Tuesday, 24 November 2015

Tumpah darah: Bahagian 2

Assalamualaikum semua,

Kak joy macam biasa. Masih diatas katil hospital. Kak joy nak maklum bahawa kisah kak joy bukan untuk mencari salah. Tidak sama sekali. Apa yang kak joy cuba sampaikan hanyalah pengalaman dan sekadar berkongsi kesedihan sahaja. 

Cuma sekali sekala orang atasan perlulah tengok beberapa kelemahan dalam memastikan keselamatan patient. Apa2 pun kak joy ucap terima kasih pada mereka juga sebab selamatkan nyawa kak joy. 

Kita manusia biasa. Tak pernah lari Dari membuat kesilapan. Tak mau citer pasal orang, cukup cerita pasal diri kak joy. Disaat kak joy mengucap 2 kalimah syahadah. Kak joy teringat saat itu adalah hari jumaat. Ya Allahhhhhh, mata kabur2 melihat air mata suami berlinang. Mulut ni masih sempat berkata, "Syg jagalah anak2 kita, ibu dah Tak mampu lagi " suami hanya mengusap tenang dahi kak joy sambil menitik air mata dia. Doc cakap muka kak joy dah macam kertas dah takda darah. Ya Allahhhhh, kalau Aku takda, bagaimana anak2 Aku? Bagaimana dengan ibubapa ku yg masih hidup? Adik2 Aku? Saudara mara Aku? Kawan2 ku?

Setelah berlaku insiden Itu, barulah kita sedar yang sebenarnya ramai orang sayangkan kita. Tak perlu kita pikir yang bukan2 samada org ni suka kita atau tidak. Benci kita ke Tak? Tak perlu.... Semua Ada naluri semulajadi kasih Dan sayang sesama manusia. Jadi pikirkan yang positif demi perbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik Dan terbaik. 

Kata2 Dari kak joy utk suami,

I rasa banyak kali I kucup tangan u Dan peluk u bila I buat salah. Selepas buat salah, minta ampun.  Tapi I buat salah lagi. Buat u terasa hati. Tapi  u tak pernah marah atau tunjuk rasa dendam. Esok, I mintak Maaf Dan buat lagi salah. U Tak pernah sekali pun naik tangan mahupun menengking. Adakala u nampak macam dah immune dengan perangai I. Disaat i diambang maut, u tetap disisi I. Tetap Sabar menanti i. Syg, besar sungguh dosa I pada u. Maaf Dan Ampun. Allah ambil segalanya. Disitu insaf kita datang.
I tidak sesempurna wanita lain tapi I perlukan sokongan u utk I lebih kuat. Maafkan I sayang.

Monday, 23 November 2015

Tumpah darah

Assalamualaikum semua, 

Ramai yang nantikan khabar berita dari kak joy. Kak joy masih di hospital menanti untuk discharge. Rindu pada anak-anak tak terkata. 

Jap, nak lap air mata. ........... Sedih sangat hati ni sebab nak mulakan cerita tak tau di mana. Kak joy cuba pendekkan cerita agar korang semua senang faham. Korang pun tahu kak joy bersalin di HTJ. Semuanya ok. Dah bertungku Dan berurut semuanya ok. Nurse dari klinik kesihatan hari2 datang cek perut kak joy. Katanya rahim dah kecut. Mmg kak joy perasan perut dah kempis. ( muka bangga waktu tu)

Tiba hari berpantang yang ke 12, kak joy nak pi tandas nak kencing. Tiba2 darah keluar tak henti2 sampai kak joy menggigil dalam bilik air. Keluar darah beku besar tapak tangan. Banyak sangat, kalau timbang boleh capai 5 kg.

Suami dah panik, bawak ke chinese maternity tapi jangkaan kak joy sangat tepat. Diorg tak berani handle Kes kak joy. Terus suami pecut pi GH. Dalam kereta kak joy dah collapse tak sedar diri. Diorg trus masukkan kak joy ke red alert.
Dah selesai semua, kak joy masuk ward. Diorg masukkan 2 pint darah. Rasa ok dah. Darah dah tak keluar sgt dah. 

