Tuesday 19 August 2014

Birthday Prank Anirwan Fauzee

Assalamulaikum,

Ya.. nama suami saya Anirwan Fauzee. Orang panggil Vana. Hmmm macam tak kena je orang dengan namanya. Hahaahha... Astagfirullah al azim, sempat aku mengata laki aku. hahaha...Ampun ya.

Ok, sebelum korang tengok video , korang better baca dulu entry ni then baru best tengok video. Lagipun video diambil pakai hp je. Tak sempat nak plan betul2. Taram je ikut mana sempat.

Birthday husband joyah ni 17hb August, so memandangkan birthday beliau jatuh pada hari weekend jadi terpaksa la joyah buat kejutan awal sket. So disitu, joyah terus wassap nora( EO) bahagian pentadbiran untuk sama2 buat kejutan. Kang joyah buat sorang2 memang tak menjadi pulak kang. Bila dah bincang2, kitaorg decide 15hb tu. Sebelum tu joyah berbengkel di PD. Selesai bengkel tengahari 14hb tu... kebetulan husband meeting pulak kat Tampin, so selesai je meeting dia suh tunggu kat umah seremban. Maka bila dah 2 2 kat seremban, kami pecut pula ke gemas sebab ada meeting jamuan raya bersama kelab sukan dan puspanita. Disitu la bermula nya cerita. Sebelum ke gemas, joyah dah call nora cepat2 untuk buat kejutan 14hb tu, kiranya tak jadilah 15hb. Dah alang2 ke Gemas , teruslah buat kan. Kalau tak, buang masa je drive ke gemas. Dah la jauh...huhuhu. Sebenarnya plan nak buat kejutan tu memang kelam kabut, time tu la nak beli kek...time tu nak kena tipu dia...alahai... Time tu joyah tak sempat nak cantik2.. memang selekeh. Siap pakai selipar warna merah. Terkedek-kedek ikut suka hati dia je. Tudung pun dah herot berot..pin entah mana hilangnya... tu semua gara2 nak buat surprise kat orang la tu. hadoiiiii.

Kenapa joyah buat surprise? sebabnya, sepanjang kami kawin..kami tak pernah sambut betul2. Maksudnya dah boleh agak la kalau birthday je mesti makan kat luar and bagi present. Tapi kadang2 tu present pun takda. Hahaha...paling teruk pun, bangun tido terus je wish...pastu macam takda apa2. Hahaha.. Macam mana pun cara kami, kami tetap rasa bahagia walau gaduh tu tetap ada.. ahahaha. Alhamdulillah, bagi joyah dia lah anugerah dan hadiah yang terbaik buat joyah. Itu pun dah cukup...

Hah, korang nak tengok video tak? Video ni diambil selepas selesai je beliau meeting.Lebih kurang 4.30pm la macam tu. Selepas informer kitaorang sms, kitaorang terus terjah!! Nak tau siapa pelakon terbaik kami? kak noriah la... siap practice apa nak cakap dengan bos dia. Yang tak tahan tu siap buat muka pucat lesi dan cakap " Bos, puan julia sesak nafas!!" kelam kelibut org tua tu bangun dari kerusi... Tapi , orang dalam meeting tu pun tak tau apa2 kira sekali la kena prank ngan joyah. Muka Darisha siap pucat..mata pun dah merah2..Sayang jugak korang kat joyah ya,,, terharu sangat...

Ok... dah habis. Sila tengok...


2 comments:

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...