Thursday, 7 November 2013

Luangkan masa untuk bersama

Assalamualaikum semua,

Sejak joyah beranak dua ni, masa untuk diri sendiri agak terhad. Sure la tak sama macam mula-mula kawin dulu. Alhamdulillah kami dikurniakan anak-anak yang sihat dan cergas. Tapi kadang-kadang tu joyah hampir terlupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Begitu jugala dengan suami... dia memang memanjang sibuk kan. Itu memang tak boleh dinafikan.

Adakalanya joyah terpikir, masa untuk joyah dan suami memang agak terhad sampai lupa untuk mengembalikan bibit cinta macam dulu-dulu. Keadaan tu memang la terasa sangat sebab bila laki bini dah balik rumah, masing-masing dah ada peranan sendiri. Masing-masing menguruskan anak dan layan kerenah anak-anak. Bukan tu ja, baru nak borak dengan husband....si buntal (dani) dah sebuk-sebuk gigit badan ibu dia. Sakit ok...walaupun budak ni tarak gigi. Yang si ameer ni plak cakap " Ayah, mana milk ameer?", "Ayah, tot ameer gatai arrrr!!" nak suh ayah dia garu punggung dia la tu. So, itulah serba sedikit keadaan kami sekeluarga. Rasanya orang lain pun macam tu jugak. Balik rumah terus layan kerenah anak-anak. Ye tak??

Bila dah jadi macam tu, kami laki bini ni cubala cari masa walaupun dalam masa 4 jam diberi untuk berdating. So, gunala sebaiknya masa itu. Time tu kami decide nak ke KLCC je. Itu je jalan paling mudah dan kurang jam. Ikut lorong SMART je. Kami cadang nak hi-tea je bersama. so dapatla borak panjang sket dengan husband.

Sampai je KLCC, kami terus decide nak cari tempat tuk mengopi(ngeteh). So, singgah la kat Chinoz, KLCC ni. 
Eh, nak juga snap satu gambar dengan abg sayang ni...kakak dan adik...ahhhh tak suka lah!! 

Memandangkan Hi-tea je, kami makan pun yang ringan-ringan je. Nak makan yang berat2 kang, macam awal sangat pulak.

Hah, cubala tengok en. abg tu dah pegang perut. lapar ker?? dia kalau dah makan, apa borak memang takda la. Mulut tak berenti mengunyah. Joyah jugala yang pok..pek..pok...pek..last2 dia yang makan part joyah plak.

Sambil-sambil makan tu, borakla sikit-sikit pasal keje...pasal anak-anak...pasal masa depan la....apa la... eh macam2 la citernya. Kongsila sket beberapa citer kan... kadang-kadang tu husband joyah lebih kepada menasihat bini dia ni. Kiranya nak kata dating tak jugak la kan. Rupanya dia guna masa ni untuk brainwash joyah ni. hahahaha... kasihan joyah...

Dah habis borak tu...terus tengok jam...eh, ini kena balik ni. Masa ada 4 jam je. Kang lewat plak balik.

So, balikla sepasang suami isteri ni menemui anak-anak mereka.

Tapi macam mana pun keadaan, setiap insan tu perlu cari masa untuk diri sendiri. tak kesahla berapa jam yang kita ada asalkan dapatla kita lepaskan stress tu. alhamdulilah...Allah sentiasa permudahkan umatnya.

mode: nak tidolahhhh

Tuesday, 5 November 2013

Hi-tea Puspanita N9 @ Klana resort N9

Assalamualaikum semua,

Bulan lepas, joyah ada attend hi-tea dari puspanita N9. Dalam kesibukan yang teramat, joyah cuba juga la luangkan masa untuk hadir majlis ni. Rasanya joyah memang dikalangan pengerusi yang tak berapa aktif, tiada fungsi kot untuk N9 ni. Almaklumla, joyah ni bekerja tambahan plak kerja-kerja persatuan selalunya buat hari kerja juga. Huish dengar dek Datin ni matilah joyah.hahahha..

Jom posing dulu sebelum gerak ke Klana. Sorang je joyah, lgpun dah biasa sorang2 sejak bujang lg.