Lepas tu doc decide buat suction utk buang blood clot. Masuk je bilik OT, terus buat. Jangkaan kak joy meleset termasuk doc bedah tu jugak. Bleeding terlalu banyak. Kak joy boleh nampak darah mencurah macam air terjun. Ya Allahhhhhh, apa dugaan ku Kali ni.... Doc dapat stop dengan masukkan balon. Tapiiiiiii jangkaan semakin meleset. Terlalu meleset. Balon tu terkeluar Dan darah keluar macam air sungai. Allahuakbar..... 

Semua doc cemas, masing2 guna kepakaran diorang  nak selamat kan kak joy. Diorang suruh kak joy berdoa.kak joy sempat mengucap beberapa kali. Ya Allah berilah Aku peluang kedua utk membesarkan anak2 ku. Suami kak joy disisi kak joy dan menangis dia melihat kak joy yang separa sedar. 

Kak joy di masukkan ke bilik OT sekali lagi utk major operation. Akhirnyaa, doc berjaya selamat kan dengan Izin Allah. Doc terpaksa buang rahim kak joy Demi selamatkan kak joy. Sekejap...... Sebak dada ni...... Sekejap ...... Lap air mata....

Kak joy tak ada rahsia. Sekadar ingin berkongsi pengalaman Dan kesedihan. Kak joy anggap semua ni ujian dariNya. Jadi jangan sia2 kan peluang kedua ini.

Cuma ramai cakap suh buat report ttg HTJ atas kecuaian dia tak bersihkan blood clot. Mungkin juga selaput uri. Doc pun no komen. Tp kak joy pikir dari sudut lain yang lebih positif. Diorg juga bertungkus lumus selamatkan nyawa kak joy. Alhamdulillah kak joy selamat. 

Tapi Klu Ada org atasan HTJ baca kak joy punye blog, cuba la buat perubahan seperti : 

- Tambah kakitangan seperti nurse. ( Kesian nurse terkocoh2 nak sambut baby). Time tu ramai nk beranak, ramai plak nak ceaser. So bayangkan, sempat ke nurse nak buang blood clot tu sedangkan orang yg nak beranak tu dah menanti di luar.

- pejabat, bilik Dan Servis tip top cuma upgrade sket. 

- housemen???? Hmmmmm no komen
( dik profesion ni Bukan setakat perlu dipandang tinggi dgn gaji yg besar tapi keikhlasan Ko menolong pesakit) kak joy tengok, doc pakar, MO ni la yg tak tdo2 melayan patient. 

Kak joy taknak komen banyak ia sekadar pandangan Dan pendapat. Apa yang berlaku pada kak joy, adalah hikmah Dan dah tertulis. Itu adalah bahagian kak joy. Sebagai orang Islam, kita percaya pada ketentuannya. Jangan sesekali lupa pada Pencipta. 

Kak joy skng masih dalam pemantauan. Huhuhu. Doakan kak joy terus sihat ya. 

Ok tangan dah kebas, Nnt sambung.

Tuesday, 17 November 2015

Berpantang anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Eh terajin plak kak joy menulis hari ni. Ni pun baru lap peluh melayan abg2 yang semakin melasak. Hadoiiiii pitam ibu ko tau. Kang nak menyusu baby Aimin plak. Yang ni pun boleh tahan, kuat betul menyusu. Ada masa tu ditarik2 nenen ibu dia. Kok boleh cabut, dah lama ibu jahit kat bantal. Nenen la puas2. Hehehehe

Kali ni berpantang di rumah Seremban. Kaedah berpantang sama je macam dulu  kali ni lebih berdisiplin dan takda ngelat. Hehehe. Tapi ada benda kak joy buat sendiri. Pakai bengkung ke, apa ke memang sendiri. Mandi baby mak kak joy. Masak pun mak jugak. Alhamdulillah sebab masih ada mak. "Terima kasih mama, buat semua ni utk Yah" 

Produk berpantang macam biasa lah, Nona roguy. Anak pertama Dan kedua pakai tanamera. Bolehlah Cuma takda jamu Nak di makan. Tu yang kak joy tambah phytonatal Nona roguy. Pantang kali ni sepenuhnya Nona roguy sebab setakat ni, ini lah yang terbaik. Nak bagi kencang dalam dan luar inilah dia. Kang komplen plak husband kite. Orang laki ni paham2la, kalau Ada kurang dalam diri kita, kemain komplen. Dia yang lagi banyak kekurangan tak pulak kaum hawa ni komplen ye tak?? Redha je kan???? Sorrylah, kak joy memang outspoken sket bab2 ni. Habis la kalau laki Aku baca ni. Hahahaha

