Friday, 30 August 2013

Kurus masih lagi rasa gemuk?

Assalamualaikum,

Sorry semua, baru arini joyah sempat untuk mengarang. Sebelum ni joyah bz ya amat...al maklumlah joyah skang masih berulang lagi dari seremban ke jempol. Sememangnya tiada masa yang sesuai untuk apa apapun. Malam pun joyah dah hanyut diulit mimpi. Anak dah tido joyah pun lolap.

Disebabkan masa yang amat singkat dan dalam masa itu jugakla banyak benda nak di kejar. So termasuklah jadual aerobic joyah tergendala seketika. Joyah tahu ramai yang rindu joyah kat kelas tu...joyah pun rindu tau cuma bontot ni malas nak kesana kerana penat itu lebih menguasai diri. Tengok kak nanie dah bersemangat dengan kelas aerobik dia. Insyaallah lepas ni group puspanita jempol plak.

Kali ni joyah nak share sikit tentang pengurangan berat badan joyah yang agak byk. Oh makan pil kurus?  Tidak! Joyah tak penah amalkan itu. Alhamdulilah,  berkat bulan puasa yang lalu, joyah turun 7kg dari 67kg. So skang 60kg. Oh masih berat lg di situ. Tapi takpe joyah tidak stress.

2 minggu sebelum nak raya, joyah cuba ubah diet joyah dengan ambil herbalife.  Ramai cakap mahal... ya memang mahal. Tapi joyah tak ambil set yang banyak itu ya. Cukupla untuk teh dan shake saja. Untuk makluman korang, joyah ada masalah usus. Kiranya  sembelit la...kalau nak memerut tu kena tunggu la 5 hari. Oh sangat azab...tak baik kan simpan toksin lama2 dalam badan. So...joyah rasa semakin takut sebab dengan sembelit la kita boleh tahu bahawa ia merupakan petanda awal untuk jadi kanser. Eiiii seram mak hencikkk.
Sejak mengamalkan sehingga skang, Alhamdulilah badan joyah semakin energetic. ..tak mengah2 lagi nak buat kerja di lapangan. Oh sembelit tiada lagi...syukur.

Skang ni joyah belum timbang berat lagi, tak tau macam manala keadaan diri ini. Redhooo ajelah joyah ya.

Ramai kata joyah dah kurus... "eh, ju ko dah kurus sket". Eh yeke? Terima kasih ya.

Tapi korang yang dah kurus tu...cantik...body mengiurkan...dan bila orang kata , eh cantik ko skang, kurus lagi...". Please ya, cakap ' terima kasih,dan say syukur...jangan cakap " eh mana ada ? Ada lagi lemak...aku rasa gemuk sangat...oh jangan begitu,  people adore your body that's why diorang puji..

So, sayang diri anda dan mula la jaga diet ya. Kalau badan sihat, insyaallah kita dapat berikan yang terbaik untuk anak anak dan keluarga. Insyaallah. . .

P/s: no picture kali ni...saja je...renungan dihari jumaat.
Lagi satu, pengambilan herbalife bukan semata untuk kurus. Tapi kalau makan dah bergantang, herbalife tu pun tiada guna. Habis duit korang jelah.. so food intake kena jaga. Ok lah baiiii

No comments:

Post a Comment

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...