Wednesday 27 August 2014

Kufur Nikmat ~ Tanyalah Ustaz

Assalamualaikum,

Dulu tak pernah kesah pun program ni tapi sejak orang tua selalunya je buka, terpaksalah jugak tengok. Siap cakap dalam hati,

 "boring betul tengok program ni...rasa nak tukar je..." tangan ni terus tekan remote ke channel lain.

Tetiba mama joyah menjerit,

" Eh Yah! aku potong tangan ko tu nanti...orang pagi2 ni nak dengar ceramah, ko sibuk nak tengok nyanyi2. dah kenape??

Joyah pun terkejut babun bila ketua kumpulan sudah bising...

"Ma, terkejut orang tau...orang saje je nak tukar channel lain nak tengok apa program, nanti orang tukar channel tadi balik..

Mama joyah pun jawab balik taknak kalah wei....

" Elok tengok ni, dengar ustaz ni cakap.. apa dia cakap semua betul... kita ni selalu sangat leka..leka tengok bola la...(itu laki aku), tengok kartun laaa...(eh, anak2 aku pun kena?). Kita kena dengar semua ni, boleh perbetulkan diri.

"baik ma...."


Sejak dari itu, joyah mula la tengok sehingga sampai satu masa tu syok pulak dengar ustaz ni cakap..

Cuma joyah nak share la sket beberapa intipati dalam ceramah beliau pagi tadi berkaitan kufur nikmat.

Ada satu ayat tu ustaz ada sebut,

"kalau kita nampak orang dalam kesusahan, kita bantulah. Dalam masa yang sama kita minta orang tu doakan kesejahteraan  kita. Tapi itu dia dalam kesusahan. Tapi kalau dia dah senang belum tentu dia bersyukur dengan apa yang ada...

Tapi....

"Kalau kita nampak orang kaya, dia pula seorang yang pemurah dan rendah diri... kita ni cepat2 la minta air penawar darinya insyaallah apa jua Allah permudahkan segala urusan kita. Betapa mulianya orang begini... Agak sukar sebenarnya nak jumpa orang macam ni.

~ disitu Allah suruh kita sentiasa bersyukur pada apa yang ada.

Ada sesetengah orang tu, berkerut je muka. Muka macam ada masalah... bila jumpa orang je, muka dah risau... bila kita ajak je pi kedai makan... dia pun resah je... {dia risau, sebab kuartir orang minta duit dia...takut duit dia habis...duit dia tak cukup....} sebab tu Allah pesan suruh kita sentiasa bersedekah...bersyukur...jadi hati kita pun sentiasa senang dan tenang.

~kalau kita rasa susah hati, sedekahlah sedikit pada orang yang perlukan bantuan kita...tak semestinya dalam bentuk kewangan. Sedekah tenaga dan kudrat kita ni pun dah cukup sebenarnya. Cuba anda buat... Masyaallah! punyalah tenang setenangnya.. Joyah nak kongsi kan beberapa dugaan yang terbesar dalam keluarga joyah tapi akhirnya kami semua sangat bahagia dan tenang je. Nanti joyah kongsikan sedikit walaupun tak semua joyah boleh kongsikan.

Last sekali, joyah nak tanya, " Dalam bank ada RM10, tapi hati tu rasa cukup je..dan satu lagi bank ada berjuta2 duit tapi hati tak pernah rasa cukup. Mana korang pilih??

Oklah...setakat ini saja dari joyah. Ok bai...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak dan ayah...macam fotostat je...




Sunday 24 August 2014

Kesan bacaan Al-Fatihah setiap masa di TV3

Assalamualaikum,

Sejak kejadian MH17 di Ukraine, TV3 kerap buat bacaan Al-Fatihah. Tak kira la lepas iklan ke..sebelum iklan ke..tapi memang kerapla kan.. Dan joyah perasan ia lebih kerap bacaannya dibuat sewaktu pulangnya jenazah. Alhamdulillah...

Sebenarnya joyah mohon sangat bacaan Al-Fatihah ini dibuat sentiasa dan tidak perlulah hanya waktu2 tertentu. Kesannya amatla baik sebab anak joyah si Ameer dah pandai baca fatihah. Setiap kali keluar je kat TV dia mesti dan boleh sebut ayat-ayat tu walaupun kadang2 tu ada certain2 ayat tu disebut tak betul. Tapi joyah syukur sangat dia dah mula belajar dan ikut. Adik dia Dani pun sama... ikut je alunan bacaan tu walaupun tak pandai sebut ayat-ayatnya.