Anak2 kak joy termasuk la yang ketiga ni, tak sah kalau tak kena kuning. Tapi tak la sampai kena phototherapy. Time pregnant yang ketiga ni, semua makanan sunnah kak joy tibai. Ikhtiar nak elak kuning. Tapi kena jugak. Biasalah, kuning ni normal. Cuma tinggi atau rendah je nak kena pantau. So baby aimin dalam pemantauan. Harap kurang la kuning pada hari2 yang seterusnya. Kak joy try mandikan anak dengan air rendaman agar2. Bacaan kuning drop byk jugak. Agar2 kan sejuk. Dan yang paling penting, breastfeed anak. Selagi boleh breastfeed cubala sedaya upaya. Memangla penat sket tapi hasilnya memberangsangkan. Anak cepat baik kuning, rahim cepat kecut, berat badan mudah susut. Package tuuuu....

Masa berpantang ni, kak joy just enjoy being a mother of 3 sons. Yes menduga tapi anak2 ni la yang beri kegembiraan buat family kak joy. Disamping tu jugak, kak joy memang syok melayan memori cinta suraya. Hari minggu gegarvaganza. Itu je lah penghibur buat kak joy sepanjang duduk kat rumah ni. Yang lain2, takda apa. Cuma pantang ni, kuat makan. Hehehe

Oklah, sok2 kak joy sambung lagi eh.

Sunday, 15 November 2015

Pengalaman bersalin anak ketiga

Assalamualaikum semua,

Ada masa ni, sempatlah kak joy menaip sikit. Mesti korang nak tahukan apa rasa kak joy bersalin anak ketiga. Ternyata ianya berbeza. Bukan juga seperti dijangka.

Usia kandungan waktu tu 38 minggu 5 hari. Pagi tu cek Colombia, so far air ketuban ok lagi. Tp doc intan dah pesan, harap2 kak joy bersalin segera sebab baby time tu dah 3.3kg. Alamak aiiii. Godang plak baby ni. So klu tunggu sampai 40 minggu, Baby jadi 4kg. Terus kak joy gelabah sekejap. Time tu mulut ni asyik berdoa je agar cepatla bersalin. Balik rumah, terus rehat.  Badan memang dah tak berapa larat. Nak jalan apatah lagi. Terasa sarat sangat. Jalan pun dah terbongkok2. Ada masa tu, rasa2 jugak kat bawah tu. Macam ada benda berat Nak jatuh. 

Malam tu, lepas solat maghrib. Dah rasa macam senggugut tapi malas nak layan sebab sebelum tu pernah gak rasa macam tu. Rasa nak ke bawah betul. Tup2 terus rasa nak terkucil. Pi toilet perasan tanda darah kat pantiliner. Ayoyo.... Nak beranak dah ke Aku ni? Beritau husband, dia macam gamam.  Apsal gamam? Dia cakap entah, betul ke u nak beranak ni? Dia plak macam Tak percaya. Kak joy pun cakap, apa2 hal kita ke hospital dulu.

Husband tanya, nak pi Colombia atau HTJ? Kak joy cakap better HTJ sebab doc intan dah bagi hint suh bersalin HTJ due to case AFI kurang. So ape2 hal Colombia akan refer HTJ. Hmmmmm, gitu plak kan? Takpe, kak joy memang buat check up 2 tempat. Senang nanti.. Kak joy nak merasa tempat bersalin baru diorang di HTJ. Orang kata dah selesa.

Terus pegi ke HTJ , Dewan bersalin. Macam biasalah, nama pun kerajaan. Kena ikut step la kan. Ramai gak orang nak beranak time tu. Cuma kak joy perasan byk kes, diorg dh contraction time kandungan tu 5 bulan. Seram jugak kak joy tengok. Macam2 Hal.

