Wednesday 6 March 2013

Hijau itu menawan rupanya...

Hijau.....dah lama tak tengok benda-benda yang hijau ni..orang kata bila tengok benda hijau, mata kita sihat.betul ke? hehehehe... betul la tu kan...

Bulan Februari yang lepas, saya telah menghadiri satu Majlis Santapan Negeri Sempena Menyambut Hari Keputeraan Tuanku. Majlis ni adalah majlis yang wajib diadakan pada setiap tahun. Ni pun menumpang tuah suami. kalau tak jangan harapla kan....

Time tu masih terpikir-pikir apa pakaian yang sesuai yang patut dipakai memandangkan badan sekarang masih membesar akibat baru lepas deliver baby 3 bulan yang lepas. Masa Berjalan-jalan dengan suami di Bangsar Vilage 11, ternampak satu butik (Jedan Boutique)...hmmmm apa lagi terus masuk sambil belek-belek baju apa yang menarik... yang bagusnya stylist dia sangat peramah dan bagi idea yang sangat kreatif. At the end, dia advice pakai baju kaftan hijau kosong...hmmm macam tak cantik sebab kosong gila tp rasa selesa sangat sebab kain dia sejuk..

Inilah hijaunya...RM 350 sahaja...di padankan dengan rantai omak sey punyo..

cer tengok selendang kat bahu tu memang terletak aje.mmg design dia untuk letak kat bahu...harga dia ? ya ampunnnnn....nak ckp ke? its RM380....habis duit simpanan but its worth it sbb susah nak dapat design dia.

Selesai sudah majlis, ambil peluang bergambar dengan kesayangan hamba...
Dalam blog saya ni, saya suka sharing dengan kawan-kawan what i'm wearing...setiap yang kita pakai akan nampak cantik kalau kita yakin pada diri sendiri..tak kisahla baju tu murah atau pun mahal asalkan kita pandai mix n match. Saya tak la berapa pandai untuk mengayakan sesuatu pakaian tp ia hanya berkongsi pengalaman dan ia tak salah kan??


Malam tu baru la dapat jumpa dengan my new friends...kenal hanya di FB dan IG..alhamdulillah dapat jumpa jugakkan? gorgeous tak?

Sebelum terlupa, nk beritahu sikit Jedan boutique tu kat bangsar village11, rsnya ada outlet dia lagi kat PKNS if i'm not mistaken...kalau kt bangsar village tu ada stylist dia la...best dan cute budaknya...actually banyak lagi baju yang cantik-cantik...JOM EXPLORE!!!!

2 comments:

  1. Jue, ko tue pakai apa jer pun cantik =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mas, hang pun apa kurangnya...tudung2 hang byk cantik2..bile la aku akn mngekori mu...ajar aku macam mana nk blogwalking?tak pandai la..

      Delete

Pls give us comment if u think it should.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...