Wednesday, 25 December 2013

Gaya hidup Anakku Ameer Zaffran

Salam semua,

Arini joyah selemooo, meleleh je hingus ni tak sudah. Habis tisu penuh dengan hingus. Ni gara2 kena jangkit dengan anak2 joyah la ni. Diorg dah baik, joyah pulak yang kena hadap ni...

Arini ni kita citer pasal gaya hidup nak?? gaya hidup anak2 kecil. Gaya hidup orang dewasa lagila macam2. Dan joyah rasa kehidupan orang dewasa ni lagi complicated kot. Seronok kalo jadi budak2 ni, cuma zaman kita dah berlalu.

Anak joyah yang sulung ni, semakin membesar. tahun depan dah 3 tahun. cepatnya masa berlalu. rasa macam baru lepas kawin plak...hahaha...sungguh klise....klise sungguh...hahahaha. Perangai budak ni sekarang semakin menjadi2, kadang2 penawar hati joyah...kadang tu jugak peluka hati joyah...biasalah budak2 kan. ade je ragam dia nak buat.

#throwback. gambar time joyah belum bertudung lagi. Tgk budak yg depan tu kemain lagi..pun nak jugak.omak eh, langsung tak boleh pakai.


Budak umur cenggini memang semua benda nak diikutnya..Kita yang dewasa ni kena la jaga tingkah laku sket. konola sopan sket warighhhh...baru boto ikutan eh.

Anak joyah yang sulung ni suka memasak tau...kalau joyah ke dapur, dia pun nak ke dapur. Setakat mengacau tu harusla kan, tkan tiba2 plak si ameer ni pandai goreng ikan plak kan. memang pengsan la ibu dia ni kang.


Tukang kacau dodol bolehla kan....jadilah. ibu dah la takda anak dara kat umah.





Ameer ni penakut sket bila potong rambut..tak taula apa yg dia takut sangat. tapi skang macam ada berani sket la. kena bagi upah dulu, baru muka ada sinyummmm...

bagi lolipop baru jalan....

Lagi satu dia suka bergambar ...nak jadi model la tuuuu


Yang ni terlebih jadi pomps...jgn ya wahai anakku.
budak ni jugak pemilih makan...nak yang mee je...dia juga pengemar spaggetti. Suka la tu...



Budak ni jugak pelawak kot...nak jadi Nabil katanya; habihla...

Time ni dia, tgh sakit sempat lg buat pe' el...ish..ish...

Itu jelah serba sedikit tentang anak joyah yang satu ni...nnt kita citer pasal adik dia pulak. Yang tu Budak paling lasak nak habaq hang...kussss semangat.

ok bai..











Monday, 23 December 2013

No more Facial

Salam semorang..

havoc...havoc...hav..hav...havoc...kan gua dah cakap gua...havoc..havoc....wow kelas ko joyah nak berhiphop plak ini ari. mood dah pulih sedia kala...pasni "korang nak pi keje tak pakai baju, joyah terima jugak la...pastu nak "tolan jang" (versi Nabil) pun joyah dah tak kesah dah wei..." sendiri mau igtla...

ok , stop dulu citer ngarut tu. kita citer pasal lain. kita citer pasal kulit muka la ya. Ada beberapa orang kawan joyah tanya, ' ko pi facial kat mane yer?, kulit ko nampak ok...." sini joyah nak citer, joyah punye kulit ni tidakla mulus, gebus gebas macam sesetengah orang kan cuma kulit joyah ni  takdala masalah jerawat yang besar2. Kulit joyah ni kulit kering. so ahkak memang tak suka...senang timbul kedut u know...siapa kata joyah tak pernah ada jerawat? joyah dah merasa cuma ia timbul bila hormon tak stabil...pastu naik jerawat pasir. itu plg payah nak hilang sebenarnya.

Kalau korang nak tau joyah penah pi facial sebelum kawin dulu, sekali naik jerawat. bencikkkkk!! merah2 muka. That's why skang ni joyah tak da istilah nak ber "facial' bagai... jaga kulit muka kat rumah je. setengah orang ok jer pi facial kan...tak per teruskan...korang jer yang tau kulit korang macam mane.

Joyah skang setia pakai Nutox brand... Fazura la katakan....Ini retis memang joyah minat gila...Alhamdulillah, sejak pakai produk ni, kulit muka ok tak da masalah. Full Product...tak mahal semua orang mampu beli. Nanti kita citer pasal makeup2 nak tak??? jommmmm...


senyummmmm


Posing perasan..hahahaha







Sunday, 22 December 2013

Nak ke pejabat ke...nak pi menoreh??