Kesannya juga bukan pada anak2 je..tapi pada joyah. Kita ni manusia tak perfect, balik dari kerja je mesti bukak cerita favourite... leka je kadang2... ntah apa la yang nak dihebohkan.. kadang2 tu buat apa2 pun takda nak baca al-fatihah kan? tapi bila balik je keje buka TV3 tak kesahla apa program pun mesti ada bacaan tu. So disamping tulah kita boleh baca sambil buat keje ke...memasak ke...

Mohon sangat TV3 teruskan bacaan ni. Takyah la tunggu hari sedih ke...orang meninggal ke baru nak baca fatihah.. teruskan lah bacaan ni. Jadikan sebagai amalan kita seharian.

Joyah tahu, channel oasis dan hijrah pun memang buat program khas islamik dan juga bacaan al-quran. Tapi percayala tak semua bukakan? kadang2 korang nampak je channel tu, korang cepat2 tekan channel lain kan? paling tidak pun korang tengok cerita Tanah Kubur pastu tukar HBO..betul tak? hah betul sebab joyah pun sama la macam tu..

Macam mana pun pandangan orang, apa yang berlaku pada negara kita adalah dugaan yang terbesar. Joyah percaya ada hikmah disebaliknya.

Ok baiii
Gambar ni tiada kena mengena dengan tajuk entry kali just rasa nak letak je...sebab suka tengok ikan besar2 ni. Tenang kan?

Thursday 21 August 2014

IKEA

Assalamualaikum,

Imagine la macam mana kita masuk dalam ikea? sebelum masuk pun dah terujakan? tambah plak tak sesabar  kekakak dan kekabang nak beli periuk belanga bagai... termasuk la joyah, bila husband ajak ke Ikea mula la happy macam monyet terkinja2. Husband pesan," kita pi ikea ni bukan nak beli tau, tengok je..." gulp!! iyolah....dapat berangan tengok interior dia pun jadilah...hahaha

Sebelum joyah pergi lebih jauh, joyah nak cerita pasal kawan joyah dari Belgium ni..Mamat ni memang suka hias-hias rumah...siap ada salon rambut sendiri kat bangsar. Setiap kali anak dia yang 3 tahun datang Malaysia, mesti tya " daddy, where is Malaysia?" They have Ikea??....  Ikea dia tanya dulu?? apa pasal dia tak tanya benda lain seperti toy's r us ke..Disneyland ke....hehehe... budak-budak macam tu la, dia sentiasa akan sebut tempat yang dia suka pergi.

Yang bagusnya pasal Ikea ni, dia mesra budak2..cuma tak bagusnya, mak pak ni tak dapat nak beli apa pun sebab dah sibuk ke anak yang nak main kat children site. Sebab tu joyah tak bawa anak2 ke Ikea... joyah jenis nak cepat dan balik dengan cepat...chap chap chus....grab... grab.. terus bayar and balik. Lepas tu lepak minum petang dengan husband. Itu je la yang lama sket... 

Memandangkan joyah dapat iklan CPUV Ikea dari Nuffnang, sukalah joyah sebab kali ni dia buat jualan murah. Boleh tengok dan klik kat iklan dalam blog joyah ni.

Ok.. joyah dah merepek sangat dah ni... Kitaorang pi Ikea sebab nak cari inspirasi untuk rumah kami nanti. Focus utama kami, kitchen site. Kita sebagai pengguna kena bijak memilih dan menilai. Ikea ni dia memang bagi kita 2 pilihan. Ko nak yang mahal atau yang murah?? Barang itu memang ada tapi kena bijak la nk pilih dari segi kesesuaian dan keutuhan sesebuah produk.

Ni salah satu pilihan joyah... english tapi simple. Tak suka cecorak sangat nampak macam sarat. Terasa diri ni kat obersi. #berangantaksesudah

Tapi..... husband joyah suka yang ini...

Nampak moden ... biasalah orang laki ni suka benda yang simple je...

So korang? yang mana satu korang suka? yang bawah atau yang atas? 


Ni pun, salah satu meja makan pilihan joyah. dia boleh kecikkan dan boleh di panjangkan sampai 8 orang boleh duduk. Entahlah , joyah memang minat benda yang simple dan praktikal. Yang penting tak makan ruang sangat...#rambangmata

Banyak benda dan inspirasi dalam otak joyah tapi joyah simpan la dulu... Duit belum cukup lagi nak merealisasikan impian kami. Masih menabung dan menabung... Insyaallah, dengan izin Allah.

