Showing posts with label sayang menyayang. Show all posts
Showing posts with label sayang menyayang. Show all posts

Sunday, 11 October 2015

Penampilan berubah

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sehingga hari ini, kak joy dan baby sihat cuma dah sarat ni memang tak larat la kalau nak kemana-mana. Ikut hati nak berjalan sesaja tapi kudrat ni tak mengizinkan. Dah berpantang nanti memang kena dok rumah jelahkan. Pandai-pandai kak joy la untuk menikmati percutian bersama anak-anak selama 3 bulan. 

Kak joy perasan, preggy kali ni memang menduga. Alahan memang teruk gila. Kadang-kadang tu, ada sket saki baki sehingga kini. Dan bila baby terlalu aktif masa tu la asik nak terkucil je. Hari tu, terbersin sket dah terkucil dalam seluar. huhu.... Nasib baik kejadian tu kat rumah, kalau time meeting ko terkucil?? memang jadi bahan kawan2 la gamaknya.

Penampilan kak joy sememangnya berubah. Dulu bukan main ko bershawl. Lilit sana lilit sini... skang jangan harap. Cari tudung sarung je skang ni. Lately ni memang jahanam duit kak joy sebab gomar beli Bokitta. Rasanya tudung ni la paling selesa buat kak joy. Tak perlu gosok.

Lagi satu, kak joy memang tak suka berhias. Nak jaga muka apatah lagi. Pi keje pakai day cream je. then colet aje dengan lipgloss. Kalau kak joy make up pun, atas sebab tertentu. Ada majlis atau meeting. Tu pun rasa loya je bila pakai bedak. Cuma kak joy bersyukur dengan kekurangan itu, Allah bagi kelebihan sikit pada kak joy. Setiap kali kali preggy, kulit muka dan badan lebih cerah dan jerawat payah nak naik. Memang seronok. Mgkin faktor hormon agaknya. Tapi lepas bersalin, mgkin jerawat akan naik. Siap la ko. 

Dari segi pakaian pun sama, takda mood nak beli baju preggy yang cantik-cantik. Beli yang tangkap muat je. Asal sedap mata memandang, beli je lah. Malas nak pikir apa dah. Barangan baby pun, beli last minit. Beli mana yang patut je sebab abg2 punya barang masih boleh pakai. Cuma skang kena pikir nak beli stroller baru. Stroller pun bukannya murah2. Riban ribun woiiiiii.... taknak beli tapi macam kena beli. Ni semua untuk safety anak. Haishhhhhh

Berat badan kak joy skang, 74kg. Fuhhhh dok pikir boleh ke berat badan ni turun dengan jayanya. Apa2 pun redha je lah. Yang penting badan sihat, baby pun sihat.




Bersama  dengan anak-anak adalah saat paling indah. Biar penat tapi hati happy melayan kerenah anak2.

Dua-dua ni jantung hati ibu. Makin lasak dan makin panjang akal. Bertabah la wahai ibuuuuuu.


Tak mampu lagi nak berhias. muka versi pucat ala zombie. hmmmmm

oklah bye....


Monday, 29 September 2014

Baru 32!

Assalamualakum,

Umur joyah baru 32 tahun ni...tak lah tua sangat kan. Boleh lagi ni kalau nak menambah. Tambah ape? tambah la apa yang boleh tambah...hahaha

27 September 1982 adalah hari lahir joyah. Lahir di Hospital Sultanah Aminah , JB. Sehingga kini hospital itu masih berdinding merah...tak pernah kuning...tak pernah biru....ia tetap merah dan masih legend.

Mesti korang nak tanyakan, kemana la kak yah ni nak celebrate birthday dia...Betul tak? Sebenarnya kak yah nak ceritakan sikitla pasal sambut menyambut ni. Bagi kak yah, ia tetap sama tiada yang bezanya. Hari istimewa ke atau tidak keadaannya tetap sama. Kenapa kak yah kata begitu? suami kak yah ni bukan lah orang yang romantik...bukannya suka buat surprise pun...nak bagi bunga? hehehe...pernah jugakla dapat tapi itu pun dia britau.