Salam semua,

Ehhh nak tanya, korang selalu pi pejabat pakai apa?? opkosla pakai baju opis ye tak?? ok aku pagi2 ni memang hanginla kan. Apa perasan korang bila tengok staff pakai baju kemeja nipis, pastu baju tu plak dah makan hari,..oh maiiii mata aku kejap kecik kejap besar...ko pegawai ok!!! bukan PRA ke hape.... PRA pun tahu pakai kemas ke pejabat sungguh pun tugas dia buat lanskap bagai...

Cakap elok-elok..keje dia senyum je...tego lagi...masuk angin keluar asap....Aku yang jadi berasap ko tawuuuu!! Sekali darah aku pun semakin meluap-luap, sampai aku ckp, "ko ni nak pi keje ke...nak menoreh Baiiiii??? hebat betul bahasa aku hari ni...ada aku kesah!! yang penting mood aku tarak baik arini...

Kalau dah tahu awak tu pegawai, plsss la perubahan la sket misterrr!! ni nak masuk 2014 tu...ko hengat tiap2 hari keja aku marah orang ke?? ehhh tak kuasa la aku wehh, buat tambah keje aku je.

Baju uniform, jabatan bagi setiap tahun, naik berbuih mulut aku suhh pakai...tak plak dia nak pakai...nak jugak pakai baju buruk lagi lusuh...bau aku tak tau...tkan aku nk bau plak kan...

sebenarnya, bila dah buka laptop ni, aku nak cerita pasal lain...tiba2, kelibat mamat ni melintas depan mata aku...huishhhhh hilang mood aku. Terus jadi bab luahan perasaan plak... takpe...ni tgh muhasabah diri kejap...istigfar..istigfar....

ok bai..

Tuesday, 3 December 2013

Dulu dan kini

Salam semua,

Joyah sejak akhir2 ni memang sibuk sangat.... Eh macam2 benda dalam kepala otak joyah ni. macam2 nk pikior...malas joyah nak citer dalam ni nanti kang panjang lebar jadinya. Korang pun bosan..

Joyah nak kongsi sikit tentang perubahan joyah. Eh tak mau citer lebih2, ni nak berkongsi je tau bukan nak nonjol2kan citer okayyyyyyy. Alhamdulilah, sejak perubahan sedikit demi sedikit yang joyah buat skang, segalanya kembali kepada ketenangan. yaaa... itu yang joyah cari sebenarnya. Terlalu banyak kekhilafan diri ini.. Banyak sebenarnya perkara bodoh joyah dah buat, kalau pikir balik, Ya Allah...apa aku dah buat???
rasanya korang pernah mengalami perkara macam tu kan? Tapi Allah tu maha pengasih, Allah berikan kita kesedaran dan buka hati kita. Joyah percaya itu semua berkat doa ibubapa joyah yang tidak pernah putus untuk berdoa. Bukan itu saja, doa suami itu juga penting. Joyah percaya semua tu.

Kalau sesiapa yang kenal joyah secara rapat, joyah ni outspoken dan appearance joyah, hehehehe....joyah mampu senyum. Rasa buruk bebenor appearance joyah dulu kan. hahaha
takpelah joyah yang dulu sudah lain...segalanya lain. Moga Allah berikan joyah pentunjuk agar perubahan ini kekal hingga akhir hayat joyah. Begitula keimanan juga tidak berbalik2...

Itu sahaja yang joyah nak berkongsi. Memang taknak banyak sangat nk kongsi semua cerita, kuartir jadi lain plak.

nak tengok gambar??? boleh follow instagram joyah @juliadorable

ok bai.

Thursday, 7 November 2013

Luangkan masa untuk bersama

Assalamualaikum semua,

Sejak joyah beranak dua ni, masa untuk diri sendiri agak terhad. Sure la tak sama macam mula-mula kawin dulu. Alhamdulillah kami dikurniakan anak-anak yang sihat dan cergas. Tapi kadang-kadang tu joyah hampir terlupa untuk luangkan masa untuk diri sendiri. Begitu jugala dengan suami... dia memang memanjang sibuk kan. Itu memang tak boleh dinafikan.

