Wednesday 31 July 2013

Program penyampaian bantuan hari raya dari Puspanita Gemas Part 1

"Salam puan, jgn lupa program esok penyampaian sumbangan raya kul 9pg berkumpul di pdkg esok ajk nk pakai bju seragam pspnta.." kata SU Puspanita Gemas. Itulah kata kata dari SU joyah. Setiausaha joyah ni sangat cekap. Memang layakla jawatan beliau ni dikekalkan. Takda dia, memang huru hara la persatuan. So esoknya joyah ada program yang disebutkan tadi. Keesokan harinya, joyah pun sampai opis hubby. Masing masing masih menunggu Kehadiran rakan rakan yang lain. Bila semua dah complete,  apa lagi ! Sesi bergambauuu la kami.



Kemain lagi, memasing posing sopan. Yang berbaju pink tu tahan napas uolssss....Ngeeeee
Lepas je sesi bergambau,Rombongan cek kiah pun bermula.

Kami terus ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK Jelai 4). Kat situ ada kanak kanak dan dewasa yang kurang upaya.

Memasing tak sabar nak jumpa budak budak istimewa ni. Macam macam bantuan kami salurkan contoh beras, minyak dan juga bahan dapur. Termasukla jugak duit raya diorang.

Penyampaian di mulakan...macam macam gelagat budak budak ni. Gelihati di buatnya.

Itulah serba sedikit aktiviti kami di bulan ramadan kali ni.
Apa yang joyah boleh buat gambaran, mereka yang istimewa ni perlukan perhatian dari masyarakat. Wang bukan ukuran. Sepanjang joyah kat sana, ia benar benar mengusik hati joyah yang cembeng ni. Entry part 2 akan muncul nanti. Tgu.....

Tuesday 30 July 2013

Feeling..wink...wink...

Hah joyah nk ber feeling la pulak....dah lama tak feeling. Joyah ni ada masa memang suka berangan. Tapi bukan berangan yang bukan bukan ya...haip shadap youuuu....! Joyah berangan kosong la ...

Joyah skang tengah practicing hijab hijab begini. Cantik, selesa dan tak mahal. Yang ni joyah sebat mama joyah punye. Pergh sangatla selesa. Ni semua keje adik adik joyah la ni. Diorang suka me round cari tempat jual tudung yang jenis gini. kalau tak salah, diorang beli kat taipan senawang. Rene's butik. Kalo korang berminat, pi la cekadaut. Banyak sangat tudung cantik gini.
Insyaallah, dengan izin Allah joyah kekal begini. Skang masih lagi proses cuba mencuba.

Ok baiiii

Monday 29 July 2013

Kegembiraan hanya diwajah...dihati siapa yang tahu

Senyum...dan senyum lagi. Entah kenapa nak dekat dekat raya ni masih belum ada feel nak raya. Kepala ni macam sakit je....macam ada batu itu dalam. .nak keluar kan batu ni payah pulak ya. Sempat lagi ko nak buat lawak yer joyah...perasaan ni macam bercampur baur je susah betul nak describe.

Kadang kadang tu sifat sabar pun mula hilang. Tapi joyah cepat cepat muhasabah diri.  Renung balik kesilapan sendiri. Adakalanya banyak betul perkara perkara yang begitu menguji tahap kesabaran joyah. " arini ko memekak dengan aku,  aku boleh sabar lagi...sok plak, ko memekak lagi! Hah! Silap besar la ko arini, sekali bom atom joyah pun malatop terbabooom..." kan dah, dah kurang plak pahala pose joyah. Aduiyaiiii...

Joyah ni pun boleh la di kategorikan mulut pok pek pok pek juga tapi hati joyah ni jenis tak sampai hati punya orang. 
 
Lupakan sejenak kisah diatas, marilah kita sesama muhasabah diri dan renung kembali atas kesilapan kita yang lalu. kadang kadang kita selalu je nampak kesilapan orang...tapi diri sendiri tak nampak. Begitu juga dengan joyah. Ok baiiiii

Friday 26 July 2013

Roti dari france ke?

Hari ni joyah nak review lagi kedai bakery yang joyah pi last week. This place kat bangsar jln telawi. Actually sape follow @ haniszalikha punye instagram, tempat ni dekat dengan salon rambut yang @haniszalikha selalu promote tu @number7style. oh dah banyak sangat berubah. Cepat je membangun. Telawi bistro pun dah takda ganti kedai buku.


