Tuesday, 28 October 2014

Instant Shawl by JustAdorable

Assalamualaikum,

Amboi dah lama kak joyah tak mengelap sawang2 dalam blog ni. Iya, itu joyah mengaku...bukan takda masa nak update cuma malas tu lebih menguasai diri. Perangai syaiton betul! hahahaha

Sesiapa yang dah follow kak joyah, mereka dah sedia maklum yang joyah ni sudah berkecimpung dalam industri tudung menudung. Ala....baru nak mula dan banyak benda nak kena belajar. Jadi gunakanlah ilmu yang ada time ko belajar dulu ya? jangan sia2 kan...Insyaallah.

Mana datangnya niat ni? niat sudah lama, nak mula tu je macam takut. Macam2 pikir. Tapi tak boleh pikir2 dah, kena mula jugak atas hasil usaha sendiri.

Joyah mulakan dengan shawl biasa dan seterusnya instant shawl. Tapi ramai pulak nak lagi senang, nak sarung terus nak rasa cantik dan terbabom. Iya betul...tapi kak joyah suka bagi korang challenge, sekali skala belajarla belit2 ni. Nak rasa cantik...perlu ada usaha ok...sekarang ni kita tak boleh tunggu diri kita, "eh, cantiknya aku...tetiba plak ko cantikkan?" kita kena paksa diri kita cantik bukan tiba2 magis terus jadi cantik. Tapi ramai dah orang jual pelbagai shawl...pelbagai material dan pelbagai design. So, pilihan ditangan korang. Pilih jelah...nak murah..nak mahal...

Tudung joyah yang adorable sangat ni memang joyah cari tailor sendiri...material kain pun ko carilah sendiri. Barulah boleh challenge diri. Betul tak? Joyah kadang2 siap mengadap tailor tu menjahit dan rupanya susah jugak nak menjahit kelim2 bagai ni. Joyah memang tak gigih, silap2 joyah dah lempar mesin jahit tu dalam longkang. Hahaha.. dasar perangai syaiton ko ni yahhh.


Oklah jangan banyak cerita, joyah letak dulu 2 design ni walhal ada lagi design yang joyah ada. Itu kemudian punya cerita.


Instant shawl ~ Printed
Material: kualiti chiffon
1.8m x 0.7m
RM50 exclude postage
Whatsapp/sms ~ 012-3049715



Cara pemakaian:
1. Sarungkan saja
2. Pinkan kalau longgar
3. Lebihan kain dinaikkan ketas untuk disematkan dengan pin
4. Cocok je pin tu, jangan tercocok kepala sudah
5. Tadaaaaa....eh tercomel plak.


Joyah minta maaf kalau gambar joyah ni macam serabut jekan? tapi ni baru permulaan memang ada perancangan yang seterusnya.. Tunggu tauuuuu

Joyah si penjual tudung

No comments:

Post a Comment

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...