Tuesday 16 July 2013

Berbaloi ke kos maid RM8000?

Sian, baby ni terpaksa buat semua keje rumah...(gambar hiasan)
 
Kalau nak cerita pasal maid ni, kompom panjang lebar kan? macam-macam pendapat orang ramai dengan hadirnya maid ni..tambahan pula kos terkini untuk ambil maid yang dah training RM8000.
 
Pengalaman ambil maid ni, joyah memang takda. Tapi joyah pasti ramai rakan-rakan joyah ni dah ambil maid. Memang macam-macam ceritala kalau ditanya tentang maid ni.
 
Sewaktu joyah mengandung anak kedua, joyah dan suami memang berhasrat nak ambil maid ni. Bukan apa, anak joyah yang pertama tu, hantar rumah orang je. Setakat ni ok lah orang tu jaga. Bila dah mengandung anak kedua ni, pengasuh yang sama tak nak plak jaga budak kecil..ada juga rumah orang lain yang boleh jaga budak kecik ni tapi takkan la joyah nak asing-asingkan anak plakkan? Suami joyah tak berapa setujulah dengan cadangan tu, lalu kami pun terus je pikir nak amik maid. Time tu  ada lah beberapa agen maid joyah call, ada yang nak 5000, ada yang 10,000 dan ada juga 8000. Dengan kos tersebut, kami laki bini pun terpikir. ''Betul ke agen ni?", "maid ni boleh ke buat keje?" "agak-agak maid ni lari tak?", "berbaloi ke dengan bayaran yang kita bagi tu? kalau dia tipu?"
 
Oh inilah soalan yang bermain-main dalam pikiran kami. Kami masih teragak-agak nak ambil. Hmmmm payahnya nak buat keputusan yang tepatkan?
 
Ada satu ketika, Rakyat Malaysia digemparkan dengan berita seorang maid campak budak umur 4 bulan. Siap rekod dalam CCTV tu....oh meremang bulu roma joyah. sekejap dia campak ke depan...pastu ke belakang... macam roti canai..time tu rasa sebak dada joyah...rasa nk tumbuk je maid gila tu. Kalau joyah hilang akal maun joyah bunuh je. Apalah perasaan parents budak tu kan??
 
Selepas je kejadian tu, kami terus lupakan hasrat nak ambil maid . So, kami masih buntu dipertengahan jalan tanpa sebarang cara untuk selesaikan masalah kami. Ada satu ketika, joyah terpikir nak berhenti kerja demi menggalas tanggungjawab seorg ibu dan isteri. Tapi suami joyah tak benarkan. Dia tak suka isteri dia dok rumah je. Mungkin dia dah terbiasa dengan life joyah sebab joyah agak aktif dengan aktiviti kewanitaan joyah ni. hehehehe
 
Dalam masa yang sama, parents joyah kesiankan kami. Jadi diorang ambil keputusan untuk jaga budak kecik dua orang ni. Betapa sayunya hati joyah sebab orang tua joyah pulak nak jaga anak joyah. Joyah berbelah bagi samada nak bagi diorang jaga atau tak.. Mama joyah kata, "takpelah nanti diorang dah besar dah pandai cakap....dah pandai mengadu...baru amik maid". Mama jaga ni hanya sementara saja. Dengan itu, Kami pun bersetuju...senyum bukan main lebar...Terima kasih mama papa sebab terpaksa korban demi anak-anak kami. Ya Allah Kau peliharala mereka dan Kau lindungilah mereka . Syukur Alhamdulillah...
 
So?? Berbaloi tak ambil maid dengan kos RM8000?
 
Ok pandangan joyah sangat senang:
 
Ia berbaloi kalau dapat maid yang setia, penyayang,(sayang pada anak-anak ya bukan suami), jujur, kuat agama, rajin solat.
 
dan
 
Sangat tak berbaloi kalau dapat maid jenis menjawab, pemalas, penipu, kuat menangis, bodoh, SUKA MENDERA BUDAK, pencuri dan seangkatan dengannya.
 
jadi ada tak jaminan untuk kami yang ambil maid ni?? Masih takda jaminan kannn...
 
So, siapa yang ada maid yang baik tu, jaga lah hati diorang baik-baik jangan pula kita yang mendera diorang...kesian.

1 comment:

  1. Sblm ni sy ada maid... cost rm7500 ambil dia. 3 bulan pertama xde gaji. Tahun pertama mmg tak tinggalkan dia aje dgn anak2. Mak akan pantau. Rm500 gaji bulanan. Lepas 3 thn dia balik terus. Nak ambik baru mmg ada risiko sbb maid tu pandai jaga anak.. tak tinggal sembahyang.. sedih sgt dia tak dpt sambung lagi...

    ReplyDelete

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...