Sampai turn kak joy, doc sorang ni cek bukaan. Dia kata dah 4cm. Wahh cepat bukak? Doc sorg lg cek plak dia kata 2 cm. oiiiii yg mana satu ni? Diorg pun main jolok2 suka hati mak diorang. Masing2 nak tunjuk pandai. Ko ingat den ni patung??? Ni yg tak bagusnya bila ramai sangat tangan. Start dari situ, kak joy dah mula rasa sakit. Dulu bukaan 4cm, boleh gelak2. Tak rasa apa. Ni baru 2cm dh mula rasa sakit. Tu semua sebab Kes jolok2 punya hal. Malam tu, kak joy dh masuk ward. Alhamdulillah, dapat masuk ward selesa tapi husband tetap tak boleh teman. Huhuhu. Malam tu, dh rasa2 contraction dah tapi tak kuat sangat. Kerap jugak setiap 10 min. Sempatla malam tu lelap kan mata. Esok pagi cek bukaan lagi, still 2cm?? Hadoiiii, hidung ni dah kempas kempis tahan sakit. Doc terus masuk ubat kat bawah kasi bukak cepat. Ayoyo.... Klu dah masuk ubat Ni Habislah kak joy. Induced memang sakit. Tak lama tu kak joy dah sakit kuat sangat dah. Contraction kerap sangat. Bukaan dh 4cm. Boleh dah masuk labor room. Tiba masa nak masuk, nurse suh tahan dulu. Labor room penuh. Hadoiiiiii. Den dah berguling2 ni nak beranak. Time tu kak joy dah berdoa agar segala dipermudahkan. Alhamdulillah, Ada labor room kosong. Tu pun sebab patient tu kena keluar dulu sebab dia tak serius sangat nak beranak. Hahahaahaha. 

Naik atas katil je, hmmmmm semakin pantas plak hidung ni kembang kuncup nak beranak. Cek bukaan masih belum lagi. Hadoiiii cepatlahhhhh, after diorg pecah kan air ketuban, baru lah bukaan tu cepat... Time tu masih melayan perasaan. Tangan laki habis den lipat2. Tak tau la apa dia rasa time tu. Mata dah merah2 dah den nengok. 

Tetiba, pakar sampai nak cek bukaan. Ok u dah boleh teran. Rasa nk berak je teran. Apa lagi, dah bagi green light den toran la. Hoiiiiiii sekali teran terasa mata hitam Ni kat atas tinggal mata putih je. Dua kali teran, Alhamdulillah syukur terasa baby dah keluar. Tak dengar apa2 dah Cuma dengar baby nangis je.
Husband terus azankan. 

Setiap anak yang kak joy lahir kan sangatla beza. Sakit tetap sakit. Tipula cakap Tak sakit. Kita hamba Allah hanya mampu berdoa agar dipermudahkan. Alhamdulillah, Allah permudahkan Setiap doa kak joy. 

Sekarang ni kak joy dah ada 3 boy. Terima menantu perempuan ajalah nanti. 
Nak beranak lagi??? Nanti lah...... Rehat dulu. Hehehehe

Oklah Nnt kak joy sambung lagi.

Wassalam.

Sunday, 11 October 2015

Penampilan berubah

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sehingga hari ini, kak joy dan baby sihat cuma dah sarat ni memang tak larat la kalau nak kemana-mana. Ikut hati nak berjalan sesaja tapi kudrat ni tak mengizinkan. Dah berpantang nanti memang kena dok rumah jelahkan. Pandai-pandai kak joy la untuk menikmati percutian bersama anak-anak selama 3 bulan. 

Kak joy perasan, preggy kali ni memang menduga. Alahan memang teruk gila. Kadang-kadang tu, ada sket saki baki sehingga kini. Dan bila baby terlalu aktif masa tu la asik nak terkucil je. Hari tu, terbersin sket dah terkucil dalam seluar. huhu.... Nasib baik kejadian tu kat rumah, kalau time meeting ko terkucil?? memang jadi bahan kawan2 la gamaknya.

Penampilan kak joy sememangnya berubah. Dulu bukan main ko bershawl. Lilit sana lilit sini... skang jangan harap. Cari tudung sarung je skang ni. Lately ni memang jahanam duit kak joy sebab gomar beli Bokitta. Rasanya tudung ni la paling selesa buat kak joy. Tak perlu gosok.

Lagi satu, kak joy memang tak suka berhias. Nak jaga muka apatah lagi. Pi keje pakai day cream je. then colet aje dengan lipgloss. Kalau kak joy make up pun, atas sebab tertentu. Ada majlis atau meeting. Tu pun rasa loya je bila pakai bedak. Cuma kak joy bersyukur dengan kekurangan itu, Allah bagi kelebihan sikit pada kak joy. Setiap kali kali preggy, kulit muka dan badan lebih cerah dan jerawat payah nak naik. Memang seronok. Mgkin faktor hormon agaknya. Tapi lepas bersalin, mgkin jerawat akan naik. Siap la ko. 