 "yunk, i nak kuar kejap, nak beli bunga sempena birthday you.

" Eh dah kenapa laki aku ni, itu pun nak kena beritau ka?

Jangan harap la nak mimpikan, orang buat prank dan tiba2 ko terkejut "amagad! tak suka la korang ni...suka tau buat prank2 ni..luruh jantung!" Oh jangan ko mimpi ko akan terima kezutan begitu. Tak pun jangan ko berangan, apa laki nak kasi sempena birthday esoknya. Silap2 dia lupa... OH dia memang lupa pun birthday anje dia ni. Semua orang macam muka 50 sen je, tak tau pun hari tu hari birthday kak yah tau. Tanpa pikir lagi, joyah cakap,

 "Korang semua ni, tak ingat ke birthday ibu hari ni?"

 Tetiba ayah eh menjawab,

 "eh haah la, birthday ibu... Happy birthday Ibu...." Itu je?? kad ? anything? takda eh?

Then, semua senyap. anak2 joyah tak tau apa la kan...yang dia tau dia yang terima hadiah bukannya joyah. Tapi joyah tak kisah pun, joyah tetap rasa bahagia, (sungguh klise jawapan itu)

Tapi kan...tapi kan... walaupun husband joyah tak romantik tapi dia ni suka sangat beritau apa dia nak buat...dia pi mana ke..buat ape ke...kiranya takda surprise la. Apa2 benda dia mesti britau dan bawak bincang. Siap tanya nak celebrate birthday ni kat mana? ala yunk oiii please la kezutan la sket...nak kena britau jugak ke? hahaha...Ala salah joyah jugak...cerewet sangat. Kang bila dia buat kezutan, mula la tak berkenan la apala...so joyah tau dia buat semua tu sebab nak buat kita happy.

Hari tu, lepas pi umah ong kawin, kami terus shoot ke Damansara...chap..chap chus laki aku bila drive. Terus sampai ke the Curve. Tu je la tempat yang joyah suka pegi dan sampai satu tahap dah boring sebab tempat yang sama ja. Tapi tak kesahlah...Dalam fikiran joyah, joyah nak terjah Harvey Norman, nak cari vacum. Vacum kat rumah dah rosak. Kiranya kalau sedut habuk tu,
ibarat ko letak serbuk black pepper kat tangan dan ko sedut pakai hidung... begitulah vacum joyah berfungsi. hahaha..

selfie jap 

Dah selesai pi majlis ong kawin, kita terus ke damansara. Nasib sempat tukar baju.

Dah sampai tu, terus ke Harvey Norman beli vacum paling murah dan paling kuat suction dia. Dah jumpa barang, pergi hardware plak.. joyah tak tau kenapalah joyah suka nau pi ACE hardware ni, semua benda ada...Joyah ni senang, tak suka beli benda yang takda guna. Birthday joyah, laki bawak pi hardware...yuhuuuuuu....akak suke....itu pun joyah dah happy ok. Dah beli barang keperluan, kita makan la...

Tempat ni nampak macam best tapi semuanya macam makanan kesihatan. Setiap kali joyah kesini, joyah selalu mengharapkan makanan lain dari yang lain. Tapi kali ni macam makanan dia terlebih sihat...tapi bolehlah...ku taram aje.

Dan ini lah food joyah... Grilled lamb. Takda garam...jus takda gula.... takda tambah air masak atau pun ais. siap kau!!!

Ini je la yang dapat joyah rasa kemanisan creme caramel. Yang ni memang sedap, Langsung takda bau hanyir telur...yummmm

Dah takda apa dah sebenarnya, but i am very happy dikelilingi dengan orang2 yang concern pada joyah. Syukur alhamdulillah...lepas ni nak tumpu pada idaman dan impian joyah plak. Rasanya reveal bulan 11 agaknya. Insyaallah.. biar lambat tapi hasilnya puas hati. Joyah buat semua ni pun sebab joyah minat dan sukakan yang cantik2. Insyaallah akan update soon.