Ni ha kedai eh, Tous les Jours. Pergh mcm france gitu...betul ke france? Nak pastikan betul ke tak? Kami pun cuba masuk dalam. Sekali masuk, penyambut tetamu tu sebut " ana sayokkkk" aikkkk biar betik? Kedai roti korean rupanya.  Aiyolaaa....tak kesahla ku bantai jua janji sodap

Tengah membayo...

Ni la dia segala pilihan yang ado...
Nilah roti yang joyah pilih. Paling sedap roti dia yg ada cream cheese kat dalam. Ada plak jenis roti yang pakai tepung pulut...hah yang tu paling sodap. Kalau korang dah alang alang shopping baju raya. Singgahla sini...tak salah cuba benda baru. Lagi satu lupa plak joyah nk citer, semua ingredient diorang organic dan healthy sangat. 
Sesuai tuk orang bersahur yang tak lalu makan nasi. Best choice!

Thursday 25 July 2013

Kempen makan cendawan

Kali ni joyah nak buat review sket pasal rutin pemakanan kami sekeluarga.  Kami skang gila makan cendawan. Tak tau la kenapa tapi rasanya enak bangat. Bila pi shopping je mesti teringatkan cendawan. Nampak je cendawan sebakul mesti terus je laju laju amik plastik. Kalau goreng dengan sayur kailan pergh! Mantopppp. ..buka makan sayur pun tak per..itupun sah kenyang.

Tudia...sebakul ko cendawan butang dia..

ketap bibir ko...tak sabar nk masak balik rumah

Korang nak tau apa khasiat cendawan ni? Joyah rasa banyak khasiat dia cuma yang joyah tau ia merupakan perancang keluarga yang baik. I mean in natural way...bagus untuk joyah juga...

Wednesday 24 July 2013

Jovian Mandagie @ Bangsar

Ohhhh Jovian..." u ni sgt bijakkan reka baju orang fomfuan...!". Anyway bravo! Baju semua sangat stunning. Dipendekkan cerita, joyah dah lama rancang nak beli baju dari rekaan beliau cuma time tu, duit simpanan joyah masih belum mencukupi untuk zaasssss semua baju. Joyah tau, baju dia range 300-500 setakat yang joyah dah riki. so, kena menabung la gamaknya. Bila target sudah tercapai, maka joyah pun sudah bersedia untuk serang ke butik jovian ni. ..

Bila sampai je, oh joyah dah nampak jovian..senyum je dia...terus joyah tercakap " haaaaaaiiiii" sambil lambai tangan. Excited la sangat kannn...pastu terus joyah tak pandang dia dah...sebab baju baju dia lebih menarik perhatian joyah. Siap cakap dalam hati," jap lagi la ber gambar dengan dia, ada masa lg ni." Time tu joyah dan hubby je yang ada dalam butik. Dengan tamaknya, joyah amik je semua baju yang ada kat situ. Nak meneraiii la katakan. 1


Ok ni salah satu baju pilihan joyah. Tak sangka saiz ku adalah S..baju jovian ni jenis yang besar besar tau, so kalau nak beli kat zalora, kena ukur badan tu betul betul. Joyah lebih suka pergi sendiri ke butik tuk rasa material kain tu. baru syiokkkkk!

Lepas baju tu, baju lain plak cuba.


Baju ni plak...ngeeeee....yang ni hubby sangat suka cuma joyah je rasa macam tak sesuai jerkkk...




Posing lagi...

Akhirnya joyah pun dah buat pilihan..cuba teka yang mana satu joyah pilih?
Sapa ble teka dengan betul joyah bagi presen..ni betul2 punye tak tipu ok...yang tu nanti next entry.tungguuuuuu

Tapi sepanjang joyah kat situ, satu benda je joyah ralat. Joyah tak sempat nk bergambau dgn abg jovian. dia dah balik. sedeyyy.... tp korang nak tau tak si lisa tu pun ada jgk...itu pun hubby joyah beritau. time tu joyah tengah sibuk dok menerai bju bagai...konon sombong sbb pikir ada masa lg. Patut la laki joyah dok sibuk kat luar je...dasar sungguh...hahaha...kong ajo punyer bini. 

Untuk mengubati hati ni, i will come back jovi...hope to see u soon...



Tuesday 16 July 2013

Berbaloi ke kos maid RM8000?

Sian, baby ni terpaksa buat semua keje rumah...(gambar hiasan)
 
Kalau nak cerita pasal maid ni, kompom panjang lebar kan? macam-macam pendapat orang ramai dengan hadirnya maid ni..tambahan pula kos terkini untuk ambil maid yang dah training RM8000.
 
Pengalaman ambil maid ni, joyah memang takda. Tapi joyah pasti ramai rakan-rakan joyah ni dah ambil maid. Memang macam-macam ceritala kalau ditanya tentang maid ni.
 
