Wednesday, 27 August 2014

Kufur Nikmat ~ Tanyalah Ustaz

Assalamualaikum,

Dulu tak pernah kesah pun program ni tapi sejak orang tua selalunya je buka, terpaksalah jugak tengok. Siap cakap dalam hati,

 "boring betul tengok program ni...rasa nak tukar je..." tangan ni terus tekan remote ke channel lain.

Tetiba mama joyah menjerit,

" Eh Yah! aku potong tangan ko tu nanti...orang pagi2 ni nak dengar ceramah, ko sibuk nak tengok nyanyi2. dah kenape??

Joyah pun terkejut babun bila ketua kumpulan sudah bising...

"Ma, terkejut orang tau...orang saje je nak tukar channel lain nak tengok apa program, nanti orang tukar channel tadi balik..

Mama joyah pun jawab balik taknak kalah wei....

" Elok tengok ni, dengar ustaz ni cakap.. apa dia cakap semua betul... kita ni selalu sangat leka..leka tengok bola la...(itu laki aku), tengok kartun laaa...(eh, anak2 aku pun kena?). Kita kena dengar semua ni, boleh perbetulkan diri.

"baik ma...."


Sejak dari itu, joyah mula la tengok sehingga sampai satu masa tu syok pulak dengar ustaz ni cakap..

Cuma joyah nak share la sket beberapa intipati dalam ceramah beliau pagi tadi berkaitan kufur nikmat.

Ada satu ayat tu ustaz ada sebut,

"kalau kita nampak orang dalam kesusahan, kita bantulah. Dalam masa yang sama kita minta orang tu doakan kesejahteraan  kita. Tapi itu dia dalam kesusahan. Tapi kalau dia dah senang belum tentu dia bersyukur dengan apa yang ada...

Tapi....

"Kalau kita nampak orang kaya, dia pula seorang yang pemurah dan rendah diri... kita ni cepat2 la minta air penawar darinya insyaallah apa jua Allah permudahkan segala urusan kita. Betapa mulianya orang begini... Agak sukar sebenarnya nak jumpa orang macam ni.

~ disitu Allah suruh kita sentiasa bersyukur pada apa yang ada.

Ada sesetengah orang tu, berkerut je muka. Muka macam ada masalah... bila jumpa orang je, muka dah risau... bila kita ajak je pi kedai makan... dia pun resah je... {dia risau, sebab kuartir orang minta duit dia...takut duit dia habis...duit dia tak cukup....} sebab tu Allah pesan suruh kita sentiasa bersedekah...bersyukur...jadi hati kita pun sentiasa senang dan tenang.

~kalau kita rasa susah hati, sedekahlah sedikit pada orang yang perlukan bantuan kita...tak semestinya dalam bentuk kewangan. Sedekah tenaga dan kudrat kita ni pun dah cukup sebenarnya. Cuba anda buat... Masyaallah! punyalah tenang setenangnya.. Joyah nak kongsi kan beberapa dugaan yang terbesar dalam keluarga joyah tapi akhirnya kami semua sangat bahagia dan tenang je. Nanti joyah kongsikan sedikit walaupun tak semua joyah boleh kongsikan.

Last sekali, joyah nak tanya, " Dalam bank ada RM10, tapi hati tu rasa cukup je..dan satu lagi bank ada berjuta2 duit tapi hati tak pernah rasa cukup. Mana korang pilih??

Oklah...setakat ini saja dari joyah. Ok bai...

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak dan ayah...macam fotostat je...




2 comments:

  1. Biarlah RM10 tu dari sejuta klu dah RM10 tu yg bawak kita tenang...

    ReplyDelete
  2. terkejut babun bila ABM baca "Terkejut babun" tu hahahahahaaa

    Jangan lupa join segmen ABM ye
    http://cerita-adindabaizuramazlan.blogspot.com/2014/09/segmen-giveaway-merdeka-hari-malaysia.html

    ReplyDelete

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...