Thursday 27 June 2013

Jom workout #2

Baru habis workout, jangan salah anggap yer joyah bukak kasut pastu baru bergambar. bukan workout tanpa kasut..no good ok...
 
Wow!! joyah skang memang dah naik seronok bersukan...indoor sukan la best kot sebab muka tak gelap. Ni minggu depan kena pulak main bola jaring untuk Puspanita Gemas. Ko mampooo ke joyah?? hahaha...entahla, joyah cuba la nanti.
 
Entry kali ni joyah nak perkenalkan instructor aerobic joyah yang sangat hebat ni. Kalo nak compare stamina dia dengan joyah memang jauh la bezanya. kak nanie kalo setakat angkat dumb bell tanpa henti memang takda masalah bagi dia. joyah dah tentu...ada masalah.hahaha...orang dah hari-hari bersukan, memang takda hal la nak buat semua ni.Pejam mata je ...
 
Dulu akak nanie ni tembam orangnya, hasil dari story dan bukti gambar yang dia tunjuk memang berat badan dia naik selepas lahirkan anak kedua. Lebih kurang joyahla...tapi itu tak patahkan semangat dia untuk kurus...apa lagi? inilah kerjaya yang beliau pilih.
 
so tiada apa yang mustahilkan??
 
Gambar kat atas ni baru lepas beraerobic, kali ni kitaorang buat kick boxing plak...bapak hongeh ehhhhh!! but its fun babe!! tengok la instructor kita punya body, mantap gitu...yang penting sihatkan..itu yang lebih diutamakan.
 
korang plak bagaimana?? sapa yang tinggal kat seremban tu lagi la senang nak dapat khidmat aerobic ni. lagipun boleh pilih mana yang best... kat bahau ni memang takda pilihan...nasib baik yang satu ni is the best...memang best ok...joyah tak tipu.
 
sesapa yang duduk bahau tu, bolehla contact kat nanie ni untuk dapatkan khidmat beliau, percayala akak ni sangat friendly. Please check my previous entry jom workout #1 untuk dapatkan maklumat lanjut tentang studio beliau.
 
 

No comments:

Post a Comment

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...