Showing posts with label Product review. Show all posts
Showing posts with label Product review. Show all posts

Wednesday, 5 March 2014

Hilang selera makan


Assalamulaikum,

Baru hari ni joyah jamah nasi kat rumah tadi dengan rendang ayam. Itu pun ciput je makan. Adalah 2 jemput jari ni amik nasi. 2 hari lepas joyah tak lalu makan nasi. entah dah kenapa. Mungkin sebab joyah amik shake herbalife ni agaknya. Dulu amik juga shake ni tapi ada gak makan nasi. Kali ni lain macam pulak... rasa kenyang memanjang. Ini semua ujian psikologi... joyah rasalah.

Kronologi diet joyah:

Dulu:

1. Dulu beria nak diet, nak tahan makan konon. nak amik shake je...amik nasi pun sekali je. Dalam masa yang sama jugak joyah stress sebab orang lain makan sedap2. Joyah terpaksa tahan makan dan hadap minum air je bergelen2. Ok kat situ joyah dah stress!! stress ya amat....makanya joyah mulala belajar curi2 makan... kejap2 makan kek...sikit je... kejap2 makan karipap...kejap kang colek sikit red velvet orang. oooo tak elok tu. Bila rasa bersalah terus minum shake. Tak ke bodoh tu?? memang takda makna la ko berdiet selama ni.

Sekarang:

1. Sekarang plak, joyah malas nak pikir pasal diet. makan tetap macam biasa. Kiranya otak ni tidak stress langsung memikirkan diet yang dirancang. rasa nk makan, terus je makan... tak mau tahan2 makan...biarkan ia disitu. tapi kesannya, joyah tiba2 plak kurang makan. Malam langsung tak amik apa2pun. Shake pun tak amik. Amik pun time pagi2 je. Alhamdulillah kalau makan pun mesti dalam jumlah yang teramat la sedikit sebab perut kenyang sangat. Nampak tak disitu, otak kita ni main peranan betul. Jadinya, nak buat apapun memang tak boleh stress, kena tenang. Barulah joyah tahu skang...

So, nak kata kurus sgt skang ni tak kot... ala2 je. nak dapatkan badan macam neelopak memang jauhla sgt. she's just a perfect womanla wei...tapi idaman joyah nak badan macam dewi persik... mampu kah aku?? hahahaha...perasan2....

ok bye

Sarapan saya


Saturday, 25 May 2013

Jom cekadaut product Acer yang baru!

Slider animation of tablet

Korang semua! semalam joyah ada tengok produk baru dari Acer. Produk dia sangatla canggih yang buat joyah meleleh air liur...mungkin korang tahu tentang kewujudan produk ni kan?? joyah baru tau semalam...sorryla joyah agak lembab dalam segala hal tapi masih sempat nak beritau korang betapa hebatnya produk ni.

korang pernah tak dengar Acer Aspire P3 Convertable Ultrabook ni? mungkin pernah tapi mungkin jugak tak pernahkan? produk ni memang kelass sebabnya ia sangat mudah untuk dibawa kemana mana..ringanla katako!

Ok, joyah nak cerita sikit ciri yang ada pada Acer Aspire P3 Convertable Ultrabook ni:

  1. Ultrabook™ Inspired by Intel. Kalau nak tau lebih lanjut tentang produk ni bolehla cek kat sini  Acer Aspire P3 Convertable Ultrabook.
  2. Produk ni juga Ultraportable...hah yang ni paling joyah suka sebabnya ringan dan mudah alih..suka hati korangla nak bawa kemana mana pun. Kebetulan joyah ni kan masih bergelar student, memang sajak la kalu joyah guna produk nikan? lagi satu, bentuk dia memang nipis dan design pun sangat menarik. Orang pompuan macam joyah ni suka benda yang cantik cantik.
  3. Paling menarik dengan produk ni ialah very la Detachable. Yang tu omputih kata...orang kita kata, boleh ditanggal tanggal la katako..joyah sangat suka part ni sebabnya produk ni boleh jadi Tablet..kalau boring boleh juga dijadikan macam laptop juga,,suka tak korang?? joyah sukaaaa!
  4. Lagi satu produk ni juga ada ciri-ciri Touch Centric. Kiranya skrin dia boleh touch dengan jari je...korang punye laptop ada tak yang boleh touch-touch nih?? hanya dari Acer saje yang boleh.

Ok, joyah nak kongsi dengan korang untuk tengok video ni:

Best sangat!
 
Apa lagi tunggu? cuba-cubala tengok kedai Acer yang berdekatan untuk maklumat lebih lanjut.
 








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...