Baru arini nk sharing sikit dengan korang dengan satu produk ni. Rasanya korang pun selalu dengarkan??? Shaklee. ...tahun ni baru berjinak jinak guna produk ni. Ni pun sebab breastfeeding baby. Bila dah guna terus nak kata WOW!!!! Macam tak percaya sebab EBM yang terhasil sangatla pekat melekat dan baby memang tido lena...ternganga kalau sekali dia dapat tido.
Tapi yang paling penting, kulit akak terasa lembut dan parut parut kat muka n perut mmg hilang. Setakat ni akak dah consume 5 canister (botol) soya shaklee (ESP). Mmg tak menyesal mkn produk ni sebab hasilnya sgt lumayan. Badan pn tak rasa letih lagi. Lagi satu produk yang menjadi favourite akak herblax dan lecithin. ..tujuannya utk kurang berat badan dan air yg berlebihan dlm badan. Setakat ni berat beransur turun secara perlahan sbbnya akak bf baby dan taknak diet beria ia kuartir susu jd kurang. Tengok gambar akak, hilang sudah parut....thanks cammy sbb kongsi rahsia ini.
Skang hepy...hepy...hepy Walaupun badan masih tembam...
Tuesday, 26 March 2013
Terbukti dan memang terbukti
Saturday, 23 March 2013
Masa tidak cukup untuk update blog
Sekarang jam 4pagi tanggal 24hb mac...apa ko buat Julia tengah tengah malam buta ni? Ini la masanya nk update blog sebab waktu siang hari sibuk mengejar anak. Malam plak, pok pok anak kasi tidur. Bilalah nk ada masa sesuai? Selalunya update pun dah jarang pakai laptop.mana yang sempat la...sebab tu note 2 menjadi pilihan mama julia. Walaupun nk update tak boleh nak panjang panjang, at least dapat la mengarang sesuatu cerita. Kira ok la tu daripada takda langsung.
Motif letak semua gambar ni nak menunjukkan bahawa betapa selekeh dan serabutnya menguruskan anak anak yang sedang membesar. Apapun hati ni begitu puas sebab dapat jaga anak depan mata.. Saya berharap anak anak saya sentiasa dilindungi Allah dan berilah ku kekuatan bagi menjaga seluruh keluarga ku...Amin
Dari
My pinky note 11
I love u son
Mlm ni nk sambut beday ameer Zaffran. ..sgt teruja wlpn sambutan utknya biasa2 saja...ibu doakan anak ibu sihat selalu dan cerdik pandai...syg anak ibu.
Tuesday, 19 March 2013
Persediaan menyambut hari lahir Ameer zaffran
Bulan mac ni, genapla Ameer Zaffran 2 tahun. Preparation kali ni agak kelam kabut sikit sebab ayah si ameer ni memanjang sibuk.so, terpaksalah kami ni ikut time ayah si ameer ..cadangnya this Saturday. Itu jelah time yg sesuai.
Dulu masa birthday ameer setahun..rainbow cake je la jd pilihan hati.tp kali ni tak tau...any idea anyone? Ada sesapa yang pandai buat decoration cake upin ipin? Tp cakenya nk yang sedap dan mantop...
Birthday present dh beli. Kali ni mmg tak belikan dia mainan sebab hobi dia skang ipad je.. Itulah penemannya...kami hanya hadiah buku sahaja dengan menggunakan baucar buku. Hebat tak? Thanks PM. We love uuuuuu....
Tarikh dh dekat, jiwa masih belum melekat
Tu dehhhh...penangan org nak exam...tabiat last minute tu selalu jadi amalan. Bilalah nk berubah ni...
Waktu malam sudah pasti tak dapat nk study sebab tiada tumpuan. Tumpuan hanya pada anak2.
Moga midterm kali ni dapat berjalan dengan baik dan success. Harap rakan seperjuangan ku ira, wan dan wak dpt hadapi haluan kita yg penuh onak dan duri.
Ku sangkakn kita semua dpt jadu makcik potong bawang. Rupanya sama jekkkkkk....
Jatuh hati
Penantianku terjawab akhirnya. ..dpt jgk carik note 11 limited edition. .pink lg...mmg sesuai benarla untuk wanita sesaje. ..love Sgt. ..
Friday, 8 March 2013
Setia pada penjahit manik yang satu...
Selalunya saya hantar baju untuk jahitan manik kat kedai tailor Yoong-Yoong..kat tengah pekan Seremban. Kedai dia kecik je tapi yang menghantarnya kebanyakan orang-orang ada-ada. Senang cerita mak-mak datin...tapi saya bukan datin hanya insan biasa yang sangat meminati fesyen memesyen ni..heeeee jahitannya sangat menepati citarasa dan menarik..harganya berpatutan...tapi saya bukan nak cerita pasal si tukang jahit ni, tapi nak cerita pasal mak mentua saya yang sangat hebat menjahit...memasak pun pandai....untungla siapa jadi menantukan beliau kan? heeee
Mertua saya boleh dikatakan sangat berjiwa kreatif...bagi la apa saja baju, pandailah dia nak mencorakkannya...terutama sekali jahitan manik...
![]() |
| Jahitan manik Mertuaku |
Cantik tak? bagi saya sangat cantik dan puas hati. Ni baru sikit baju nak ditayangkan, akan datang akan saya tunjukkan lagi ilham jahitan kreatifnya. Corak maniknya bukan old fesyen tau, ala-ala Bernard Chandran gitu...
Mulai dari itu, saya sangat setia pada jahitan manik mertua ku...tiada yang setandingnya...sekarang ni, saya sibuk berangan nak buka butik pakaian...NANTIKAN YA!!!
Wednesday, 6 March 2013
Hijau itu menawan rupanya...
Bulan Februari yang lepas, saya telah menghadiri satu Majlis Santapan Negeri Sempena Menyambut Hari Keputeraan Tuanku. Majlis ni adalah majlis yang wajib diadakan pada setiap tahun. Ni pun menumpang tuah suami. kalau tak jangan harapla kan....
Time tu masih terpikir-pikir apa pakaian yang sesuai yang patut dipakai memandangkan badan sekarang masih membesar akibat baru lepas deliver baby 3 bulan yang lepas. Masa Berjalan-jalan dengan suami di Bangsar Vilage 11, ternampak satu butik (Jedan Boutique)...hmmmm apa lagi terus masuk sambil belek-belek baju apa yang menarik... yang bagusnya stylist dia sangat peramah dan bagi idea yang sangat kreatif. At the end, dia advice pakai baju kaftan hijau kosong...hmmm macam tak cantik sebab kosong gila tp rasa selesa sangat sebab kain dia sejuk..
