Showing posts with label Hi-tea. Show all posts
Showing posts with label Hi-tea. Show all posts

Monday, 30 June 2014

Shopping at Modvier, Bangsar

Assalamualaikum,

Jom kita buat review sikit pasal tempat shopping pilihan joyah. Ini punye cerita sebelum puasa, tak ingat bila tarikhnya. Dah lama sebenarnya plan nk ke Modvier ni tapi paham-paham jelah, mana lah ada masa nk kesana. Nak pi lepas keje, ngko gila! dari Jempol nak ke Seremban plak tu.. pastu patah balik ke jempol, alamatnya tengah malam la ko sampai umah ko balik. Tunggu ajelah weekend. Itu pun terpaksa korbankan masa dengan anak2 sekejap,  kalo joyah bawak hero dan tarzan joyah tu alamatnya, apa perancangan nk beli tak menjadi. Paham2 ajelah bila kita bawa budak. Bila dia dah bosan tengok kita, mulalah merengek tak tentu hala.. time tula suh dokong, nak tido...nak makanlah...(time mkn, xnak plak dia makan). Ohhhh cannot!! Setengah orang cekal bawak anak2 ke hulur ke hilir, tak kira apa jua la tujuan.MMg tabikkkk!! Joyah ni agak lain sikit, klu tujuan nak baju sendiri atau hubby mmg kena pergi berdua, jadi masa tu agak jimat. chap..chap..chusss terus siap. Kalau nak layan anak2, pi makan ke... playground ke .. main game ke... sepenuhnya joyah tumpu pada diorang. Biar dia main puas2, so takdalah mengeluh aje. Ameer skang pandai sangat bercakap. Baru 3 thn lebih tapi ckpnya macam orang tua... alahaiiii. Tu belum 6 tahun lagi. Ok back tu track...Apa yang ada kat Modvier ni?

Kalau korang nak tau tempat dia, sememangnyalah di bangsar. Sangat senang sebenarnya nak cari kodai ni.. Masuk jalan Maarof, sebelum petronas tu masuk kiri.. pastu teruslah jumpa..tadaaaaaa

<img src="http://https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPj2nLdRAa86kpltJpu7_AivApjsEfVQjujV0-cBtAt8nzcg2ZpC3PzgQKKRj_9iBy_SE8ilZeTr6OPWk0eXUsIS1VBAdqYfsIQEHkG5vMqWWloA-YBYkInqBOFauxqppcpSoLzg_rmQBn/s1600/modvier" alt="Modvier"/>
Nampak buruk tapi classy

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhV0BouIjtlxFOIeh-8RLecLwzsH0Xti8hfJByeovqOzGWreARt4WB5fc97uMr2YA_3FSA759dORAAMn0PpmjTvDKFK4V-0sc6HUG0rd_hJ_v21WY0iHeN3rIk9DHuhvCEt0pf8hcpISDsn/s1600/modvier" alt="modvier"/>
Dari Tepi

Eh jangan tunggu lagi, cepat masuk...panas kat luar tu!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg4CFDKfpK-laaRmTCRfCNeU486HKd3H5pTdEGODpxv386U8QazPepwsr8Ix9CCwW4bm3K_LL25p_20LzXAiKqKA4m12Jxf3aZWcsg72Gfc48IFjS6qBlL4r6TA6cmY31wgk2YBw18XiqkA/s1600/DSC03472.JPG" alt="modvier"/>
 Ni tengah tilik2 tengok apa yang sedap mata memandang, eh kat tangan tu dah pegang 2 barang dah tu.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiKUY0OF17kCTaSfmx6Rl8OjADYoqf93E11pGtJbBoMB7cpAWkxkdUJk9AE98xLTQr7B7w6F9S0iQJjh7npqR8-akCWpsfxTRCU0EsGu-yNglLkRJ5DZK03srdfR4ZKq5j9BkwSBnun4-_V/s1600/DSC03474.JPG" alt="modvier"/>

hayun..hayun sikit, agak2 klu pakai skirt labuh goyang2 tak lelemak.. kenapa la aku kena pikir semua tu!


Modvier bangsar

Tunduk dan belek2, eh cukup ke ni? yang color purple joyah pegang tu seluar palazo satin, kadang2 nampak macam seluar..kadang2 nampak macam skirt...eh..sukalah...sukalah... yang ni dari Rinasalleh. Nak tengok harga boleh google kat web dia.

