Teringin uolss...beli la sepasang yang boleh pakai 3 bulan punye. Setakat ni joyah baru pakai 2 kali. Pastu jadi khazanah. Orang tak biasa pakai lens ni mula la terkebil2 bijik mata. Sikit sikit letak ubat titik...nampak sangat jakunnya. Alhamdulilah, joyah ni bukan rabun punya orang.lega mak incik.
Oh, joyah rasa mata joyah ni tak kena dengan big eyes ni, mama joyah tego..." apa kena dengan mata ko tu yah?" Muka mama joyah macam pelik tengok mata cegini. Hahahaha...nampaknya orang tua joyah mula takut. So kalau orang dah takut nengok eh, maksudnya ramai lagi la orang akan takut... hamik ko joyah!

Pink itu menawan...

Pink itu menawan...tak habis2 ko joyah, pink memanjang. Raya pertama pun pink, yang lain pun tak nak kalah...nak pink jugak kan....
Joyah sangat happy kalau jumpa benda yang cantik pastu orang belanjakan!!!! Susah nak jumpa kan?

Fuh, muka penuh keyakinan bila pakai kebaya pink pegi keja. Jarang rasanya joyah nak melaram ke pejabat, al maklumlah orang keje ngan haiwan, mestilah bau busuk sket...tapi bau taik lembu menawan uolssss...tak caya cubala...hahaha...



kemain ko joyah...bagila can kat joyah ni berposing, kalau tak gendong anak je keje joyah ni.


Baju ni adik joyah belikan kat Aeon Jusco seremban 2, kitaorang sama-sama shopping. oh sangat baik ini adik hadiahkan sepasang kebaya pada joyah. thanks juju..jojo..jujut....bam..bam...(nama gelaran pada adikku yang no dua)
 
oklah, itu saja buat arini...ini draft semalam...nak publish, laptop buat hal..pftttttttt puiiii...pakai smartphone baru berjaya publish..

Tuesday 20 August 2013

Raya pertama ku 2013

Salam semua, tibalah masanya joyah nak update entry raya untuk tahun 2013. Baru arini joyah ada masa nak update. Tiada masa yang sesuai. Asik draft je, publishnye idak lagi. Raya kali ni, lebih dalam kesederhanaan. Tiada lebih dan tiada kurang. Baju tambahan raya pun takda ya. Cuma 2 pasang saja. kadang-kadang barang keperluan yang dibeli bukannya untuk dipakai tahun ni, itu semua untuk tahun depan. Itu dia, berjimat tak beragak...

Raya pertama, kami bermaaf maafan dirumah mertua joyah. Inilah keluarga kecil kami tapi riuhnya tak hengat. Joyahkan menantu, kena la cover sikit kegilaan joyah ni..so mmg control habis....rumah joyah dan mertua, dekat la sangat....5 minit drive kau... senang kan?? tak yah nak gaduh-gaduh mana nak balik raya dulu.

Inilah kami, yang sebelah joyah tu adik ipar joyah..hensemkan? hey dia single mingle ok...


Dan ini pula keluarga kecil kami, setakat ni semua hero, joyah je heroin. belum ada niat nak tambah, mungkin...itu je kot. fuh ayat sungguh klise.
ok seterusnya, masih lagi sesi bermaaf maafan..., joyah dan hubby pohon maaf pada ayahda dan bonda joyah. Sebenarnya, joyah la paling banyak dosa dengan mama joyah. Biasalah adakalanya setiap manusia tu, banyak buat silap. "Mama, yah minta ampun ya....sob..sob...yah banyak buat silap ngan mama". dush...terus nangis tak berenti, nak cakap lagi pun tak boleh sebab air mata tak henti-henti keluar. 

Baju kami sama design tapi lain plak warnanya.

Time ni si ameer plak pohon maaf walopun dia tak tau ape-ape...ibu ayah sentiasa maafkan Ameer. I love u son..eh, time ni Dani takda, buat taik mata katanya. heee tido, penat la tu.


Kemain lagi..time ni baru lepas maaf. ni tengah manja-manja la ni. jangan jeles ok...

oh, saat ini, gila joyah sudah datang...ini lah joyah sebenar. kami 3 beradik sahaja, tiada lelaki...sebab tu perangai kami semua pun macam ada kasar sketkan..tapi kami loving uollsss.

saje je letak gambar ni, ini kain batik bibik. pinjam jap nak gendong budak baik ni,..ok tak joyah jadi bibik. bibik ni mahal ok...RM8000 tu tak cukup untuk bayar tau...perasan lagi....

ok, itu sahaja....buat kali ini...boleh tahan penatnya menaip...okbaiiii

Dari somban sampai jompo..