Thursday, 24 July 2014

Hero-hero Joyah

Assalamualaikum,

Eh dah lama joyah tak cerita pasal perkembangan hero-hero joyah kan? Anak-anak joyah skang semakin melasak dan "baik-baik" belaka. Biasalah anak lelaki, kalau tak lasak tak sah..Tapi yang seronoknya, diorang semua dah semakin membesar dan mulut begitu 'ceriwis' bila berkata-kata. Dani plak, aduiiiii ...........karakter dia sangat berbeza dengan abangnya. Aktif sangat dan sangat manja...kalau joyah kata "dani!! ibu babab kang, nak?" dia terus tarik rambut joyah..takpun, dia pukul bontot joyah. Hahahaha... nasib baik montot nak, ibu banyak lemak kat situ, so tak rasa sakit pun...korang pijak2 pun ibu redha ok...


Hah, ni la kerja depa hari-hari....pantang ibu dia baring je, dia hempapnya sungguh2. Senak perut ibu nak...

Hah, kan dah kena peluk dengan ibu...besar dah anak bujang kami ni...

Hah si buntal yang belang-belang tu pun nak join sama...dia bukan boleh bagi can, habis dia kuda-kudanya ibu dia.

Time ni joyah plak tak berapa nak sihat, tapi apakan daya...layankan aje perangai anak-anak.


Bila menjelang malam je, diorang ni kurang sikit melasak.. katanya nak baca buku. Tapi memang perasan sejak-sejak ni asik buka buku je...kadang-kadang buku yang sama. Alhamdulillah, Ameer dah katam beberapa buku yang dia baca..pandai anak ibu. Tapi kan, lepas berapa minit tu dia akan cakap " penatla ibu..ameer nak rehat jap" bukan main lagi.. macam la awak tu nak amik SPM. Nnt dah tingkatan 5 jangan malas2 baca buku ok. Mana taknya, time joyah study dulu, joyah memang mengandungkan budak-budak ni.. time tu pening buat statistik dan accounting. Nanti besar, ibu harap anak-anak ibu pandai macam ayah ya? ibu? tak pandai ke? pandai jugak...tapi ayah lagi pandai dari ibu. Ikutlah sikit2 perangai ayah ya...



Bila tengok gambar ni.. joyah happy sangat.

Kalau tengok Ameer, macam dah tembam sket sebab sejak-sejak ni dia kuat makan..dulu kurus je sebab milih makan. Dani plak, taram je.. semua benda masuk mulut...tak kesah orang langsung..

ok lah tu je nak citer hari ni... ok baiiii

Tuesday, 1 July 2014

Cara paling senang minta bantuan suami.

Assalamualaikum,

Pssttttt... husband korang rajin tak tolong korang buat kerja rumah? ada tak? ada tak? eh takkan tak tolong? Mestilah adakan... tapi nak menunggu diorang tolong mesti kena tunggu 1 jam kan?? tak pun dia akan cakap "jap yunk...nak habiskan game dulu." Laki joyah ni dia punya hobi suka main game. Tak kesahlah game kat tablet ke...PC ke.. hape ke... janji game. Dia sanggup eh beli note 8.0 semata nak main game tau. Bukan sebab tujuan ilmiah tapi game semata. Kehulu kehilir dia bawak benda alah tu. So kalau sape2 nak ajak dia main golf korang rentikanlah.. Silap2 dia bawak tablet sekali main golf. Yelah nyambil2 nunggu orang pukul bola. Itu pun joyah percaya akan berlaku...Ishhh jahat aku ngumpat laki sendiri ... Astagfirullah al azim...

Akhir2 ni kita dok sibuk tengok World Cup kan? hah...main game pun boleh nyambil2 tengok bola kan? eh sakit hati plak joyah nengoknya.. Dari kita sakit hati baik kita buat sesuatu supaya hati kita tak sakit. hahaha..

