Thursday 28 March 2013

Nama panggilan

Hari ni mmg kena juga cerita pasal nama panggilan atau tagline...setiap kali baca Blogger yang hebat hebat ni mesti ada tagline memasing. Kebaikannya, senang nk storykan cerita pada readers. Kira senangla readers nk igt.
So, kpd readers yang terbaca blog saya ni panggil aja saya JOYAH.. Tak sedap kan mcm melambangkan orang tu mmg mulut pok...pek..pok...pek...tp inila gelaran yg sgt fames digunakan oleh adik beradik ku...ni sebabnya kakak sulung diorang suka membebel je. Tp sebenarnya hati byk baik...kata joyah la...orang lain kata tak tau la pulak...
Ok takat ni je joyah nk story morry sbb kejap lg nk blk umh ....jumaat la katakan...

Dari joyah pinky

Gambar kat bawah ni saje je letak sebab perasan cantik...orang perasan cantik mmg suka letak gambar sendiri. ..heeeee tp itulah joyah, tak kisah orang kata atau kritik tp joyah tetap ambil secara positif. Dlm hidup kita perlu sentiasa terbuka. Mana yang baik, kita simpan....tak baik kira buang jauh jauh....

Tuesday 26 March 2013

Terbukti dan memang terbukti

Baru arini nk sharing sikit dengan korang dengan satu produk ni. Rasanya korang pun selalu dengarkan??? Shaklee. ...tahun ni baru berjinak jinak guna produk ni. Ni pun sebab breastfeeding baby. Bila dah guna terus nak kata WOW!!!! Macam tak percaya sebab  EBM yang terhasil sangatla pekat melekat dan baby memang tido lena...ternganga kalau sekali dia dapat tido.
Tapi yang paling penting, kulit akak terasa lembut dan parut parut kat muka n perut mmg hilang. Setakat ni akak dah consume 5 canister (botol) soya shaklee (ESP). Mmg tak menyesal mkn produk ni sebab hasilnya sgt lumayan. Badan pn tak rasa letih lagi. Lagi satu produk yang menjadi favourite akak herblax dan lecithin. ..tujuannya utk kurang berat badan dan air yg berlebihan dlm badan. Setakat ni berat beransur turun secara perlahan sbbnya akak bf baby dan taknak diet beria ia kuartir susu jd kurang. Tengok gambar akak, hilang sudah parut....thanks cammy sbb kongsi rahsia ini.
Skang hepy...hepy...hepy Walaupun badan masih tembam...

Saturday 23 March 2013

Masa tidak cukup untuk update blog

Sekarang jam 4pagi tanggal 24hb mac...apa ko buat Julia tengah tengah malam buta ni? Ini la masanya nk update blog sebab waktu siang hari sibuk mengejar anak. Malam plak, pok pok anak kasi tidur. Bilalah nk ada masa sesuai?  Selalunya update pun dah jarang pakai laptop.mana yang sempat la...sebab tu note 2 menjadi pilihan mama julia. Walaupun nk update tak boleh nak panjang panjang, at least dapat la mengarang sesuatu cerita. Kira ok la tu daripada takda langsung.
Motif letak semua gambar ni nak menunjukkan bahawa betapa selekeh dan serabutnya menguruskan anak anak yang sedang membesar. Apapun hati ni begitu puas sebab dapat jaga anak depan mata.. Saya berharap anak anak saya sentiasa dilindungi Allah dan berilah ku kekuatan bagi menjaga seluruh keluarga ku...Amin

Dari
My pinky note 11

I love u son

Mlm ni nk sambut beday ameer Zaffran. ..sgt teruja wlpn sambutan utknya biasa2 saja...ibu doakan anak ibu sihat selalu dan cerdik pandai...syg anak ibu.

Tuesday 19 March 2013

Persediaan menyambut hari lahir Ameer zaffran

Bulan mac ni, genapla Ameer Zaffran 2 tahun. Preparation kali ni agak kelam kabut sikit sebab ayah si ameer ni memanjang sibuk.so, terpaksalah kami ni ikut time ayah si ameer ..cadangnya this Saturday. Itu jelah time yg sesuai.
Dulu masa birthday ameer setahun..rainbow cake je la jd pilihan hati.tp kali ni tak tau...any idea anyone? Ada sesapa yang pandai buat decoration cake upin ipin? Tp cakenya nk yang sedap dan mantop...
Birthday present dh beli. Kali ni mmg tak belikan dia mainan sebab hobi dia skang ipad je.. Itulah penemannya...kami hanya hadiah buku sahaja dengan menggunakan baucar buku. Hebat tak? Thanks PM. We love uuuuuu....