Adakalanya joyah terpikir, masa untuk joyah dan suami memang agak terhad sampai lupa untuk mengembalikan bibit cinta macam dulu-dulu. Keadaan tu memang la terasa sangat sebab bila laki bini dah balik rumah, masing-masing dah ada peranan sendiri. Masing-masing menguruskan anak dan layan kerenah anak-anak. Bukan tu ja, baru nak borak dengan husband....si buntal (dani) dah sebuk-sebuk gigit badan ibu dia. Sakit ok...walaupun budak ni tarak gigi. Yang si ameer ni plak cakap " Ayah, mana milk ameer?", "Ayah, tot ameer gatai arrrr!!" nak suh ayah dia garu punggung dia la tu. So, itulah serba sedikit keadaan kami sekeluarga. Rasanya orang lain pun macam tu jugak. Balik rumah terus layan kerenah anak-anak. Ye tak??

Bila dah jadi macam tu, kami laki bini ni cubala cari masa walaupun dalam masa 4 jam diberi untuk berdating. So, gunala sebaiknya masa itu. Time tu kami decide nak ke KLCC je. Itu je jalan paling mudah dan kurang jam. Ikut lorong SMART je. Kami cadang nak hi-tea je bersama. so dapatla borak panjang sket dengan husband.

Sampai je KLCC, kami terus decide nak cari tempat tuk mengopi(ngeteh). So, singgah la kat Chinoz, KLCC ni. 
Eh, nak juga snap satu gambar dengan abg sayang ni...kakak dan adik...ahhhh tak suka lah!! 

Memandangkan Hi-tea je, kami makan pun yang ringan-ringan je. Nak makan yang berat2 kang, macam awal sangat pulak.

Hah, cubala tengok en. abg tu dah pegang perut. lapar ker?? dia kalau dah makan, apa borak memang takda la. Mulut tak berenti mengunyah. Joyah jugala yang pok..pek..pok...pek..last2 dia yang makan part joyah plak.

Sambil-sambil makan tu, borakla sikit-sikit pasal keje...pasal anak-anak...pasal masa depan la....apa la... eh macam2 la citernya. Kongsila sket beberapa citer kan... kadang-kadang tu husband joyah lebih kepada menasihat bini dia ni. Kiranya nak kata dating tak jugak la kan. Rupanya dia guna masa ni untuk brainwash joyah ni. hahahaha... kasihan joyah...

Dah habis borak tu...terus tengok jam...eh, ini kena balik ni. Masa ada 4 jam je. Kang lewat plak balik.

So, balikla sepasang suami isteri ni menemui anak-anak mereka.

Tapi macam mana pun keadaan, setiap insan tu perlu cari masa untuk diri sendiri. tak kesahla berapa jam yang kita ada asalkan dapatla kita lepaskan stress tu. alhamdulilah...Allah sentiasa permudahkan umatnya.

mode: nak tidolahhhh

Tuesday, 5 November 2013

Hi-tea Puspanita N9 @ Klana resort N9

Assalamualaikum semua,

Bulan lepas, joyah ada attend hi-tea dari puspanita N9. Dalam kesibukan yang teramat, joyah cuba juga la luangkan masa untuk hadir majlis ni. Rasanya joyah memang dikalangan pengerusi yang tak berapa aktif, tiada fungsi kot untuk N9 ni. Almaklumla, joyah ni bekerja tambahan plak kerja-kerja persatuan selalunya buat hari kerja juga. Huish dengar dek Datin ni matilah joyah.hahahha..

Jom posing dulu sebelum gerak ke Klana. Sorang je joyah, lgpun dah biasa sorang2 sejak bujang lg.

Sampai je Klana, terus cari dewan. Nasib baik dah ada orang time tu. tapi pengerusi lain belum sampai lagi. mana taknya, joyah datang awal la jugak.. 
Joyah nak cerita sket, majlis hi-tea ni adalah bertujuan untuk meraikan pengerusi yang berpindah dan berpencen mengikut suami. Jadi kami sama-sama sepakatla nak meraikan diorang.

Inilah suasananya, orang pun tak ramai lagi..hah kang jap lagi ramai la tu.

