Selepas melahirkan anak kedua pada 12/12/12 (peh! tarikh keramat), macam biasalah kan setiap ibu mesti melaui proses berpantang selama 44 hari. sebelum bersalin memang nak tanamkan semangat untuk berpantang betul-betul kali ni. tp akhirnya, perancangan saya tidak kesampaian. aduhaiiiii...selepas je 2 minggu berpantang, badan semakin sihat dan hampir pulih.kiranya bolehlah nak mandikan anak.bila dah anak 2 ni, tak semua benda nak diharapkan mak yang jaga. kena jugaklah berdikari untuk jaga diri sendiri dan suami. kiranya memasak semua tu settle la. tp mama tetap jaga saya seperti biasa orang berpantang walaupun tak sepenuhnya macam orang lain.kira untungla siapa yang menjalani proses pantang tu hanya duduk saja dan menyusu anak. tapi kali ni, sakit-sakit badan memang dah takda dan tak sama seperti anak pertama dulu.mana taknya, supplement yang perlu diambil tak pernah diendahnya.alhamdulillah syukur sangat badan sihat sebab banyak ambil supplement Shaklee kali ni.tak sangka kan? dengan izin allah saya sihat sedia kala.
Masa berpantang, saya dipanggil oleh setiausahaku (Puspanita Gemas) untuk buat mesyuarat agung dengan segera sebab ada beberapa perkara perlu diusul ke peringkat atasan untuk dibincangkan. jadinye terkocoh- kocoh la saya nak buat persediaan walaupun hakikatnya bukan saya yang buat. Just duduk, chair je meeting. kiranya dalam pantanglah nak pi meeting ke Gemas. memang dasyat tapi apakan daya, tanggungjawab perlu dilunaskan. kalau tak memang kena sembur dengan husband.
sebelum nak bermeeting, mestilah buat persediaan diri. Takkan nk pakai pilis dan rambut bertoncet plakkan?? so saya sempatla ke salon rambut dan buatla ape yang patut. Dalam masa yang sama grab je baju yang agak2 longgar agar tak nampakla lemak-lemak yang tersembol tu. sebenarnya agak segan bile dalam berpantang, kita ni melaram macam orang tak berpantang. kalau orang tua-tua dah bising sampai bingit telinga ni.but my mama really understanding,dia memahami walaupun kadang-kadang dia ada jugak membebel."Julia, letak minyak kat badan tu..biar panas..." itupn jarangla nak buat..angguk-angguk jelah tanda setuju.
![]() |
Baju lama tapi kira oklah, warnanya ikut warna puspanita |
No comments:
Post a Comment
Pls give us comment if u think it should.