Sunday, 20 October 2013

Apa yang anda mahu dalam hidup?

Assalamualakum,

Sekembalinya joyah bersama korang. Maaf, tersangat busy sampai nak menulis pun tiada masa. Arini ada masa, kebetulan joyah buka laptop...kali ni tajuk joyah sangat general. Korang nak apa dalam hidup korang? hahahaha..biasalah, tiba-tiba nak berkongsi dengan korang apa yang ada dalam pemikiran joyah ni.

Kalau cerita, apa yang korang nak dalam hidup, memang macam2 la kan...nak kereta besarla...nak rumah besar la...nak suami kaya la...nak jadi popular la...nak jadi artis la....kiranya macam2 la impian yang kita nak. Kalau korang tanya joyah, memang berjela la panjang list apa yang joyah nak dalam hidup. Kalau orang tu jawab, "saya tak nak harta, saya nak keluarga bahagia ja" sungguh klise ayat itu kannn. Setiap yang ada dalam dunia ni adalah saling berkait, kalau kita tak nak yang itu, tapi kita perlu lalui jugak yang itu untuk dapatkan apa yang kita nak. Begitulah dalam kehidupan joyah...tiada yang mudah, semuanya ada cabaran. tapi mampu ke kita untuk lalui cabaran tersebut?

Ada ketikanya, kita tak peduli apa yang ada disekeliling kita sehingga terlupa keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Bak kata suami joyah, kita perlu wasatiah. Sentiasa sederhana dalam apa jua yang kita buat. Inilah proses yang joyah tengah lakukan. Kita sebagai manusia, perlu belajar dan memahami semua itu.

Apa jua pun yang kita mahu, kita perlu ingat bahawa akhirnya kita akan kembali jugak kepadaNya. Subhanallah...Allah itu maha mengetahui..






No comments:

Post a Comment

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...