Dari segi pakaian pun sama, takda mood nak beli baju preggy yang cantik-cantik. Beli yang tangkap muat je. Asal sedap mata memandang, beli je lah. Malas nak pikir apa dah. Barangan baby pun, beli last minit. Beli mana yang patut je sebab abg2 punya barang masih boleh pakai. Cuma skang kena pikir nak beli stroller baru. Stroller pun bukannya murah2. Riban ribun woiiiiii.... taknak beli tapi macam kena beli. Ni semua untuk safety anak. Haishhhhhh

Berat badan kak joy skang, 74kg. Fuhhhh dok pikir boleh ke berat badan ni turun dengan jayanya. Apa2 pun redha je lah. Yang penting badan sihat, baby pun sihat.




Bersama  dengan anak-anak adalah saat paling indah. Biar penat tapi hati happy melayan kerenah anak2.

Dua-dua ni jantung hati ibu. Makin lasak dan makin panjang akal. Bertabah la wahai ibuuuuuu.


Tak mampu lagi nak berhias. muka versi pucat ala zombie. hmmmmm

oklah bye....


Thursday, 8 October 2015

Cara mendapat kehidupan yang lebih tenang

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah sehingga kini kak joy sihat Dan hanya menanti saat2 melahirkan baby je. Tak sabar tauuuuu. Lepas ni sesi berpantang pulak. Harap semuanya berjalan dengan baik. Husband kak joy, dh ready tu. Siap dah kemas baju2 binik dia dan baby. Segala mak nenek brg baby disumbatnya dalam beg. Takpe dia yang angkat beg tu Bukan kak joy.

Kak joy nak berkongsi sedikit macam mana kita nak dapatkan kehidupan yang lebih tenang dan aman. Hamboiiiii kemain statement kak joy. Nak jadi ustazah ke??? Hehehe tak la saja ingin berkongsi.

Salah satu caranya kita perlu ubah adalah diri kita sendiri. Orang kata kita perlu muhasabah diri kita dengan melihat diri kita sendiri sebelum kita menilai orang. Manusia kan macam tu, suka sangat menilai orang tapi diri sendiri pun tak betul. Rasa perfect sangat awak tu kan??? Contoh; "dia tu bukannya pandai jaga laki dia, masak pun x pandai". Orang yg bercakap tu plak tak sedar yang dia tu hanya pandai masak telur rebus je. Entah2 kopek telur pun tak tau. Hah gitulah contoh yang paling dekat Dan senang nak paham kannnn.

So ko rasa tenang ke org yang bercakap macam tu? Klu dia rasa tenang dengan ckp macam tu tak tau la kak joy. Tapi kita kena kurangkan bercakap. Cakap mana yang perlu sahaja. Itu pun dah membantu sebenarnya. Ini pun kak joy sedang amalkan. Kadang2 dah syok borak bukan main terbabas2 cakapnya. So not good ok.

Lagi satu, kurangkan tido. Korang kuat tido tak? Asalkan nampak tilam je Ko cepat je nak membuta. Tak kira la pagi ke... Tengahari ke mesti nak membuta. Kak joy memang jenis payah nak tido siang. Kecuali demam atau sakit. Time kak joy tido hanya waktu malam sahaja. Kita okla tu kan. Tak tau kenapa, kdg2 tu nak gak Nap sekejap Tapi tak mau plak mata ni katup. Orang yang banyak tido Ni boleh mengundang pelbagai penyakit. So macam mana nak hidup tenang kan??

Perkara ni lagi penting, kurangkan makan. Ni kak joy tengok selera makan ko kusssssss semangat. Tak tertelan air liur kak joy melihatnya. Kadang2 terpikir jugak, boleh ke dia habis? Tapi dia makan memang habis. Asal boleh sumbat, dia sumbat jugak. Katanya belum kenyang lagi. Hah lepas tu, terus tido. Indahnya hidup macam tu. Tapi kena ingat, semua tu mengundang penyakit datang. So skang ni, kena kurangkan amaun makan Tapi kena makan ikut waktu. Jangan skip makan eh nanti sakit lain plak yang datang. 