Korang ingat si waghieh tu je yg ado lagu bortingkek..tingkek? Joyah pun ado tapi, dari somban sampai jompo...umang aih....telan air liur jap nak story kat korang.

2 minggu sebelum raya aritu, joyah agak sibuk jugakla dengan urusan keluarga. Gitu gini gitu gini, semuanya banyak hal kat somban. Dah tu? Kami decide dok je umah somban. So anak2 kami orang tua joyah jaga kat sini. Jadinya berulangla joyah dari somban sampai jompo. Bukan apa, nak dekat raya jadi senang sket la keje joyah. Takda la nk berangkut anak kesana kemari. Lagipun masa tu joyah terlibat dalam mantai perdana. Jadi, dah alang2 dah macam tu, ko duduk saja kat somban untuk sementara waktu. Sungguh azab berulang wei....salute juga kat member yang pernah berulang.

Sehingga kini, joyah masih berulang. Hampir sebulan joyah dah tak jenguk umah jompo. Apa la jadi agaknya dalam umah tu. Sempat gak jenguk kejap tadi, seperti dijangka sememangnya banyak habuk dan taik cicak. Haduiiiii....

Nak kena kemas dulu umah ni baru ble masuk.

So setiap kali nak ke opis jompo...muko pun dah cembeng...tu kalau bulan pose berulang lagi lah azab, ngantuk nok.... ape boleh buat, itu lah tempat joyah mendapatkan rezeki. Syukur Alhamdulilah. ..

Sunday 18 August 2013

Apabila joyah menjahit manik...

Jahit manik bukannya sinonim buat joyah...tapi disebabkan raya tahun ni upah jahit manik semakin mahal. Memangla mahal! Ko ingat senang ke nak buat manik ni? Ohhh joyah dah mula buat, terasa azab tau...dah lama sket tu baru laju. Manik yang joyah buat ni herot berot jadinya...baru blajala katakan...Disebabkan dengan itu, joyah pun berhasrat tahun depan, baju kurung dan baju melayu kena buat sendiri.  Itu cabaran joyah untuk kali ni.

Cabaran joyah kali ni buat baju kurung dan jahit manik tanpa pegi kelas menjahit.  Ikut buku yang harganya rm17. Gitu......entah boleh ke tak, tak tau la joyah...moga suami joyah bagila semangat kat joyah ni.

Ada ketikanya, kita kena gigih buat sesuatu benda tu demi orang tersayang. Dan pada masa yang sama, berjimat adalah penting. Joyah berkenan sungguh dengan rakan joyah, ilmiah namanya.  Joyah panggil amy ja. Tabik spring betul dengan dia.  Dah la pandai  memasak, menjahit pun pandai...hey, she's wanita berkarier ok...so, tak salah kalau kita mencontohi perkara yang boleh beri manfaat pada kita.

Apa lagi? Ini malam sambung jahit lagi...tunggu sikecik semua tidooooo.....

Friday 16 August 2013

Selamat Hari lahir sayangku

Selamat Hari Lahir sayangku.....moga sayang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa success dalam kerjaya. Itu lah ucapan yang simple buat suami joyah, tapi ia bukan sebarang simple u know... 

Walaupun time cinton2 dulu, dapat jugak hadiah ya....dah kawin ni dapat jugak cuba bezala sket....kami sekeluarga sukakan kesederhanaan. Yang penting ingat mengingati.  Kali ni kek takda sebab kami dah mula kurangkan makan yang manis manis..umur dah meningkat kenala jaga kesihatan. Seram joyah nok...macam macam penyakit skang ni.

Kalau dengan joyah ni, ntahla kurang romantik agaknya...nak beli kad birthday pun tak ingat. Last last pinjam ameer punya papan tulis ni tuk wish. Jadilah kan...janji ingat.

'Happy birthday syg'. Nak tulis panjang lagi tapi tak muat. Hehehe....

Apa apa pun, tengahari ni joyah masak nasi ayam...dah lama tak masak...

Jom kita.

Wednesday 14 August 2013

Joyah vs Anirwan (hubby)


Eh tetiba plak terasa nak buat entry pasal kami. Sekali skala kena  jugak reveal sket demi sket kisah kami. Tapi tak bleh lebih lebih...ala-ala je tau.

Karakter kami berdua terlalu banyak beza sampai orang boleh pikir macam mana kami ble hidup bersama sedangkan joyah ini..sangat bermulut joyah...klu orang nilai dari segi luaran, orang akan cakap joyah ni agak dominan..yang lain joyah taknak cakapla sebab people can say anything about us but the truth is just me n him only. Pergh 'skipping' london katako....

