Wednesday 13 February 2013

Bukan mudah menjadi blogger

Alhamdulillah, syukur dapat menulis lagi. saya baru saja selesai menguruskan anak-anak. Akhirnya mereka dah diulit mimpi. harap mimpi indahlah...kalau mengigau payah jugak.

Sebenarnya saya baru saja belajar menulis blog ni.kenape nak menulis dalam blog? itu lah persoalan yang sering bermain di fikiran.sebab nak 'glamour'? nak famous?. kalau itu sebabnya baik tak perlu menulis sebab bukan senang tau. Bagi saya menulis bermula dari minat kita dan ingin berkongsi pelbagai perkara bersama pembaca atau kawan-kawan kita. Apa yang nak dikongsikan tu? kalau kita baca blogger orang memang macam-macam. cerita pasal masakanla...kecantikan la...pasal anak-anak la... memang syok bila baca. Bagi saya, memang menenangkan.

Bagi saya, bukan perkara mudah untuk menulis sesuatu cerita  yang boleh menarik pembaca.sesetengah tu memang syok sendiri. kadang kala terasa diri ini pun macam syok sendiri. tapi tak ksahla kan sebab saya pun masih baru dan masih belajar. Saya mula menulis sejak awal tahun 2011 kot. memang tak ingat tapi ia hanya sekadar suka-suka. sekarang ni barula nak giat menulis sebab banyak masa lapang sepanjang bercuti 3 bulan ni. Orang lepas bersalin dapat pula cuti 3 bulan mmg syok habisla...ini la masanya untuk saya berkongsi pengalaman yang tak seberapa bersama pembaca dan kawan-kawan.

Menjadi penulis ni perlu meluangkan masa yang lebih dan perlu bekerja keras untuk memastikan cerita tersusun dan menarik. Itu adalah tips yang diberikan oleh blogger sorang ni tapi orang macam saya memang takda masa,tambahan pula bila dah mula kerja nanti. Time kerja, sememangnya sibuk dengan binatang kesayangan diluar sana. lembu, kambing dan ayam menanti dan sangat memerlukan servis saya. Tapi bak kata pepatah nak seribu daya taknak seribu dalih..betul tak?

lagi satu, dugaan juga bila kita tak berapa mahir tentang IT.buta IT la katakan..sebab tu memang agak slow nak update blog. tambahan pula guna ipad...macam hampehhhhh...menciiiii. apa-apa pun ini la permulaan saya yang penuh cabaran.

gaya berfikir...tak menahan

No comments:

Post a Comment

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...