Monday 29 September 2014

Baru 32!

Assalamualakum,

Umur joyah baru 32 tahun ni...tak lah tua sangat kan. Boleh lagi ni kalau nak menambah. Tambah ape? tambah la apa yang boleh tambah...hahaha

27 September 1982 adalah hari lahir joyah. Lahir di Hospital Sultanah Aminah , JB. Sehingga kini hospital itu masih berdinding merah...tak pernah kuning...tak pernah biru....ia tetap merah dan masih legend.

Mesti korang nak tanyakan, kemana la kak yah ni nak celebrate birthday dia...Betul tak? Sebenarnya kak yah nak ceritakan sikitla pasal sambut menyambut ni. Bagi kak yah, ia tetap sama tiada yang bezanya. Hari istimewa ke atau tidak keadaannya tetap sama. Kenapa kak yah kata begitu? suami kak yah ni bukan lah orang yang romantik...bukannya suka buat surprise pun...nak bagi bunga? hehehe...pernah jugakla dapat tapi itu pun dia britau.

 "yunk, i nak kuar kejap, nak beli bunga sempena birthday you.

" Eh dah kenapa laki aku ni, itu pun nak kena beritau ka?

Jangan harap la nak mimpikan, orang buat prank dan tiba2 ko terkejut "amagad! tak suka la korang ni...suka tau buat prank2 ni..luruh jantung!" Oh jangan ko mimpi ko akan terima kezutan begitu. Tak pun jangan ko berangan, apa laki nak kasi sempena birthday esoknya. Silap2 dia lupa... OH dia memang lupa pun birthday anje dia ni. Semua orang macam muka 50 sen je, tak tau pun hari tu hari birthday kak yah tau. Tanpa pikir lagi, joyah cakap,

 "Korang semua ni, tak ingat ke birthday ibu hari ni?"

 Tetiba ayah eh menjawab,

 "eh haah la, birthday ibu... Happy birthday Ibu...." Itu je?? kad ? anything? takda eh?

Then, semua senyap. anak2 joyah tak tau apa la kan...yang dia tau dia yang terima hadiah bukannya joyah. Tapi joyah tak kisah pun, joyah tetap rasa bahagia, (sungguh klise jawapan itu)

Tapi kan...tapi kan... walaupun husband joyah tak romantik tapi dia ni suka sangat beritau apa dia nak buat...dia pi mana ke..buat ape ke...kiranya takda surprise la. Apa2 benda dia mesti britau dan bawak bincang. Siap tanya nak celebrate birthday ni kat mana? ala yunk oiii please la kezutan la sket...nak kena britau jugak ke? hahaha...Ala salah joyah jugak...cerewet sangat. Kang bila dia buat kezutan, mula la tak berkenan la apala...so joyah tau dia buat semua tu sebab nak buat kita happy.

Hari tu, lepas pi umah ong kawin, kami terus shoot ke Damansara...chap..chap chus laki aku bila drive. Terus sampai ke the Curve. Tu je la tempat yang joyah suka pegi dan sampai satu tahap dah boring sebab tempat yang sama ja. Tapi tak kesahlah...Dalam fikiran joyah, joyah nak terjah Harvey Norman, nak cari vacum. Vacum kat rumah dah rosak. Kiranya kalau sedut habuk tu,
ibarat ko letak serbuk black pepper kat tangan dan ko sedut pakai hidung... begitulah vacum joyah berfungsi. hahaha..

selfie jap 

Dah selesai pi majlis ong kawin, kita terus ke damansara. Nasib sempat tukar baju.

Dah sampai tu, terus ke Harvey Norman beli vacum paling murah dan paling kuat suction dia. Dah jumpa barang, pergi hardware plak.. joyah tak tau kenapalah joyah suka nau pi ACE hardware ni, semua benda ada...Joyah ni senang, tak suka beli benda yang takda guna. Birthday joyah, laki bawak pi hardware...yuhuuuuuu....akak suke....itu pun joyah dah happy ok. Dah beli barang keperluan, kita makan la...

Tempat ni nampak macam best tapi semuanya macam makanan kesihatan. Setiap kali joyah kesini, joyah selalu mengharapkan makanan lain dari yang lain. Tapi kali ni macam makanan dia terlebih sihat...tapi bolehlah...ku taram aje.

Dan ini lah food joyah... Grilled lamb. Takda garam...jus takda gula.... takda tambah air masak atau pun ais. siap kau!!!

Ini je la yang dapat joyah rasa kemanisan creme caramel. Yang ni memang sedap, Langsung takda bau hanyir telur...yummmm

Dah takda apa dah sebenarnya, but i am very happy dikelilingi dengan orang2 yang concern pada joyah. Syukur alhamdulillah...lepas ni nak tumpu pada idaman dan impian joyah plak. Rasanya reveal bulan 11 agaknya. Insyaallah.. biar lambat tapi hasilnya puas hati. Joyah buat semua ni pun sebab joyah minat dan sukakan yang cantik2. Insyaallah akan update soon.






3 comments:

  1. happy bfday akak joyah.. kite lahir same bulan la.. tahun je lain2.. anis punye bfday hari nie..hihi...

    ReplyDelete
  2. happy birthdayyy..moga bahagia dan sihat selalu.. ^^

    ReplyDelete
  3. happy birthday kak joyah cantik....!!

    ReplyDelete

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...