10 things u should know about him:

1. Orangnya manis...budi bahasa lembut
2. Orangnya kurang bercakap tapi kalau kena dengan ceritanya, rancak plak berborak.
3. Pandai menjaga kewangan..ble lantik bendahari kalau masuk persatuan.
4. Cermat dalam apa jua barang...tak kisahla barang tu murah mau pun mahal.
5. Sangat detail orangnya...kalau nak tipu resit beli barang ke, payah oooo . 
6. Suka menggunakan kuasa veto atau pun kuku besi..sebab dialah ketua kuarga.  Hahaha... dia garang ok. Joyah je yang tau..kalau dah marah cepat cepatla amik
aiyor....
7. Dia suka makan daging...
8. Suka main game...tak tau la bila nak berenti...janji awak hepi.
9. Suka tolong isteri....itu pun kalau joyah request...kalau tak, buat dek je...hehehe...
10. Sangat sayang pada anak2 tapi dia garang jugak. Takut oooo...the good thing is, garang macam mana pun, anak anak tetap cari beliau.

5 things u should know about ' joyah': eh asal plak 5 je? Cukupla kan...kang terover plak.

1.of course, joyah byk ckp
2. Cakap je lebih  tapi penakut...gayat...baru tau sejak naik kete kabel gunung matcinchang.
3. suka makanan jepun
4. Penyayang juga walaupun orang kata joyah ni mulut puaka. Hahaha
5. Yang ni sgt penting, korang yang kenal joyah mungkin tau joyah mcm mana. Tapi mana yang tak kenal tu, susah nak judge through my face. Honestly muka joyah ni agak  cenge sket, tu kata orang kedah. Kata orang biasa, muka sombong...tapi, takpe joyah tak kisah klu ade orang kata joyah ni sombong sbb muka joyah memang di lahirkan begini. Tapi dh tau muka tu jenis sombong, kena banyakla senyum...tu petua orang tv3 yang beritau joyah.

So, itula serba sedikit kisah kami....da da da....

Friday 9 August 2013

Persiapan hari raya 2013

Salam semua, arini barula ada masa nak update blog.  Ini cerita sebelum raya tau. 2 hari sebelum raya, Joyah masih shopping lagi tapi semuanya barang keperluan peribadi joyah.  Alhamdulilah keperluan suami dan anak2 time tu telah diuruskan. Tahun ni kami sambut agak sederhana.  Tiada lebih tiada kurang.   Insyaallah semua cukup. Omak eh pulak yang tak brapa nak lengkap lagi. Petang tu, selesai je bertugas di program mantai NS, terus pecut pi salon rambut buat treatment kat salon rambut jasko. Itu je tempat yang puas hati...

Buat treatment kulit kepala. Biasalah lepas je bersalin, rambut banyak gugur.
Selesai je, joyah pun laju laju balik rumah sebab malam tu acara kemuncak mantai.Time tu agak sibukla sket. Program habis pun tepat kul 12mlm. MB pun dah balik.

Malam tu siap siap gantung baju raya kami...tapi belum gosok lagi. Nak raya tu baru nak gosok. Dasar ibu pemalas. Bukan malas tapi tak menang tangan nak uruskan anak2. Itu la, serba sedikit persiapan kami sekeluarga.  Yang kecik kecik tu tak yahlah citer ya. ok baiiii...

Thursday 1 August 2013

Kurang pahala aku hari ni

Korang tau tak kenapa joyah buat entry cenggini?  Ni semua gara2 pegawai kerajaan kena maki...huish sape yang kena maki tu? Sape lg kalu bukan joyah...biasala kan, kalo kerja dah selalu berhadapan dengan masyarakat memang kena readyla telinga tu. Dah lah time bulan pose, segala iman dan kesabaran pun di campak jauh. Tapi takpe, joyah boleh sabar. Ko nak maki joyah ko punye pasal. Yang penting joyah tetap senyum tp senyum sinisla. Takda maknanya joyah nak senyum manja dengan org tu kan.....

Perkara yang kurang bagusnya, lepas je selesai proses kena maki tu maka beransur la  kami balik dengan kenderaan jabatan. Apa lagi dalam kereta tu kami sesama siap mengutuk balik orang yang maki tu tapi time tu dah jadi macam bahan lawak la kan. Hilang sekejap stress yang ada. So sampai skang joyah tergelak2 kesan dari  kena maki tu. So,  akibat mengutuk, alamatnya terkurangla pahala joyah that day.. korang jangan jadi macam joyah ya.. tak elok tu...
Jom la perbanyakkan amalan kita di bulan yang mulia ni...peace no gado...gado...


"Geng relax la dulu...mari tido rehatkan minda"kata si ameer yang kecik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...