Sewaktu joyah mengandung anak kedua, joyah dan suami memang berhasrat nak ambil maid ni. Bukan apa, anak joyah yang pertama tu, hantar rumah orang je. Setakat ni ok lah orang tu jaga. Bila dah mengandung anak kedua ni, pengasuh yang sama tak nak plak jaga budak kecil..ada juga rumah orang lain yang boleh jaga budak kecik ni tapi takkan la joyah nak asing-asingkan anak plakkan? Suami joyah tak berapa setujulah dengan cadangan tu, lalu kami pun terus je pikir nak amik maid. Time tu  ada lah beberapa agen maid joyah call, ada yang nak 5000, ada yang 10,000 dan ada juga 8000. Dengan kos tersebut, kami laki bini pun terpikir. ''Betul ke agen ni?", "maid ni boleh ke buat keje?" "agak-agak maid ni lari tak?", "berbaloi ke dengan bayaran yang kita bagi tu? kalau dia tipu?"
 
Oh inilah soalan yang bermain-main dalam pikiran kami. Kami masih teragak-agak nak ambil. Hmmmm payahnya nak buat keputusan yang tepatkan?
 
Ada satu ketika, Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita seorang maid campak budak umur 4 bulan. Siap rekod dalam CCTV tu....oh meremang bulu roma joyah. sekejap dia campak ke depan...pastu ke belakang... macam roti canai..time tu rasa sebak dada joyah...rasa nk tumbuk je maid gila tu. Kalau joyah hilang akal maun joyah bunuh je. Apalah perasaan parents budak tu kan??
 
Selepas je kejadian tu, kami terus lupakan hasrat nak ambil maid . So, kami masih buntu dipertengahan jalan tanpa sebarang cara untuk selesaikan masalah kami. Ada satu ketika, joyah terpikir nak berhenti kerja demi menggalas tanggungjawab seorg ibu dan isteri. Tapi suami joyah tak benarkan. Dia tak suka isteri dia dok rumah je. Mungkin dia dah terbiasa dengan life joyah sebab joyah agak aktif dengan aktiviti kewanitaan joyah ni. hehehehe
 
Dalam masa yang sama, parents joyah kesiankan kami. Jadi diorang ambil keputusan untuk jaga budak kecik dua orang ni. Betapa sayunya hati joyah sebab orang tua joyah pulak nak jaga anak joyah. Joyah berbelah bagi samada nak bagi diorang jaga atau tak.. Mama joyah kata, "takpelah nanti diorang dah besar dah pandai cakap....dah pandai mengadu...baru amik maid". Mama jaga ni hanya sementara saja. Dengan itu, Kami pun bersetuju...senyum bukan main lebar...Terima kasih mama papa sebab terpaksa korban demi anak-anak kami. Ya Allah Kau peliharala mereka dan Kau lindungilah mereka . Syukur Alhamdulillah...
 
So?? Berbaloi tak ambil maid dengan kos RM8000?
 
Ok pandangan joyah sangat senang:
 
Ia berbaloi kalau dapat maid yang setia, penyayang,(sayang pada anak-anak ya bukan suami), jujur, kuat agama, rajin solat.
 
dan
 
Sangat tak berbaloi kalau dapat maid jenis menjawab, pemalas, penipu, kuat menangis, bodoh, SUKA MENDERA BUDAK, pencuri dan seangkatan dengannya.
 
jadi ada tak jaminan untuk kami yang ambil maid ni?? Masih takda jaminan kannn...
 
So, siapa yang ada maid yang baik tu, jaga lah hati diorang baik-baik jangan pula kita yang mendera diorang...kesian.

Sunday 14 July 2013

Erti sebuah persahabatan

Minggu lepas yang lalu, sebelum kita semua berpuasa, joyah dan rakan-rakan joyah sempatla  untuk bersama-sama satu meja. Sememangnye agak payah untuk bersama macam ni sebab masing-masing dah berkeluarga. Yang lelaki senang la diorang nak keluar memana sebab urusan anak-anak orang pompuan la kan. Dipendekkan cerita, selesai je meeting di seremban,  kami terus decide pi lunch. Dah la meeting habis lewat, makan tengahari pun diorang tak sediakan.  Kesian...kesian... perut pun dah ber joget joget dah ni. Tanpa pikir panjang kami terus je pi kat restoran fish manhattan. Situ jela yang bolehnya sebab tempat lain full house.
Seronok sangat time ni dapat bersama dengan kawan kawan joyah . Hampir semua diorang adalah sama batch time study kat UPM dulu. Dan yang lain senior joyah. Happy sangat !