Kami hanya sempat beli pinggan mangkuk dan pepisau je... orang tu sibuk nak beli pengasah pisau. Hah satu lagi pokok orkid pelestik...
taraaaaaaaa


Abaikan yang lain, tengok pokok je...yang gambar kabur tu.. entiti yang tidak dikenali. eeeeeiiii takut....hahaha

ok baii...






Tuesday 19 August 2014

Birthday Prank Anirwan Fauzee

Assalamulaikum,

Ya.. nama suami saya Anirwan Fauzee. Orang panggil Vana. Hmmm macam tak kena je orang dengan namanya. Hahaahha... Astagfirullah al azim, sempat aku mengata laki aku. hahaha...Ampun ya.

Ok, sebelum korang tengok video , korang better baca dulu entry ni then baru best tengok video. Lagipun video diambil pakai hp je. Tak sempat nak plan betul2. Taram je ikut mana sempat.

Birthday husband joyah ni 17hb August, so memandangkan birthday beliau jatuh pada hari weekend jadi terpaksa la joyah buat kejutan awal sket. So disitu, joyah terus wassap nora( EO) bahagian pentadbiran untuk sama2 buat kejutan. Kang joyah buat sorang2 memang tak menjadi pulak kang. Bila dah bincang2, kitaorg decide 15hb tu. Sebelum tu joyah berbengkel di PD. Selesai bengkel tengahari 14hb tu... kebetulan husband meeting pulak kat Tampin, so selesai je meeting dia suh tunggu kat umah seremban. Maka bila dah 2 2 kat seremban, kami pecut pula ke gemas sebab ada meeting jamuan raya bersama kelab sukan dan puspanita. Disitu la bermula nya cerita. Sebelum ke gemas, joyah dah call nora cepat2 untuk buat kejutan 14hb tu, kiranya tak jadilah 15hb. Dah alang2 ke Gemas , teruslah buat kan. Kalau tak, buang masa je drive ke gemas. Dah la jauh...huhuhu. Sebenarnya plan nak buat kejutan tu memang kelam kabut, time tu la nak beli kek...time tu nak kena tipu dia...alahai... Time tu joyah tak sempat nak cantik2.. memang selekeh. Siap pakai selipar warna merah. Terkedek-kedek ikut suka hati dia je. Tudung pun dah herot berot..pin entah mana hilangnya... tu semua gara2 nak buat surprise kat orang la tu. hadoiiiii.

Kenapa joyah buat surprise? sebabnya, sepanjang kami kawin..kami tak pernah sambut betul2. Maksudnya dah boleh agak la kalau birthday je mesti makan kat luar and bagi present. Tapi kadang2 tu present pun takda. Hahaha...paling teruk pun, bangun tido terus je wish...pastu macam takda apa2. Hahaha.. Macam mana pun cara kami, kami tetap rasa bahagia walau gaduh tu tetap ada.. ahahaha. Alhamdulillah, bagi joyah dia lah anugerah dan hadiah yang terbaik buat joyah. Itu pun dah cukup...

Hah, korang nak tengok video tak? Video ni diambil selepas selesai je beliau meeting.Lebih kurang 4.30pm la macam tu. Selepas informer kitaorang sms, kitaorang terus terjah!! Nak tau siapa pelakon terbaik kami? kak noriah la... siap practice apa nak cakap dengan bos dia. Yang tak tahan tu siap buat muka pucat lesi dan cakap " Bos, puan julia sesak nafas!!" kelam kelibut org tua tu bangun dari kerusi... Tapi , orang dalam meeting tu pun tak tau apa2 kira sekali la kena prank ngan joyah. Muka Darisha siap pucat..mata pun dah merah2..Sayang jugak korang kat joyah ya,,, terharu sangat...

Ok... dah habis. Sila tengok...


Monday 4 August 2014

Dialog hari pertama kerja lepas cuti raya

Assalamualaikum,
Cantikkan langit? cerah...biru je.... ahhh lega rasanya hirup udara. Tapi kat Jempol ni macam susah sangat nak hujan.  Kalu panas, panas sangat. Kalau dah hujan, siap banjir kilat kata kau....Apepun joyah syukur sangat sebab negara kita masih aman dan damai...


Melenggang mak limah lenggang..ni nak pi buang glove kotor. tu pun nak posing... poyo!!

Hari ni dapat satu kes anak lembu kaki patah ..pastu berulat plak tu. alahai siannya...