Tapi majlis ni ada detik mencemaskan untuk joyah. Semua pengerusi kena sumbangkan lagu sebab ada karaoke nanti.. mak aihhhh tak biasa betul la nyanyi2 ni. Eh sungguh klise ayat itu, sapa yang dah tau tu diam-diam aje yer..hahaha. Sebenarnya joyah memang ada nyanyi cuma malasla nk masuk kan gambar. korang semua boleh follow instagram @juliadorable untuk lihat apa aktiviti joyah seharian. Pergh macam retis, tak menahan. Kasi can la kat joyah ni.

Sepatutnya, joyah perlu snap keadaan dan situasi di majlis tu, macam2 benda kelakar patut dicerita. Disebabkan bateri handfong pun dah kong, lupakan jelah niat itu. so? itu je setakat ni...nanti joyah hapdate lagi ok. 

mode: joyah yang pemalas




Honeymoon @Avillion PD

Assalamualaikum semua,
Eh ada mood pulak nak update blog. Mana taknya, ada orang tolong overhaul blog joyah sebenarnya.  Thanks @amymraz sbb bantu akak ni. Akak kan buta IT sket.

Kali ni, joyah nak story pasal honeymoon joyah. Dah lama dah kejadian ni, baru skng nak update kata ko....nak update ni kena ada mood baru boleh. Klu tak segala cerita akan menjadi hambar.

Asalnya, kitaorg dah lama plan benda ni... cuma cari masa yg sesuai. Husband joyah memang nak ajak tempat yang jauh sket, so boleh la dok lama sket kat hotel. Tapi joyah tak mampu semua tu sbb anak2 joyah perlukan ibunya. Tak sampai hati rasanya nak tinggal kan diorang lama. Bincang punye bincang, kitaorg decide kat avillion PD je.

Kitaorg check in pun dah lambat. Habis keje kul 5pm terus ke PD. Sampai2 je terus tengok pantai diorang. Bolehla. .janji rock...hahahaha. 

Pantai kocik...janji boleh. Teringat saat ini sewaktu joyah di Bali dulu. Tahun depan, baru ble pi lg.


Lapang sekejap dada tengok suasana begini. Dapatla rehat sekejap..jadila kan....

ini adalah gambar keesokan paginya, yang malam sebelum tu memang takder cerita ya.. cer tengok muka joyah tu, ada ceria tak??? hahahaha....

Time joyah dah mula berhijab, kalau nak dipikirkan nak berhijab ni memang dah lama cuma masa dan keadaan tidak mengizinkan. Pelbagai juga halangan sebenarnya. Alhamdulillah, tercapai juga niat joyah akhirnya. Syukur sangat...

Eh...sampai hati tak letak gambar suami time ni, dia skang anti camera. Payah nak betul nak ambil gambar dia betul2. next time pulak ya.




Sunday, 20 October 2013

Apa yang anda mahu dalam hidup?

Assalamualakum,

Sekembalinya joyah bersama korang. Maaf, tersangat busy sampai nak menulis pun tiada masa. Arini ada masa, kebetulan joyah buka laptop...kali ni tajuk joyah sangat general. Korang nak apa dalam hidup korang? hahahaha..biasalah, tiba-tiba nak berkongsi dengan korang apa yang ada dalam pemikiran joyah ni.

Kalau cerita, apa yang korang nak dalam hidup, memang macam2 la kan...nak kereta besarla...nak rumah besar la...nak suami kaya la...nak jadi popular la...nak jadi artis la....kiranya macam2 la impian yang kita nak. Kalau korang tanya joyah, memang berjela la panjang list apa yang joyah nak dalam hidup. Kalau orang tu jawab, "saya tak nak harta, saya nak keluarga bahagia ja" sungguh klise ayat itu kannn. Setiap yang ada dalam dunia ni adalah saling berkait, kalau kita tak nak yang itu, tapi kita perlu lalui jugak yang itu untuk dapatkan apa yang kita nak. Begitulah dalam kehidupan joyah...tiada yang mudah, semuanya ada cabaran. tapi mampu ke kita untuk lalui cabaran tersebut?

Ada ketikanya, kita tak peduli apa yang ada disekeliling kita sehingga terlupa keluarga, anak-anak dan kawan-kawan. Bak kata suami joyah, kita perlu wasatiah. Sentiasa sederhana dalam apa jua yang kita buat. Inilah proses yang joyah tengah lakukan. Kita sebagai manusia, perlu belajar dan memahami semua itu.

Apa jua pun yang kita mahu, kita perlu ingat bahawa akhirnya kita akan kembali jugak kepadaNya. Subhanallah...Allah itu maha mengetahui..






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...