Sampai je Klana, terus cari dewan. Nasib baik dah ada orang time tu. tapi pengerusi lain belum sampai lagi. mana taknya, joyah datang awal la jugak.. 
Joyah nak cerita sket, majlis hi-tea ni adalah bertujuan untuk meraikan pengerusi yang berpindah dan berpencen mengikut suami. Jadi kami sama-sama sepakatla nak meraikan diorang.

Inilah suasananya, orang pun tak ramai lagi..hah kang jap lagi ramai la tu.

Tapi majlis ni ada detik mencemaskan untuk joyah. Semua pengerusi kena sumbangkan lagu sebab ada karaoke nanti.. mak aihhhh tak biasa betul la nyanyi2 ni. Eh sungguh klise ayat itu, sapa yang dah tau tu diam-diam aje yer..hahaha. Sebenarnya joyah memang ada nyanyi cuma malasla nk masuk kan gambar. korang semua boleh follow instagram @juliadorable untuk lihat apa aktiviti joyah seharian. Pergh macam retis, tak menahan. Kasi can la kat joyah ni.

Sepatutnya, joyah perlu snap keadaan dan situasi di majlis tu, macam2 benda kelakar patut dicerita. Disebabkan bateri handfong pun dah kong, lupakan jelah niat itu. so? itu je setakat ni...nanti joyah hapdate lagi ok. 

mode: joyah yang pemalas




Honeymoon @Avillion PD

Assalamualaikum semua,
Eh ada mood pulak nak update blog. Mana taknya, ada orang tolong overhaul blog joyah sebenarnya.  Thanks @amymraz sbb bantu akak ni. Akak kan buta IT sket.

Kali ni, joyah nak story pasal honeymoon joyah. Dah lama dah kejadian ni, baru skng nak update kata ko....nak update ni kena ada mood baru boleh. Klu tak segala cerita akan menjadi hambar.

Asalnya, kitaorg dah lama plan benda ni... cuma cari masa yg sesuai. Husband joyah memang nak ajak tempat yang jauh sket, so boleh la dok lama sket kat hotel. Tapi joyah tak mampu semua tu sbb anak2 joyah perlukan ibunya. Tak sampai hati rasanya nak tinggal kan diorang lama. Bincang punye bincang, kitaorg decide kat avillion PD je.

Kitaorg check in pun dah lambat. Habis keje kul 5pm terus ke PD. Sampai2 je terus tengok pantai diorang. Bolehla. .janji rock...hahahaha. 

Pantai kocik...janji boleh. Teringat saat ini sewaktu joyah di Bali dulu. Tahun depan, baru ble pi lg.


Lapang sekejap dada tengok suasana begini. Dapatla rehat sekejap..jadila kan....

ini adalah gambar keesokan paginya, yang malam sebelum tu memang takder cerita ya.. cer tengok muka joyah tu, ada ceria tak??? hahahaha....

Time joyah dah mula berhijab, kalau nak dipikirkan nak berhijab ni memang dah lama cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Pelbagai juga halangan sebenarnya. Alhamdulillah, tercapai juga niat joyah akhirnya. Syukur sangat...

Eh...sampai hati tak letak gambar suami time ni, dia skang anti camera. Payah nak betul nak ambil gambar dia betul2. next time pulak ya.




Sunday, 20 October 2013

Apa yang anda mahu dalam hidup?

Assalamualakum,

Sekembalinya joyah bersama korang. Maaf, tersangat busy sampai nak menulis pun tiada masa. Arini ada masa, kebetulan joyah buka laptop...kali ni tajuk joyah sangat general. Korang nak apa dalam hidup korang? hahahaha..biasalah, tiba-tiba nak berkongsi dengan korang apa yang ada dalam pemikiran joyah ni.

Kalau cerita, apa yang korang nak dalam hidup, memang macam2 la kan...nak kereta besarla...nak rumah besar la...nak suami kaya la...nak jadi popular la...nak jadi artis la....kiranya macam2 la impian yang kita nak. Kalau korang tanya joyah, memang berjela la panjang list apa yang joyah nak dalam hidup. Kalau orang tu jawab, "saya tak nak harta, saya nak keluarga bahagia ja" sungguh klise ayat itu kannn. Setiap yang ada dalam dunia ni adalah saling berkait, kalau kita tak nak yang itu, tapi kita perlu lalui jugak yang itu untuk dapatkan apa yang kita nak. Begitulah dalam kehidupan joyah...tiada yang mudah, semuanya ada cabaran. tapi mampu ke kita untuk lalui cabaran tersebut?

