Tuesday 7 October 2014

Good stress ~ stress yang baik

Assalamualaikum,

Tarik nafas kejap.....ahhhhhh lega. Malam ni barulah boleh bernafas sikit. Kalau tak dari pagi sampai la ke petang nafas ni rasa tak cukup je. Mana taknya! macam2 benda nak dikejarkan. Kejap nak kesana...kejap nk ke situ...haiyooooo! Tapi kalau dipikir2 balik ia adalah stress yang baik. Kenapa joyah cakap macam tu? sebabnya ia adalah stress dimana ko akan dapat hasilnya setelah ko berhempas pulas menguruskannya. Kalau stress yang tak bagus tu, lebih kurang macam putus cinta la...

Macam pagi tadi, joyah keluar ke ladang kejap, ambil sampel darah ayam. Biasalah...dah itu kerja kitaorang....apa kan daya joyah...demi memantap skill amik darah ayam la katakan.

Berootd sebelum ke opis... sebelum tu, jom kita belajar tentang warna..Ok sila pandang depan dan baca.


Sampel cloaka ayam. kiranya amik sampel kat bontot ayam.

sampel darah pulak

mata tak nampak urat, kena la guna deria rasa.

haaaa...baru dapat darah. ko ingat senang nak amik darah ayam ni? kalau ko jenis tak sabar, memang dah mati ayam ni ko kejekan. Tapi...satu ekor ayam, memang dah mati pun...hahaha...ampunkan kami penunggu gua!

Selesai je amik darah, joyah ke gemas, meeting puspanita pulak. Agak kerap jugakla joyah ke gemas sejak akhir2 ni.. Ni semua sebab kerana event yang kami akan anjurkan jumaat ni. Ohhh berdebar sangat wei.. sebabnya ini adalah big event untuk kami. Lagi 2 hari weiiii... selagi tak selesai event ni, hati joyah pun tak senang. Pengisian event tu pun dah buat joyah nervous tak tentu arah. Itu tak kira lagi menahan rasa sakit joyah ni. nak duduk sakit...nak bangun pun sakit... nak jumpa pakar tulang pun tak menyempat lagi tau. Banyak betul dugaan dan cabaran buat joyah kali ni. Tapi joyah tak kesah, joyah tetap harung sebab ia akan buat kita lebih baik dan lebih matang. Betul tak? Joyah pun dah mula jauhkan diri dari pikir yang negatif je. Memang tak bagus pun... nak pikir yang positif je. Kalau kita pikir apa yang orang pikir pasal kita, memang tak kemana la kita. Duduk la ko kat cerok almari tu? Betul tak?

Itu hal puspanita la kan... balik rumah pun dah pukul 6.30pm. Kang nak masak lagi...solat...gedebak...gedebuk...dah pukul 10pm. Apa nak buat? tido? hoiii skang ni jangan ko harap nak tido pukul 10 tu. Seperti yang dijanjikan joyah kena jawab wassap orang yang nak order tudung pulak. Ko ni memang cari pasal la joyah...ko tak reti penat ke? memang la penat tapi atas sebab minat, joyah tak boleh buat apa. Joyah nak pandang ke depan je...tak nak lagi pandang tepi atau ke kanan. Lagi kita tunggu, selagi tu la tak dak apa la kita nak capai. Tapi sekali skala jeling jugak kebelakang demi mengingatkan kita ini siapa? asal kita... joyah baru je mula nak jual shawl. Ala meniaga main2 je? main2 ke? hahaha... joyah minta maaf la sebab tak brapa nak buat promosi jual2 tudung ni. Mungkin belum masanya lagi. Konon2 buat macam teaser. Hahahaha... perasan retis gitu la. Orang lain dah beribu ribu dah untung jual tudung. Joyah baru nak mula. Takpa la,ia hanya sekadar minat dan sukakan kualiti dan syok sendiri. Lagipun ia tudung custom made bukan amik secara bulk dari pemborong. Kiranya ko beli kain sendiri...ko design...pastu hantar tailor.. Itu la serba sedikit tentang aktiviti joyah. Dah tak tau nak citer apa sebenarnya. 

Oklah.. nanti ada kelapangan joyah update lagi eh? biasalah, iklan nuffnang semakin masyuk pulak kali ni. Kena la rajin menulis jugak. Dapat beberapa sen pun dah syukur alhamdulillah.

#JustAdorable soon. Follow my IG for more updates





1 comment:

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...