Joyah:  Hah Umi, hari ni kita nak masak apa? ada tetel sket ni kita buat asam pedas nak? kang balik umah   takyah sibuk nak cari lauk. ye tak?

Umi: Entahlah bos, tapi kalo kita buat sup kaki sodap gak... ala, alang2 dah patah kaki eh ni, kita toruih yo buek sop.. apa ada hal?

Joyah: Wokeh, dah siap masak nanti ko bagi kek PVD Pilah. Boleh diorang raso sket yetak? Ni kira    openhouse kita la ni...

Joyah: Adeh sakit plak pinggang ni mengangkung... hah pogang kuek2...kang tak sompek kito nak buek lauk nih!!

Joyah: Ni kita masukkan rencah sket...perap lamo bagi raso semua daging. Bila dah masukkan ni, sonang     semua ulat berenga keluar. Bilo borsih, senang la nak makan nanti.

Ko jangan nak gelak bonar umi, ko dah cuti bersalin lamo... hari ni turn ko yang masak yo...den nengok je...

Selebihnya, serahkan pada umi sebab dia ketua chef arini...


Dah korang jangan nak gaduh, lomang tu kang den suh pakya yang masak.. Pakya!! ohhh Pakya!! dimana kauuuu...

* Best hari ni sebab hari pertama kami dah start keje... bergurau je lah kami sambil buat keje. Harap anak lembu tu cepat la baik. hmmmm.. sodih boto tuan eh!!




Sunday 3 August 2014

Segment Blogwalking Ogos by Karya Mahirah



Assalamualakum,

Jemput join pada semua blogger's!!
Klik disini

Jangan lupa join tau!


Friday 1 August 2014

Tips diet bulan syawal

Assalamualaikum,
Hari ni joyah nak bagi tips sket la macam mana nak jaga diet kita time bulan syawal ni. Pastinya,  macam2 kita makan kan bila saling kunjung mengunjung ke rumah kawan2. Hari ni makan rendang...Esok makan lemang. ..seterusnya makan ketupat palas. .. eh macam2 la...Bila dah makan menyesalkan? Timbang2 5kg naik... bulan puasa, turun 4kg... haduiii... dh makan, menyesal tak guna.

Ok, tips nya:

1. Mkn kuantiti yg sikit ... kunyah lama sket.  Setengah orang 2x kunyah dh telan. Eh tak elok tu. Sian perut tu.. nk kerja keras tolong hancurkan makanan.

2. Kurang2 kan minum nescafe. .. jangan tanya kenapa? Sbb ia ada kafein.. that's y org ngandung tak digalakkan minum. klu stop kafein lg bagus.  Senang kan?

3. Selalu buat detox. 2x seminggu dah ok dh. Minum la apa2 teh dtox yang ada kat pasaran.  Kalau tye joyah, joyah minum trudox. Boleh beli kat Watson ke... Guardian ke... teh orang kampung pun boleh. ..Janji cuci itu usus.

4. Mesti minum air banyak.  Takyah byk sangat sampai ber liter2.  Kembung air je ko nnt. 8 gelas pun dh memadai.  Tapi nak lagi bagus 3 liter mcm biasa.

5. Selalu minum susu... minum yg low fat punye. Klu nk susu yg sedap, beli yg brand marigold low fat milk. Sedap sgt... Joyah suka tu.

6. Paling penting, amalkan makan kurma dan susu kambing.  Ini untuk tenaga,  badan sentiasa fresh dan senang nk uk. .uk. ..uk nanti. Tak la sembelit macam joyah.  Itu dulula skang ok dah.

7. Satu jam lepas makan tu, bolehla minum greentea.  Takyah beli yang mahal2. . Yang murah2 je. Lagipun fungsinya sama saja. Make it as a habit ok.

8. Kurangkan minum air berwarna. Minum sikit takpe. ..

P/s: pandangan joyah, takyah nak stress sgt pasal diet ni. Joyah dh cuba eh... stress mek amek...Makan la apa saja cuma berpada2.  Ini klu ko mkn pil kurus ke... herbalife bergantang2 pun tapi makan nasi satu hari lebih 5 pinggan baik tak payah diet. Lagi satu, senam2 la sket.. klu malas, ko pi vakum satu rumah atas bawah.  Itu kira senam gak tu.  Pastu mop lantai sampai nampak muka... pasti berpeluh2. 

Sedap tak pemanis mulut ni?... sedap kan?  Boleh makan jangan byk2. #sajekasibakor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...