Ada ketikanya, kita tak peduli apa yang ada disekeliling kita sehingga terlupa keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Bak kata suami joyah, kita perlu wasatiah. Sentiasa sederhana dalam apa jua yang kita buat. Inilah proses yang joyah tengah lakukan. Kita sebagai manusia, perlu belajar dan memahami semua itu.

Apa jua pun yang kita mahu, kita perlu ingat bahawa akhirnya kita akan kembali jugak kepadaNya. Subhanallah...Allah itu maha mengetahui..






Thursday, 26 September 2013

Setelah pulih, joyah kembali semula

Assalamualaikum semua,

Lamakan joyah tak update blog? ini bukan faktor malas ya, tapi ini semua faktor beberapa perubahan berlaku dalam hidup joyah. joyah tak taulah samada nak share ngan korang ke tak...maybe i'm not ready to share. Mana yang tahu tu...oklah kan...mana yang belum tahu, i keep it by myself. Dalam beberapa minggu yang lepas macam macam berlaku tapi yang pasti joyah dah pulih seperti sediakala. joyah tak sakit cuma motivasi joyah agak rendah ketika itu. Syukur alhamdulillah sebab suami joyah bagi banyak sokongan dan akhirnya motivasi joyah dah kembali ke normal.

Selain cerita pahit, ada juga terselit kisah manis disitu...banyak juga cerita nk kongsi dengan korang. Bila tengok balik blog ni, rasa macam kesian plak. Tak baik joyah abaikan dia macam tu...hambar je rupa blog aku yang begini...i need to do somethingla...eloklah overhaul je blog ni and minta tolong yang pakar untuk jadikan blog ku ini lebih simple dan tak sakit mata memandang...

Joyah ni bukan la pakar sangat dalam bidang IT ni...ok sape-sape yang ada khidmat cenggini boleh leave me a comment. pelisssssss

Friday, 30 August 2013

Kurus masih lagi rasa gemuk?

Assalamualaikum,

Sorry semua, baru arini joyah sempat untuk mengarang. Sebelum ni joyah bz ya amat...al maklumlah joyah skang masih berulang lagi dari seremban ke jempol. Sememangnya tiada masa yang sesuai untuk apa apapun. Malam pun joyah dah hanyut diulit mimpi. Anak dah tido joyah pun lolap.

Disebabkan masa yang amat singkat dan dalam masa itu jugakla banyak benda nak di kejar. So termasuklah jadual aerobic joyah tergendala seketika. Joyah tahu ramai yang rindu joyah kat kelas tu...joyah pun rindu tau cuma bontot ni malas nak kesana kerana penat itu lebih menguasai diri. Tengok kak nanie dah bersemangat dengan kelas aerobik dia. Insyaallah lepas ni group puspanita jempol plak.

Kali ni joyah nak share sikit tentang pengurangan berat badan joyah yang agak byk. Oh makan pil kurus?  Tidak! Joyah tak penah amalkan itu. Alhamdulilah,  berkat bulan puasa yang lalu, joyah turun 7kg dari 67kg. So skang 60kg. Oh masih berat lg di situ. Tapi takpe joyah tidak stress.

2 minggu sebelum nak raya, joyah cuba ubah diet joyah dengan ambil herbalife.  Ramai cakap mahal... ya memang mahal. Tapi joyah tak ambil set yang banyak itu ya. Cukupla untuk teh dan shake saja. Untuk makluman korang, joyah ada masalah usus. Kiranya  sembelit la...kalau nak memerut tu kena tunggu la 5 hari. Oh sangat azab...tak baik kan simpan toksin lama2 dalam badan. So...joyah rasa semakin takut sebab dengan sembelit la kita boleh tahu bahawa ia merupakan petanda awal untuk jadi kanser. Eiiii seram mak hencikkk.
Sejak mengamalkan sehingga skang, Alhamdulilah badan joyah semakin energetic. ..tak mengah2 lagi nak buat kerja di lapangan. Oh sembelit tiada lagi...syukur.