Tarikh dh dekat, jiwa masih belum melekat

Tu dehhhh...penangan org nak exam...tabiat last minute tu selalu jadi amalan. Bilalah nk berubah ni...
Waktu malam sudah pasti tak dapat nk study sebab tiada tumpuan. Tumpuan hanya pada anak2.
Moga midterm kali ni dapat berjalan dengan baik dan success.  Harap rakan seperjuangan ku ira, wan dan wak dpt hadapi haluan kita yg penuh onak dan duri.

Ku sangkakn kita semua dpt jadu makcik potong bawang. Rupanya sama jekkkkkk....

Jatuh hati

Penantianku terjawab akhirnya. ..dpt jgk carik note 11 limited edition. .pink lg...mmg sesuai benarla untuk wanita sesaje. ..love Sgt. ..

Friday 8 March 2013

Setia pada penjahit manik yang satu...

Jahitan manik atau bermanik sangat digemari oleh kaum wanita terutama pada mak-mak datin yang suka melaram...betul tak? saya sangat suka baju kurung moden dihiasi dengan manik- manik yang cantik tambah pula kalau corak baju dan warna baju bersesuaian, bertambah la debommmmm!!

Selalunya saya hantar baju untuk jahitan manik kat kedai tailor Yoong-Yoong..kat tengah pekan Seremban. Kedai dia kecik je tapi yang menghantarnya kebanyakan orang-orang ada-ada. Senang cerita mak-mak datin...tapi saya bukan datin hanya insan biasa yang sangat meminati fesyen memesyen ni..heeeee jahitannya sangat menepati citarasa dan menarik..harganya berpatutan...tapi saya bukan nak cerita pasal si tukang jahit ni, tapi nak cerita pasal mak mentua saya yang sangat hebat menjahit...memasak pun pandai....untungla siapa jadi menantukan beliau kan? heeee

Mertua saya boleh dikatakan sangat berjiwa kreatif...bagi la apa saja baju, pandailah dia nak mencorakkannya...terutama sekali jahitan manik...



Jahitan manik Mertuaku

 Cantik tak? bagi saya sangat cantik dan puas hati. Ni baru sikit baju nak ditayangkan, akan datang akan saya tunjukkan lagi ilham jahitan kreatifnya. Corak maniknya bukan old fesyen tau, ala-ala Bernard Chandran gitu...

Mulai dari itu, saya sangat setia pada jahitan manik mertua ku...tiada yang setandingnya...sekarang ni, saya sibuk berangan nak buka butik pakaian...NANTIKAN YA!!!

Wednesday 6 March 2013

Hijau itu menawan rupanya...

Hijau.....dah lama tak tengok benda-benda yang hijau ni..orang kata bila tengok benda hijau, mata kita sihat.betul ke? hehehehe... betul la tu kan...

Bulan Februari yang lepas, saya telah menghadiri satu Majlis Santapan Negeri Sempena Menyambut Hari Keputeraan Tuanku. Majlis ni adalah majlis yang wajib diadakan pada setiap tahun. Ni pun menumpang tuah suami. kalau tak jangan harapla kan....

Time tu masih terpikir-pikir apa pakaian yang sesuai yang patut dipakai memandangkan badan sekarang masih membesar akibat baru lepas deliver baby 3 bulan yang lepas. Masa Berjalan-jalan dengan suami di Bangsar Vilage 11, ternampak satu butik (Jedan Boutique)...hmmmm apa lagi terus masuk sambil belek-belek baju apa yang menarik... yang bagusnya stylist dia sangat peramah dan bagi idea yang sangat kreatif. At the end, dia advice pakai baju kaftan hijau kosong...hmmm macam tak cantik sebab kosong gila tp rasa selesa sangat sebab kain dia sejuk..

Inilah hijaunya...RM 350 sahaja...di padankan dengan rantai omak sey punyo..

cer tengok selendang kat bahu tu memang terletak aje.mmg design dia untuk letak kat bahu...harga dia ? ya ampunnnnn....nak ckp ke? its RM380....habis duit simpanan but its worth it sbb susah nak dapat design dia.

Selesai sudah majlis, ambil peluang bergambar dengan kesayangan hamba...
Dalam blog saya ni, saya suka sharing dengan kawan-kawan what i'm wearing...setiap yang kita pakai akan nampak cantik kalau kita yakin pada diri sendiri..tak kisahla baju tu murah atau pun mahal asalkan kita pandai mix n match. Saya tak la berapa pandai untuk mengayakan sesuatu pakaian tp ia hanya berkongsi pengalaman dan ia tak salah kan??


Malam tu baru la dapat jumpa dengan my new friends...kenal hanya di FB dan IG..alhamdulillah dapat jumpa jugakkan? gorgeous tak?

Sebelum terlupa, nk beritahu sikit Jedan boutique tu kat bangsar village11, rsnya ada outlet dia lagi kat PKNS if i'm not mistaken...kalau kt bangsar village tu ada stylist dia la...best dan cute budaknya...actually banyak lagi baju yang cantik-cantik...JOM EXPLORE!!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...