Cadangnya, joyah nak basuh langsir . Yelah sejak lahirkan si Dani tak pernah la joyah basuh.. rasanya dah bertimbun habuk kat langsiur itu. So joyah mintalah tolong husband joyah bukakkan langsir. Pastu takkan nak biar sliding tu bogel kan? kena lah ganti langsir yang bersih.. so dari situ lah joyah minta tolong dia masuk pin cucuk tu kat langsir... nyambil2 tu tengoklah dia world cup. Pepagi buta ko, tukar langsir...

Cekal sungguh orang itu menyucuk. Sonang yo tu...

muka ada sinyummmm..Ikhlas ke tak laki aku tolong ni? hehe

Nyambil2 tu, bleh tengok world cup kan?? tak susah duduk je dan tangan saja yang berjalan.

Itulah serba sedikit, rutin joyah dan husband. Alhamdulillah, Dapat suami yang boleh bantu joyah.. tak minta semua, dapat sikit2 pun jadilah. Sebenarnya selalu je dia tolong joyah, buat apa2 pun bersama. 

Lelaki sekarang tak macam lelaki dulu, dah pandai berdikari. Dan dari sini jugaklah kita sebagai isteri jangan asik ambil kesempatan atas kebaikan suami tau! nanti awak terus jadi malas...bila dah malas, mula la si orang itu ehem..ehem...  So. kena la buat sama2 dan tanggungjawab sebagai isteri janganlah lupa...Betulkan?? kalau tak betul , korang kena jugak angguk kepala satu kali.

ok baiiii



Tuesday, 29 April 2014

Besok hari ape?




Assalamulaikum,

Esok Anniversary kami...perkahwinan kami masih baru , panjang perjalanannya lagi. Moga hubungan kami suami isteri kekal hingga ke Jannah... itulah doa yang tidak pernah putus setiap kali solat. Ya, joyah tahu, dugaan ada je dimana-mana tapi kita tak mampu mengubah apa-apa kecuali diriNya. Kita hanya mampu berdoa dan terus berdoa demi kebahagiaan pasangan masing-masing.

Meh joyah nak citer sikit pasal orang sebelah joyah ni, he's really humble person, cakap bila perlu sahaja. tapi itu tak bermaksud dia tu tak tau ape2... hey! he's brilliant in mind..joyah? brilliant in talking but mind kadang2 lembab jugak..hahaha...ape2 ajelah joyah...

Sebenarnya , he change me  alot....dia ajar joyah bersabar, sebabnya dia seorg yang sabar. Rasanya takda orang laki kot yang bleh sabar dengan joyah ni. silap2 kena penampor..hahaha...tapi bila dia mengamuk, eh tiba2 plak joyah bleh jadi sabor. ye tak??

Joyah anggap husband joyah ni kawan paling rapat dengan joyah. apa2pun citer dengan dia..dia jugak teman joyah pi shopping...ikutkan je rentak binik dia nak kemana... 

Ape2pun, thank you very much  for everything...love u.


Tuesday, 5 November 2013

Honeymoon @Avillion PD

Assalamualaikum semua,
Eh ada mood pulak nak update blog. Mana taknya, ada orang tolong overhaul blog joyah sebenarnya.  Thanks @amymraz sbb bantu akak ni. Akak kan buta IT sket.

Kali ni, joyah nak story pasal honeymoon joyah. Dah lama dah kejadian ni, baru skng nak update kata ko....nak update ni kena ada mood baru boleh. Klu tak segala cerita akan menjadi hambar.

Asalnya, kitaorg dah lama plan benda ni... cuma cari masa yg sesuai. Husband joyah memang nak ajak tempat yang jauh sket, so boleh la dok lama sket kat hotel. Tapi joyah tak mampu semua tu sbb anak2 joyah perlukan ibunya. Tak sampai hati rasanya nak tinggal kan diorang lama. Bincang punye bincang, kitaorg decide kat avillion PD je.