Skang ni joyah belum timbang berat lagi, tak tau macam manala keadaan diri ini. Redhooo ajelah joyah ya.

Ramai kata joyah dah kurus... "eh, ju ko dah kurus sket". Eh yeke? Terima kasih ya.

Tapi korang yang dah kurus tu...cantik...body mengiurkan...dan bila orang kata , eh cantik ko skang, kurus lagi...". Please ya, cakap ' terima kasih,dan say syukur...jangan cakap " eh mana ada ? Ada lagi lemak...aku rasa gemuk sangat...oh jangan begitu,  people adore your body that's why diorang puji..

So, sayang diri anda dan mula la jaga diet ya. Kalau badan sihat, insyaallah kita dapat berikan yang terbaik untuk anak anak dan keluarga. Insyaallah. . .

P/s: no picture kali ni...saja je...renungan dihari jumaat.
Lagi satu, pengambilan herbalife bukan semata untuk kurus. Tapi kalau makan dah bergantang, herbalife tu pun tiada guna. Habis duit korang jelah.. so food intake kena jaga. Ok lah baiiii

Saturday, 24 August 2013

Bawa RM50 untuk shopping sangat cukup!

Hohoho...arini joyah saje je nak share ngan korang pasal nak pi shopping ni. Orang pompuan kan suka shopping,  jadi boleh lah joyah berkongsi sket. Semuanya bergantung pada kita aja.

Korang cubala bawa RM 50 sahaja untuk pi mana2 mall. Target apa nak beli dengan duit banyak tu. Joyah target nak beli baju je. Tapi tak taula, ada ke baju yang harganya bawah RM50...kita hentam saja labu. Itu  KPI joyah!

Joyah senang je, pi Aeon jusco dekat ngan umah je pun. Masuk je terus pi bahagian orang pompuan. Belek punya belek...eh dah jumpa! Harga asal baju RM89 tak silap. Dapat diskaun jadi RM20 uolsssss...lap peluh jap...rasa macam nak cari lagi tapi pikir balik,  'aku hanya ada RM50 je, kang dah beli baju ni, tinggal 30. Ohhhhh stop ya joyah. Jangan membaziorrrr....

Biasalah, lepas shopping mesti nak makan2 kan...so, joyah tarak hal. Pi je food court diorang.. spend RM10 je untuk mamam. Tu pun dah kira banyak jugak tu. Haha...tu dia..

Oh joyah ada baki 20 lagi. Nak buat ape weiii? Isi minyak la uolsssss...dan terussss balik...

Hah ini la baju yang joyah beli...yang penting joyah selesa...

Korang pula bagaimana?

Segalanya tidak terkawal

Oh...2 3 hari...pemakanan joyah agak serabut sket... awal raya aritu, boleh kawal lagi cuma sejak2 ni payah weiiiii...

Ramai orang tanya, joyah diet ke? Haha...diet tu bukan tak makan langsung ya, diet tu lebih menjaga pemakanan yang lebih seimbang. Tapi lebih bagus kalau amik amount yang ala2 je. Jangan over nak makan lebih.

Jadual pemakanan,  joyah tetap amik nasi waktu tengahari je. Malam makan pisang je ko.. Sejak bila joyah jaga makan ni? Oh sejak joyah sedar yang badan joyah agak berat pastu nak jalan pun sakit lutut. Hah itu tandanya hampir obes. Alhamdulilah berkat bulan puasa,  joyah berjaya turunkan berat sebanyak 7 kg. Banyak kan? So, memang kena amalkan berpuasa baru dapat kurus.

Tapiiiiiii sejak2 ni, joyah tak dapat nak kawal sebab bulan ni, bulan open house ...so kena juga participate kan....anak plak suka makan tak habis, so joyah la tukang habiskan..sayang bila tengok makanan buang gitu je.

Skang ni slow2 amik tune balik macam dulu. . Mudah mudahan Allah permudahkan. ..insyaallah. ..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...