Modvier bangsar
Blazer...macam cantik..macam mahal....skang ni blazer takder yang murah2 klu nak cari yg berkualiti. bodoh-bodoh pun 300++ hingga 500++. Nak kena kumpul duit jugak. Orang berduit,itu jam boleh bayor..kan joyah cakap, nak bergaya ikut kemampuan tapi jangan la sampai fesyen trend tu kita abaikan. Apa2 pun ikut kemampuan dan kesesuaian badan kita. Kita je yang tahu bentuk badan kita macam mana.

Modvier bangsar
Tengok2 dulu, suai ke idok... hmmm macam tak je...hehehe

Dok selak2 baju, terus ada orang tegor..."haiii, pilihlah mana yang berkenan, tapi better u beli esok je sebab i buat diskaun gila2 punyer". Bila joyah toleh je... laaaa Natasha Hudson eh, macam mana aku tak prasan orang cun ni. dah dia cakap macam tu, terus amik gambor la..apa ade hal...

Modvier bangsar, Natasha hudson
haiiii laaa selekehnya la aku ..

Modvier bangsar, Natasha Hudson
Tambah lagi satu..bagi korang jeles...yessss!

Ok dah selesai tu, kita pi bayar... joyah punye style tak suka shopping lelama, plg lama 30 minit dalam tu. Nampak je yang berkenan terus amik je...tak mau pikir panjang.

Modvier bangsar
dah nak balik dah...

Modvier bangsar
zoom sket...

Opps, sebelum terlupa, joyah nak bagi penerangan sket ye pasal Modvier Boutique ni. Butik ni adalah tempat dimana semua brand tempatan dikumpulkan dalam satu tempat. Semua brand ade, contohnya...
L'adorn, Rina Salleh( byk baju dia, material aku berkenan sangat), Rico Rinaldi ( baju dia cantik wehhhh, mahal sket dari Jovian tp berbaloi), Bokitta, Naelofar Abaya (serius aku berkenan, nak beli nanti), Dreamcloud by Natasha Hudson, Sugarscarf, Bellaammara... eh banyak la...tak tersebut den.

Dah selesai semua, jomlah kita ngopi sebentar di Alexis Bistro..

Modvier bangsar
Eh.. dah habis? lapar wehhh....

Alexis bistro, bangsar
Inilah pavlova joyah... sedap bangetttt. gemuk pun gemuk la...ada kesah!!

Gambar ni memang buruk tapi nak tunjuk betapa juling2 bijik mata aku makan pavlova ni..hew..hew..

Oklah, cukupla...tak bleh citer lebih2 sebab bulan pose...bahaya... ok baiiii





Tuesday, 5 November 2013

Hi-tea Puspanita N9 @ Klana resort N9

Assalamualaikum semua,

Bulan lepas, joyah ada attend hi-tea dari puspanita N9. Dalam kesibukan yang teramat, joyah cuba juga la luangkan masa untuk hadir majlis ni. Rasanya joyah memang dikalangan pengerusi yang tak berapa aktif, tiada fungsi kot untuk N9 ni. Almaklumla, joyah ni bekerja tambahan plak kerja-kerja persatuan selalunya buat hari kerja juga. Huish dengar dek Datin ni matilah joyah.hahahha..

Jom posing dulu sebelum gerak ke Klana. Sorang je joyah, lgpun dah biasa sorang2 sejak bujang lg.

Sampai je Klana, terus cari dewan. Nasib baik dah ada orang time tu. tapi pengerusi lain belum sampai lagi. mana taknya, joyah datang awal la jugak.. 
Joyah nak cerita sket, majlis hi-tea ni adalah bertujuan untuk meraikan pengerusi yang berpindah dan berpencen mengikut suami. Jadi kami sama-sama sepakatla nak meraikan diorang.

Inilah suasananya, orang pun tak ramai lagi..hah kang jap lagi ramai la tu.

Tapi majlis ni ada detik mencemaskan untuk joyah. Semua pengerusi kena sumbangkan lagu sebab ada karaoke nanti.. mak aihhhh tak biasa betul la nyanyi2 ni. Eh sungguh klise ayat itu, sapa yang dah tau tu diam-diam aje yer..hahaha. Sebenarnya joyah memang ada nyanyi cuma malasla nk masuk kan gambar. korang semua boleh follow instagram @juliadorable untuk lihat apa aktiviti joyah seharian. Pergh macam retis, tak menahan. Kasi can la kat joyah ni.

Sepatutnya, joyah perlu snap keadaan dan situasi di majlis tu, macam2 benda kelakar patut dicerita. Disebabkan bateri handfong pun dah kong, lupakan jelah niat itu. so? itu je setakat ni...nanti joyah hapdate lagi ok. 

mode: joyah yang pemalas




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...