Hamboi. .kalau korang nak tau yang dua jejaka tu tidak dapat dipisahkan. Klu salah sorang takda kurang meriah group kami ni. Penglipur lara takda. Yang baju biru tu...liza kawan sama course dulu. She's cute. Kecik je dia. I wish I can kecik like her...

Yang sebelah kiri sekali tu ira kawan sama course and now we're best frens.  Selalu sampai opis je mesti cari dia. Yang pakai kurung merah tu, kak has my senior yang baik. Dialah akak tempat rujuk kami. Pakar rujuk ok. Kami semua bekerja daerah yang berbeza bila ada meeting je kami lepak dulu tempat beliau.  Masing2 dah jadi duta samsung. Kelasss korang.
So, dari bekerjalah permulaan persahabatan kami dan kami sangat rapat. Kalau korang nak tau pegawai kat jabatan kami tak ramai. Pusing Pusing memang muka kami jelah.

Satu perkara joyah nak share ngan korang, berkecil hati sesama rakan adalah perkara biasa berlaku. Tapi kita jangan mudah ambil ia serius.  Sentiasa saling maaf memaaf sebab ia lebih baik untuk friendship korang. Esok lusa nanti kawan tu juga yang akan tolong korang time korang susah nanti. Percayalah, joyah cakap betul ni...tak tipu punye.  Itula Erti
Persahabatan bagi joyah. Ok baiiiiii

Thursday 11 July 2013

Dani ohhhhhhh Dani



 Sejak Dani umur 4 bulan, anak kedua joyah ni dah mula menampakkan kulit-kulit kering. Pada awalnya idakla seriusnye...tapi lama-lama terus jadi macam kudis gitu. ohhh kesian anak ibu..di pendekkan cerita, joyah dah pakai macam-macam produk dari natural remedies hingga tahap produk mandian dan sapuan yang boleh mencecah RM200 - 300. lepas tu joyah pun tak tahan tengok keadaan anak joyah ni. Joyah pun decide pi Klinik Pakar Kulit di Taman AST, Seremban. Ohhh Doc pakar ni sangat bagus. Consultation dia mesti 20min minimum. Joyah dah ke tempat beliau ada dalam 4 kali untuk treatment kulit Dani ni. Ini lah ubat Dani yang terkini. Setiap kali pegi klinik mesti kena standby duit dalam 300. kalau dah 4 kali treatment?...huishhhh...tapi joyah tak kesah demi anak joyah dan suami sanggup buat apa saja demi anak-anak.
 
Hah inilah ubat dani, sapuan pertama pakai Nivea lotion. Doc sarankan pakai produk ni sbb lebih moist kulit baby kalau nak dibanding dengan brand lain. pastu sapuan 2 dan seterusnya sapuan ke 3. Walaupun dia mahal gila babeng tapi kesan dia sangat memberangsangkan. Syukur Alhamdulillah...

Kudis akibat kulit kering...hampir pulih....


 
Wah....saya dan sihat. tapi tiap-tiap hari kena sapu ubat...
 
Begitulah kisahnya si Dani anak joyah bertuah ni...buat setakat ni joyah terpaksa lupakan hasrat joyah untuk sementara waktu ni untuk membeli apa yang joyah inginkan...tapi yang joyah pasti lepas raya joyah nak shopping sakan. orang shopping sebelum rayakan?? tapi joyah terbalik. joyah suka buat lepas raya. preparation raya kali ni dah selesai. takda apa lagi untuk dibeli sebab semua dah cukup. Tinggal nak beraya je...shiokkkknya...





Friday 5 July 2013

Tips: Mencari kawan/rakan

Hari ni joyah nak buat tips sket..ni bukan tips dari internet atau mana-mana sumber yang boleh diciplak. Tips kali ni adalah dari joyah sendiri ok..sebabnya sejak joyah tinggal di Jempol ni Joyah takda kawan untuk bersosial. Lainlah dok seremban kannnn...ramai colleage joyah. Setelah dok Jempol selama 1 tahun setengah ni, Joyah dan mula rasa boring..tertekan..rasa pening...nak muntah pun ada kadang-kadang tu...over pulak si joyah ni kalau bercerita. Tipu je ...jangan percaya sangat. hehehe... Di pendekkan cerita berdasar entry yang lepas joyah pernah citer pasal pi workoutkan?? soo dari situ joyah dah mula ada kawan. Hari kedua di Studio kak Nanie mula rancak berborak dengan semua ahli kat situ. Wow memang seronok. Jiwa pun tak tension. Habis keje jer terus pi buat Bokwa kat Bahau. Badan pun berpeluh tak usah cakap. Balik rumah pandang muka anak-anak pun dah happy. Sok pi keje macam biasa. Kalau ada masalah cuba setel macam biasa. Jadi takda la terbawa bawa masalah kerja kat rumah.


