Friday 5 July 2013

Tips: Mencari kawan/rakan

Hari ni joyah nak buat tips sket..ni bukan tips dari internet atau mana-mana sumber yang boleh diciplak. Tips kali ni adalah dari joyah sendiri ok..sebabnya sejak joyah tinggal di Jempol ni Joyah takda kawan untuk bersosial. Lainlah dok seremban kannnn...ramai colleage joyah. Setelah dok Jempol selama 1 tahun setengah ni, Joyah dan mula rasa boring..tertekan..rasa pening...nak muntah pun ada kadang-kadang tu...over pulak si joyah ni kalau bercerita. Tipu je ...jangan percaya sangat. hehehe... Di pendekkan cerita berdasar entry yang lepas joyah pernah citer pasal pi workoutkan?? soo dari situ joyah dah mula ada kawan. Hari kedua di Studio kak Nanie mula rancak berborak dengan semua ahli kat situ. Wow memang seronok. Jiwa pun tak tension. Habis keje jer terus pi buat Bokwa kat Bahau. Badan pun berpeluh tak usah cakap. Balik rumah pandang muka anak-anak pun dah happy. Sok pi keje macam biasa. Kalau ada masalah cuba setel macam biasa. Jadi takda la terbawa bawa masalah kerja kat rumah.


Time ni ntah apala nak dibuatnya...memanjang tergelak je kami. Ni dengan kak nanie dan Julie. Nak memperagakan kasut yang sama. Sesiapa berminat kasut ni boleh la beli di Al Ikhsan. Puma Brand...Harga RM250
Ok itu kisah di studio kak nanie.



Baru-baru ni Joyah ada melibatkan diri sebagai peserta dalam Event Fun and Fabulous yang dianjurkan oleh Kelab PPTD Di Klana, Seremban. Oh event dia sangatla ohsemmmm. tak cukup masa ko...aktiviti kami macam-macam. Dari pagi kami beraerobik dan ceramah kesihatan dan petang sesi grooming and make up. The point is, joyah dapat ramai kawan tau. So dari situ kita boleh kenal dengan lebih rapat kannn.


hah nin dia kengkawan joyah, ramaikan? sebenarnya hampir separuh dari diorang joyah dah kenal cuma melalui event ni joyah dapat kenal dengan lebih rapat lagi. Seronoknya tak terhingga.


dapat tak korang cari muka joyah...cercari...cercari....



Ok ni kawan joyah, dapat juga kami bersama. kalo tak interaksi kami hanya di alam maya. macam bercinta pulak yedak...


Kesimpulannya, kalau nak berkawan...kita mesti cari kawan.Bukan kawan cari kita...kalau dia cari kita, kira dah baguslah tu dan kita jangan dok sombong sangat tak bagi respon. Kelebihannya banyak..rasanya korang pun tahukan. Tak perlu la joyah nak britau.

Apa-apa pun joyah nak ambil kesempatan untuk ucapkan ribuan terima kasih kepada Ilmiah dari kelab PPTD yang sudi menjemput joyah ke event yang sangat ohsemmm tu. jangan lupa jemput joyah lagi...
oklah, joyah kena stop dulu..ok baiii

2 comments:

  1. Ade pengalaman dduk kat Kuala Pilah dari jul 11-Feb 13..Cuti mesti cabut balik Putrajaya sbb husband kat Putra..Da bertahun duduk kat bandar tetiba kene posting kat kwsn kampung prsnnye tak tau nak gmbr..Ceh mcm teruk sgt je...Now da balik dok KL semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tapi rezeki saya disini..terpaksala suaikan diri utk survive.

      Delete

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...