Kitaorg check in pun dah lambat. Habis keje kul 5pm terus ke PD. Sampai2 je terus tengok pantai diorang. Bolehla. .janji rock...hahahaha. 

Pantai kocik...janji boleh. Teringat saat ini sewaktu joyah di Bali dulu. Tahun depan, baru ble pi lg.


Lapang sekejap dada tengok suasana begini. Dapatla rehat sekejap..jadila kan....

ini adalah gambar keesokan paginya, yang malam sebelum tu memang takder cerita ya.. cer tengok muka joyah tu, ada ceria tak??? hahahaha....

Time joyah dah mula berhijab, kalau nak dipikirkan nak berhijab ni memang dah lama cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Pelbagai juga halangan sebenarnya. Alhamdulillah, tercapai juga niat joyah akhirnya. Syukur sangat...

Eh...sampai hati tak letak gambar suami time ni, dia skang anti camera. Payah nak betul nak ambil gambar dia betul2. next time pulak ya.




Wednesday, 14 August 2013

Joyah vs Anirwan (hubby)


Eh tetiba plak terasa nak buat entry pasal kami. Sekali skala kena  jugak reveal sket demi sket kisah kami. Tapi tak bleh lebih lebih...ala-ala je tau.

Karakter kami berdua terlalu banyak beza sampai orang boleh pikir macam mana kami ble hidup bersama sedangkan joyah ini..sangat bermulut joyah...klu orang nilai dari segi luaran, orang akan cakap joyah ni agak dominan..yang lain joyah taknak cakapla sebab people can say anything about us but the truth is just me n him only. Pergh 'skipping' london katako....

10 things u should know about him:

1. Orangnya manis...budi bahasa lembut
2. Orangnya kurang bercakap tapi kalau kena dengan ceritanya, rancak plak berborak.
3. Pandai menjaga kewangan..ble lantik bendahari kalau masuk persatuan.
4. Cermat dalam apa jua barang...tak kisahla barang tu murah mau pun mahal.
5. Sangat detail orangnya...kalau nak tipu resit beli barang ke, payah oooo . 
6. Suka menggunakan kuasa veto atau pun kuku besi..sebab dialah ketua kuarga.  Hahaha... dia garang ok. Joyah je yang tau..kalau dah marah cepat cepatla amik
aiyor....
7. Dia suka makan daging...
8. Suka main game...tak tau la bila nak berenti...janji awak hepi.
9. Suka tolong isteri....itu pun kalau joyah request...kalau tak, buat dek je...hehehe...
10. Sangat sayang pada anak2 tapi dia garang jugak. Takut oooo...the good thing is, garang macam mana pun, anak anak tetap cari beliau.

5 things u should know about ' joyah': eh asal plak 5 je? Cukupla kan...kang terover plak.

1.of course, joyah byk ckp
2. Cakap je lebih  tapi penakut...gayat...baru tau sejak naik kete kabel gunung matcinchang.
3. suka makanan jepun
4. Penyayang juga walaupun orang kata joyah ni mulut puaka. Hahaha
5. Yang ni sgt penting, korang yang kenal joyah mungkin tau joyah mcm mana. Tapi mana yang tak kenal tu, susah nak judge through my face. Honestly muka joyah ni agak  cenge sket, tu kata orang kedah. Kata orang biasa, muka sombong...tapi, takpe joyah tak kisah klu ade orang kata joyah ni sombong sbb muka joyah memang di lahirkan begini. Tapi dh tau muka tu jenis sombong, kena banyakla senyum...tu petua orang tv3 yang beritau joyah.

So, itula serba sedikit kisah kami....da da da....