Time ni ntah apala nak dibuatnya...memanjang tergelak je kami. Ni dengan kak nanie dan Julie. Nak memperagakan kasut yang sama. Sesiapa berminat kasut ni boleh la beli di Al Ikhsan. Puma Brand...Harga RM250
Ok itu kisah di studio kak nanie.



Baru-baru ni Joyah ada melibatkan diri sebagai peserta dalam Event Fun and Fabulous yang dianjurkan oleh Kelab PPTD Di Klana, Seremban. Oh event dia sangatla ohsemmmm. tak cukup masa ko...aktiviti kami macam-macam. Dari pagi kami beraerobik dan ceramah kesihatan dan petang sesi grooming and make up. The point is, joyah dapat ramai kawan tau. So dari situ kita boleh kenal dengan lebih rapat kannn.


hah nin dia kengkawan joyah, ramaikan? sebenarnya hampir separuh dari diorang joyah dah kenal cuma melalui event ni joyah dapat kenal dengan lebih rapat lagi. Seronoknya tak terhingga.


dapat tak korang cari muka joyah...cercari...cercari....



Ok ni kawan joyah, dapat juga kami bersama. kalo tak interaksi kami hanya di alam maya. macam bercinta pulak yedak...


Kesimpulannya, kalau nak berkawan...kita mesti cari kawan.Bukan kawan cari kita...kalau dia cari kita, kira dah baguslah tu dan kita jangan dok sombong sangat tak bagi respon. Kelebihannya banyak..rasanya korang pun tahukan. Tak perlu la joyah nak britau.

Apa-apa pun joyah nak ambil kesempatan untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada Ilmiah dari kelab PPTD yang sudi menjemput joyah ke event yang sangat ohsemmm tu. jangan lupa jemput joyah lagi...
oklah, joyah kena stop dulu..ok baiii

Monday 1 July 2013

Joyah ketagih!

Ohhhh tak menahan statement ko joyah!! ko ketagih apenye?? jangan salah faham yer... joyah skang ketagih makan sushi. Tak kira sushi mana pun, joyah taram sajer. Kenapa joyah jadi gini sebab dulu tak macam gini..tuuppp tuppp terus jadi ketagih sampai takdak limit. Joyah ni pengemar makanan Jepun tapi taklah ketagih sangat. Kiranya dalam 1 tahun tu adalah 3 kali makan sushi. Tapi kali ni, dalam 1 bulan 3 kali joyah makan...ohhh masalah ko ni joyah....

 Joyah rasakan, ini adalah penangan sewaktu joyah preggy anak kedua. Waktu tu joyah teringin sangat nak makan sushi yang mentah-mentah tu. Disebabkan tak bagus untuk anak, joyah tahan la tak makan sampai joyah bersalin. tapi sebelum tu joyah adalah jamah sikit sushi tu tapi tak dapat jugak la nak makan ikan mentah...sehingga skang ni anak joyah meleleh je air liur dia...sian anak ibu.

Sejak dari itu, ketagih joyah semakin menjadi jadi sampai husband joyah naik rimas dengan selera joyah. Mana taknya, setiap kali pi jalan atau shopping mesti ending dengan sushi king..itu je yang adoooo kat JJ lagipun masih halal lagi. kalu tempat lain wallahhuaklam...kalau kat The Curve Sakae Sushi. Setahu joyah situ tempat favourite makan-makan Lisa Surihani.. dia pun penggila sushi jugak. lagi dasyat kot dari joyah...

Husband joyah bukanla penggemar sushi tapi tabik spring dengan dia sebab mana-mana dia pegi dia mudah menerima dan merasa makanan pelik-pelik ni...korang campakla dia kat mana, joyah pasti dia mudah menyesuaikan diri. Bravo ucuk acin joyahh!!

Kalo korang nak tahu husband joyah penggemar makan western..tak sangkakan?? paling favourite, Medium well steak...dia sanggup makan kalo daging tu RM100. Huishhh idak la teman...sayang duit teman. kalo joyah, baik joyah tambah charm untuk gelang Pandora joyah. Husband joyah bukan makan selalu steak-steak ni..1tahun adalah 2 kali. itupun tengok kewangan...hik..hik...pasal ni next entry la yer. lebih detail sket...

oh ini namanya ikan bonita, agak hanyir sket...tapi taram jugakkk

 
Peneman setia joyah



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...