Satu lagi, kena selalu bersujud kepadaNya. Dia lah sebaik2 perancang Dan kita hanya berserah. Sentiasalah berdoa untuk diri Dan keluarga kita. Banyakkan juga mengamalkan ayat2 Dari Al-Quran. Contoh, bismillah lima. Korang Google je. Ada tu, insyaallah. 

Rasanya itu je, yang mampu kak joy kongsi. Oklah jumpa lagi. 




Tuesday, 29 September 2015

Air ketuban kurang


Assalamualaikum,

Maafla, kak joy lama sangat tak bersiaran. Lately ni, kak joy mudah penat. Semua benda tak larat. Tambah pulak, budak2 minta dukung je. Si Dani dah 15kg. Ko mampu dukung budak lasak tu?? hadoiiiii patah pinggang ibu ko nakkkk.....nampak je kurus tapi berat la haiiiiiiii. 

Lagi satu, kak joy mudah sangat stress. Mudah tersentuh. Time mengandung je kak joy cepat sentap. time "kosong", ko cakap apepun kak joy gelak je.

Iye.... kak joy kerap stress. Bila tahu air ketuban borderline je, lagilah stress. tak mau stress tp terstress plak. Time anak pertama, berlaku jugak insiden air ketuban kurang ni, tapi time tu dah 38 minggu. So, takdelah acik stress sangat. Induce...terus baby keluar.

Tapi anak ke 3 ni, banyak sungguh dugaan kak joy. Tapi kak joy tahu semuanya perancangan dariNya. Dia lebih tahu. Sepanjang preggy ni, buku pink tu cantik je. takda tulisan merah. Kencing manis takda...HB ok...berat turun naik je (biasalakannn), Blood pressure very good. Cuma tup..tup...nak masuk 8 bulan ni, air ketuban plak yang kurang. hadoiiiiii. kesian gak kat baby. Nak gerak pun susah sbb cushion dia dah kurang.

Perkara paling kak joy takut, bila baby tak gerak je. So far, gerakan dia memang kerap sampai ibu dia pening nak muntah. Tendangan dia kali ni agak kuat, klu kuat lagi mau tembus perut kak joy ni. Hahahaha...

Gelak....gelak jugak. Hati didalam Tuhan saja yang tahu. Risau sangat....Doakanlah kak joy mudah bersalin dan mudah dalam apa jua pun.

Orang kata "banyakkan rehat". Tapi ibu yang anak dua ni, nak rehat macam mana?? nak layan hero2 lagi...bapaknya lagi. Bapaknya yg paling penting. tak layan kang beralih arah pulak....eh...tak..takkk...acik gurau je. Tahu awak baik. Suami kak joyla, orang yang paling banyak membantu kak joy sepanjang preggy ni. Dialah yang mandikan anak...dialah yang basuh baju...dialah yang sidai kain...dialah yang akan jadi zombie utk anak2 dia....Dia la yang mengemas....cuma tang masak je dia surrender. Kak joy jelah yang masak dan lipat kain. Yang selebihnya dia buat. 

Ada satu masa tu, dia mengeluh jugak. Siap cakap, anak ketiga last ye sayanggg.....eh??patutnya ibu ni la yang cakap gitukan?? hhehe...dia dah penat jaga anak la tu. Ingatkan dia kesiankan kita, rupanya dia penat...hehehe...wokeyyyyy

Sekarang ni, kak joy berehat je. Ramai orang tanya pasal shawl kak joy. Diorang ingat kak joy tak jual dah. Kita jual tau cuma mood nk promo takda, Insyaallah lepas bersalin akan kembali normal. Sape nak tanya pasal shawl, whatsapp je....

Oklah...nanti kita borak lagi eh.

Monday, 7 September 2015

Macam mana? kenapa?

Assalamualaikum,

hmmmm....macam mana nak tulis? nak taip? sebab nak tulis apa pun tak tau. Tapi hati ni ni rasa nak tulis tapi rasa macam tak patut....eiiiiiiiii geram....

Entahlah...rasa macam tak adil je dia buat macam ni. Tapi kak joy redha....

Takpelah satu hari nanti....

kita tengok je nanti....

ahhhhhh tak suka lah pikir macam ni....

Takpelah.....

sob...sob....meleleh plak air mata ni.....

kenapa ada orang suka buat ibu mengandung sedih....?

kenapa ek?

Tapi kak joy cuba kuat la...tak mo sedih nanti baby pun sedih....


ok la bye....


Ibu yang sedih terasa dianiaya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...