Kerjaya

Kerjaya joyah bukan sebagai penulis blog sepenuh masa tapi joyah merupakan seorang penjawat awam yang bertugas di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan. Masa joyah untuk menulis sangat terbatas tapi ia tak pernah menjadi sebagai halangan untuk joyah untuk berkongsi pengalaman joyah dengan korang semua.

Joyah ni bukanla seorang pencerita atau story teller yang hebat cuma kewujudan blog joyah ni hanya sekadar berkongsi cerita dan pengalaman. pasti korang pun begitukan???

Ternyata menjadi blogger ni banyak manfaatnya kalau kita gunakannya ke saluran yang betul. Dalam segmen kerjaya ni, joyah nak cerita sket pasal kerja joyah sebagai penjawat awam. Korang pernah dengar Veterinar?? Haiwan?? mesti pernah dengarkan...perkataan je yang berbeza tapi maksudnya sama je. Ni nak mudahkan kepada sapa yang membaca, Secara generalnya, kerja joyah ni lebih kepada menjaga kesejahteraan haiwan termasuklah haiwan kesayangan dan haiwan domestic( lembu dan kambing).

Kerja joyah ni sangat fun...enjoy dan memerlukan stamina yang kuat sebab joyah punya kerja akan melibatkan kerja-kerja di lapangan. contohnya ke ladang ternakan, bagi consultation dan service yang terbaik pada pelanggan.


ni tengah bagi consultation..Nampak macam ngantuk jekan??

Persampelan darah...
 
Sampel darah lagi
 
 

So, itulah serba sedikit tentang kerjaya joyah yang tak seberapa ni tapi sekurang-kurangnya korang taula apa Veterinar tu kan?? tak kira apa haiwan yang kita jumpa depan mata, jangan bunuh sesuka hati...tapi kalau ular dan cicak tu korang bunuh jelah...hahaha...lembu jangan korang suka-suka nak aniaya dia tau...dia adalah haiwan kesayangan joyah...



1 comment:

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...