Tuesday, 4 March 2014

Sukar mengawal?

Assalamualaikum,

Tajuk arini agak general sebab joyah tak tau nak letak tajuk apa walhal joyah nak cite pasal diri sendiri. Joyah tak tahu la samada ia satu perkongsian atau pendapat joyah.. mungkin joyah boleh story kat sini.

Masa sekarang ni, macam2 benda cerita kita dengar, kita tengok...kita kongsi. Paling ketara sekali bila segala maklumat atau cerita yang kita dapat dari FB ataupun instagram...Paling best lagi bila cerita panas cepat2 je kita klik nak tau apa cerita sebenarnya kan?? begitula joyah... memang itu pun yang joyah suka..tambah2 plak skang ni citer pasal artis Hanez Suraya...memang panas terbabom. Malam tadi dia ada dalam #Meletop. Bukan main, joyah terus mengadap TV nak tau apa kesah yang seterusnya.

Ok itu serba sedikit intro pasal joyah, cuma korang pernah tak terpikir bahawa manusia ni sukar dikawal?? ada betul jugak sebab manusia bukannya robot yang boleh diarah arah kan?? kadang tu ikut suka hati dia nak buat apa kan? tambah2 plak kalau orang tu jenis ketegak! (bahasa orang kedah) atau kata lain Bega (Bahasa Nogori).

Ada suatu ketikanya joyah penah bertanyakan pada suami joyah:

Joyah: yunk, Allah suruh kita solat, puasa, bersedekah, berhijab.... semua tu kita boleh buat. Allah suruh, terus boleh buatkan?? tapi kita manusia cukup sukar untuk mengawal kata-kata, bahasa kita terutamanya pada sesama kita.... betul tak?? i pun manusia biasa, kadang2 tu bila kita terlalu marah, kita terus cakap yang bukan2 sampai kita tak sedar kita dah menyakiti hati orang lain.

Suami: Betul tu... itulah manusia. cuma kita manusia perlu lebih banyakkan ilmu agama lebih mendalam dan selalulah hayati setiap yang disuruh olehNya. niat tu penting sebenarnya. Itu sebab bila solat sentiasalah berdoa kepadaNya agar iman kita sentiasa tetap, janganla berbalik balik.

Joyah: Hmmm....byknye nak nak kena ubah yunk...kadang2 tu eloklah jadi orang bisu, jadi mulut kita ni pun takde la cakap yang bukan2 kan? tapi kalau bisu, x syok la pulak, u pun boring tak dengar bebelan i setiap hari. hahahaha...

Suami: hah...itu pun satu hal lagi, kadang2 tu isteri cakap dengan suami pun macam menengking je... pastu bila ditegor, jawabnya "dah awak tu tak berapa nak dengar, asik main game je... isteri ni tinggikan volume". ada je alasan dia...

Joyah: hmmm... yelah...itu lah manusia sukar dikawal...huhuhu...( tak tau nak jawab ape sebenarnye sebab dah hilang akal. hehehe)

Itulah serba sedikit contoh yang joyah boleh bagi. Tapi apepun bila kita nak tulis atau nak cakap apepun, pikirla dulu. panjang pikirnya pun takpa asalkan ia tak menimbulkan masalah kelak nnt. lagi satu bila rasa marah sangat tu jangan tulis ape2pun sbb time tu minda kita masih berkecamuk. Bila dah buat, menyesalkan?? so diamkan je lah hati ni, biar reda dulu. Joyah selalu mcm ni, bila marah je terus hilang akal...hahaha...

itu sahajalah yang dapat joyah kongsikan..peace



No comments:

Post a Comment

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...