Sunday, 14 July 2013

Erti sebuah persahabatan

Minggu lepas yang lalu, sebelum kita semua berpuasa, joyah dan rakan-rakan joyah sempatla  untuk bersama-sama satu meja. Sememangnye agak payah untuk bersama macam ni sebab masing-masing dah berkeluarga. Yang lelaki senang la diorang nak keluar memana sebab urusan anak-anak orang pompuan la kan. Dipendekkan cerita, selesai je meeting di seremban,  kami terus decide pi lunch. Dah la meeting habis lewat, makan tengahari pun diorang tak sediakan.  Kesian...kesian... perut pun dah ber joget joget dah ni. Tanpa pikir panjang kami terus je pi kat restoran fish manhattan. Situ jela yang bolehnya sebab tempat lain full house.
Seronok sangat time ni dapat bersama dengan kawan kawan joyah . Hampir semua diorang adalah sama batch time study kat UPM dulu. Dan yang lain senior joyah. Happy sangat !


Hamboi. .kalau korang nak tau yang dua jejaka tu tidak dapat dipisahkan. Klu salah sorang takda kurang meriah group kami ni. Penglipur lara takda. Yang baju biru tu...liza kawan sama course dulu. She's cute. Kecik je dia. I wish I can kecik like her...

Yang sebelah kiri sekali tu ira kawan sama course and now we're best frens.  Selalu sampai opis je mesti cari dia. Yang pakai kurung merah tu, kak has my senior yang baik. Dialah akak tempat rujuk kami. Pakar rujuk ok. Kami semua bekerja daerah yang berbeza bila ada meeting je kami lepak dulu tempat beliau.  Masing2 dah jadi duta samsung. Kelasss korang.
So, dari bekerjalah permulaan persahabatan kami dan kami sangat rapat. Kalau korang nak tau pegawai kat jabatan kami tak ramai. Pusing Pusing memang muka kami jelah.

Satu perkara joyah nak share ngan korang, berkecil hati sesama rakan adalah perkara biasa berlaku. Tapi kita jangan mudah ambil ia serius.  Sentiasa saling maaf memaaf sebab ia lebih baik untuk friendship korang. Esok lusa nanti kawan tu juga yang akan tolong korang time korang susah nanti. Percayalah, joyah cakap betul ni...tak tipu punye.  Itula Erti
Persahabatan bagi joyah. Ok baiiiiii

Tuesday, 23 April 2013

Terima kasih sayang

Disaat ini joyah amat bersyukur dengan apa yang Allah dah beri pada joyah. Ini lah yang joyah idamkan sejak joyah bujang lagi....  keluarga yang bahagia. Amin Akhirnya, Allah dah makbulkan permintaan joyah.

Wah joyah! Bukan main lagi ko ya? Sempat ko ber feeling feeling kat blog ni ya. Joyah bukan ape tadi cuma mukadimah je. almaklumla, entry kali ni joyah nak citer pasal husband joyah.

Husband joyah ni nampak cool...muka toye je bila kita borak borak dengan dia. Kadang kadang tu macam takda feeling tau..tapi dia seorang pendengar yang amat baik sebenarnya. Bila joyah tengah susah hati, dia mesti bagi nasihat kat joyah. Sambil sambil tu dia amik la kesempatan suh joyah buat air la...buat cekodokla...pisang gorengla...hurmmmm.....

Ada juga orang ingat joyah ni nampak lebih dominan dari husband. Biasala orang panggil macam queen control. Itu bukan joyah okkkkk... joyah ni mulut je pok pek pok pek tapi joyah bukan queen control.  Husband joyah ni kalau kat rumah diala raja...raja ke?...hahaha....dia mmg raja dihati joyah dan anak anak.  Balik keje je si ameer cari ayah dia dulu...ibu dia? Bolayannnnnn

.
Pagi petang siang malam inila keje dia


Husband joyah pun rajin juga bantu joyah uruskan anak anak. ..kalau sempat balik keje dia mandikan anak. Especially dak ameer tu...kuat berpeluh...1 hari 3 kali mandi. So, Sempatla joyah uruskan makan malam. Si dani plak memang suka dikendong...pantang offer,  mesti menggelitik suh amik dia.






Terima kasih syg sebab bantu I jagakan anak anak. ..inilah suamiku dunia dan akhirat. .Amin....

Tukar pampers dak dani



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...